Thursday, November 26, 2009

My dear friedns..

Thanks kpd anda suma yg sudi m'bca novel saya..
Saya minta maaf byk2 sbb lmbt send n3 bru..
Saya sedang mencari idea utk m'nulis..
hope u all like the next chapters.. love u all..

Tuesday, November 24, 2009

Takut Kahwin 10

Beberapa kelibat manusia kelihatan menunggu di luar bilik kecemasan Klinik Dr. Chong. Puan Rose sejak dari tadi asyik menyeka air matanya. Dalam dadanya dipenuhi debaran kerisauan sehingga duduknya pun tidak aman. Entah apa yang menyebabkan Ben jadi begitu. Semakin dia rasa ingin tahu, semakin terseksa rasanya jiwa. Tuan Albert mengusap-usap belakang Deena yang teresak-esak menahan sedih. Wajahnya kelihatan tenang, walaupun dibauri sedikit kerutan di dahinya. Tiada kata-kata yang mengantarai mereka. Semuanya membisu. Mereka hanya bermain dengan perasaan sendiri. Tiada kepastian yang dapat disimpulkan sehingga pintu bilik kecemasan itu terbuka nanti.
Natasha menyepi sendirian di sudut yang lain. Matanya sengaja dilindungi kaca mata hitam. Air matanya sudah kering, tapi hatinya tak tenang. Tuhan, tolonglah jangan biar apa-apa terjadi pada Ben, dia berdoa.
Sebaik menemui Ben dalam keadaan tak sedarkan diri tengah hari tadi, Natasha terus bertindak menghubungi Deena. Papa dan Mama lantas mengarahkan agar Ben dibawa ke klinik Dr. Chong pula. Natasha segera mengerjakan apa yang dipercayakan padanya. Dalam hal ini, dialah heroin.
Pintu bilik kecemasan dikuak perlahan. Bayangan Jasmine kemudiannya muncul di sebalik pintu itu. Air mukanya nampak tenang, seperti tiada yang serius.
“Jasmine, macam mana dengan Ben,” seperti yang disangka, soalan itu yang pertama menyerbu Jasmine.
“Auntie, Uncle, Deena, kamu tak perlu risau sangat. Dia hanya mengalami gastric,”
“Gastric?” Deena bertanya seolah tak percaya. Air matanya lantas berhenti mengalir.
“Ya, gastric yang agak teruk. Hampir menjadi ulcer,” Jasmine menjelaskan lagi.
“Abang ni kan. Sayang air mata Dee tau,” Deena menghapus sisa-sisa air mata di wajahnya. Agak geram tapi terselit kelegaan.
Puan Rose mengurut dadanya lalu menarik nafas lega. Tuan Albert pula sekadar tersenyum nipis menggambarkan kesyukurannya. Natasha yang dari tadi menyendiri kelihatannya mula mengorak langkah meninggalkan klinik itu sebaik mendengar berita dari Jasmine. Ternyata tiada yang perlu dirisaukan sangat. Tanpa sepatah kata dia berlalu meninggalkan ruangan sempit itu. Jasmine, satu-satunya orang yang menyedari hal itu tidak mampu berbuat apa. Lagipun dia meresakannya dirinya tidak berhak ikut campur urusan keluarga itu. Dia memilih untuk mendiamkan diri. Dibiarkannya saja Natasha berlalu sepi tanpa disedari ketiga-tiga beranak itu.
“Ingatkan ada apa-apa yang bahaya,” Puan Rose bersuara semula. Kini suaranya lebih ceria.
“He’s fine. Kami dah bagi ubat untuk meneutralkan acid yang berlebihan dalam perutnya. Dia cuma perlu berehat sekejap dan boleh balik rumah hari ini juga,” ujar Jasmine sambil mengukir senyuman terselit makna. Cepat-cepatlah lelaki tu keluar dari klinik ni, bicaranya dalam hati.
“Lega uncle dengar Jasmine cakap macam tu,” Tuan Albert kini bersuara pula.
“Ni mesti sebab Ben tak makan ni. Budak tu asyik kerja je. Tengok sekarang apa dah jadi,” Puan Rose mula mengomel.
“Tak guna awak cakap sekarang. Ben bukannya dengar pun,” Tuan Albert mencelah.
“Mama rasa lebih baiklah kalau Ben rehat di klinik ni je. Kalau balik rumah nanti mesti dia sambung buat kerja lagi. Macam mana papanya?” Puan Rose membuat usulan yang sangat ‘bernas’ bagi Jasmine. Apa? Jangan! Mata Jasmine membulat.
“Err.. tapi bukankah lebih baik kalau berehat di rumah saja. Pesakit lebih selesa,” Jasmine memberanikan dirinya untuk menolak usulan Puan Rose tadi. Sebenarnya dia hanya ingin melarikan diri dari berdepan dengan lelaki bernama Ben itu.
“Tapi kak, abang tu kalau dah kerja bukan saja lupa dunia. Langit pun dia dah tak ingat lagi,” Deena ternyata menyokong cadangan Puan Rose. Itu dah terlebih tu, Jasmine bermonolog lagi. Tak kan boleh jadi sampai begitu.
“Hmm.. Kalau dah begitu lebih baiklah kita biar Ben rehat dalam beberapa hari di sini,” Tuan Albert nampaknya sependapat dengan isteri dan anaknya. Apa lagi yang boleh saya cakap? Jasmine akhirnya menyerah. Tapi buat apa nak risau sangat Jasmine, awak tak kerja di wad. Jasmine akhirnya bernafas semula, memberi sedikit ketenangan kepada jiwanya.

* * *

“Tapi dokter..” Jasmine bermati-matian menolak arahan yang diberi majkannya, Dr. Chong.
“Dr. Jasmine. Ini satu arahan. Tiada tapi-tapi,” tegas saja kedengaran suara Dr. Chong. Lelaki Cina berusia 50-an itu menunjukkan wajah serius. Tiada tanda-tanda kompromi boleh dibuat antara mereka.
“Di bahagian pesakit luar selalu tak cukup tenaga kerja, kalau saya ke bahagian wad lagilah tambah masalah,” Jasmine tak mati akal memberi alasan yang dirasakannya logic. Tapi memang semua alasan yang dia kemukakan betul.
“Itu kamu tak perlu risau. Saya akan uruskan. Yang penting sekarang kamu akan dipindahkan ke wad untuk sementara waktu,”
“Dokter..”
“Dr. Jasmine, kamukah majikan disini atau saya?” kenyataan yang agak keras akhirnya keluar dari mulut Dr. Chong akibat kedegilan Jasmine. Dia terdiam, tak tahu nak kata apalagi. Yang pastinya, dia tiada pilihan lain. Mahu tak mahu dia harus pindah hari itu juga.
Jasmine melangkah keluar dari bilik Pengarah Klinik dengan langkah yang lemah dan tak bermaya. Kenapa mesti aku yang ditukar ke wad? Geramnya! Jiwanya meronta-ronta tak puas hati. Tiba-tiba dia teringatkan Faroq. Ya, lelaki itulah satu-satunya harapannya sekarang.
Lantas Jasmine mengatur langkahnya menuju ke ruangan Faroq. Matanya bersinar harapan. Daun pintu diketuk perlahan.
“Masuk,” suara dari dalam kedengaran.
“Hai, Faroq,” mesra saja suara Jasmine menyapa. Tak selalunya begitu.
“Hai, Jasmine. Ada apa-apa yang awak nak dari saya?” soal Faroq yang masih tak jelas dengan kedatangan gadis kecil itu di ruangannya pada waktu sebegini.
“Can you do me a favor?”
“What favor?”
“Replace me, please,”
“Replace what?” Faroq kebingungan. Apa yang perempuan ni melalut? Fikirnya.
“Pindah ke bahagian wad,”Jasmine sengaja melembutkan suaranya. Manalah tahu kalau-kalau Farouq tertarik, getus hatinya.
“What?” Faroq semacam tak percaya dengan apa yang baru di dengarnya.
“Ya, Dr.Chong baru beritahu tadi,”
“No way,” Faroq menolak mentah-mentah. Menambah sakit hati Jasmine untuk hari ini. Lelaki ni, tak boleh harap langsung, Jasmine membebel dalam hatinya.
“Pleaselah. Kita kan kawan,” Jasmine tak mengalah. Dia sanggup merayu asal dia tak pindah ke bahagian wad.
“ I tak beranilah. I ni baru lagi. Kawan tu memanglah kawan. But, it’s a different thing, you know,” Faroq juga berkeras menolak permintaan Jasmine itu. Rayuan Jasmine ternyata tidak meluluhkan simpatinya. Lagipun Jasmine memang tidak berbakat dalam hal pujuk-memujuk.
“Faroq..” suara Jasmine mendayu-dayu merayu Farouq. Sengaja dia membuat muka sedih untuk memancing simpati, tapi semuanya sia-sia.
“No, sorry. I really can’t. Tapi, apasal yang you tak nak sangat pindah ni?” rasa ingin tahu mulai menguasai mindanya.
“It’s very complicated. Dahlah kalau tak nak tolong. Tak payah banyak cerita,” Jasmine mula merajuk. Dia menarik muka masam, membawa tubuhnya keluar dari bilik Faroq. Tak guna, getus hati kecilnya. Ingin saja dia meluahkan kegeramannya pada lelaki yang sudah hampir setengah tahun dikenalinya.
“Janganlah begitu. I’ll treat you for dinner, okay?” Faroq yang sudah mula masak dengan perangai Jasmine menawarkan sesuatu yang mustahil ditolaknya.
“You janji?” Jasmine lantas berpaling. Riak wajahnya seta-merta berubah.
“Ya. See you at 7. Jangan bad mood selalu. Nanti cepat jadi ‘puan’,” sempat lagi Faroq memerli Jasmine.
“You say what?”
“Nothing. See you at 7,” Faroq cuba menutupi kata-katanya tadi, takut tak fasal-fasal dia pula yang jadi mangsa keadaan. Jasmine meliriknya dengan curiga, depan-depan pun berani nak kata orang, bisiknya sebelum menghilang di sebalik pintu.

* * *

Pandangan matanya berpinar-pinar. Berdesing-desing suara yang memasuki gegendang telinga. Kepala pula seolah terlalu berat untuk diangkat. Kesakitan yang dialami Ben sebelum tak sedarkan diri tadi masih menyerang sistem sarafnya.
Sedikit demi sedikit sebaris cahaya memasuki ruangan matanya yang lemah. Apa telah terjadi? Ben bertanya pada dirinya. Kesakitan masih membatasi pergerakan tubuhnya. Bahagian perutnya dirasakan sangat pedih. Bagai dicucuk-cucuk benda tajam.
“Abang dah sedar,” suara riang Deena memecah desingan di telinganya. Perlahan-lahan penglihatannya menyatu,dan akhirnya dia dapat melihat dengan jelas. Satu-persatu wajah dikelilingnya direnung. Papa, mama dan Deena. Orang-orang tersayangnya.
“Ben okay ke?” Puan Rose mula bertanya setelah merasa Ben benar-benar telah sedar dari tidurnya tadi.
Ben sekadar mengangguk lemah. Baru sekali ini dia merasakan dirinya benar-benar tidak berdaya. Bersuara pun payah sekali.
“Ben rehatlah beberapa hari di sini. Pasal kerja tak perlu risau,” Tuan Albert kini bersuara. Saat itu, Ben merasakan betapa dirinya disayangi.
“Abang kena gastric. Tulah yang sampai pengsan tu,” giliran Deena bersuara pula, seolah memberi informasi kepadanya. Gastric? Ben terpaku. Aku ada gastric ke?
Kemudian dia teringat yang dia jarang mengisi perutnya sejak dua minggu yang lalu. Pagi tadi saja dia tidak mengambil sarapan. Inikah akibatnya? Sudah pasti.
“Tapi pa, macam mana dengan majlis ulang tahun hotel kita tu. Siapa yang nak uruskan?” memang sah Ben dah gila kerja. Dengan tubuh yang sebegitu lemah pun dia masih memikirkan soal kerja.
“Tengok tu. Tanya pasal kerja lagi. Banyak lagi orang yang boleh buat semua tu. Sekarang Ben kena rehat, faham,” Puan Rose memulakan omelannya, geram dengan perangai Ben yang langsung tidak memikirkan kesihatannya.
“Papa akan uruskan semua itu. Ben jangan fikir banyak sangat ya,” Tuan Albert yang bersuara perlahan itu menenangkan sedikit perasaan Ben.
“Nasib kak Natasha jumpa abang di pejabat, kalau tak entah apa lah yang akan terjadi,” ujar Deena sambil membetulkan selimut Ben. Natasha?
“Dia yang bawa kamu ke sini,” Puan Rose memberitahu, seperti endah tak endah.
“Tapi dia dah pergi tadi,” Tuan Albert menambah.
Ben mula rasa tak selesa. Kenapa dia? Bagaimana dia boleh berada dalam pejabat aku? Pertanyaan-pertanyaan itu menghujani minda Ben. Mahu apalagi dia dari aku? Sedangkan kami tidak ada apa-apa hubungan lagi. Ben keliru dengan persoalan yang ditimbulkannya tadi. Seribu andaian mula bermain di dalam kepalanya.
Tiba-tiba, pintu bilik diketuk perlahan, menghilangkan serabut yang baru bersarang dalam otak Ben. Puan Christina muncul beserta senyuman nipis yang menawan, membawa kelegaan kepada Ben.
“Eh, Puan Christina. Marilah masuk,” Puan Rose agak terkejut dengan kehadiran temannya itu. Dia segera mempelawa Puan Christina duduk.
Tidak lama kemudian, Jasmine pula memasuki bilik itu sambil tertunduk-tunduk, macam hidup segan, mati tak mahu. Ben hampir terlompat melihat kehadiran gadis itu, tambahan lagi dengan jubah putih dengan stetoskop yang tergantung pada lehernya. Dia yang rawat aku? Lagi satu yang membelit Ben saat itu.
“Jasmine baru beritahu tadi fasal Ben. Ni ada sedikit buah tangan,” Puan Christina menyambut pelawaan tersebut lalu menghulurkan bakul berisi buah-buahan kepada Puan Rose. Jasmine sekadar berdiri sepi di sebelah mummynya seperti seorang anak kecil.
“Bagi buah pun tak guna mum, pesakit bukannya boleh makan pun,”Jasmine seolah menyindir Ben yang terbaring di katil. Sedangkan bukan itu maksudnya.
Aku sakit-sakit begini pun kau masih nak kenakan aku ya, Ben menjeling kearah Jasmine. Belum habis-habis mereka berbalas-balasan rupanya.
“Eh, tak apalah. Kami kan boleh makan” kata Tuan Albert sambil tersenyum mesra, menghilangkan situasi kurang enak tadi.
“Betul tu. Terima kasih ya. Buat susah-susah je,” Puan Rose pula berbahasa.
“Tak ada lah susah pun. Ben, kamu okay?” perhatian Puan Christina kini beralih kepada Ben yang terkujur di atas katil dengan pakaian berwarna hijau, seragam pesakit di klinik itu. Nampak kasihan, Jasmine sempat mengata lelaki yang sedang lemah itu. Mahu saja dia ketawa terbahak-bahak di depan Ben saat itu. Namun dia hanya berani mengangankannya.
“Saya okay auntie,” suara Ben kedengaran lemah, macam tak makan seminggu. Matanya terkulai-kulai memerhati wanita anggun yang kini berada di sisi katilnya. Sempat dia menangkap gerangan Jasmine yang mebeku di sana. Senyuman sumbang gadis itu sungguh menjengkelkan perasaannya.
“Kamu rehatlah baik-baik di sini,ya. Ada Jasmine yang tolong jagakan,” kata-kata itu seolah menerkam jiwa Ben. Puan Christina tersenyum-senyum, mengandung makna.
“Betul tu, Ben. Kamu jangan harap nak balik cepat-cepat,” Puan Rose menambah.
“Kak Jasmine jangan biarkan abang keluar dari bilik ni,” Deena pula memesan. Jasmine tersengih palsu mendengar arahan itu. Ingat aku ni orang gaji dia ke? Nak kawal 24 jam. No way. Barisan ayat-ayat itu terbit dari hatinya.
“Jangan lupa makan,” Pesanan terakhir Tuan Albert. Ben terdiam kaku. Dirinya tak ubah seperti seorang anak kecil yang memerlukan penjagaan rapi. Perut o perut, kenapa kau buat masalah? Ben mula mencari kesilapan dirinya.

* * *

Thursday, September 17, 2009

Takut Kahwin 9

“You’re such a foolish, Jasmine,” ujar Jane dengan nada yang agak meninggi sebaik sahaja punggungnya menyentuh kerusi kereta.
Wajah Jasmine mencuka. Kata-kata Jane seperti menyengat perasaannya. Dia hanya mampu membisu sambil mendengar bicara Jane yang meleret. Stering di depannya dipandang hampa. Nampaknya belum cukup lagi malunya di café tadi. Jane nak menambahkan keperitannya.
“You memang buta. Ben tu sudahlah handsome, gentlemen pula lagi. Langsung tak sama macam yang you selalu ceritakan pada I,”sambung Jane berkobar-kobar. Macamlah Ben tu malaikat.
“Don’t you see what he did just now? He’s cool,” Jane terdiam.Menelan air liur yang terkumpul akibat banyak bercakap. Ini peluang aku pula, fikir Jasmine.
“Dah siap membebel?” tanyanya, sengaja.
“Apa pula membebel. I cakap kenyataanlah,” Jane tidak mengalah.
“I nak driving ni. So, stop talking about him, okay?” Jasmine menghidupkan enjin kereta. Bersedia untuk berambus dari situ.
“Jasmine, I rasa you yang salah anggap dengan dia. Sayang tau lepaskan peluang bersama dengan lelaki semacam Ben tu. He is too good to be true,” tak habis-habis si gadis Punjabi tu memuji Pengarah Hotel Golden Royal.
“You mean I yang salah?” Jasmine bengang.
“Tak lah. Bukan begitu. I’m just telling you what I think. Sorry if I had hurt you,” Jane serta-merta menyedari perubahan rakan karibnya itu. Lantas dia mencari ayat untuk menyejukkan hatinya.
“Well, what can I say,” rajuk Jasmine berterusan. Kereta kecilnya itu mengundur ke belakang, bersedia memulakan perjalanan. Dalam mindanya sendiri bermain sejuta persoalan. Ben tu entah apa-apa lah. Tiba-tiba saja dah berubah. Tapi yang pastinya, ada sesuatu yang tak kena.
Jane kini membisu. Nampaknya hari ni temu janji mereka tidak gembira seperti selalunya.

* * *

Suasana banglo mewah milik keluarga Fernandez kelihatan sunyi. Hanya bunyi kenderaan yang kadang-kala lalu lalang memecah keheningan malam. Ben tinggal bersendirian. Deena beserta mama dan papanya keluar makan malam. Bukan tidak diajak, sengaja dia menolak. Alasannya banyak kerja yang perlu disiapkan. Tapi itulah kenyataanya.
Laptop di depannya ditatap kosong. Beberapa buah fail kelihatan berselerak di atas meja. Fikirannya mula melayang mencari ketenangan. Kekusutan kerja sedikit demi sedikit dilupakan. Tiba-tiba fikiran Ben terhenti pada seseorang. Lantas dia tersenyum sendiri mengenangkannya. Tetapi senyumnya hanya sementara. Reaksi wajahnya berubah semula menjadi terkulat-kulat, seperti ada yang disesali. Aduh, Ben! Apa yang kau fikirkan ni? Dia bermonolog sambil menepuk dahinya. Macamlah dia melakukan kesalahan.
Jari-jemarinya mula menaip satu-persatu perkataan dia atas papan kekunci. Tidak lama kemudian dia berhenti, memikirkan sesuatu. Nasiblah ada klien aku tadi, kalau tidak habislah aku kerjakan kau, Ben bermonolog lagi. Senyumnya melebar bangga mengingatkan peristiwa di café tengahari tadi. Tambahan lagi dengan melihat wajah pucat Jasmine yang sungguh melucukan. Aku menang lagi, Ben berbisik sendirian.
Mindanya kini dialihkan lagi pada kerja-kerja yang seolah-olah memanggilnya di atas meja. Dia menyelak sebuah fail yang agak nipis dari yang lainnya, membaca beberapa baris ayat lalu berkhayal lagi. Baru dia teringat tentang peristiwa di resort beberapa bulan lalu. Bagaimana hal seperti ini boleh berlaku kalau tidak dirancang dengan teliti? Fikirnya. Kemudian, dia mulai membuat andaian sendiri.
Mungkin dia menyiasat setiap tindak tanduk aku. Sengaja dia bercuti di tempat yang sama dengan aku. Lepas tu, malam tu sengaja dia masuk ke dalam chalet aku. Nasib baik aku tidur mati, kalau tidak entah apa yang akan berlaku. Dasar perempuan tak tahu malu. Harap muka saja innocent tapi sebenarnya penuh muslihat. Aku dah tahu plot kotor kau. Kalaulah aku ceritakan pada mama dan papa, aku bebas! Ben tersenyum bangga lagi. Entah dari mana datangnya idea-idea itu. Bagaimana pula dia boleh jadi begitu pasti dengan andaiannya sendiri? Lagaknya macam orang sewel. Sekejap-sekejap tersenyum, kemudian serius pula.
Telefon bimbitnya tiba-tiba berdering, menghapuskan lamunanya sama sekali. Segera dia mencapai telefon bimbit itu.
‘Natasha calling’ tertera pada skrin. Air mukanya berubah. Sebahagian besar hatinya enggan menjawab panggilan itu. Apa lagi yang dia nak ni, keluhnya dalam hati.
Ben mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja telefon bimbit itu tidak berjawab. Lama barulah berhenti. Tapi hanya sementara, telefon itu berdering lagi dan lagi sampai Ben naik stress. Dengan hati yang panas, dia mematikan telefon bimbitnya tanpa berfikir panjang. Puas hatinya sekarang. Perempuan ini lagi satu. Tak habis-habis nak memeningkan kepalanya yang sudah cukup pening.
Ben akhirnya memilih untuk melupakan perkara-perkara yang menyusahkan. Dia meneruskan kerja-kerjanya yang hampir terbengkalai tadi. Projek membuka rangkaian hotel Golden Royal ke luar negara dan majlis ulangtahun rangkaian hotel mereka seperti yang dimaklumkan papanya kelmarin, adalah lebih mustahak. Dia tenggelam dalam lautan urusan rasminya.

* * *
Natasha menginjakkan kakinya ke ruangan pentadbiran. Dia memang sudah biasa dengan tempat ini. Bahkan, dia hampir sahaja menjadi pemilik bersama ruangan itu. Tetapi malangnya, dia sendiri yang menolak tuah. Kini, dia mencuba mengutip semula apa yang telah dibuangnya tiga tahun lalu. Dengan langkah yang teratur, kakinya yang panjang membawanya ke bilik pengarah. Meja setiausaha kelihatan kosong. Hatinya berbunga-bunga. Nampaknya tiada halangan untuknya menemui Ben. Dia sangat pasti jejaka yang dicintainya itu ada di dalam pejabat walaupun waktu makan tengah hari. Rindunya pada Ben sudah membuak-buak. Sudah beberapa hari dia tidak mendengar sebarang khabar darinya. Bukan tidak ditanya, tapi tidak dijawab. Senang hatinya kini.
Sengaja dia membawa makanan hari itu. Susah payahnya dia menyediakan nasi goring tomato itu. Jeannette sudah menasihatkannya supaya hanya menempah di hotel, tapi dia berkeras. Katanya ingin menunjukkan keikhlasan. Wajahnya ceria, penuh harapan. Perlahan-lahan dia menguak pintu yang tertutup kaku, ingin membuat kejutan.
Kepalanya menjulur ke dalam bilik mendahului langkah kakinya. Natasha hanya melihat bilik yang kosong. Dia masih tidak berpuas hati.
Pejabat yang besar itu dimasukinya, menghampiri ruangan yang selalu ditempati Ben. Sunyi. Tiada tanda-tanda menunjukkan seseorang berada di sana. Mungkin dia keluar makan, Natasha menghembus nafasnya penuh kehampaan.
Baru sahaja dia berniat berpatah balik, kakinya tersadung pada sesuatu. Dia melihat ke bawah. Ah, tidak!
“Benn!!” jerit Natasha kerisauan. Dia lantas menyentuh sekujur tubuh tinggi Ben terbaring di atas lantai pejabatnya. Tanpa diundang air matanya menitis.

Wednesday, July 29, 2009

Takut kahwin 8

Natasha membiarkan fikirannya melayang jauh. Matanya terpaku ada dinding apartmennya yang kosong sementara cappuccino panas di depannya dibiarkan sahaja mendingin. Awal pagi begini, dia hanya mengenakan gaun tidur satin berwarna ungu tanpa secalit solekan pun pada wajahnya.
"Tash, you ni kenapa?" tiba-tiba satu suara menyerbu telinga Natasha. Hampir saja dia melata terkejut akibat teguran mendadak yang datang dari Jeannette, pengurus peribadinya merangkap sahabat karibny itu.Tersengih-sengih wanita Cina itu dari muka pintu setelah mlihat respon rakannya tadi.
"You ni kan.Tak tahu nak bagi salam ke sebelum masuk rumah orang?" Natasha mengurut dadanya penuh kelegaan. "Sorry la. tak terlintas nak bagi salam bila nampak you kaku tadi. Anyway, good morning miss Natasha," ujar Jeannete mesra disertai senyuman manis. Natasha hanya menjeling manja lalu menikmati cappuccino yang separa hangat itu.
"So, apa yang you fikir tadi?" Jeannette cuba mencungkil cerita. Dia dapat membaca semuannya dari perilaku sahabatnya itu. Bukan baru hari ini Natasha asyik mengelamun, sudah hampir seminggu dia begitu. Pasti ada yang tidak beres.

Jeannette menuang air kosong ke dalam gelas.Dia memerhatikan tindak balas Natasha sambil meneguk air. Wajah gadis itu mendung, tidak seperti selalunya.
"I'm still loving him, Jean," ungkap Natasha perlahan. Jelas kedengaran setiap butir ayat yang keluar dari bibir mungkilnya. Matanya tanpa kelip memandang mug yang masih berisi cappuccino.
"Tash, are you serious?" Jeannette tersengih menyindir,tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya.
"Yes, I am,"
"But, Ben has changed.Malahan, dia cuba menghindari you. Don't you see that?" Jeannete cuba membuka kenyataan. Orang buta pun dapat rasa layanan yang diberikan apalagi manusia sempurna. Sememangnya apa yang dikatakan Jeannete ada benarnya. Ben mulai mengelakkan diri dari bertemu bekas teman wanitanya itu. Mesti ada saja alasan diberi kalau diajak keluar berdua.
"Semuanya salah I.Kalau I tak tinggalkan dia dulu, dia tak kan layan I begini," Natasha bersuara sayu. Wajahnya menyimpan penyesalan yang ikhlas.
"You are not whom you are today, if you didn't left him 3 years ago. You faham tak,?" Jeannette bertegas. Nadanya serius dan meyakinkan. Dia cuma ingin meyakinkan Natasha bahawa keputusannya 3 tahun lalu adalah tepat dan tidak perlu disesali.
"You silap,Jean. This is not what I want. I want him. Only him," Natasha berkeras dengan pendiriannya. Kata-kata Jean dibiarnya berlalu tanpa kesan. Jiwanya meronta-ronta. Ya, dia masih terlalu cintakan Ben. Lelaki inilah cinta pertama dan terakhir baginya.
"Pleaselah Tash. I thought you had get over him. It's been a long, long while, you know," Jeannette masih meragui luahan hati Natasha. Selama ini, sahabatnya itu okay saja. Tiada bertemankan air mata, walaupun sewaktu baru berpisah dengan Ben. Tiba-tiba pula sekarang berubah sentimental.
"You don't understand me. You tak rasa apa yang I rasa,"
Jeannette terkelu. Kata-kata Natasha seolah-olah menembak mukanya. Dia memang tidak pernah merasakan cinta sejati selama hidupnya.Dia hanya menjadi barang permainan lelaki jahanam.
"So, apa yang you nak buat sekarang?" tanyanya sambil lewa, enggan membicangkan lebih lanjut masalah Natasha.
"I want him back. That's all," jawab Natasha kembali meneguk baki cappuccino dalam mugnya.
"suka hati youlah. I tak masuk campur," kata Jeannette sambil menuju ke ruang tamu. Dia membuka laptop yang tersimpan di atas meja, sengaja menjauhkan mindanya dari apa yang dikatakan Natasha tadi. Sebenarnya dia agak tersinggung dengan kata-kata Natasha.
"Tunggu dan lihat. I'm gonna win his heart again," ujar Natasha penuh keyakinan. Matanya bersinar penuh harapan. First love never die. Itulah prinsip yang dipegangnya.

***

Debby menyelak satu-persatu muka surat majalah hiburan kegemarannya, mencari isu yang hangat untuk diperkatakan. Puan Christina pula kelihatan agak sibuk dengan tugasnya sendiri. Hari ini, mereka dua beranak lebih banyak menghabiskan masa di rumah berbanding di spa. Sedang Debby membelek, matanya tiba-tiba terbaca sebaris perkataan yang menarik seluruh perhatiannya.
'Natasha akui rapat dengan pengarah Hotel Golden Royal'
Artikel kecil itu dibacanya dengan teliti. Menurut artikel tu, Natasha dan Ben sering kelihatan kemana-mana bersama. Gambar mereka berdua semasa pertunjukkan fesyen tempoh hari juga terselit di tepi artikel itu. Bagai cincin dengan permata.
"Mum, cuba baca ni," Debby mula menyebar cerita.
"Ada apa tu?" Puan Christina menyahut bersahaja. Matanya masih sibuk membaca isi kandungan fail di depannya.
"Bacalah sendiri," Debby menghulurkan majalah itu kepada mummynya yang berada tidak jauh darinya.
"Deb bacakan untuk mummy je.Mummy busy,"
Debby mencebikkan bibirnya sambil menarik semula hulurannya tadi. Dia membacakan setiap patah kata yang tercetak di dalam majalah itu. Wajah Puan Christina tidak menunjukkan sebarang perubahan yang diharapkan Debby. Dia hanya berlagak biasa, seolah-olah tiada yang menarik.
"Kalau mereka rapat pun, tak ada kena-mengena dengan kita," ujarnya masih menumpukan perhatian pada fail di atas meja.
"Mum kata tak ada kena-mengena? Sayanglah mum kalau abang Ben tak jadi dengan kak Jasmine," Debby tidak setuju dengan pendapat mummynya. Dia punya tujuan tersendiri.
"Eh, apa yang sayang pula? Deb pun tahu kan yang Kak Jasmine tak suka pada dia. Nak buat macam mana lagi. Dah mereka tak ada jodoh," balas Puan Christina tegas.
"Kak Jasmine tu yang masalahnya. Apa salahnya dia suka abang Ben tu. Kalau tak kita boleh bercuti percuma kat rangkaian hotel family mereka," kata Debby menyatakan niat sebenarnya.
"Jadi tulah yang Deb sayangkan sangat tu ye. Itu mementingkan diri namanya. Kita tak boleh paksa orang lain buat perkara yang mereka tak suka semata-mata untuk kepentingan diri kita," Debby terdiam mendengar kata-kata Puan Christina. Dia agak terasa dengan perkataan itu.
"Cakap orang pandai, Deb sendiri macam mana?Dah ada calon ke?" Puan Christina sengaja menimbulkan soalan begitu. Menguji respon anak gadisnya itu.
"Eh, mummy ni. Mana ada," muka Debby mula memerah. Malu dengan soalan mummynya tadi. Ketawa Puan Christina memenuhi ruang tamu rumah dua tingkat itu. Geli hati dia menyaksikan air muka Debby yang tersipu-sipu. Kalau mengenakan orang dialah yang juara, tapi sekarang dia sendiri yang terkena. Katanya mana ada, tapi sebenarnya ada.

Telefon bimbit Puan Chrisina bernyanyi nyaring tiba-tiba, mengejutkan dia dari tawanya tadi. Lantas dia mencapai benda yang masih bergetar itu dan membaca skrinnya. Raut wajahnya berubah. Nyanyian telefon bimbit itu masih kedengaran.
"Siapa yang call tu mum? Kenapa tak jawab?" Debby bertanya, hairan dengan perilaku mummynya.Puan Christina tersentak dengan soalan Debby. Fikirannya sedikit bercelaru. Hampir seminggu nombor yang sama asyik memanggilnya. Tapi bila disambut, tiada pula bersuara. Dia sendiri kebingungan. Siapa sebenarnya pemanggil misteri itu?
"Tak apalah. Tak penting pun," balas Puan Christina cuba menyelimuti rasa bimbangnya. Dia berusaha merahsiakan perkara itu dari anak-anaknya.Entah sampai bila. Telefon berdering lagi dan lagi. Dia hanya memekakkan telinganya. Pedulikan.

***

Dua orang wanita muda kelihatan ceria bersembang sesama sendiri. Sesekali, kedengaran tawa mereka berderai memenuhi ruangan cafe itu. Masing-masing teruja meluahkan isi hati yang lama terbuku.
"Awak jadi tak datang ke majlis perkahwinan Azilia hujung bulan ni?" tanya Jane Kaur, kawan baik Jasmine sejak sekolah menengah. Perbualan mereka kini beralih kepada topik itu. Air wajah Jasmine berubah.
"I am not sure.I'm quite busy this entire month. Awak pula?" pertanyaan diputarkan semula.
"Saya pun tak pasti lagi. Tapi, saya dengar kan dia buat konsep taman tau. Mesti mahal kan," Jane membalaS sambil menghirup minuman chocolate shakenya. Wajah Jasmine ditenungnya seketika.
"Ye ke? Tak hairanlah. Kan fiance dia arkitek. Setakat konsep taman, apalah sangat," kata Jasmine acuh tak acuh. Kek berperisa yam disenduk secebis.
"Eh, mesti kalau kita datang majlis tu, kawan-kawan yang lain sibuk tanya bila giliran kita pula. Ah, malas lah nak pergi," Jane mengerutkan keningnya mengenangkan perkara yang bakal terjadi.
"Yalah kan. Tak kuasa nak jawab. Tahu lah kan dorang tu dah ada family masing-masing. Tapi, you tak pernah terfikir ke nak kahwin, hah?" Soal Jasmine pula.
"Memanglah terfikir. Mama and papa dah bising-bising dah tu. Tapi saya tak ada calon lah. Yalah kan, siapa yang nak dengan saya ni, simple je,"jawab Jane dengan nada seolah merajuk. Hampir tergelak Jasmine melihat perunahan drastik air muka kawannya itu.
"Janganlah cakap begitu. Awak cantik ape. Lelaki buta je yang tak tertarik dekat awak. I'm sure you will find a perfect man for you someday, okay," Jasmine cuba menyenangkan hati kawannya itu. Tapi memang betul,Jane seorang gadis yang cantik. Mungkin kerana kedudukannya yang lebih tinggi berbanding lelaki yang biasa ditemuinya, menyebabkan tiada lelaki yang berani mendekati.
"Thanks. Awak memang bestfriend saya forever," Jane terharu dengan kata-kata Jasmine. Baginya, Jasminelah orang yang paling memahaminya di dunia ini.
"That's what friends for," balas Jasmine ringkas disertai tawa kecil.Namun, tawanya mati apabila menyedari perubahan wajah Jane yang seperti dipukau. Mata kawannya itu sampai tidak berkelip memandang arah yang dibelakanginya.
"Jane, are you okay?" Jasmine melambai-lambai tangannya tepat di depan mata gadis berkulit sawo matang itu. Tiada respon.
Jasmine menoleh ke belakang, arah yang ditenungi Jane sedari tadi. Dia ingin tahu penyebab Jane membisu. Gulp. Air liur ditelannya pantas. Perkara yang tidak diingini sedang berlaku! Ben sedang duduk bersama seorang lelaki seumurnya di suatu sudut Cafe itu. Sepertinya, mereka baru tiba, kerana seorang pelayan sibuk mengambil tempahan. Dia dan Ben berada di dalam satu bangunan. Oh, tidak! Batinnya menjerit kuat. Jantungnya berdebar kencang. Aku patut pergi dari sini, bisiknya dalam hati.
"Jane, we have to go," bisik Jasmine agak kasar kepada Jane. Dia sudah bersedia untuk pergi. Kaca mata hitam dikeluarkan dari tas tangannya untuk menutup bahagian mata.
"Kita nak pergi mana ni, Mine. Saya belum siap lagi lah," Jane terpinga-pinga dengan tindakan Jasmine yang mendadak begitu. Belum puas matanya menjamu keindahan ciptaan Tuhan.
"Come on, Jane. Ikut je lah,"Jasmine berusaha mengawal suaranya yang nyaring dari terlepas. Mahu saja dia menarik Jane keluar dari situ.
"Not now, Jasmine. Tengok, he is coming,"nada suara Jane seolah-olah teruja.Raut wajahnya lain dari yng biasa. Semacam meggoda. Tapi siapakah sebenarnya yang dia maksudkan?
"Fine.Then, goodbye," Jasmine berdiri dengan pantas tanpa memandang kiri kanan. Prang!!

Jasmine merasakan yang bahunya terlaga sesatu, seperti sebuah dulang berat. Dia lantas menoleh. Oh tidak! Dia buat lagi.Pergerakannya yang tidak wajar tadi telah menyebabkan seorang pelayan wanita menumpahkan teh susu pada baju seorang lelaki yang amat dikenalinya. Siapa lagi kalau Ben. Dia baru cuba nak lari, tapi dia tertangkap pula. Jadi Ben lah yang dimaksudkan Jane tadi.Jasmine berusaha menutup mukanya dengan kedua-dua tapak tangannya.
"I am sorry. Really sorry,"ujar Jasmine cemas sambil mengalihkan mukanya ke arah yang bertentangan. Apa yang aku dah buat ni, rungutnya dalam hati. Tak habis-habis aku buat malu, marah Jasmine pada dirinya sendiri.Yang dia tu pula, buat apa datang dekat sini. Bencinya! Jasmine mengerang. Enggan dia menatap wajah lelaki itu. Malu sudah menyelubungi dirinya.Dia cam aku ke? Jasmine tak tentu arah.
"Minta maaf, encik," pelayan wanita itu mula membersihkan pakaian Ben yang terkena teh susu tadi. Sebenarnya dia hanyalah mangsa keadaan yang dicipta tanpa sengaja oleh Jasmine.
"It's okay. Thanks. Saya boleh buat sendiri," Ben sibuk membersihkan pakaian putihnya dengan kertas tisu. Pelayan itu kemudiannya tergesa-gesa menuju dapur. Rasa bersalah menghantui Jasmine yang sudah tak keruan.Sememangnya dialah punca segalanya yang sedang berlaku.
"Ini semua sebab awak. Tiba-tiba je nak pergi," Jane mula campur tangan. Jasmine tidak terdaya untuk menghentikan tindakan kawannya lagi. Dia hanya mampu membisu sambil mengkebil-kebilkan matanya, memandang ke arah lain.Tenang Jasmine, dia tak kan cam awak punya, dia berusaha memujuk dirinya. Dia hanya tahu yang dia perlu pergi dari situ.
"Are you ok?"tanya Jane kepada Ben yang masih sibuk membersihkan pakaiannya. Inilah yang dikatakan sambil menyelam minum air. Peluang untuk mengenali lelaki itu.
"Ya, I'm just fine," balas lelaki itu ringkas.Suaranya tiada bibit kemarahan. Tenang saja kedengarannya. Sempat lagi dia memberi senyuman kepada Jane. Kesempatan berharga, terbit idea di minda Jasmine.Tanpa berlengah-lengah dia memulai langkah seribunya.
"Jasmine Rossaile Lee, awak nak pergi mana tu? You have to settle this thing," lantang kedengaran suara Jane.Ternyata ideanya itu tidak berkesan. Langkah Jasmine serta-merta mati. Jane! You're killing me! Sekarang Lelaki tu mesti cam dia.Pasti. Mahu tak mahu, Jasmine terpaksa berdepan dengan Ben.Aku nak buat apa sekarang ni? Jasmine berfikir, masih enggan menoleh.Dia tidak mahu melihat reaksi Ben. Dia sudah cukup malu untuk melihat dirinya sendiri sekarang.
"Jasmine, awak patut minta maaf," Jane bersuara lagi. Apasal dia bermati-mati nak aku minta maaf ni, Jasmine merungut.Tahulah lelaki tu kacak. Jasmine masih enggan berganjak. Buat sesaat dua suasana sunyi.
"It's okay, miss. Saya kenal kawan awak tu," sebaris ayat keluar dari mulut Ben. Jasmine tergamam. Betulkah yang aku dengar ni, dia kebingungan. Dia tak nak minta ganti rugi? Sejak bila pula dia berubah jadi bertimbang rasa?

Saturday, July 4, 2009

Sorry..

Kepada suma yg m'ikuti crta sya..
Sya x dpt post chapter bru.. mklmlah bru msuk u.. blm ada msa nak post.. sory..
mnta maaf klo ada kekurangan dlm penulisan sya ni.. next time sya akan cuba tingkatkan mutu penulisan..
thx very much..
see u all again..
luv ya..

Wednesday, June 24, 2009

Takut Kahwin 7

Urutan refleksologi membuat Puan Rose begitu tenang bersandar pada sebuah sofa empuk. Suasana nyaman di Natural Beauty Spa and Saloon yang diriasi ala tropika menambahkan kedamaian hatinya. Itulah sebabnya dia sering kali berkunjung ke tempat itu untuk sebarang rawatan kesihatan mahupun kecantikkan.

Matanya dipejam lembut lalu fikirannya dibiarkan menerawang seketika. Andai saja aku ada cucu sekarang, tidaklah lagi sunyi hidupku di rumah, fikirnya. Dia mengangankan dirinya bergelar seorang nenek. Memang wajar bagi wanita seusianya berfikiran demikian. Tapi apakan daya, anak-anaknya masih belum bersedia untuk berkeluarga. Entah bila bersedianya.
“Good morning, Puan Rose. Ini dia teh pegaga yang puan pesan,” tiba-tiba Puan Christina muncul dari muka pintu, sekaligus menghapuskan semua angan-angan. Lantas Puan Rose tersedar.
“Eh, Puan Chris. Buat terkejut saya je,” sahutnya sambil memerhatikan Puan Rose yang menghampirinya sambil mengangkat dulang berisi dua biji cawan. Dia cuba tersenyum menyembunyikan kekagetannya tadi.
“Maaflah ye. Apalah juga yang difikir tu sampai ditegur begitu lembut pun boleh terkejut?” tanya Puan Christina memula perbualan. Dia meletakkan dulang itu di atas meja dan duduk bersebelahan dengan Puan Rose.
“Tak adalah penting sangat pun. Biasalah kan pasal anak-anak,”
“Siapa kata tak penting, itulah perkara terpenting bagi seorang ibu. Saya pun selalu teringatkan anak-anak gadis saya tu. Bilalah mereka tu nak belajar mengurus hidup sendiri,” balas Puan Christina disertai sedikit keluhan. Sebiji cawan berisi teh pegaga diambilnya, lalu diteguk. Puan Rose kemudiannya berbuat yang serupa.
“Begitulah juga halnya anak-anak saya tu. Sudah tua tapi masih tak tua-tua juga fikirannya. Tak kah mereka terfikir nak sambung keturunan keluarga,” ujar Puan Rose dengan nada serius.
“Betul tu, Puan. Kita yang dah tua ni pula yang risaukan mereka. Mereka tu asyik nak enjoy je,”
“Cakap pasal anak kita ni, Ben dan Jasmine tu macam mana? Ada ke perkembangan mereka tu?” soal Puan Rose pula. Topik yang lebih kurang sama dengan yang tadinya.
“Puan ni, buat-buat tak tahu pula. Kan ke Ben tu dah ada teman specialnya sendiri,” Jawab Puan Christina, membuat Puan Rose kehairanan. Setahunya, Ben tu belum ada pacarnya lagi, setelah hampir 3 tahun bergelar bujang semula.
“Maksud Puan apa? Saya tak faham?” akhirnya dia bertanya penuh ingin tahu.
“Eh, tak kan Puan tak tahu hubungan Ben dengan seorang model jelita. Seingat saya lah namanya Na..ta..sha,” kata Puan Christina sambil berusaha mengingati nama gadis yang dimaksudkannya itu. Puan Rose kelihatan serius. The pegaga yang dihirupnya tadi diletakkan semula di atas meja.
“Yakah? Saya tak tahu-menahu pula kalau Ben dah rujuk balik dengan Natasha tu,”
“Dia ex-girlfriend Ben rupanya. Tak hairanlah puan. Memang susah nak lupakan cinta lama,” kata Puan Christina seolah-olah bercakap tentang dirinya sendiri. Wajahnya berubah sedikit suram.
“Actually, saya tak berapa suka gadis tu?” ujar Puan Rose selamba sambil meneguk the pegaga tadi.
“Kenapa pula? Gadis tu cantik, terkenal. Padanlah dengan Ben,”Puan Christina hairan dengan kata-kata Puan Rose.
“Sebab dia tu seorang model dan cantik lah, saya tak suka dia jadi menantu saya. Tak semestinya cantik, pandai jaga suami. Kadang-kadang kecantikkan itulah yang menjadi racun bila dah kahwin nanti,” bersungguh-sungguh Puan Rose dengan pendapatnya.
“ Betul juga cakap puan tu,” Puan Christina mengiyakan pendapat sahabatnya itu.
“Lainlah kalau macam Jasmine. Saya tengok bertanggungjawab je anak tu. Sederhana je, tak lebih-lebih pun,” sempat pula Jasmine dipuji di depan mummynya. Bangga juga Puan Christina mendengarnya, namun cuba dia sembunyikan.
“Tapi kalau dah jodoh Ben dengan Natasha tu, apa kita boleh buat. Asalkan dia bahagia, puan restui je lah mereka berdua. Lagipun, puan kan teringin sangat nak dapat cucu,” ujar Puan Christina seraya tersenyum.
“Amboi, nak mengata orang. Orang yang cakap tu apa kurangnya kan,” Puan Rose menyindir. Wanita berdua itu ketawa sesame sendiri.

***
Malam gilang-gemilang yang dinantikan Natasha akhirnya tiba juga. Semua hasil jerih-payahnya selama ini akan dipamerkan dalam pertunjukkan fesyen malam ini. Koleksi pakaian gaun malam yang penuh sentuhan kemewahan dan feminine dijangka dapat menarik minat wanita-wanita golongan atasan.

Jangkaan ternyata tepat. Ruangan Ballroom Golden Royal Hotel dibanjiri dengan para hadirin VIP dan pihak media. Pertunjukkan fesyen untuk Tash Collection akhirnya bermula. Satu persatu peragawati tampil memperagakan pakaian masing-masing. Setiap satunya dihujani flash kamera. Pasti mereka akan muncul dalam majalah-majalah fesyen dalam masa terdekat.

Ben duduk sambil memeluk tubuh di kerusi barisan paling depan. Kalau model-model tu jatuh semasa melakukan catwalk, pasti dialah yang kena dulu. Matanya memandang acuh tak acuh pertunjukkan fesyen itu. Malahan dia langsung tidak berminat untuk menghayati karya sulung Natasha itu. Sesekali dia menguap menghilangkan kebosanan yang mencengkamnya. Satu saja ayat yang muncul di benaknya, bila nak habis.

Kalaulah, si Deena ada di sini, tak lah boring sangat, bisik Ben dalam hatinya. Teringat juga dia pada adiknya pada masa sebegitu. Sekurang-kurangnya dia dan adiknya itu bolehlah menjadi pengkritik yang mentertawakan rekaan orang lain. Ataupun paling tidak, Deena boleh juga dijadikan alas an untuk pulang rumah. Demikianlah yang difikirkan Ben, tapi malangnya Deena tiada di sisi. Apa nak dikata, adiknya itu kena serangan senggugut. Mungkin dia sedang berguling-guling kesakitan sekarang ni, Ben tersenyum memikirkan adiknya.

Gadis-gadis kurus lampai silih-berganti di atas pentas, sehingga pada kemuncakknya Natasha muncul dengan memperagakan karya agungnya sendiri. Gaun yang agak unik dari yang lain, tapi tidak cukup untuk menarik perhatian Ben. Lelaki itu kelihatan bersahaja menyaksikan Natasha disertai tepukan asal ada. Suasana gamat dalam dewan itu tidak cukup kuat untuk menarik perhatiannya pada acara malam itu. Yang ada di fikirannya sekarang hanyalah balik rumah.

Baru sahaja, kaki Ben ingin melangkah keluar Ballroom, telinganya terdengar namanya disebut.

“My highest gratitude goes to Mr. Ben Carl Fernandez, the director of Golden Royal Hotel for lending this fantastic ballroom tonight. You’re really my best friend ever. Thank you so much,” sempat Natasha menyebut namanya dalam ucapan sambil mengarahkan tangan kea rah Ben yang kini menghampiri pintu keluar. Beberapa flash kamera menyinggah ke mata Ben. Ben pula hanya mampu tersenyum dan berlagak cool.

Sesudah ucapan Natasha yang 100 peratus dalam bahasa Inggris, menyusul pula sidang media. Keadaan bukan seperti yang dirancang Ben. Natasha seperti sengaja mengajaknya menyertai sidang media itu, sedangkan baginya dia tiada kena mengena dengan semua itu. Ditanya ini, ditanya itu sampai naik rimas Ben mendengarnya.
“Adakah En. Ben dan Miss Natasha ada hubungan istimewa?” seorang wartawan dua alam menyoal.
“We’re friends and partners,” jawab Ben ringkas dan bersahaja.
“Apa komen Miss Natasha pula?” soal wartawan yang sama, tidak berpuas hati dengan jawaban Ben.
“Emm.. Actually, we’re very close. Dari dulu sampai sekarang,”
Kata-kata Natasha itu agak mengejutkan Ben. Dia tidak menyangka jawaban itu akan keluar dari mulut gadis itu. Close? Not anymore Natasha, bisiknya dalam hati. Bagi Ben tidak mungkin untuk melupakan perkara yang pernah berlaku antara mereka. Namun, detik ini dia hanya mampu mendiamkan diri dan menyimpan semua itu dalam hatinya.

***
Jasmine memerhatikan teliti pergerakan merkuri dalam sphygmanometer sambil telinganya mendengar denyutan jantung Tuan Albert melalui stethoscope.
“Tekanan darah tuan agak tinggi. 100/90. selain sakit kepala, tuan ada rasa sakit apa-apa lagi tak?” tanya Jasmine sambil membuka lilitan kanvas alat pengukur tekanan darah itu pada pangkal lengan Tuan Albert. Lelaki itu terbaring di atas katil .
“Tak adalah juga. Cuma pening dan rasa penat sikit,” jawabnya dengan dahi berkerut.
“Kenapa Jasmine? Ada apa-apakah?” Puan Rose kedengaran cemas bertanyakan pasal suaminya.
“ Jangan risau. Tekanan darah tinggi tuan masih boleh dikawal. Tapi, kalau berterusan begini, saya terpaksa bagi ubat. Jadi, saya harap tuan rehat secukup-cukupnya. Selain tu, cuba kurangkan penggunaan garam dalam makanan. Begitu juga makanan berlemak. Dan jangan stress,” meleret Jasmine menasihati orang tua itu.
“Dengar tu, kau tu dah tua. Tak payah kerja lagi. Serahkan saja pada anak-anak,” Puan Rose menambah lagi.
“Aku tahulah. Doktor dah cakap,sudahlah. Kau pula yang membebel lagi,” ternyata Tuan Albert kurang senang dengan teguran isterinya. Jasmine pula sengaja memekakkan telinga terhadap apa yang suami-isteri itu bicarakan.
“Jasmine, terima kasih sudi datang jenguk-jengukkan orang tua ni,” kata Puan Rose. Sengaja menyindir suaminya yang terbaring di sana.
“Sama-sama. Inikan tangggungjawab saya sebagai doctor. Tuan, jangan lupa nasihat saya. Rehat banyak-banyak,ok,” sahut Jasmine, sempat mengingatkan lagi.
“Ya Cik doctor. Boleh tak jangan panggil tuan, panggil je uncle,ya,” ujar Tuan Albert pula, tidak suka digelar tuan oleh Jasmine.
“Oklah uncle. Saya balik dulu,”
“Tak nak minum dulu?” Puan Rose cuba menghentikan niat Jasmine.
“Taka pa, auntie. Ada ramai lagi pesakit di klinik. Kena balik sekarang juga,” Jasmine cepat-cepat mencari alasan. Dia tak boleh lama-lama di situ. Kalau Ben tiba-tiba pulang, dia juga yang susah.
“Lain kali, datanglah lagi. Masa santai-santai, ye,” Puan Rose berpesan. Jasmine tersengih. Tak mungkin, katanya dalam hati.
“Baiklah auntie, uncle, saya balik dulu,” kata Jasmine sambil berdiri dan mengangkat beg hitam berisi peralatan rawatannya.
“Yalah, baik-baik jalan,” pesan Tuan Albert pula.
“Mari auntie hantarkan,” Puan Rose memimpin tangan Jasmine keluar dari bilik itu. Mereka berjalan menuju ke tangga rumah itu. Jasmine membiarkan matanya meliar ke seluruh sudut, menyaksikkan keindahan kediaman orang ternama itu. Kagumnya bukan main.
“Itu bilik Ben. Nak jenguk tak?” sebuah pintu berhampiran tangga ditunjuk. Senyuman penuh makna tersirat diberikan Puan Rose khas buat Jasmine.

Haram kaki aku pijak, Jasmine bermonolog. Entah-entah bilik dia macam kandang kambing. Tak ingin aku tengok, buat menyusahkan fikiran je, bisiknya lagi.
“Tak mahulah auntie. Tak boleh,” terus terang Jasmine menolak lalu bergegas menuruni anak tangga itu. Puan Rose tersenyum melihat gelagat Jasmine. Comel betul tingkah budak ni, ujarnya sendirian. Segera dia mengiringi Jasmine turun ke tingkat bawah.
“Sampai sini jelah auntie, saya keluar sendiri. Auntie tengok-tengokkan lah uncle tu di atas. Manalah tahu dia perlukan apa-apa ke,” kata Jasmine setelah tiba di tingkat bawah.
“Baiklah, Jasmine. Hati-hati bawa kereta,” Puan Ros akur dengan permintaan Jasmine.
“ok,” Setelah Jasmine hilang dari ruangan matanya, barulah wanita itu menaiki tangga semula, menuju ke bilik tidur. Tuan Albert kelihatan sedang membaca majalah di atas katil.
“Dia dah balik?” tanyanya sejurus melihat kelibat isterinya.
“Dah, suka sangat aku dengan budak tu,” kata Puan Rose sambil tersenyum.
“Mm.. Budak tu memang baik. Sederhana je. Jadi macam mana dia dengan Ben?” tanya Tuan Albert memandang tepat kea rah isterinya yang duduk di sofa.
“Alangkah bagusnya kalau Ben jadi dengan dia. Tak perlu susah-susah pergi klinik kalau sakit. Tapi Ben tu susah nak diurus,” Puan Rose mengeluh. Pasti soal Ben dan Natasha.
“Habis kau nak menyerah? Jodoh tak kan datang kalau tak dicari,” sahut suaminya. Ya tak ya juga, fikir Puan Rose.

Thursday, June 18, 2009

tHE aUTHORS

Kepada suma yg m'ikuti novel sya..
Buat masa terdekat ni sya tak dpt post new chapter..
Sbnrnya dah ada raw materialnya tapi blum di taip lg..
lgpun sya agak busy bru2 ni..
sory ya klo ada k'silap dlm penulisan sya..
fhm2 jalah asal sya dri mna..
tak pndi bhsa malay standard...
thanks kpd yg sudi komen..
God bless u all..
-love, hope & faith-

Thursday, June 11, 2009

about takut kahwin..

Helo suma yg sudi singgah kat blog sya ni..
Bila sya baca komen2 kmu kat penulisan2u byk yg tnya psl agama watak2nya..
actually, sya tak letakkn religion mrka lg..
sbb bagi sya yg pntg crta org Malaysia kn..
so, korang rsa amacam?
pa kta korang kongsikn pndpt korang ttng soal ni..
please..

Takut Kahwin 5

“Morning, Jasmine,” Faroq menyapa Jasmine mesra dari belakang. Rupanya dia pun baru meletakkan keretanya di luar klinik. Tak pula Jasmine perasan kehadirannya.
“Good morning too, Faroq,” Jasmine membalas sapaannya diiringi senyuman paling manis. Sejuk pula rasa jiwanya merenung wajah jejaka tu pagi-pagi begini.
“How’s your holiday?” Faroq bertanya pula. Bangganya Jasmine, ada juga lelaki secute Faroq yang ambil tahu pasal dia.
“Seronok. Lagi seronok kalau..” Jasmine teringat peristiwa di kawasan pergunungan tu. Terus saja dia berhenti. Buat rosak program orang je lelaki tu, bisiknya dalam hati.
“kalau apa?” Tanya Faroq lagi. Tidak faham dengan jawaban Jasmine.
“Tak.Tak adalah. Best sangat. Nanti kau pun pergilah sana,” Jasmine cuba menutupi maksud sebenarnya. Buat malu saja nak beritahu Faroq.
“you pergi holiday with your whole family la ni kan?” buat-buat tak tahu pula Faroq.
Jasmine agak hairan dengan pertanyaan tu. Apasal tiba-tiba Tanya pasal kelurga aku? Berminat nak join ke? Jasmine tertawa di dalam hatinya. Perasaannya.
“Yes, but without dad,”jawabnya ringkas.
“You mean?” sekarang Faroq pula yang bingung.
“Daddy aku dah tinggalkan kami. Gone with the wind, agaknya,” Jasmine membalas dengan sedikit gurauan. Malas dia mengulas panjang pasal perkara tu.
“Sorry about that. Tak tau pula pasal tu,”
“No need la. Aku dah biasa,”sahut Jasmine, rupanya langsung tidak menggambarkan perasaan sedih.
“mum awak mesti seorang yang sangat tabah and determined kan,” ujar Faroq menebak personaliti mummy Jasmine.
“Mestilah. Kalau tak aku tak jadi seperti sekarang ni,” Jasmine tersenyum bangga. Memang benar kata-kata Faroq, mummynya bukan calang-calang wanita.
“Ya, betul tu. Kalau ada masa kenalkan lah I dengan mum awak ya,”
Jasmine tersentuh. Bangganya. Faroq memang berminat nak kenal keluarganya.
“How about your parents?” giliran Jasmine bertanya.
“Mereka kat overseas sekarang, travelling,”
“oo..Eh, jomlah masuk. Nanti lambat pula,” Jasmine segera mematikan perbualan mereka setelah menyelak jam tangannya.
“Yalah kan. Syok sangat borak dengan awak,”
“ Nanti kita sambung lagi,”
Lantas mereka berdua memasuki klinik yang terletak sederet dengan beberapa kedai lain dengan berwajah ceria.

***
Debby menghampiri mummynya dengan langkah yang tergedik-gedik. Dia macam tak percaya dengan apa yang Puan Christina beritahu sebentar tadi.
“Mummy pasti kah, Puan Rose invite kita?” tanyanya mencari kepastian. Sedangkan sebenarnya dia sudah boleh berasa pasti.
“Yalah, sayang. Debb sendiri dengar kan dalam phone tadi,”
“Maknanya, aku ada masa lebih kurang satu minggu untuk buat persiapan,” Debby kelihatan begitu teruja.
“Amboi, macam nak kahwin pula,” sindir Puan Christina sambil membelek-belek muka surat fail berwarna hitam di atas meja.
“Mestilah. Itu kan party orang kenamaan. Mesti nampak classy juga. Mummy pun mesti tau,”
“Apa yang classy sangat tu?” tiba-tiba Jasmine menyampuk dari arah dapur. Dari tadi didengarnya suara nyaring Debby yang terlebih di ruang tamu.
“Kak. Dengar sini. Puan Rose invite kita pergi majlis hari jadi Deena tau. Bayangkan, Party orang-orang atasan tu,kak,” bersemangat sangat Debby menjelaskan. Jasmine pula kelihatan bersahaja, reaksi yang paling dibenci Deeby.
“Aku tak kisahlah. Malas nak pergi. Kau seorang saja yang pergi pun dah cukup,” balasnya tak berperasaan.
“Kak ni kan. Tak kan tak nak jumpa Mr. Ben, yang handsome tu. Kan dia bakal suami kak,” tergelak Debby memujuk kakaknya. Sempat pula dia memanas-manaskan hati kakaknya.
“Kau kata apa? Nak mati ya. Jumpa Mr. Bean lagi bagus tau!” kata Jasmine dengan garangnya. Dia membaling salah satu fail yang bertempiran di atas meja kea rah Debby. Nasib baik Debby mengelak kalau tidak ada juga extra eye shadow biru di matanya esok.
Tak henti-henti Debby menyakat kakaknya lagi.
“Jangan libatkan barang-barang mummy. Tak pasal-pasal kamu berdua kena hempas fail ni,” Puan Christina yang dari tadi sibuk memeriksa fail-fail itu mulai berang. Tangannya mengangkat fail, sedia menghembasnya ke punggung gadis berdua itu.

Jasmine dan Debby berkejar-kejaran naik ke tingkat atas. Takut juga mereka dengan gertakkan Puan Christina.

***
Golden Royal Hotel tak ubah seperti Istana malam tu. Lampu-lampu yang bersinar keemasan kelihatan bergemerlapan di dalam dan luar hotel. Mengalahkan bintang-bintang di angkasa.

Jasmine sekali lagi menjejakkan kakinya ke hotel itu setelah pertama kali menjejakkan kakinya di situ hampir satu bulan setengah yang lalu. Yang sebenarnya, dia tidak ingin pun berada di situ malam itu. Tapi adikknya sibuk memujuk sampai siap ugut-mengugut lagi.
“Wah cantiknya. Macam di syurga,” tak habis-habis Debby memuji keindahan hiasan hotel itu. Sampai naik muak Jasmine mendengarnya.
“Kau pernah sampai syurgakah?” Jasmine menduga kebenaran fakta pujian adikknya tadi. Debby memandangnya sinis.

Tiga orang wanita itu kemudiannya memasuki ballroom. Luasnya bukan kepalang. Deeby, Jasmine dan Puan Christina sungguh terpegun dengan hiasan di dalam ballroom tu. Serba purple. Cute, menarik dan mewah. Mesti citarasa Deena ni, bisik hati Jasmine.

Seorang pelayan membawa mereka ke sebuah meja bulat yang masih kosong.Mereka dilayan bagai tetamu VIP. Nampaknya masih banyak tetamu yang belum tiba. Muzik instrumental klasik bernada romantic memenuhi ruangan dewan besar itu. Kelihatan beberapa merpati dua sejoli sedang terbuai-buai menari dalam pelukan pasangan masing-masing. Pemandangan yang agak biasa bagi majlis-majlis sebegitu.
“Romantiknya. Kalaulah dia ada di sini,”tiba-tiba Debby berkata dengan penuh perasaan.
“ Kau cakap apa ni,” kata Jasmine dengan rupa menyampah.
“Siapa ‘dia’ yang Debb maksudkan tu?” Puan Christina bertanya kehairanan. Wajah Debby segera berubah kemerahan. Malu dengan pertanyaan mummynya.
“Buah hati kau, ya,” Jasmine mula menyakat sambil tersenyum-senyum.Giliran untuk mengenakan adiknya sudah tiba. Debby yang enggan menjawab, cuba melarikan diri dari menjadi sasaran kakaknya. Untung matanya terlihat pasangan yang sama cantik sama padan menari bersama di hujung sana . Macam pinang tidak berbelah pula.
“Cuba tengok sana,” katanya. Berjaya juga dia mengelak soalan mummynya.
“Ben dengan siapa tu?” Puan Christina bertanya ingin tahu sambil merenung teliti kea rah pasangan itu.
“ Kalau tak silap mata akulah, itu kan Natasha. Model yang terkenal tu,” memandai-mandai pula Debby menjawab, gembira kerana berjaya mengalih topic perbualan. Jasmine sekadar terdiam sambil memerhatikan setiap gerak-geri mereka. Sempurna.
“Jealous ke?” sengaja Debby mengusik Jasmine yang hampir terlopong kekaguman.
“Jealous? Excuse me. Kalau dorang menari black dance ke, ballet ke, shuffle ke, jealous la sikit. Terlalu cliché lah,” Lain pula yang dijawab Jasmine. Sedangkan ada juga sedikit perasaan cemburu yang menganggunya.
“Yalah tu,” balas Debby. “Macam orang tak tau,” tersenyum-senyum dia mentafsir jawaban Jasmine.
“Dah nampak kan. Si Ben tu hanya padan dengan model-model macam tu. Buat malu je kenalkan aku dengan dia. Macam aku pula yang terkedek-kedek nak kan dia,” Jasmine merungut, mengesali tindakan mummynya dan Debby dulu.
“Manalah mummy tau dia dah ada girlfriend model macam tu. Puan Rose pun tak beritahu apa-apa. Jadi kami sepakat nak kenalkan kamu berdua. Nasi dah jadi kerak nak buat apa lagi,” balas Puan Christina pula, mempertahankan tindakannya dulu.
“Dah tau dah,” Selamba saja Jasmine membalas. Pasangan itu diperhatikannya lagi. Ada juga perempuan yang nak kan awak. Aku ni pula yang tak laku. Itulah akibatnya kalau menyumpah orang, Jasmine menyindir dirinya sendiri.

Muzik bernada romantic kini beralih kepada rentak yang lebih rancak. Debby sengaja berdiri-diri di suatu sudut, kalau-kalau ada orang yang nak berkenalan dengannya. Sekali tengok macam muka tembok juga tapi dah memang dia gadis yang suka bersosial. Sesekali dia meneguk lemonade sejuk sambil memerhatikan sekeliling.

Ben yang berdiri bersama Natasha tidak jauh dari situ menyedari kehadiran Debby, dengan sekilas pandang. Tetapi, ada sesuatu yang menarik tantang gadis itu. Bukanlah pada pakaiannya. Bukan pula pada rupa parasnya yang boleh dikatakan menarik, tetapi pada pergelangan tangannya.

“Would you excuse me for a moment?” Ben mengundur diri daripada Natasha kemudian berjalan menghampiri gadis itu. Natasha agak hairan dengan tingkah-laku Ben yang dari tadi memandang gadis itu. Tercabar juga kecantikkannya.
“Hello. Em.. Debby kan,” Ben memberanikan diri menegur gadis yang bergaun putih itu.
“Eh, En.Ben. Ya, saya Debby,” Debby pula segera membalas dengan ramah.
“You look gorgeous tonight,” sengaja dia memuji Debby, padahal ada maksud tersirat di sebalik pujian itu.
“Thank you,” Debby yang tak tahu apa-apa pula bukan main gembira lagi. Apa tidakknya, dipuji begitu.
“emm.. That bracelet?” akhirnya soalan yang sebenarnya ditanyakan kepada Debby.
“O.. Gelang ni. My Mummy belikan. Untuk kak Jasmine and me,” Debby dengan bangganya menjelaskan sambil meramas-ramas gelang di pengelangan tangannya.
Ben senyum plastik. Jangan-jangan si Jasmine punya tak? Tak mungkin. Tak mungkin. Segera dia menidakkan suara hatinya sendiri.
“Cantik..” Ben berpura-pura. Kalau betul gelang tu Jasmine yang punya mesti dia berada di tempat kejadian pada hari yang sama. Tapi macam mana nak tanya? Bingung Ben dibuatnya.
“Macam mana baru-baru ni? Busy ke dengan business mum you?” Ben mula menjual soalan. Harap-harap Debby ‘beli’ soalannya.
“Okay juga. Tak lah busy sangat. Lagipun kami satu family baru balik bercuti minggu lalu,” Debby menjawab. Soalan Ben terjual. Dia tambah penasaran. Dia berdoa mengharap Jasmine bukanlah orangnya.
“ O yakah? Bercuti di overseas?” sengaja Ben menyoal begitu. Hormone adrenalinnya semakin rancak dirembeskan, bersedia menerima jawaban yang tidak diingini.
“Tak lah. Dekat je. Di kawasan pergunungan ‘Highland resort’. Mesti En. Ben pernah pergi kan?”
Oh, tidak! Ben sekuat hati menidakkan kenyataan itu. Tubuhnya tidak dapat menerima kebenaran yang dicarinya sendiri. Tak kan perempuan tu lagi?

Takut Kahwin 6

Jasmine duduk bersendirian di sisi kolam renang Golden Royal Hotel yang luas terbentang. Kedaalaman kolam tu tak payah bincang, memang tak pijak bumi kaki Jasmine kalau masuk ke dalamnya. Dia tidak bersendirian di situ, beberapa orang kaum adam dan hawa turut kelihatan mengelilingi kolam. Kalau saja mereka tiada, sudah lama Jasmine ingin mencelupkan kakinya ke dalam air kolam yang membiru itu.

Lemonade dihirupnya penuh kenikmatan. Kesunyian melanda jiwanya yang tidak berteman. Debby hilang entah ke mana. Puan Christina pula sedang duduk semeja dengan puan-puan yang lain. Bincang apa, Jasmine tak tahu dan tak nak tahu pun. Dia lebih suka bersendirian melayan perasaannya. Acara rasmi dalam ballroom pun belum pasti bila mulanya, menyesal juga dia menghadiri majlis itu.

“Dr. Jasmine?” satu suara lelaki yang asalnya entah dari mana seperti memanah jantung Jasmine yang sedang berada di awang-awang. Dengan pantas dia berpaling.
“Awak? Nak bunuh aku ke?” kata Jasmine sambil mengurut dadanya kelegaan. Terkejut beruk dia tadi.
“I want explanation,”
Jasmine bingung. Mereng agaknya lelaki ni. Rupa saja handsome tapi tak siuman. Datang-datang terus terjah dengan soalan yang asal entah dari mana, fikirnya agak bengang.
“Apa ni? What explanation?” soal Jasmine dengan dahi yang berkerut.
“About everything. Aku tak percaya semua yang terjadi antara kita hanyalah kebetulan. There must be something,” balas Ben dengan tegas lagi ego. Sah dia menuduh Jasmine menjadi dalang atas semua yang pernah berlaku antara mereka.
“What do you mean? Aku plan semua tu? Excuse me. Aku tak ada masa nak buat semua tu,” Jasmine menafikan dengan keras. Geram tak terhingga dia pada lelaki yang berdiri di depannya.
“So?” Ben tidak berpuas hati tentang apa yang baru Jasmine katakan. Perempuan separas bahunya itu direnungnya tajam. Dia mahukan lebih.
“Fine. Hari tu aku bengang sangat sebab awak panggil aku puan, tulah pasal cakap macam tu. Secara spontan, bukan aku plan. Puas hati?” panjang penjelasan Jasmine.
“Not that,” pendek saja balasan Ben. Jasmine bingung. Habis yang mana? Mungkin yang pasal suntikan tu, fikirnya pula.
“ Okay, yang pasal suntikan tu pula memang..”
“Bukan yang itulah,” pintas Ben dengan pantas. Tak mahu dia mengingat kejadian yang mengaibkan itu lagi. Jasmine tergelak menyaksikan perubahan drastic pada wajah jejaka yang hampir kemerahan itu.
“Jadi?” sahut Jasmine.
“Kenapa gelang awak boleh ada di depan chalet aku?” Jantung Jasmine bagai disambar petir mendengar soalan Ben yang bernada serius itu.

Dia tahu? Macam mana dia boleh tahu? Ini mustahil! Peluh sejuk mulai membasahi tubuh Jasmine. Dia terkelu, tidak tahu apa nak dikatakan. Hal itu memang susah untuk dipercaya. Dia tak keruan, lantas meneguk semua lemonade yang tersisa di dalam gelas, cuba menenangkan hatinya. Ben memandang teliti setiap perbuatan perempuan itu.
“Tak dapat explain? Well, I made up my mind about you, Dr Jasmine,” Ben yang sudah agak lama menanti jawaban Jasmine mula bersuara.
“ Semua ni pasal Heaven Orange Juice tulah,” tanpa disengaja bibir Jasmine membisikan perkataan itu.
“What are you talking about? Nak salahkan minuman?”Ben tersenyum mengejek. “Mengaku jelah kalau nak kahwin sangat dengan aku,” tambah Ben dengan sombong.

Terbeliak mata Jasmine mendengarnya. Kahwin dengan kau? Hei, perasan gila lelaki ni, kutuknya dalam hati. Nak termuntah Jasmine.
“Hei, jangan perasanlah. Awak memang orang berpangkat tapi bukan semua perempuan sudi kahwin dengan awak. Faham? Harap rupa je,no way lah” Jasmine mula mengeluarkan perkataan pedasnya.
“ So what?” Ben langsung tidak terasa.
“ Aku tak tahan lagi. Baiklah. Mulai saat ini, anggaplah nama Jasmine tak pernah wujud dalam kepala otak awak. Begitu juga sebaliknya. Puas hati sekarang?” berapi-api kemarahan dan kebencian Jasmine pada Ben kini.
“itulah yang terbaik, perigi mencari timba,” sempat lagi Ben memerli Jasmine.
Perasaan marah Jasmine sudah mencapai tahap gunung berapi, sampai lidahnya tak mampu berkata-kata lagi. Dia menarik nafasnya sekuat hati. Tiba-tiba, matanya terlihat bayangan seorang wanita yang memerhatikan mereka di sebalik tiang. Oh, ya. Model tu, Jasmine teringat. Idea jahat masuk ke dalam otaknya.
“Tu mesti perempuan malang yang jadi girlfriend awak. Kalau nak skodeng pun janganlah ketara sangat. Ini terhendap-hendap di belakang tiang. Luculah,” giliran Jasmine menyindir. Sengaja dia mencabar keegoan Ben dengan gelakannya yang dibuat-buat.

Ben berpaling kea rah tiang besar menghala ke pintu ballroom yang dimaksudkan Jasmine sementara Jasmine pula menuju ke sana. Natasha? Apa yang dia buat di situ? Ben bertanya dalam hati sambil mukanya terkulat-kulat.

Jasmine melewati Natasha yang memerhatikan setiap langkahnya dengan tajam. Macam berpisau saja matanya. Jasmine cuba berlaku ramah dengan melemparkan senyuman manis, tapi sayangnya tidak berbalas. Cantik, tinggi lagi. Tapi sombong, ujar Jasmine dalam hatinya.

Dari pintu besar, Jasmine dapat menangkap kelibat adikknya di dalam. Sedang berbual-bual dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Ini lagi satu, tergedik-gedik, bisiknya.
“Excuse me,” Jasmine lantas menarik lengan adiknya meninggalkan lelaki itu.
“Apa ni, kak?” Tanya Debby setelah mereka berada agak jauh dari lelaki yang baru dikenalinya itu. Geram juga Debby dengan perbuatan kakaknya.
“Aku nak balik sekarang juga,” kata Jamine, melampiaskan sedikit rasa geramnya pada Debby.
“Eh, acara potong kek sekejap lagilah. Tunggulah dulu.” Debby cuba memujuk kakaknya. Dia tahu benar kelemahan kakaknya. Kek berperisa yam.
“Aku tak peduli acara potong kek ke, potong ikan ke, yang aku tahu aku nak pulang sekarang juga. Kau sampaikan saja salam aku pada Deena tu,”balas Jasmine tegas.
“Kak pulang naik apa? Kunci kereta ada pada mummy,” Debby sekali lagi cuba menghentikan niat Jasmine.
“Aku naik teksi. Tell mummy,” kata Jasmine sambil berjalan meninggalkan Debby menuju ke pintu keluar dengan langkah yang pantas.
Baginya tidak ada gunanya lagi berada di situ. Tambah-tambah lagi berdepan dengan Ben yang egonya nak mampus.

***
Pagi itu, cuaca agak cerah. Langit kelihatan membiru di luar hotel Golden Royal. Di dalam ballroom, Ben dan Natasha begitu asyik berbincang. Sesekali telunjuk Ben mengarah ke kiri lalu ke kanan.

Sedang mereka berdua sibuk berbincang, pandangan Ben tiba-tiba terpaku pada gerangan seorang gadis comel yang berjalan menghampiri mereka.

“Hai bro,” Deena menegur abangnya yang sedang bermuka tak senang. Ben memang tidak menjangkakan kehadiran adiknya itu sekarang.
“Awak buat apa di sini?” tanya Ben pula, kurang mesra kedengarannya.
“Kan papa suruh Dee kerja selepas hari jadi ke-23, Dee dari tempat papa lah ni. Eh, ada kak Natasha. Hello,” balas Deena. Sempat lagi dia menyapa Natasha yang berdiam di sisi abangnya dari tadi. Natasha sekadar tersenyum.
“Apa kabar Deena?”Natasha mula bermesra.
“I’m fine. Thanks ya sebab sudi datang party birthday Dee semalam,” kata Deena yang senang mesra itu. Natasha hanya mengangguk sambil tersenyum.
“Dah habis cakap. Apa tunggu lagi. Pergilah kerja,” Ben yang rasa tersisih mulai bersuara semula.
“Laparlah,”
Macam-macam karenah pula Deena. Sengaja dia ingin mengambil perhatian abangnya. Sesekali ingin juga dia bermanja dengan abangnya yang kacak itu.
“kalau macam tu. Jom kita pergi lunch. Dah tengahari dah ni. I pun lapar juga,”Natasha nak tunjuk baik pula. Mahu tak mahu Ben terpaksa menurutkan kehendak dua orang gadis di sisinya itu.

“Kak diet ke?” tanya Deena membuka bicara sambil mengunyah makanan. Pesananya bukan alang-alang, penuh satu meja besar dengan makanan. Itu pun belum cukup lagi baginya, mujur Ben menegur.
“Terpaksa,” balas Natasha ringkas. Dia hanya menjamah salad buah-buahan. Kesian Deena melihatnya. Macam tak cukup makan saja.
“Kak dah kurus macam mentadak begini pun masih nak diet? Tak patut,” tak habis-habis Deena bercakap. Tak pernah putus idea nak kata apa.
Natasha pula sekadar tersenyum. Tersindir juga dia dengan kata-kata Deena tadi. Nasib baiklah kau ni adik Ben, kalau tidak.. ujar Natasha dalam hatinya.
“Dee, filter sikit bila bercakap. Kak Natasha ni diet sebab kerja dia. Abang rasa Dee pun patut diet juga. Tengok badan tu,” kata Ben pula. Sengaja menjaga hati Natasha yang agak tersinggung tadi. Sambil tu perli-perli sikit adiknya yang makan tak pandang-pandang sebelah lagi.
“Aku peduli apa. Gemuk pun tak apa. Asalkan makan. Makan. Makan. Makan,” sahut Deena pula. Matanya berkilat memerhatikan makanan yang tersusun rapi di sekitar meja. Tak cukup hanya nasi ayam, tambah empat lauk lainnya. Ben dah tak kuasa nak melayannya lagi.
“Tak apa. Dee kan muda lagi. Makanlah selagi boleh,” Natasha mencelah. Gilirannya mengambil hati Deena walaupun bercanggah dengan prinsip hidupnya.
“Eh, bang. Semalam ada nampak kak Jasmine tak? Tak nampak dia pun,” Deena bersuara semula. Tiba-tiba saja, dia teringat pasal doctor itu.
“Tanya aku buat apa. Mana aku tau. Bukan urusan aku,” Jengkel Deena mendengar nada jawaban abangnya. Macam marah saja. Mungkin masih panas pasal kejadian semalam.
“Tanya pun tak boleh,”
“Siapa Jasmine tu?” Natasha yang asyik menjadi pendengar sejak tadi bersuara kembali. Dia ingin tahu juga siapa agaknya gerangan gadis yang disebut-sebut itu.
“Doktor abang,” selamba saja Deena menjawab. Ben tersentak. Biar betul budak ni nak bocorkan cerita, Ben mula tak keruan. Matilah kalau budak ni cakap macam-macam, kata Ben dalam hatinya.
“Doktor pada Ben?” Natasha bertanya lagi. Inginkan kepastian.
“Doktor macam tu je. Biasalah doctor, rawat pesakit,” tersengih-sengih Ben menjawab soalan Natasha. Ayat pun entah logik ke tak.
“You sakit apa?”
Banyak tanya pula dia ni, rungut Ben. Reaksi mukanya dibuat-buat.
“Allergic. Siap kena..”
“Dee tak nak dessert?”
Ben lantas mematikan percakapan Deena. Lembut saja suaranya berbicara. Direka-reka. Budak ni memang nak kena, Ben bersuara dalam hatinya.
“ya tak ya, nak aiskrim vanilla lah,” kata Deena, seolah-olah sudah lupa dengan niatnya tadi. Ben memang pintar mencari kelemahan orang.
Natasha yang masih tak berpuas hati dengan jawaban Ben mulai berfikir dalam. Jasmine pasti lebih dari seorang doktor bagi Ben, fikirnya. Mesti ada yang dia rahsiakan.

Thursday, May 21, 2009

Takut kahwin 4

Perlahan-lahan, Jasmine membuka pintu chalet bernombor 207. Janganlah mum dan Debb bangun sekarang, dia berdoa di dalam hati. Rambutnya sudahlah mengerbang tak terurus macam Pontianak terbang, semalam tak balik pula. Kepalanya mendahului langkah kakinya. Selamat. Mummy dan Debby masih tidur nyeyak di dalam. Biasanya mereka berdua bangun seawal pukul 6.30 pagi untuk bersedia ke Natural Beauty Spa and Saloon, milik Puan Christina. Perusahaan yang dibangunkan dengan susah payah sejak 15 tahun lalu itu kini sudah menunjukkan hasilnya. Bukan sahaja memiliki lebih 10 cawangan di seluruh negara, malah mengeluarkan produk kecantikan sendiri. Kejayaan yang yang agak membanggakan bagi seorang ibu tunggal.

Tidak hairanlah, hari tu, mereka berdua masih membuta walaupun matahari sudah meninggi. Bukan selalu. Jasmine berjalan penuh berhati-hati, sampaikan tumitnya tak mencecah lantai pun. Segera dia membaringkan tubuhnya di atas sofa panjang, berpura-pura sedang tertidur lena. Sesekali mata nakalnya mencuri pandang kea rah Puan Christina dan Debby yang lena dibuai mimpi, memastikan tindak-tanduknya tadi tidak mereka sedari.

Dia kembali terkenang kejadian malam tadi. Tak tenteram dibuatnya. Apalah roh yang merasuk aku semalam sampai boleh salah masuk chalet si Ben antara banyak-banyak chalet dalam resort ni, Jasmine mempersalahkan dirinya walaupun dia sendiri tidak pasti kenapa semua itu berlaku padanya. Yang dia tak kunci pintu tu apa pasal? Cuba pula dia mencari kesilapan lelaki tu. Kusut fikirannya sekarang. Tubuhnya pula tak henti-henti menunjukkan pergerakan yang tak difahami. Sekejap menyiring ke kanan kemudian buat muka tak keruan pula. 

“Mana gelang aku?” bisik Jasmine cemas setelah menyedari gelang tangan pemberian ibunya tidak lagi kelihatan pada pergelangan tangan kanannya. Wajahnya lantas berubah corak. Semalam masih ada lagi rasanya, dia berfikir. Mana perginya pula ni. Matilah kalau mum Tanya, tambah Jasmine cemas memikirkan semua itu.

Lantas dia teringatkan sesuatu. Riak mukanya berubah dari cemas kepada marah. Dia bangun dari pembaringannya tanpa mempedulikan mumy dan Debby lagi. Lelaki pembawa malang!

***
“Baru balik, ya Bro,” sapa Deena yang sedang menyiram pokok-pokok bunga. Ringan saja mulutnya menyapa setelah melihat abangnya keluar dari kereta hitam BMW sambil menggalas beg.
“Dah sedar dah?”tanyanya sengaja menyindir Ben. 
“Sedar apa?”
“Dari mengigau,” selamba Deena menjawab. Tangannya sibuk memancutkan air kea rah bunga-bungaan.
“Kau jangan nak perli aku. Aku tak mengigaulah,” Ben menunjukkan wajah yang sedikit garang, menafikan kata-kata Deena.
“Habis tu yang kau telefon aku awal-awal pagi tadi kata aku kacau kau tidur apa?” sahut adiknya itu dengan sinis. Ben terdiam, hanya mampu berbalas pandang dengan adikknya.
Kejadian pagi tadi diingatnya semula.
“Malaslah nak layan kau. Aku penat driving tadi,” Ben sengaja mengelak membahas tentang hal itu. Dia mengatur langkahnya menuju ke dalam banglo besar milik keluarganya. Deena ditinggalkannya sendirian. Bingung gadis itu memikirkan abangnya.
“Abang aku dah tak siuman agaknya ni,” bebelnya sendirian sambil menghalakan pemancut air kea rah pokok-pokok bunga yang bergantung di sebelah sana.

Baru saja Ben menaiki tangga, mummynya pula muncul dari dapur dan menegurnya.
“Dah balik, Ben,”
“Ya, ma,” balasnya ringkas.
“Macam mana, dah rasa okay sikit?” Tanya Puan Rose memandang tepat ke mata Ben.
Ben sekadar mengangguk sambil tersenyum paksa.
“ Papa mana?” 
“Main golf di kelab baru, katanya. Dengan kawan-kawan lah tu, agaknya,” ujar puan Rose sambil tangannya sibuk membetulkan jambangan bunga di meja kecil.
“ Yakah? Ben penatlah ma. Naik dulu ya,” Ben mulai menaiki tangga itu semula. Lemah saja langkahnya.
“Jangan lupa turun makan nanti ya. Dah petang ni,” kata Puan Rose sambil memerhatikan anak lelakinya yang mencecah usia 32 tahun itu sehingga hilang di tingkat atas.
“Lain macam ja budak ni,” bebelnya sendirian.

Ben duduk di depan meja kerjanya yang kemas tersusun. Dalam bilik tidur pun tetap ada meja kerja. Memang dasar workaholic. Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam kocek seluar jeansnya. Lalu memerhatikan gelang tangan yang dijumpainya tadi. Milik siapakah agaknya gelang ni? Dia bertanya. Macam mahal. Kalau dijual boleh sampai seratus juga, katanya dalam hati.

Setelah puas meneliti Gelang berwarna keperakan itu, dia membuka laci meja dan menjatuhkan gelang itu ke dalam. Entah kenapa dia nak sangat menyimpan benda tu.

***
Puan Christina dan kedua-dua orang puterinya bersepakat untuk menghabiskan masa pagi itu di lading bunga. Cuaca nyaman dan segar ternyata sangat sesuai untuk pertumbuhan pelbagai jenis bunga di lading itu. Kelihatan kuntum-kuntum mawar, kekwa dan daisy bermekaran di sana sini. Sungguh indah.

Jasmine dan Debby berlari-larian di sekitar ladang bunga itu meninggalkan mummynya sendirian. Perlakuan mereka tak ubah seperti kanak-kanak yang baru berumur 5 tahun. Puan Chriatina tersenyum bahagia melihat telatah mereka.

Matanya terhenti pada kelompok mawar merah. Tiba-tiba kenangan lama mengusik hatinya. Teringat pula kepada bekas suaminya yang hamper melupuhkan hidupnya lebih 10 tahun lalu. Selama mereka masih bersama, suaminya, Jason Lee tak pernah lupa memberinya mawar merah setiap kali hari ulangtahun perkahwinan mereka. Tak sangka perkahwinan yang terjalin hampir satu dekad roboh kerana kemunculan orang ketiga. Air matanya hampir berlinang mengenang semua itu.

Bohong sekiranya dia tidak pernah berasa kesunyian selama ini. Naluri wanitanya kadangkala mendambakan kasih saying seorang suami. Walaupun Jasmine dan Debby sering berada di sisinya, hatinya sejujurnya masih merindui bekas suaminya itu.

Lamunan Puan Christina terhenti apabila terdenagr suara anak-ananya memanggil-manggil. Debby terkinja-kinja sambil melambai ke arahnya manakala Jasmine pula terjerit-jerit memanggilnya dari jarak 50 meter. Bibirnya kembali mengukir senyuman kelucuan. Budak-budak ni.
“Mum, mari tangkap gambar di sini, cepatlah!” suara Jasmine sayup-sayup kedengaran.
“Ya, I’m coming,” Puan Christina berlari-lari anak mendekati anak-anak gadisnya di situ.

***
Ben berjalan tenang menghala ke pejabatnya. Seorang lelaki bertubuh sasa setanding dengan tubuhnya kelihatan berjaga di luar pejabatnya. Serupa seorang bodyguard. Apa mat spek hitam ni buat di tempat aku, fikir Ben sambil menjeling kea rah lelaki itu. “Encik Ben, Cik Natasha dah tunggu di dalam,” Setiausaha Ben, Julia segera memaklumkan sebaik menyedari kehadiran majikannya itu. Langkah Ben terhenti, lalu memandang kea rah Julia dengan pandangan kurang senang. Patutlah ada mat spek hitam di luar, rupanya ada selebriti yang mengunjungi pejabatnya. Julia tertunduk. Dia begitu faham dengan perangai bosnya yang tidak suka diganggu awal-awal pagi.
“Dia kata..”
“Tak apa,” Ben memintas penjelasan setiausahanya itu kemudian memasuki ruangan pejabat yang dirinduinya sejak dua hari lalu. 

Di dalam, kelihatan seorang wanita jelita dalam lingkungan usia akhir 20-an sedang duduk di atas sofa sambil membelek-belekkan majalah. 
“What a surprise,” Ben memulakan perbualan. Dia meletakkan briefcasenya dia atas meja besar lalu menghampiri wanita itu.
“ Hello, Ben. Long time no see,” Natasha berdiri menyalami ekas teman lelakinya itu. “How are you?” dia menambah.
“I’m fine. Welcome back,” ramah pula Ben terhadap wanita itu.
“Thanks,”
“Silalah duduk. It’s been an honor for me to have a popular guest in my office today, miss Natasha. Well, is there anything I can do for you?” terus saja Ben menanyakan tujuan kedatangan model antarabangsa itu. Cara percakapannya sungguh formal sepertilah mereka tidak pernah menjalin hubungan akrab.
“Actually, it’s like this. I kembali ke tanah air sebab nak anjurkan satu fashion show khas untuk my own collection. So, bila I fikir-fikir, your hotel is the ideal venue. What do you think?”Natasha memberi penjelasan yang panjang lebar. Model yang juga kini bergelar pereka fesyen itu kelihatan sungguh professional. Penampilannya pula tak usah cakap. Memang mampu meluluhkan hati setiap lelaki biasa yang memandangnya. Blouse merah padam yang sedikit mendedahkan bahagian dada dipadankan pula dengan skirt singkat berwarna hitam. Sungguh menyerlahkan kulitnya yang cerah berseri.
“That’s good for our hotel. I don’t think there is any problem for that. So, bila?” Tanya Ben dengan riak muka sedikit teruja.
“ Belum ditentukan lagi. Tapi yang pasti dalam waktu terdekat ni lah. Promosi akan dibuat tak lama lagi. So, further information I tell you soon,” 
“Okay. Kita buat seperti yang you mau. You is my client now,” sahut Ben.
“I datang lagi besok. Sekarang ni I have to go. Ada banyak lagi yang perlu diuruskan,” Natasha sudah mengenggam tas tangannya yang terletak di atas meja, bersedia untuk pergi. 
“ Sorry, dah buat you menunggu lama tadi,” Kata Ben, berasa bersalah kerana telah mengambil masa Natasha semata-mata untuk menunggu kedatangannya.
“it’s okay. Kita kan kawan. This is my card. Kalau ada masa kita hang out ya,” Natasha menghulurkan kad namanya pada Ben sambil berdiri.
“ No problem. See you again,” balas Ben sambil menerima kad Natasha.
“ See ya,” ujar Natasha lalu berjalan meninggalkan pejabat Ben.
Ben sekadar memerhatikan gadis itu berlalu. Tergugat juga perasaannya yang sudah lama membeku terhadap Natasha. Mungkinkah hatinya kembali berpaut pada wanita itu? Dia tersenyum dan kembali mengerjakan urusan-urusan rasminya yang bertimbun di sana.

Sunday, May 17, 2009

Takut Kahwin 3

Ben melabuhkan punggungnya perlahan-lahan, cuba meminimumkan kesakitan yang menyerang di bahagian penting itu. Memikirkan saja kejadian yang baru berlaku tadi sudah cukup mengaibkan baginya. Bayangkan seorang wanita sudah melihat bahagian yang tersembunyi itu. Tapak tangan yang dilekupkan ke muka sekarang tidak cukup untuk menutup rasa malunya terhadap Jasmine. Ternyata gadis itu sungguh pintar memanfaatkan keadaan.
Suntikan yang diberi Jasmine mula menunjukkan tindak balas positif. Gatal-gatal yang menyerang seluruh tubuhnya tampaknya semakin beransur hilang. Mata Ben tidak lagi bengkak macam diserang tebuan. Dia kini merasa lebih selesa.
Ben mencapai surat khabar di atas meja. Lalu menyelak satu-persatu muka suratnya. Artikel kecil dalam bahagian hiburan menarik perhatiannya. ‘Natasha kembali ke tanah air’. Natasha? 
Kenangan lama menghantuinya semula. Natasha? Gadis yang pernah dicintainya 3 tahun lalu. Hampir saja dia melupakan cerita lama yang sedih antara mereka. 
Perkenalan mereka bermula sejak di universiti lagi kemudian hubungan mereka bertambah matang sehingga masing-masing mencapai kerjaya impian. Namun peristiwa 3 tahun lalu mengubah segalanya. Masih segar di ingatan Ben malam dia melamar Natasha. Segalanya kelihatan sempurna tetapi hati Natasha tidak sempurna mencintai Ben. Lamaran Ben ditolak dan alasannya dia masih punya komitmen dalam kerjaya sebagai peragawati. Sejak itu, hati Ben tawar terhadapnya. Cintanya disia-siakan. Hubungan yang telah terjalin sekian lama akhirnya berkecai.
“Semoga you dapat apa yang you mahu,” kata Ben sendirian sambil menatap gambar Natasha yang terpampang di surat khabar. Gambar seorang peragawati antarabangsa yang sudah semestinya menawan.
Bagi Ben semuanya sudah berakhir dan dia tidak ingin lagi mengingat kisah lama itu. Dia sudah berkahwin dengan pekerjaannya dan dia tidak pernah terfikir lagi untuk mendirikan rumahtangga. Takut? Mungkin.
Kerjanya sudah cukup untuk memenuhi setiap masa hidupnya. Malah, baginya kerja itu lebih setia padanya berbanding manusia yang dicintai. 
Ben menutup surat khabar itu dan membiarkannya di atas meja sebagaimana dia telah menutup mindanya terhadap angan-angan cintanya dahulu. Lupakan saja, desisi hatinya.

***
Jasmine tersenyum puas. Teringat saja air muka Ben hari itu di klinik, sudah cukup membanggakan dirinya. Padan muka kau, bisik hatinya.
Percutian kali ini dirasakannya sungguh sempurna. Tiada duka cuma suka. Jasmine, Debby dan Puan Christina menyeret bagasi masing-masing. Sudah lama rasanya mereka tidak keluar bercuti bersama. Melarikan diri daripada kesesakan kota dan kesibukan hidup di sana.
Dua jam perjalanan menaiki teksi terasa sungguh berbaloi. Pemandangan di kawasan tanah tinggi itu sungguh menenangkan. Ketiga-tiga beranak itu menuju ke chalet yang telah disewa. Tidak sabar untuk menikmati percutian mereka.
Setelah selesai mengemaskan barang-barangnya, Jasmine tidak membuang masa lagi untuk melihat-lihat keindahan kawasan ‘Highland Resort’ itu. Ditinggalkannya Debby dan mummynya yang masih sibuk bersolek di dalam.
Sedang dia menikmati keindahan alam semulajadi, matanya terlihat sesuatu. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, dia menggosok-gosokkan matanya berulang kali. Dia lagi? Lihat mukanya tu. Macam ketam kena panggang. Sempat lagi Jasmine ketawa mengejek. Baik aku bla ke tempat lain, fikir Jasmine lantas berhenti ketawa. 
Ben berjogging sendirian melalui laluan-laluan kecil di sekitar kawasan resort bertaraf 5 bintang itu. Kalau bukan kerana papanya yang memaksa dia bercuti rehat, pasti dia tidak akan ke situ. Dan kalau bukan kerana ketam yang di makannya tempoh hari, pasti dia sedang berada di hotel sekarang ini.Kepalanya berlegar ke kiri dan kanan melihat keindahan ciptaan Tuhan. Tidak disedarinya langkahnya sedang diperhatikan seseorang di sebalik pokok yang serupa rimbuanan buluh. 
“ Kau lagi,” kata Jasmine dengan geram setelah Ben sudah jauh dari penglihatannya. Nasib baik tiada sesiapa yang mendengarnya disana.
“ apalah yang dia buat disini, Asyik-asyik muka dia aja” tambahnya lagi. 
Kemudian terlintas di fikiran Jasmine, mummy dan Debby. Mereka tak boleh tahu kalau si Ben ada di sana. Kalau tidak aniayalah aku, fikirnya. 

***
Malam di kawasan pergunungan itu sungguh indah. Bintang-bintang bergemerlapan menghiasi langit yang bebas dari pencemaran. Kedengaran unggas-unggas bersiul riang di dalam rimba. 
Jasmine sendirian menikmati kedinginan malam. Debby dan Puan Christina sudah balik ke chalet selepas makan malam. Barangkali mereka kelelahan kerana perjalanan panjang yang mereka lalui hari itu
Dilihatnya jus oren yang dipesannya tadi. 
“Heaven Orange Juice ya. Mari aku lihat apa yang heavennya,” bisik Jasmine sendirian kemudian ditelannya minuman berwarna jingga pekat itu. 
Jasmine mengerutkan keningnya. 
“lain macam je rasanya ni,” rungutnya. Jus oren yang dia gemari selalunya berasa manis dan sedikit masam. Tapi jus oren versi resort ni berbeza sikit. Macam ada yang power. Rasanya menimbulkan ingin tahu. Jasmine meneguk lagi. Rasa apa ni? Dia tertanya-tanya.
Tidak lama kemudian, kepalanya mulai berpusing. Badannya macam tak stabil. 
“eh, apasal aku ni. Dah mamai ke?” Jasmine bertanya sendirian sambil menampar-nampar mukanya.
Ada yang tak kena pasal minuman tu. Jangan-jangan-jangan ditambah alcohol tak, Jasmine tergamam apabila perkara itu terlintas dalam fikirannya. Tidak! Mana mungkin seorang doctor mengambil alcohol. Minuman itu erus diabaikannya. Kalau aku tahu.
Dengan pantas, dia berdiri, memaksa dirinya meninggalkan tempat itu. Jalannya hampir terhuyung-hayang. Jangan tidur dulu Jasmine, dia memaksa dirinya. Matanya terasa berat berkilo-kilo. Apalagi langkah kakinya.
Akhirnya, dapat juga dia menarik nafas lega setelah selamat sampai ke chaletnya yang dikongsi dengan Debby dan Mummy. Pandangan matanya berpinar-pinar. Apa yang dia lihat hanyalah nombor chalet itu. 702. 702 atau 207? Sempat lagi gadis itu berfikir. Ah, sama saja lah. Dalam keadaan separa sedar, Jasmine masuk ke dalam chalet yang pintunya tidak berkunci itu. Sebaik dia merasa adanya katil, dia langsung menghempaskan dirinya, lalu terlelap tanpa mimpi. 
***
Cahaya matahari menyilaukan mata Jasmine yang terkatub macam digam. Setelah menggosok matanya, barulah pandangan jelas sedikit. Alamak, dah siang rupanya, keluhnya sekadar di dalam hati. Agaknuya mummy dan Debby dah bangun ke? Dia bermonolog lagi.
Baru saja Jasmine memalingkan rupanya ke sebelah kanan, jantungnya dirasakan hampir bergolek ke lantai. Bukan mummy ataupun adiknya yang terbaring di situ. Tetapi seorang lelaki. Dan lelaki itu sangat dia kenal. Ben Carl Fernandez. Suara nyaringnya hampir pecah di mulut apabila angka 702 dan 207 masuk ke dalam otaknya. Tangannya segera menekup mulut.
Bodoh! Macam mana aku boleh salah masuk bilik ni, Jasmine menepuk dahinya. Sepantas kilat dia bergolek ke bawah katil. Nasib tidak bergedebuk macam nangka masak. Maklumlah, tubuh genit. Ini bukan heaven, ini hell! Jasmine tenyata mempersalahkan nama jus oren yang dipesannya semalam. Kalau saja aku tahu. Seribu kali lagi aku pesan, rungutnya lagi.
Perlahan-lahan, seperti kura-kura, Jasmine mengangkat kepalanya. Terhendap-hendapkan lelaki yang sedang tidur mati di atas katil. Dia terpaku, macam sedang menonton sesuatu dengan kusyuknya. Cutenya, Jasmine tersenyum melihat wajah Ben yang diulit mimpi. Mungkin dia lebih muda 2 tahun dari aku, Jasmine mulai mengarut.  
Tetiba, dia tersedar dari lamunannya. Aku mesti pergi dari sini sebelum dia bangun, bergema kata-kata itu di dalam mindanya. Macam kura-kura lagi, dia merangkak berhati-hati menuju pintu tanpa satu suara pun kedengaran. Sempat lagi Jasmine menoleh, mencuri pandang wajah lelaki itu. Kalaulah muka kau mulia seperti ni setiap masa, Jasmine menghembuskan nafasnya seperti kuda. Pintu segera dikuak dan dia bersedia untuk memboloskan diri.
“Deena, awak ke tu?” suara Ben memecah kesunyian yang sengaja diadakan Jasmine.
Dia sangka adiknya yang sedang membatu di depan pintu itu. 
Sekarang jantung Jasmine bukan sekadar berdegup kencang, tetapi sudah sampai tahap bergolek ke lantai. Lebih cepat daripada sambaran kilat, dia menghilangkan diri dicelah-celah pintu itu. Laju macam angin pun ada juga.
“Budak ni. Tak cakap selamat pagi pun,” Ben merungut. “Sudahlah semalam datang tiba-tiba terus belasah katil aku,”tambahnya. 
Sah. Dia sangka perempuan yang tidur di sebelahnya semalam, adiknya Deena. Tapi yang sebenarnya..
Ben membangunkan dirinya, lalu mencapai hanphone di sisi katil. Budak Deena ni. Mesti minta dia hantar makanan kat bilik aku sekarang juga, Ben berbisik.
“Hello,” kedengaran suara yang baru bangun di hujung talian.
“ Deen, bawa makanan di bilik aku sekarang,”
“Eh, apa ni bro,” sahut Deena kebingungan.
“Apa pula apa ni-apa ni. Semalam bukan main lagi kau belasah selimut aku,” Ben mula berang. Buat-buat tak faham pula budak ni, katanya dalam hati.
“Mimpi ke apa ni. Bila masa aku pergi sana. Aku sedang tidur kat rumah lah bang,”
“Hei, Awak jangan main-mainlah. Kalau bukan kau siapa lagi,” Ben mula hilang sabar mendengar penjelasan adiknya.
“Eh, iyalah. Kalau tak percaya tanya mama. Aku nak sambung tidur ni,” adiknya mematikan perbualan.
Ben terdiam. Jadi siapa yang tidur dengan aku semalam? Yang aku nampak di pintu tadi siapa? Ben mula naik bingung.
Dia berlari ke muka pintu. Sudah terlambat. Bayang pun dah tak nampak. Ben terjenguk-jenguk di muka pintu. Kemudian dia terlihat sesuatu yang berkilau di atas lantai, tepat di depan pintu chaletnya. Apa bendanya ni, macam rantai je, dia penasaran. 
Ben mengutip benda berkilau itu. Gelang. Gelang tangan. Dia mengagak, pasti milik perempuan entah apa-apa tu.

Takut Kahwin2

Jasmine sekadar tunduk memandang lantai. Dia tak sanggup melihat mata lelaki bernama Ben Carl itu.Dia telah mencoreng arang di muka sendiri pada pertemuan pertama mereka.
“Kenalkan, ini Jasmine,” Puan Christina menambahkan penderitaan batin Jasmine saat itu. Sanggup mum tipu aku, desis hati Jasmine penuh kekesalan.
Mahu tak mahu, Jasmine mengangkat kepalanya,memandang wajah kacak Ben. Dihulurkannya salam perkenalan yang tidak diingininya. Ben menyambut salamnya. Rasanya pernah bertemu, tapi dimana,fikirnya.
“Kita pernah bertemu? Rasanya saya kenal rupa awak,”Ben cuba mengimbas semula memorinya.
“Eh, yakah?Tak pernahlah,”Jasmine dengan pantas menafikan kata-kata Ben. Dia sangat berharap kalau lelaki itu sudah lupa semua peristiwa hari itu.
“Kita memang tak pernah jumpa,”Ben dengan tenang melabuhkan semula punggungnya selepas berdiri tadi. Lega hati Jasmine mendengar kata-kata itu. Sempat dia menarik nafas lega, penuh kesyukuran. 
“Awak mengingatkan saya pada seorang wanita yang saya jumpa hari tu di hotel. Dia kata saya ni bakal suaminya,” Jasmine terpaku semula. Air yang diteguknya seperti hendak tersembur keluar dari mulutnya. Ternyata ingatan Ben sangat baik. Apa lagi, wajah Jasmine serta-merta berubah menjadi merah seperti warna udang kena rebus. 
Disudut sebelah sana, Ben tersenyum. Senyuman penuh ejekkan. Dia ingin menyaksikkan reaksi Jasmine setelah mendengar kata-katanya. 
“Ben tak pernah cerita pun,”Puan Rose mencelah. Inilah kali pertama beliau mendengar cerita itu.
“Tak penting pun, buat apa nak heboh-hebohkan. Lagipun memang tak masuk akal,” Ben dengan selambanya menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Matanya sesekali menjeling kearah Jasmine yang membatu di hujung sana. Jasmine tahu setiap butir perkataan yang yang diucapkan Ben merupakan sindiran berapi baginya. Lagi banyak, tambah peritlah rasanya.
“Perempuan tu macam perigi mencari timba lah kan,”Debby pula tiba-tiba mencelah. Dia tidak sedar bahawa perkataannya itu seolah-olah menconteng muka kakaknya di depan Ben. 
Ketawa berderai. Semua orang di dalam ruangan itu tertawa, kecuali Jasmine. Dia dapat merasakan dirinya seperti seorang badut yang sedang membuat lawak bodoh di atas pentas. Ben sekali lagi menjeling ke arahnya dengan pandangan sinis,membuakkan rasa benci Jasmine kepadanya. Tak guna!Jasmine mengerang di dalam hati. Aku sumpah kau tiada perempuan yang nak kahwin dengan kau! Jasmine bermonolog dalam hatinya. 
“Perempuan mana yang tak nak kahwin dengan, Director of Golden Royal Hotel,” Puan Christina menambah. Kalau sahaja dia tahu perempuan yang dimaksudkan Ben itu sebenarnya Jasmine sendiri.
Jasmine tidak dapat bertahan lagi. Dia memberanikan diri melangkah ke bilik air. Malunya sudah mencapai tahap dewa. Kalau dia masih berada di situ, maruahnya makin diinjak-injak oleh Ben. Tak ingin dia menatap wajah lelaki yang bermuka-muka itu. Lebih baik rasanya dia pulang sekarang juga sebelum ada orang yang menjadi mangsa kemarahannya.
 ***
Pagi itu cuaca cerah. Jasmine memandu keretanya ceria menuju ke tempat kerjanya. Di matanya masih terbayang-bayang reaksi Debby dan mummy waktu sarapan tadi. Dia ketawa kecil.
“Apa!?” serentak mummy dan Debby separa menjerit. Awal-awal pagi lagi mereka sudah mendapat kejutan daripada Jasmine.
“Aku dah cakap. Tak nak ulang lagi,”
“Malunya mum. Kenapa tak beri tahu awal-awal?”
“Manalah aku tahu yang mum nak bawa aku jumpa dengan mereka,” tenang saja jawaban Jasmine. 
“Patutlah pulang pun beritahu guna SMS saja,” Debby pula mencelah. Kedua-dua tangannya mengenggam mukanya yang stress. 
“Kesimpulannya, jangan cuba menjodoh-jodohkan saya dengan sesiapa pun. Saya memang telah ditakdirkan untuk tidak berkahwin,” kata Jasmine. Baginya perkara buruk yang berlaku semalam mempunyai hikmahnya juga. Dia mendapat kembali keyakinannya selepas berfikir dari sudut positif. Malu tu memanglah, tapi dia tak mampu nak ubah kejadian yang sudah berlaku. Jadi terima sajalah.
Dia tersenyum terkenangkan perubahan wajah mum dan Debby selepas mendengar kata-katanya. Sedang dia tersenyum-senyum sendirian, tiba-tiba dia terhidu bau asap kenderaan. Semakin lama semakin kuat. Pasti ada yang tak kena dengan kereta ni, katanya sendirian. Tanpa membuang masa dia memberhentikan kenderaannya di tepi jalan. Takut-takut kereta itu meletup dengan dia sekali di dalamnya.
Jasmine menghubungi mummynya, meminta pertolongan. Kemudian sebuah kereta BMW berwarna hitam berhenti di depan keretanya. Siapakah gerangan orangnya ini, fikir Jasmine sedang dia masih bercakap-cakap melalui telefon bimbitnya. Dia merenung kearah kereta itu, menanti dengan penuh debaran tuan punya kereta mewah itu memunculkan dirinya. 
Jasmine terkejut besar setelah melihat tuan punya kereta itu. Tak mungkin, fikirnya. Ingin saja dia berlari menyembunyikan dirinya daripada orang itu. Namun, dia cuba berlagak cool, seolah-olah tidak ada yang pernah terjadi di antara mereka. 
“Well, is there anything I can do to help you,Dr. Jasmine?” lelaki itu bersuara sebaik menghampiri Jasmine.
“ Excuse me. Did I know you?” Jasmine berpura-pura tidak mengenali lelaki yang sedang bercakap dengannya. Dia berpaling kearah jalan raya yang sesak dipenuhi kenderaan mengelak dari memandang wajah lelaki itu.
“Pleaselah. Saya ni kan ‘bakal suami’ awak. Tak kan tak kenal kot,” Ben mencabar keegoan Jasmine. 
Mendengar kata-kata itu, Jasmine berpaling dengan pantas. Ditatapnya mata Ben Carl yang penuh ejekkan. Ingin sahaja dia menampar-nampar muka lelaki itu. Tak guna, baru saja aku cuba melupakan peristiwa semalam, Jasmine merungut di dalam hati. Kemudian sekali lagi dia berlagak tenang, melindungi rasa bencinya.
“Tak apalah. Saya tak nak mengotorkan tangan awak yang lembut tu,” kali ini Jasmine pula yang ingin mencabar Ben. Dia tersenyum sambil memperbetulkan sanggulan rambutnya yang dihembus angin pagi.
“Kalau macam tu, It’s okay. Saya pun tak nak sentuh kereta awak yang comel ni,” Ben pula membalas. Kemudian dia melangkah meninggalkan Jasmine dengan megah.Jasmine sekadar menjeling memperhatikan tindak-tanduk lelaki itu dengan muaknya.
“By the way, you look younger last night,” kata Ben sebelum masuk ke dalam keretanya. Jasmine tak tahu sama ada itu satu pujian atau ejekkan. Mahu saja rasanya dia membaling kereta lelaki itu dengan kasut tumit tingginya. Tak apa, ada rambutan ada durian. Lain kali kau yang kena, kata jasmine sambil memperhatikan kereta itu beredar.
***
Jasmine melangkah lemah ke dalam klinik. Hari ini dia menaiki teksi ke tempat kerja. Keretanya sudah diangkut ke bengkel untuk dirawat. Permulaan yang tidak berapa baik baginya untuk hari ini.
Baru sahaja dia memegang tombol pintu biliknya, matanya menangkap bayangan tubuh seseorang yang asing baginya. Dia cuba mengenali wajah lelaki bercermin mata yang sedang berdiri di depan kaunter. Tapi tidak mampu kerana dia memang tidak mengenali lelaki itu. 
Tiba-tiba lelaki itu berpaling ke arahnya. Jasmine tersentak. Kemudian dia tersengih sambil melambaikan tangannya. Lelaki itu datang ke arahnya dengan senyuman yang ramah mesra. Penampilannya sungguh segak.
“Saya Faroq. Doktor baru di sini,” salam perkenalan dihulurnya kepada Jasmine.
“Saya Jasmine, selamat datang ke klinik ini” 
“Thanks. Dr. Chong ajak saya kerja di sini. This is actually my first experience,” kata Faroq. Ternyata dia seorang yang peramah dan petah bercakap. Jasmine senang dengan lelaki itu.
“Oo.I see,” balas Jasmine ringkas.
“Boleh tak saya belanja awak lunch? Sebagai tanda perkenalan and kerjasama,” Faroq mempelawa.
Makan free,bisik Jasmine. Salah satu perkara yang paling digemarinya. Budiman sungguhlah budak ni. Baru kenal dah nak belanja-belanja. Baguslah, getus hatinya lagi.
“Sure,” 
***
Debby terhendap-hendap di sebalik langsir jendela. Lagaknya seperti seorang pencuri sahaja. Dirinya dipenuhi perasaan ingin tahu sehingga dia tak boleh duduk diam. Macam-macam bermain di fikirannya. Diselaknya lagi langsir kemudian dia melihat kereta yang tadinya berhenti di depan rumah mereka sudah hilang dari pandangan.
Jasmine muncul di depan pintu yang terbuka luas. Wajahnya tergambar kegembiraan bercampur kelelahan. Dia lantas menghempaskan dirinya di atas sofa kemudian dihampiri adiknya, Debby dengan air muka yang lain dari yang lain. 
“siapa yang hantar kakak tu, hah?” Debby bertanya. Wajahnya sengaja didekatkan dengan wajah Jasmine yang tampak kebingungan.
“Eh, apa ni. Tu kawan baru la.Doktor baru di klinik. Kan kereta aku rosak. Jadi dia tolong hantarkan,”Jawab Jasmine sambil menarik tubuhnya jauh dari tubuh adiknya.
“Handsome tak? Muda lagi? Kenalkanlah,” nada percakapan Debby berubah secara drastic. Tadi garang-garang sekarang manja-manja. Dia menghampiri Jasmine yang duduk di hujung sana.
“Ni mesti curi-curi lihat aku tadi ni kan. Tak malu,” kata Jasmine setelah melihat perangai adiknya yang mulai memuncungkan bibirnya. 
“Jangan harap,” tambah Jasmine sambil berjalan menuju ke meja makan. Puan Christina kelihatan keluar dari dapur sambil membawa sejag jus oren, minuman kegemaran Jasmine.
“Ada apa ni bising-bising,” Puan Christina mula bersuara apabila melihat puteri-puterinya riuh.
“Ni, mum. Debb ni gatal sangat nak kenal kawan aku,” balas Jasmine sambil mengambil tempat duduk. Diikuti Debby dan Puan Christina.
“Orang nak kenal pun tak boleh kah?”Debby pula bersuara sambil menceduk nasi ke dalam pinggannya.
“Tak boleh. Awak nak buat aku malu lagikah?” Jasmine membalas. Diteguknya jus oren yang dituangkan mummynya.Debby membuat muka sepuluh sen. Jasmine betul. Semalam dia menghina nama kakaknya di depan Ben tanpa dia sedari.Puan Christina sekadar melihat telatah anak-anaknya itu.
“Sudahlah. Makan,”Puan Christina menghentikan pertelingkahan antara mereka. Dia sebenarnya berasa bersalah kerana telah menipu Jasmine, malam semalam. Sungguh tak sangka perbuatannya telah membuat mereka semua, terutama Jasmine mandapat malu.
“Mummy nak ajak kamu bercutilah. Sebagai menebus kesilapan mum semalam,” Puan Christina bersuara selepas semua orang selesai menjamu selera. Debby dan Jasmine lantas tersenyum girang.
“Holiday di mana, mum? Di Australia?Tokyo?Paris?” Debby tidak sabar-sabar menunggu penjelasan mummynya. Di matanya terbayang jejaka-jejaka kacak dan pakaian-pakaian mewah.
“Kau tu memang. Mesti kau ingat pasal guys ni kan. Lihat muka tu. Hish,” Jasmine mencelah penuh sindiran. Debby menjeling ke arahnya tajam.
“Kita bercuti dalam negara saja. Di luar kota. Kawasan pergunungan. Kita pergi next week. 3 days,” Puan Christina menjelaskan panjang lebar. Kekecewaan terukir di wajah Debby yang mengharapkan sesuatu yang lebih. 
“Okay. Tapi sekarang jangan tipu lagi,” Jasmine seolah-olah memberi amaran.
Puan Christina tersenyum “No more lies,”
***
Lampu-lampu neon kelihatan bercahaya di sekitar kota. Tiada tidur bagi kota besar itu. Siang dan malam sama sahaja bagi para penghuninya. Tidak ketinggalan klinik tempat Jasmine bekerja. Malam hari Sabtu, seperti biasa Jasmine akan kerja lebih masa, sehingga pukul 9. 
Jasmine mengemas peralatan-peralatannya di atas meja. Bersedia untuk pulang ke rumah. Hari yang memenatkan baginya. Namun, hasratnya mati apabila seorang jururawat tiba-tiba membuka pintu biliknya. Kemudian muncul pula Puan Rose di ambang pintu dengan muka cemas. Belum sempat Jasmine membuka mulut, muncul pula Ben sambil lengan kirinya dipaut Deena,adiknya.
Hampir saja tawa Jasmine berderai melihat wajah Ben. Kekacakan rupanya langsung hilang. Matanya bengkak. Pipinya ditaburi ruam-ruam merah sambil wajahnya bereaksi seperti seorang kanak-kanak yang ketakutan.Mahu saja Jasmine ketawa sepuas-puasnya sampai pecah perut melihat rupanya, nasib baik ada mamanya dan adiknya.
“Duduk dulu,” kata Jasmine berpura-pura cemas. “kenapa ni,”
“Dia alah pada ketam. Tapi degil nak makan juga. Inilah jadinya,” Puan Rose menjawab. Jelas tergambar kerisauannya di wajahnya. Baru padan muka kau, desis Jasmine.
“Mama, kita jumpa doctor lain saja,” tiba-tiba Ben mencelah denagan nada merayu. Memang sah kes ego lah ni. Puan Rose buat tak tahu saja.
“Malangnya, malam ni cuma saya satu-satunya doctor yang boleh merawat awak. Semua doctor dah balik,” Jasmine menerangkan dengan selambanya. Pandangan matanya jelas menyakitkan hati Ben yang sedang sakit itu.
“Tak apa, En. Ben. Saya periksa awak dulu,” Jasmine mula menjalankan prosedur pemeriksaan ke atas Ben. Nampaknya Tuhan masih menyayangi aku. Hari tu kau hanya baling aku dengan ‘rambutan-rambutan’ busuk kau, sekarang aku kasi kau ‘duri-duri durian aku’. Baru kau rasa apa yang aku rasa, Jasmine berbisik bangga di dalam hatinya.
“I’m afraid that I terpaksa beri suntikan kat punggung you,” kata Jasmine dengan reaksi muka yang dibuat-buat. Ben terkejut besar. Punggung aku?