Thursday, May 21, 2009

Takut kahwin 4

Perlahan-lahan, Jasmine membuka pintu chalet bernombor 207. Janganlah mum dan Debb bangun sekarang, dia berdoa di dalam hati. Rambutnya sudahlah mengerbang tak terurus macam Pontianak terbang, semalam tak balik pula. Kepalanya mendahului langkah kakinya. Selamat. Mummy dan Debby masih tidur nyeyak di dalam. Biasanya mereka berdua bangun seawal pukul 6.30 pagi untuk bersedia ke Natural Beauty Spa and Saloon, milik Puan Christina. Perusahaan yang dibangunkan dengan susah payah sejak 15 tahun lalu itu kini sudah menunjukkan hasilnya. Bukan sahaja memiliki lebih 10 cawangan di seluruh negara, malah mengeluarkan produk kecantikan sendiri. Kejayaan yang yang agak membanggakan bagi seorang ibu tunggal.

Tidak hairanlah, hari tu, mereka berdua masih membuta walaupun matahari sudah meninggi. Bukan selalu. Jasmine berjalan penuh berhati-hati, sampaikan tumitnya tak mencecah lantai pun. Segera dia membaringkan tubuhnya di atas sofa panjang, berpura-pura sedang tertidur lena. Sesekali mata nakalnya mencuri pandang kea rah Puan Christina dan Debby yang lena dibuai mimpi, memastikan tindak-tanduknya tadi tidak mereka sedari.

Dia kembali terkenang kejadian malam tadi. Tak tenteram dibuatnya. Apalah roh yang merasuk aku semalam sampai boleh salah masuk chalet si Ben antara banyak-banyak chalet dalam resort ni, Jasmine mempersalahkan dirinya walaupun dia sendiri tidak pasti kenapa semua itu berlaku padanya. Yang dia tak kunci pintu tu apa pasal? Cuba pula dia mencari kesilapan lelaki tu. Kusut fikirannya sekarang. Tubuhnya pula tak henti-henti menunjukkan pergerakan yang tak difahami. Sekejap menyiring ke kanan kemudian buat muka tak keruan pula. 

“Mana gelang aku?” bisik Jasmine cemas setelah menyedari gelang tangan pemberian ibunya tidak lagi kelihatan pada pergelangan tangan kanannya. Wajahnya lantas berubah corak. Semalam masih ada lagi rasanya, dia berfikir. Mana perginya pula ni. Matilah kalau mum Tanya, tambah Jasmine cemas memikirkan semua itu.

Lantas dia teringatkan sesuatu. Riak mukanya berubah dari cemas kepada marah. Dia bangun dari pembaringannya tanpa mempedulikan mumy dan Debby lagi. Lelaki pembawa malang!

***
“Baru balik, ya Bro,” sapa Deena yang sedang menyiram pokok-pokok bunga. Ringan saja mulutnya menyapa setelah melihat abangnya keluar dari kereta hitam BMW sambil menggalas beg.
“Dah sedar dah?”tanyanya sengaja menyindir Ben. 
“Sedar apa?”
“Dari mengigau,” selamba Deena menjawab. Tangannya sibuk memancutkan air kea rah bunga-bungaan.
“Kau jangan nak perli aku. Aku tak mengigaulah,” Ben menunjukkan wajah yang sedikit garang, menafikan kata-kata Deena.
“Habis tu yang kau telefon aku awal-awal pagi tadi kata aku kacau kau tidur apa?” sahut adiknya itu dengan sinis. Ben terdiam, hanya mampu berbalas pandang dengan adikknya.
Kejadian pagi tadi diingatnya semula.
“Malaslah nak layan kau. Aku penat driving tadi,” Ben sengaja mengelak membahas tentang hal itu. Dia mengatur langkahnya menuju ke dalam banglo besar milik keluarganya. Deena ditinggalkannya sendirian. Bingung gadis itu memikirkan abangnya.
“Abang aku dah tak siuman agaknya ni,” bebelnya sendirian sambil menghalakan pemancut air kea rah pokok-pokok bunga yang bergantung di sebelah sana.

Baru saja Ben menaiki tangga, mummynya pula muncul dari dapur dan menegurnya.
“Dah balik, Ben,”
“Ya, ma,” balasnya ringkas.
“Macam mana, dah rasa okay sikit?” Tanya Puan Rose memandang tepat ke mata Ben.
Ben sekadar mengangguk sambil tersenyum paksa.
“ Papa mana?” 
“Main golf di kelab baru, katanya. Dengan kawan-kawan lah tu, agaknya,” ujar puan Rose sambil tangannya sibuk membetulkan jambangan bunga di meja kecil.
“ Yakah? Ben penatlah ma. Naik dulu ya,” Ben mulai menaiki tangga itu semula. Lemah saja langkahnya.
“Jangan lupa turun makan nanti ya. Dah petang ni,” kata Puan Rose sambil memerhatikan anak lelakinya yang mencecah usia 32 tahun itu sehingga hilang di tingkat atas.
“Lain macam ja budak ni,” bebelnya sendirian.

Ben duduk di depan meja kerjanya yang kemas tersusun. Dalam bilik tidur pun tetap ada meja kerja. Memang dasar workaholic. Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam kocek seluar jeansnya. Lalu memerhatikan gelang tangan yang dijumpainya tadi. Milik siapakah agaknya gelang ni? Dia bertanya. Macam mahal. Kalau dijual boleh sampai seratus juga, katanya dalam hati.

Setelah puas meneliti Gelang berwarna keperakan itu, dia membuka laci meja dan menjatuhkan gelang itu ke dalam. Entah kenapa dia nak sangat menyimpan benda tu.

***
Puan Christina dan kedua-dua orang puterinya bersepakat untuk menghabiskan masa pagi itu di lading bunga. Cuaca nyaman dan segar ternyata sangat sesuai untuk pertumbuhan pelbagai jenis bunga di lading itu. Kelihatan kuntum-kuntum mawar, kekwa dan daisy bermekaran di sana sini. Sungguh indah.

Jasmine dan Debby berlari-larian di sekitar ladang bunga itu meninggalkan mummynya sendirian. Perlakuan mereka tak ubah seperti kanak-kanak yang baru berumur 5 tahun. Puan Chriatina tersenyum bahagia melihat telatah mereka.

Matanya terhenti pada kelompok mawar merah. Tiba-tiba kenangan lama mengusik hatinya. Teringat pula kepada bekas suaminya yang hamper melupuhkan hidupnya lebih 10 tahun lalu. Selama mereka masih bersama, suaminya, Jason Lee tak pernah lupa memberinya mawar merah setiap kali hari ulangtahun perkahwinan mereka. Tak sangka perkahwinan yang terjalin hampir satu dekad roboh kerana kemunculan orang ketiga. Air matanya hampir berlinang mengenang semua itu.

Bohong sekiranya dia tidak pernah berasa kesunyian selama ini. Naluri wanitanya kadangkala mendambakan kasih saying seorang suami. Walaupun Jasmine dan Debby sering berada di sisinya, hatinya sejujurnya masih merindui bekas suaminya itu.

Lamunan Puan Christina terhenti apabila terdenagr suara anak-ananya memanggil-manggil. Debby terkinja-kinja sambil melambai ke arahnya manakala Jasmine pula terjerit-jerit memanggilnya dari jarak 50 meter. Bibirnya kembali mengukir senyuman kelucuan. Budak-budak ni.
“Mum, mari tangkap gambar di sini, cepatlah!” suara Jasmine sayup-sayup kedengaran.
“Ya, I’m coming,” Puan Christina berlari-lari anak mendekati anak-anak gadisnya di situ.

***
Ben berjalan tenang menghala ke pejabatnya. Seorang lelaki bertubuh sasa setanding dengan tubuhnya kelihatan berjaga di luar pejabatnya. Serupa seorang bodyguard. Apa mat spek hitam ni buat di tempat aku, fikir Ben sambil menjeling kea rah lelaki itu. “Encik Ben, Cik Natasha dah tunggu di dalam,” Setiausaha Ben, Julia segera memaklumkan sebaik menyedari kehadiran majikannya itu. Langkah Ben terhenti, lalu memandang kea rah Julia dengan pandangan kurang senang. Patutlah ada mat spek hitam di luar, rupanya ada selebriti yang mengunjungi pejabatnya. Julia tertunduk. Dia begitu faham dengan perangai bosnya yang tidak suka diganggu awal-awal pagi.
“Dia kata..”
“Tak apa,” Ben memintas penjelasan setiausahanya itu kemudian memasuki ruangan pejabat yang dirinduinya sejak dua hari lalu. 

Di dalam, kelihatan seorang wanita jelita dalam lingkungan usia akhir 20-an sedang duduk di atas sofa sambil membelek-belekkan majalah. 
“What a surprise,” Ben memulakan perbualan. Dia meletakkan briefcasenya dia atas meja besar lalu menghampiri wanita itu.
“ Hello, Ben. Long time no see,” Natasha berdiri menyalami ekas teman lelakinya itu. “How are you?” dia menambah.
“I’m fine. Welcome back,” ramah pula Ben terhadap wanita itu.
“Thanks,”
“Silalah duduk. It’s been an honor for me to have a popular guest in my office today, miss Natasha. Well, is there anything I can do for you?” terus saja Ben menanyakan tujuan kedatangan model antarabangsa itu. Cara percakapannya sungguh formal sepertilah mereka tidak pernah menjalin hubungan akrab.
“Actually, it’s like this. I kembali ke tanah air sebab nak anjurkan satu fashion show khas untuk my own collection. So, bila I fikir-fikir, your hotel is the ideal venue. What do you think?”Natasha memberi penjelasan yang panjang lebar. Model yang juga kini bergelar pereka fesyen itu kelihatan sungguh professional. Penampilannya pula tak usah cakap. Memang mampu meluluhkan hati setiap lelaki biasa yang memandangnya. Blouse merah padam yang sedikit mendedahkan bahagian dada dipadankan pula dengan skirt singkat berwarna hitam. Sungguh menyerlahkan kulitnya yang cerah berseri.
“That’s good for our hotel. I don’t think there is any problem for that. So, bila?” Tanya Ben dengan riak muka sedikit teruja.
“ Belum ditentukan lagi. Tapi yang pasti dalam waktu terdekat ni lah. Promosi akan dibuat tak lama lagi. So, further information I tell you soon,” 
“Okay. Kita buat seperti yang you mau. You is my client now,” sahut Ben.
“I datang lagi besok. Sekarang ni I have to go. Ada banyak lagi yang perlu diuruskan,” Natasha sudah mengenggam tas tangannya yang terletak di atas meja, bersedia untuk pergi. 
“ Sorry, dah buat you menunggu lama tadi,” Kata Ben, berasa bersalah kerana telah mengambil masa Natasha semata-mata untuk menunggu kedatangannya.
“it’s okay. Kita kan kawan. This is my card. Kalau ada masa kita hang out ya,” Natasha menghulurkan kad namanya pada Ben sambil berdiri.
“ No problem. See you again,” balas Ben sambil menerima kad Natasha.
“ See ya,” ujar Natasha lalu berjalan meninggalkan pejabat Ben.
Ben sekadar memerhatikan gadis itu berlalu. Tergugat juga perasaannya yang sudah lama membeku terhadap Natasha. Mungkinkah hatinya kembali berpaut pada wanita itu? Dia tersenyum dan kembali mengerjakan urusan-urusan rasminya yang bertimbun di sana.

Sunday, May 17, 2009

Takut Kahwin 3

Ben melabuhkan punggungnya perlahan-lahan, cuba meminimumkan kesakitan yang menyerang di bahagian penting itu. Memikirkan saja kejadian yang baru berlaku tadi sudah cukup mengaibkan baginya. Bayangkan seorang wanita sudah melihat bahagian yang tersembunyi itu. Tapak tangan yang dilekupkan ke muka sekarang tidak cukup untuk menutup rasa malunya terhadap Jasmine. Ternyata gadis itu sungguh pintar memanfaatkan keadaan.
Suntikan yang diberi Jasmine mula menunjukkan tindak balas positif. Gatal-gatal yang menyerang seluruh tubuhnya tampaknya semakin beransur hilang. Mata Ben tidak lagi bengkak macam diserang tebuan. Dia kini merasa lebih selesa.
Ben mencapai surat khabar di atas meja. Lalu menyelak satu-persatu muka suratnya. Artikel kecil dalam bahagian hiburan menarik perhatiannya. ‘Natasha kembali ke tanah air’. Natasha? 
Kenangan lama menghantuinya semula. Natasha? Gadis yang pernah dicintainya 3 tahun lalu. Hampir saja dia melupakan cerita lama yang sedih antara mereka. 
Perkenalan mereka bermula sejak di universiti lagi kemudian hubungan mereka bertambah matang sehingga masing-masing mencapai kerjaya impian. Namun peristiwa 3 tahun lalu mengubah segalanya. Masih segar di ingatan Ben malam dia melamar Natasha. Segalanya kelihatan sempurna tetapi hati Natasha tidak sempurna mencintai Ben. Lamaran Ben ditolak dan alasannya dia masih punya komitmen dalam kerjaya sebagai peragawati. Sejak itu, hati Ben tawar terhadapnya. Cintanya disia-siakan. Hubungan yang telah terjalin sekian lama akhirnya berkecai.
“Semoga you dapat apa yang you mahu,” kata Ben sendirian sambil menatap gambar Natasha yang terpampang di surat khabar. Gambar seorang peragawati antarabangsa yang sudah semestinya menawan.
Bagi Ben semuanya sudah berakhir dan dia tidak ingin lagi mengingat kisah lama itu. Dia sudah berkahwin dengan pekerjaannya dan dia tidak pernah terfikir lagi untuk mendirikan rumahtangga. Takut? Mungkin.
Kerjanya sudah cukup untuk memenuhi setiap masa hidupnya. Malah, baginya kerja itu lebih setia padanya berbanding manusia yang dicintai. 
Ben menutup surat khabar itu dan membiarkannya di atas meja sebagaimana dia telah menutup mindanya terhadap angan-angan cintanya dahulu. Lupakan saja, desisi hatinya.

***
Jasmine tersenyum puas. Teringat saja air muka Ben hari itu di klinik, sudah cukup membanggakan dirinya. Padan muka kau, bisik hatinya.
Percutian kali ini dirasakannya sungguh sempurna. Tiada duka cuma suka. Jasmine, Debby dan Puan Christina menyeret bagasi masing-masing. Sudah lama rasanya mereka tidak keluar bercuti bersama. Melarikan diri daripada kesesakan kota dan kesibukan hidup di sana.
Dua jam perjalanan menaiki teksi terasa sungguh berbaloi. Pemandangan di kawasan tanah tinggi itu sungguh menenangkan. Ketiga-tiga beranak itu menuju ke chalet yang telah disewa. Tidak sabar untuk menikmati percutian mereka.
Setelah selesai mengemaskan barang-barangnya, Jasmine tidak membuang masa lagi untuk melihat-lihat keindahan kawasan ‘Highland Resort’ itu. Ditinggalkannya Debby dan mummynya yang masih sibuk bersolek di dalam.
Sedang dia menikmati keindahan alam semulajadi, matanya terlihat sesuatu. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, dia menggosok-gosokkan matanya berulang kali. Dia lagi? Lihat mukanya tu. Macam ketam kena panggang. Sempat lagi Jasmine ketawa mengejek. Baik aku bla ke tempat lain, fikir Jasmine lantas berhenti ketawa. 
Ben berjogging sendirian melalui laluan-laluan kecil di sekitar kawasan resort bertaraf 5 bintang itu. Kalau bukan kerana papanya yang memaksa dia bercuti rehat, pasti dia tidak akan ke situ. Dan kalau bukan kerana ketam yang di makannya tempoh hari, pasti dia sedang berada di hotel sekarang ini.Kepalanya berlegar ke kiri dan kanan melihat keindahan ciptaan Tuhan. Tidak disedarinya langkahnya sedang diperhatikan seseorang di sebalik pokok yang serupa rimbuanan buluh. 
“ Kau lagi,” kata Jasmine dengan geram setelah Ben sudah jauh dari penglihatannya. Nasib baik tiada sesiapa yang mendengarnya disana.
“ apalah yang dia buat disini, Asyik-asyik muka dia aja” tambahnya lagi. 
Kemudian terlintas di fikiran Jasmine, mummy dan Debby. Mereka tak boleh tahu kalau si Ben ada di sana. Kalau tidak aniayalah aku, fikirnya. 

***
Malam di kawasan pergunungan itu sungguh indah. Bintang-bintang bergemerlapan menghiasi langit yang bebas dari pencemaran. Kedengaran unggas-unggas bersiul riang di dalam rimba. 
Jasmine sendirian menikmati kedinginan malam. Debby dan Puan Christina sudah balik ke chalet selepas makan malam. Barangkali mereka kelelahan kerana perjalanan panjang yang mereka lalui hari itu
Dilihatnya jus oren yang dipesannya tadi. 
“Heaven Orange Juice ya. Mari aku lihat apa yang heavennya,” bisik Jasmine sendirian kemudian ditelannya minuman berwarna jingga pekat itu. 
Jasmine mengerutkan keningnya. 
“lain macam je rasanya ni,” rungutnya. Jus oren yang dia gemari selalunya berasa manis dan sedikit masam. Tapi jus oren versi resort ni berbeza sikit. Macam ada yang power. Rasanya menimbulkan ingin tahu. Jasmine meneguk lagi. Rasa apa ni? Dia tertanya-tanya.
Tidak lama kemudian, kepalanya mulai berpusing. Badannya macam tak stabil. 
“eh, apasal aku ni. Dah mamai ke?” Jasmine bertanya sendirian sambil menampar-nampar mukanya.
Ada yang tak kena pasal minuman tu. Jangan-jangan-jangan ditambah alcohol tak, Jasmine tergamam apabila perkara itu terlintas dalam fikirannya. Tidak! Mana mungkin seorang doctor mengambil alcohol. Minuman itu erus diabaikannya. Kalau aku tahu.
Dengan pantas, dia berdiri, memaksa dirinya meninggalkan tempat itu. Jalannya hampir terhuyung-hayang. Jangan tidur dulu Jasmine, dia memaksa dirinya. Matanya terasa berat berkilo-kilo. Apalagi langkah kakinya.
Akhirnya, dapat juga dia menarik nafas lega setelah selamat sampai ke chaletnya yang dikongsi dengan Debby dan Mummy. Pandangan matanya berpinar-pinar. Apa yang dia lihat hanyalah nombor chalet itu. 702. 702 atau 207? Sempat lagi gadis itu berfikir. Ah, sama saja lah. Dalam keadaan separa sedar, Jasmine masuk ke dalam chalet yang pintunya tidak berkunci itu. Sebaik dia merasa adanya katil, dia langsung menghempaskan dirinya, lalu terlelap tanpa mimpi. 
***
Cahaya matahari menyilaukan mata Jasmine yang terkatub macam digam. Setelah menggosok matanya, barulah pandangan jelas sedikit. Alamak, dah siang rupanya, keluhnya sekadar di dalam hati. Agaknuya mummy dan Debby dah bangun ke? Dia bermonolog lagi.
Baru saja Jasmine memalingkan rupanya ke sebelah kanan, jantungnya dirasakan hampir bergolek ke lantai. Bukan mummy ataupun adiknya yang terbaring di situ. Tetapi seorang lelaki. Dan lelaki itu sangat dia kenal. Ben Carl Fernandez. Suara nyaringnya hampir pecah di mulut apabila angka 702 dan 207 masuk ke dalam otaknya. Tangannya segera menekup mulut.
Bodoh! Macam mana aku boleh salah masuk bilik ni, Jasmine menepuk dahinya. Sepantas kilat dia bergolek ke bawah katil. Nasib tidak bergedebuk macam nangka masak. Maklumlah, tubuh genit. Ini bukan heaven, ini hell! Jasmine tenyata mempersalahkan nama jus oren yang dipesannya semalam. Kalau saja aku tahu. Seribu kali lagi aku pesan, rungutnya lagi.
Perlahan-lahan, seperti kura-kura, Jasmine mengangkat kepalanya. Terhendap-hendapkan lelaki yang sedang tidur mati di atas katil. Dia terpaku, macam sedang menonton sesuatu dengan kusyuknya. Cutenya, Jasmine tersenyum melihat wajah Ben yang diulit mimpi. Mungkin dia lebih muda 2 tahun dari aku, Jasmine mulai mengarut.  
Tetiba, dia tersedar dari lamunannya. Aku mesti pergi dari sini sebelum dia bangun, bergema kata-kata itu di dalam mindanya. Macam kura-kura lagi, dia merangkak berhati-hati menuju pintu tanpa satu suara pun kedengaran. Sempat lagi Jasmine menoleh, mencuri pandang wajah lelaki itu. Kalaulah muka kau mulia seperti ni setiap masa, Jasmine menghembuskan nafasnya seperti kuda. Pintu segera dikuak dan dia bersedia untuk memboloskan diri.
“Deena, awak ke tu?” suara Ben memecah kesunyian yang sengaja diadakan Jasmine.
Dia sangka adiknya yang sedang membatu di depan pintu itu. 
Sekarang jantung Jasmine bukan sekadar berdegup kencang, tetapi sudah sampai tahap bergolek ke lantai. Lebih cepat daripada sambaran kilat, dia menghilangkan diri dicelah-celah pintu itu. Laju macam angin pun ada juga.
“Budak ni. Tak cakap selamat pagi pun,” Ben merungut. “Sudahlah semalam datang tiba-tiba terus belasah katil aku,”tambahnya. 
Sah. Dia sangka perempuan yang tidur di sebelahnya semalam, adiknya Deena. Tapi yang sebenarnya..
Ben membangunkan dirinya, lalu mencapai hanphone di sisi katil. Budak Deena ni. Mesti minta dia hantar makanan kat bilik aku sekarang juga, Ben berbisik.
“Hello,” kedengaran suara yang baru bangun di hujung talian.
“ Deen, bawa makanan di bilik aku sekarang,”
“Eh, apa ni bro,” sahut Deena kebingungan.
“Apa pula apa ni-apa ni. Semalam bukan main lagi kau belasah selimut aku,” Ben mula berang. Buat-buat tak faham pula budak ni, katanya dalam hati.
“Mimpi ke apa ni. Bila masa aku pergi sana. Aku sedang tidur kat rumah lah bang,”
“Hei, Awak jangan main-mainlah. Kalau bukan kau siapa lagi,” Ben mula hilang sabar mendengar penjelasan adiknya.
“Eh, iyalah. Kalau tak percaya tanya mama. Aku nak sambung tidur ni,” adiknya mematikan perbualan.
Ben terdiam. Jadi siapa yang tidur dengan aku semalam? Yang aku nampak di pintu tadi siapa? Ben mula naik bingung.
Dia berlari ke muka pintu. Sudah terlambat. Bayang pun dah tak nampak. Ben terjenguk-jenguk di muka pintu. Kemudian dia terlihat sesuatu yang berkilau di atas lantai, tepat di depan pintu chaletnya. Apa bendanya ni, macam rantai je, dia penasaran. 
Ben mengutip benda berkilau itu. Gelang. Gelang tangan. Dia mengagak, pasti milik perempuan entah apa-apa tu.

Takut Kahwin2

Jasmine sekadar tunduk memandang lantai. Dia tak sanggup melihat mata lelaki bernama Ben Carl itu.Dia telah mencoreng arang di muka sendiri pada pertemuan pertama mereka.
“Kenalkan, ini Jasmine,” Puan Christina menambahkan penderitaan batin Jasmine saat itu. Sanggup mum tipu aku, desis hati Jasmine penuh kekesalan.
Mahu tak mahu, Jasmine mengangkat kepalanya,memandang wajah kacak Ben. Dihulurkannya salam perkenalan yang tidak diingininya. Ben menyambut salamnya. Rasanya pernah bertemu, tapi dimana,fikirnya.
“Kita pernah bertemu? Rasanya saya kenal rupa awak,”Ben cuba mengimbas semula memorinya.
“Eh, yakah?Tak pernahlah,”Jasmine dengan pantas menafikan kata-kata Ben. Dia sangat berharap kalau lelaki itu sudah lupa semua peristiwa hari itu.
“Kita memang tak pernah jumpa,”Ben dengan tenang melabuhkan semula punggungnya selepas berdiri tadi. Lega hati Jasmine mendengar kata-kata itu. Sempat dia menarik nafas lega, penuh kesyukuran. 
“Awak mengingatkan saya pada seorang wanita yang saya jumpa hari tu di hotel. Dia kata saya ni bakal suaminya,” Jasmine terpaku semula. Air yang diteguknya seperti hendak tersembur keluar dari mulutnya. Ternyata ingatan Ben sangat baik. Apa lagi, wajah Jasmine serta-merta berubah menjadi merah seperti warna udang kena rebus. 
Disudut sebelah sana, Ben tersenyum. Senyuman penuh ejekkan. Dia ingin menyaksikkan reaksi Jasmine setelah mendengar kata-katanya. 
“Ben tak pernah cerita pun,”Puan Rose mencelah. Inilah kali pertama beliau mendengar cerita itu.
“Tak penting pun, buat apa nak heboh-hebohkan. Lagipun memang tak masuk akal,” Ben dengan selambanya menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Matanya sesekali menjeling kearah Jasmine yang membatu di hujung sana. Jasmine tahu setiap butir perkataan yang yang diucapkan Ben merupakan sindiran berapi baginya. Lagi banyak, tambah peritlah rasanya.
“Perempuan tu macam perigi mencari timba lah kan,”Debby pula tiba-tiba mencelah. Dia tidak sedar bahawa perkataannya itu seolah-olah menconteng muka kakaknya di depan Ben. 
Ketawa berderai. Semua orang di dalam ruangan itu tertawa, kecuali Jasmine. Dia dapat merasakan dirinya seperti seorang badut yang sedang membuat lawak bodoh di atas pentas. Ben sekali lagi menjeling ke arahnya dengan pandangan sinis,membuakkan rasa benci Jasmine kepadanya. Tak guna!Jasmine mengerang di dalam hati. Aku sumpah kau tiada perempuan yang nak kahwin dengan kau! Jasmine bermonolog dalam hatinya. 
“Perempuan mana yang tak nak kahwin dengan, Director of Golden Royal Hotel,” Puan Christina menambah. Kalau sahaja dia tahu perempuan yang dimaksudkan Ben itu sebenarnya Jasmine sendiri.
Jasmine tidak dapat bertahan lagi. Dia memberanikan diri melangkah ke bilik air. Malunya sudah mencapai tahap dewa. Kalau dia masih berada di situ, maruahnya makin diinjak-injak oleh Ben. Tak ingin dia menatap wajah lelaki yang bermuka-muka itu. Lebih baik rasanya dia pulang sekarang juga sebelum ada orang yang menjadi mangsa kemarahannya.
 ***
Pagi itu cuaca cerah. Jasmine memandu keretanya ceria menuju ke tempat kerjanya. Di matanya masih terbayang-bayang reaksi Debby dan mummy waktu sarapan tadi. Dia ketawa kecil.
“Apa!?” serentak mummy dan Debby separa menjerit. Awal-awal pagi lagi mereka sudah mendapat kejutan daripada Jasmine.
“Aku dah cakap. Tak nak ulang lagi,”
“Malunya mum. Kenapa tak beri tahu awal-awal?”
“Manalah aku tahu yang mum nak bawa aku jumpa dengan mereka,” tenang saja jawaban Jasmine. 
“Patutlah pulang pun beritahu guna SMS saja,” Debby pula mencelah. Kedua-dua tangannya mengenggam mukanya yang stress. 
“Kesimpulannya, jangan cuba menjodoh-jodohkan saya dengan sesiapa pun. Saya memang telah ditakdirkan untuk tidak berkahwin,” kata Jasmine. Baginya perkara buruk yang berlaku semalam mempunyai hikmahnya juga. Dia mendapat kembali keyakinannya selepas berfikir dari sudut positif. Malu tu memanglah, tapi dia tak mampu nak ubah kejadian yang sudah berlaku. Jadi terima sajalah.
Dia tersenyum terkenangkan perubahan wajah mum dan Debby selepas mendengar kata-katanya. Sedang dia tersenyum-senyum sendirian, tiba-tiba dia terhidu bau asap kenderaan. Semakin lama semakin kuat. Pasti ada yang tak kena dengan kereta ni, katanya sendirian. Tanpa membuang masa dia memberhentikan kenderaannya di tepi jalan. Takut-takut kereta itu meletup dengan dia sekali di dalamnya.
Jasmine menghubungi mummynya, meminta pertolongan. Kemudian sebuah kereta BMW berwarna hitam berhenti di depan keretanya. Siapakah gerangan orangnya ini, fikir Jasmine sedang dia masih bercakap-cakap melalui telefon bimbitnya. Dia merenung kearah kereta itu, menanti dengan penuh debaran tuan punya kereta mewah itu memunculkan dirinya. 
Jasmine terkejut besar setelah melihat tuan punya kereta itu. Tak mungkin, fikirnya. Ingin saja dia berlari menyembunyikan dirinya daripada orang itu. Namun, dia cuba berlagak cool, seolah-olah tidak ada yang pernah terjadi di antara mereka. 
“Well, is there anything I can do to help you,Dr. Jasmine?” lelaki itu bersuara sebaik menghampiri Jasmine.
“ Excuse me. Did I know you?” Jasmine berpura-pura tidak mengenali lelaki yang sedang bercakap dengannya. Dia berpaling kearah jalan raya yang sesak dipenuhi kenderaan mengelak dari memandang wajah lelaki itu.
“Pleaselah. Saya ni kan ‘bakal suami’ awak. Tak kan tak kenal kot,” Ben mencabar keegoan Jasmine. 
Mendengar kata-kata itu, Jasmine berpaling dengan pantas. Ditatapnya mata Ben Carl yang penuh ejekkan. Ingin sahaja dia menampar-nampar muka lelaki itu. Tak guna, baru saja aku cuba melupakan peristiwa semalam, Jasmine merungut di dalam hati. Kemudian sekali lagi dia berlagak tenang, melindungi rasa bencinya.
“Tak apalah. Saya tak nak mengotorkan tangan awak yang lembut tu,” kali ini Jasmine pula yang ingin mencabar Ben. Dia tersenyum sambil memperbetulkan sanggulan rambutnya yang dihembus angin pagi.
“Kalau macam tu, It’s okay. Saya pun tak nak sentuh kereta awak yang comel ni,” Ben pula membalas. Kemudian dia melangkah meninggalkan Jasmine dengan megah.Jasmine sekadar menjeling memperhatikan tindak-tanduk lelaki itu dengan muaknya.
“By the way, you look younger last night,” kata Ben sebelum masuk ke dalam keretanya. Jasmine tak tahu sama ada itu satu pujian atau ejekkan. Mahu saja rasanya dia membaling kereta lelaki itu dengan kasut tumit tingginya. Tak apa, ada rambutan ada durian. Lain kali kau yang kena, kata jasmine sambil memperhatikan kereta itu beredar.
***
Jasmine melangkah lemah ke dalam klinik. Hari ini dia menaiki teksi ke tempat kerja. Keretanya sudah diangkut ke bengkel untuk dirawat. Permulaan yang tidak berapa baik baginya untuk hari ini.
Baru sahaja dia memegang tombol pintu biliknya, matanya menangkap bayangan tubuh seseorang yang asing baginya. Dia cuba mengenali wajah lelaki bercermin mata yang sedang berdiri di depan kaunter. Tapi tidak mampu kerana dia memang tidak mengenali lelaki itu. 
Tiba-tiba lelaki itu berpaling ke arahnya. Jasmine tersentak. Kemudian dia tersengih sambil melambaikan tangannya. Lelaki itu datang ke arahnya dengan senyuman yang ramah mesra. Penampilannya sungguh segak.
“Saya Faroq. Doktor baru di sini,” salam perkenalan dihulurnya kepada Jasmine.
“Saya Jasmine, selamat datang ke klinik ini” 
“Thanks. Dr. Chong ajak saya kerja di sini. This is actually my first experience,” kata Faroq. Ternyata dia seorang yang peramah dan petah bercakap. Jasmine senang dengan lelaki itu.
“Oo.I see,” balas Jasmine ringkas.
“Boleh tak saya belanja awak lunch? Sebagai tanda perkenalan and kerjasama,” Faroq mempelawa.
Makan free,bisik Jasmine. Salah satu perkara yang paling digemarinya. Budiman sungguhlah budak ni. Baru kenal dah nak belanja-belanja. Baguslah, getus hatinya lagi.
“Sure,” 
***
Debby terhendap-hendap di sebalik langsir jendela. Lagaknya seperti seorang pencuri sahaja. Dirinya dipenuhi perasaan ingin tahu sehingga dia tak boleh duduk diam. Macam-macam bermain di fikirannya. Diselaknya lagi langsir kemudian dia melihat kereta yang tadinya berhenti di depan rumah mereka sudah hilang dari pandangan.
Jasmine muncul di depan pintu yang terbuka luas. Wajahnya tergambar kegembiraan bercampur kelelahan. Dia lantas menghempaskan dirinya di atas sofa kemudian dihampiri adiknya, Debby dengan air muka yang lain dari yang lain. 
“siapa yang hantar kakak tu, hah?” Debby bertanya. Wajahnya sengaja didekatkan dengan wajah Jasmine yang tampak kebingungan.
“Eh, apa ni. Tu kawan baru la.Doktor baru di klinik. Kan kereta aku rosak. Jadi dia tolong hantarkan,”Jawab Jasmine sambil menarik tubuhnya jauh dari tubuh adiknya.
“Handsome tak? Muda lagi? Kenalkanlah,” nada percakapan Debby berubah secara drastic. Tadi garang-garang sekarang manja-manja. Dia menghampiri Jasmine yang duduk di hujung sana.
“Ni mesti curi-curi lihat aku tadi ni kan. Tak malu,” kata Jasmine setelah melihat perangai adiknya yang mulai memuncungkan bibirnya. 
“Jangan harap,” tambah Jasmine sambil berjalan menuju ke meja makan. Puan Christina kelihatan keluar dari dapur sambil membawa sejag jus oren, minuman kegemaran Jasmine.
“Ada apa ni bising-bising,” Puan Christina mula bersuara apabila melihat puteri-puterinya riuh.
“Ni, mum. Debb ni gatal sangat nak kenal kawan aku,” balas Jasmine sambil mengambil tempat duduk. Diikuti Debby dan Puan Christina.
“Orang nak kenal pun tak boleh kah?”Debby pula bersuara sambil menceduk nasi ke dalam pinggannya.
“Tak boleh. Awak nak buat aku malu lagikah?” Jasmine membalas. Diteguknya jus oren yang dituangkan mummynya.Debby membuat muka sepuluh sen. Jasmine betul. Semalam dia menghina nama kakaknya di depan Ben tanpa dia sedari.Puan Christina sekadar melihat telatah anak-anaknya itu.
“Sudahlah. Makan,”Puan Christina menghentikan pertelingkahan antara mereka. Dia sebenarnya berasa bersalah kerana telah menipu Jasmine, malam semalam. Sungguh tak sangka perbuatannya telah membuat mereka semua, terutama Jasmine mandapat malu.
“Mummy nak ajak kamu bercutilah. Sebagai menebus kesilapan mum semalam,” Puan Christina bersuara selepas semua orang selesai menjamu selera. Debby dan Jasmine lantas tersenyum girang.
“Holiday di mana, mum? Di Australia?Tokyo?Paris?” Debby tidak sabar-sabar menunggu penjelasan mummynya. Di matanya terbayang jejaka-jejaka kacak dan pakaian-pakaian mewah.
“Kau tu memang. Mesti kau ingat pasal guys ni kan. Lihat muka tu. Hish,” Jasmine mencelah penuh sindiran. Debby menjeling ke arahnya tajam.
“Kita bercuti dalam negara saja. Di luar kota. Kawasan pergunungan. Kita pergi next week. 3 days,” Puan Christina menjelaskan panjang lebar. Kekecewaan terukir di wajah Debby yang mengharapkan sesuatu yang lebih. 
“Okay. Tapi sekarang jangan tipu lagi,” Jasmine seolah-olah memberi amaran.
Puan Christina tersenyum “No more lies,”
***
Lampu-lampu neon kelihatan bercahaya di sekitar kota. Tiada tidur bagi kota besar itu. Siang dan malam sama sahaja bagi para penghuninya. Tidak ketinggalan klinik tempat Jasmine bekerja. Malam hari Sabtu, seperti biasa Jasmine akan kerja lebih masa, sehingga pukul 9. 
Jasmine mengemas peralatan-peralatannya di atas meja. Bersedia untuk pulang ke rumah. Hari yang memenatkan baginya. Namun, hasratnya mati apabila seorang jururawat tiba-tiba membuka pintu biliknya. Kemudian muncul pula Puan Rose di ambang pintu dengan muka cemas. Belum sempat Jasmine membuka mulut, muncul pula Ben sambil lengan kirinya dipaut Deena,adiknya.
Hampir saja tawa Jasmine berderai melihat wajah Ben. Kekacakan rupanya langsung hilang. Matanya bengkak. Pipinya ditaburi ruam-ruam merah sambil wajahnya bereaksi seperti seorang kanak-kanak yang ketakutan.Mahu saja Jasmine ketawa sepuas-puasnya sampai pecah perut melihat rupanya, nasib baik ada mamanya dan adiknya.
“Duduk dulu,” kata Jasmine berpura-pura cemas. “kenapa ni,”
“Dia alah pada ketam. Tapi degil nak makan juga. Inilah jadinya,” Puan Rose menjawab. Jelas tergambar kerisauannya di wajahnya. Baru padan muka kau, desis Jasmine.
“Mama, kita jumpa doctor lain saja,” tiba-tiba Ben mencelah denagan nada merayu. Memang sah kes ego lah ni. Puan Rose buat tak tahu saja.
“Malangnya, malam ni cuma saya satu-satunya doctor yang boleh merawat awak. Semua doctor dah balik,” Jasmine menerangkan dengan selambanya. Pandangan matanya jelas menyakitkan hati Ben yang sedang sakit itu.
“Tak apa, En. Ben. Saya periksa awak dulu,” Jasmine mula menjalankan prosedur pemeriksaan ke atas Ben. Nampaknya Tuhan masih menyayangi aku. Hari tu kau hanya baling aku dengan ‘rambutan-rambutan’ busuk kau, sekarang aku kasi kau ‘duri-duri durian aku’. Baru kau rasa apa yang aku rasa, Jasmine berbisik bangga di dalam hatinya.
“I’m afraid that I terpaksa beri suntikan kat punggung you,” kata Jasmine dengan reaksi muka yang dibuat-buat. Ben terkejut besar. Punggung aku?

Takut Kahwin 1

"sakit apa, pak cik?"
"Ni, puan doktor.Sakit Belakang baru kerja sikit dah rasa macam nak patah.." pak cik itu berceloteh panjang.
Jasmine tersengih mendengarnya.'Puan doktor?'Tua sangat aku ni, fikirnya. Menyesal sungguh rasanya menggelarnya pakcik.Kenapa bukan atuk?Nak buat macam mana dah tanggungjawab nak rawat pak cik tu.
Hari tu entah kenapa Jasmine berasa penat tak terkira. Dia memandu kereta kecilnya meninggalkan klinik tempatnya berkerja. Masih terngiang-ngiang di benaknya kalimat 'Puan doktor'. Adakah aku kelihatan seperti wanita yang sudah beranak-pinak? fikirnya lagi.
Memang usianya sudah agak lewat, tapi dalam hidupnya dia tidak pernah terfikir untuk meninggalkan zaman bujang.Jangan kata nak kahwin, bercinta pun belum tentu lagi.Dia tidak percaya lelaki.Baginya mereka semua tin kosong.
Setibanya di rumah, dia sudah dapat menangkap bayangan tubuh mummynya yang tercegat depan pintu. Apasal pula ni? fikirnya. Sebaik turun dari keretanya, ditatapnya lagi wajah ibunya. Tersenyum-senyum. Mesti ada yang mummy nak dari aku, fikir Jasmine.
"kenapa mum. Senyum-senyum saja dari tadi?"
"Salahkah mummy tersenyum pada anak mummy yang cantik ni," wanita berusia separuh abad itu menjawab. Memang sah dia ada niat lain.
Dua beranak itu kemudiannya menuju ke meja makan.Si adik sudah pun setia menunggu. Inilah masa yang paling Jasmine gemari kerana dia pencinta makanan.Kalau dah makan, dia baleh lupa semua perkara di dunia. Tetapi untungnya badan tak nai-naik.
"Macam mana hari ni?" tanya Debby adiknya, cuba menimbulkan topik perbincangan.
"Tau tak, hari ni ada seorang atuk tu gelar aku puan doktor. Adakah patut," Jasmine mula meluahkan isi hatinya. Berharap agar mummy dan adiknya dapat menyokongnya.Malangnya, deraian tawa adik dan mummy menghancurkan harapannya.
"Apa salahnya? Memang patut pun," mummy membalas sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut.
"Aah tu mum. Kalau kak dah kahwin at leastlah dah dapat 2 orang anak ni," Debby pula menambah. Ketawa mereka memenuhi ruangan makan itu.Asyik-asyik Jasmine lah yang terkena.Cerita peribadinya selalu menjadi bahan gurauan mummy dan Debby.
"Excuse me. I'm just 28 tau. Ada orang yang lebih tua dari aku yang belum kahwin. Kau tu, Debb. Sndri pun belum kahwin ada hati nak suruh orang lain pula," Jasmine tak mengalah. Adiknya terkelu. Lantas tawanya mati. Ada betulnya kata-kata Jasmine. Dia hanya 3 tahun lebih muda dari kakaknya.
"Sudahlah kamu tu. By the way, mummy ada sesuatu yang nak beritahu Jasmine," memang tepat jangkaan Jasmine. Mesti mummy nak kan sesuatu.
"Pasal apa?" Jasmine ingin tahu.
"Ada kena mengena dengan apa yang kita bincang tadi,"
Jasmine terdiam. Jangan-jangan pasal kahwin lagi ni. Tak faham-fahamkah yang aku ni tak nak kahwin, bisiknya. Aku tak nak jadi macam mummy yang ditinggalkan daddy sebab perempuan lain.
"Mum ada berita baik. Mum dah jumpa lelaki yang paling sesuai dengan Jasmine," intonasi mummy macam pengacara yang mengumumkan pemenang.
Hampir tersembur makanan yang sedang dikunyah Jasmine.Lantas dia menepuk-nepuk dada.
"Apa?!"
"Sabar kak, minumlah dulu," Debby cuba menenangkan kakaknya.Jasmine memandangnya seperti harimau lapar.
"Mum, no," Lantas Jasmine memprotes.
"Why not?" mummy pula membalas.
"Bagi pada Debby lah," Jasmine cuba menolak.
"not me," Debby pula menyangkal.
Jasmine hampir menangis. Kepalanya meligat ke kiri dan kanan mendapatkan reaksi mummy dan debby. Tetapi hampa.Tanpa berfikir panjang dia berjalan menuju bilik tidurnya sebagai tanda protes.
Dia berbaring di katilnya, terlentang.Mengimbas semula tragedi yang pernah berlaku pada keluarganya lebih 10 tahun lalu. Tentang bagaimana daddynya telah meninggalkan mummy sendirian menyara dua orang anak yang masih kecil. Sejak itulah dia dan Debby kehilangan kasih sayang seorang bapa. Nasib baik, mummynya seorang yang independent. Punya perniagaan produk kecantikan.Kalau tidak entah apalah nasibnya sekarang.
Pintu biliknya dibuka lembut. Itu pasti mummynya yang datang memujuk. Dibiarkannya sahaja.
"Mummy tak paksa,"
Secara drastiknya Jasmine berubah ceria."Betul ni,mum,"
"Tapi.." girangnya mati semula.
"Ada tapi?" dia mengeluh.
"Cubalah dulu berkenalan dengan orangnya ya. Tak rugi," mummy memandangnya penuh harapan sambil menghulurkan sekeping bisnes kad.Dengan terpaksa,disambutnya saja kad itu. Enggan mengecewakan hasrat mummynya.
"Begitulah anak mummy," Mummy tersenyum sambil membelai rambut Jasmine lalu meninggalkan bilik itu.
Jasmine membaca setiap patah kata pada kad yang bertinta emas itu.
"Ben Carl Fernandez. Director,"disebutnya satu persatu ayat yang tertulis.
"Golden Royal Hotel?" dia tergamam membaca perkataan itu.

***

Jasmine berhati-hati memasuki bangunan yang terkenal itu. Pakaiannya nampak profesional sementara matanya bertutup kaca mata hitam yang elegan. Sengaja dia berpakaian begitu untuk mengaburi identitinya.Sesaat dua dia tenggelam dalam kemewahan hotel itu. Sungguh mengujakan.Tapi apakah tujuannya ke situ?
Sesekali dia berfikir bahawa tindakannya sekarang ini memang gila. Sekiranya ketahuan dia yang bakal mencipta malu. Dia terhenti di tengah lobi utama. Cuba berfikir sekali lagi apakah tujuannya kesitu. Dulu kata tak nak, sekarang ni pula siap pergi siasat-siasat lagi.
Langkahnya teragak-agak. Nak pergi kah, tidak. Aku seorang doktor, fikirnya. Malulah kalau didapati buat perkara bodoh ni. Akhirnya dia bertekad untuk berpaling tadah.
"Tidak. Tak boleh macam ni," katanya sendirian. Dia mengatur langkahnya laju sambil mata entah kemana-mana.Tiba-tiba bahu kananya terasa bagai dihempap kayu balak. Hampir sahaja dia terduduk menahan sakit.
"Aduh.." keluh Jasmine kesakitan. Tangan kirinya mengenggam erat bahunya.
"Minta maaf puan, saya tak sengaja. Asyik bercakap melalui handphone tadi," seorang lelaki bertubuh tinggi cuba membantunya. Wajahnya tercermin kekesalan.
Jasmine menatap wajah lelaki itu. Tampan. Serta-merta sakitnya berlalu.Tapi dia tak puas hati. Sekali lagi dia digelar 'puan'.
"For your information,aku ni bakal isteri director hotel ni," katanya dengan ego sambil menanggalkan kaca mata hitam yang dari tadi melindungi matanya.Jasmine terdiam. Entah dari mana dia dapat idea untuk cakap begitu. Silap-silap dia boleh buat malu.Tapi tak ada sesiapa yang kenal aku di sini, fikirnya.
Jasmine berjalan pantas meninggalkan hotel itu. Isteri? Eh, gelinya. Dia tersenyum bangga kerana dapat membuktikan bahawa dia masih lagi sepatutnya bergelar, cik. Puas hatinya.
Bngunan indah bernama 'Golden Royal Hotel' ditinggalkannya penuh penyesalan.

***

Hujung minggu merupakan masa keemasan bagi Jasmine. Inilah masanya bersenang-senang dan berehat sebanyak yang mungkin.Malam ini dia bercadang untuk menonton wayang di panggung, tetapi hasratnya ternyata hancur apabila pintu biliknya diketuk berulang kali. Seperti yang disangka adiknya muncul di ambang pintu dengan senyuman kucing betina. Kedatangan adiknya petang itu membawa khabar yang mengujakannya. Malam ni mereka akan makan malam bersama bakal keluarga Debby. Tak disangka yang adiknya rupanya sudah punya pacar.Macam tak percaya, fikirnya.
Malam tu, tiga beranak tu pergi ke restoran makanan Jepun, tempat yang dipersetujui kedua-dua pihak. Tapi yang hairannya bagi Jasmine, Wajah adiknya tidak menunjukkan sebarang reaksi gementar sebaliknya dia pula yang cemas tak tentu pasal. Jasmine mengenakan dress merah jambu paras lutut berlengan pendek. Ini semua kerana paksaan adiknya.Sempat lagi Debby meriasnya cantik-cantik. tujuannya? entahlah. Mungkin sebab dia berasakan kalau dia tidak akan mempuyai kesempatan seperti ini lagi kelak.
Setibanya di restoran, mereka dibawa ke sebuah bilik khas. Keluarga teman lelaki Debby sudah kelihatan di sana. Sepasang suami isteri sebaya mummy dan seorang gadis manis sudah menunggu.Jasmine agak tekejut melihat mereka. Mereka ni orang kenamaan, selalu keluar tv. Tak pernah Jasmine bayangkan kalau dia dapat bertemu mereka di depan mata.
"Dah lama tunggu, Puan Rose?" tanya mummy kepada wanita yang sudah semestinya bakal mertua Debby.
"Tak juga. Baru saja,Puan Christina," jawabnya ramah sambil salam mummy dilepaskan dan diarahkan pula salamnya pada Jasmine. Kemudian direnungnya gadis itu dalam-dalam sampai tak selesa Jasmine dibuatnya.
"Jadi inilah Dr. Jasmine,ya. Manis orangnya" Sedikit pujian buat Jasmine selepas salamnya disambut. Jasmine sekadar tersenyum, sedikit keliru. Kenapa Puan Rose tanya pasal aku,bukan Debby, bisik hati Jasmine.
"Aah,puan. Ini pula Debby, anak kita yang lagi satu," mummy membalas. Kini salam Puan Rose beralih pada Debby.
"Rasanya, elok kita order makanan sekarang. Tak payah tunggu anak kami tu," si bapa yang dari tadi berdiam tiba-tiba bersuara. Siapa tak kenal beliau, Tuan Albert, hartawan berdarah sepanyol.
Jasmine kagum dengan lelaki berusia 50-an itu. Penampilannya sentiasa terjaga. Untungnya Debby dapat bapa mertua seperti beliau, fikirnya.
Kelihatannya, semua orang menggemari makanan Jepun, tidak terkecuali Jasmine. Tetapi dia sangat terseksa apabila Puan Rose menghulurkan pinggan berisi sushi kepadanya. Mummy dan debby tahu betapa bencinya Jasmine pada rasa ikan mentah. Mereka menahan tawa melihat telatah Jasmine terpaksa menelan makanan itu. Tambah menyeksakan Jasmine, dia dihujani pelbagai soalan dari keluarga itu. Dari soal kerjaya sampailah soal syampu apa yang dia guna. Kenapa aku pula yang ditanya ni, jasmine kebinggungan.Sudah pasti ada yang tak beres disini, fikirnya.
Akhirnya, si hero pada malam itu datang. itupun setelah semua orang hampir selesai makan. Jasmine cuba berpaling, cuba menangkap bayangan wajah bakal adik iparnya, walaupun dia tidak menyenangi perangainya yang tidak menepati masa. Sebaik dia menatap wajah lelaki itu, darahnya menyirap ke muka. Ya, lelaki itulah yang terlanggarnya tempoh hari di hotel.Sungguh tak disangkanya. Jasmine menatap Debby tapi gagal mendapat sebarang reaksi.
"Sorry lambat sikit, saya sibuk di hotel tadi," katanya kemudian duduk di sebelah ayahnya bertentangan dengan tempat duduk Jasmine.Jasmine bagai terkena renjatan elektrik setelah mendengar perkataan itu. Tak mungkin dia ialah...
Jasmine memandang Debby dan mummy. Mereka mengelak berpandangan dengannya.Jasmine tak keruan. Jantungnya berdebar-debar tak tentu pasal. Memang sah ada yang tak kena.
"Puan Christina, Dr. Jasmine, inilah Ben Carl, anak kami,"
Kata-kata tuan Albert bagai kilat yang menyambar Jasmine. Tidak mungkin, fikirnya. Mummy dan Debby menipunya bulat-bulat. Situasi yang diceritakan Debby 360 darjah berubah. Dia teringat kembali kata-katanya yang egois tempoh hari. Bakal isteri director?! Gila! Malunya. macam mana sekarang?