Thursday, June 10, 2010

Takut Kahwin 13

Puan Christina mendongak ke langit malam yang dipenuhi bintang. Para ahli astronomi pastinya dapat mengenal pasti gugusan-gugusan bintang yang membentuk buruj tertentu. Namun, bagi seorang wanita biasa yang tidak pun mengenali apa itu buruj belantik mahupun buruj pari, dia hanya mampu menghayati cahayanya yang sirna ditengah kegelapan malam. Bagaikan hiburan baginya, bintang-bintang yang bertaburan di langit biru itu ditatapnya lama sambil fikirannya menerawang jauh.
“Mum tahu tak mana satu bintang dan mana satu planet?” Tanya Jasmine yang tiba-tiba muncul di balkoni. Sengaja dia membawa pertanyaan itu sebagai pemula perbualan. Dari tadi dia melihat ibunya tak putus-putus menatap langit. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang difikirkan oleh Puan Christina, sesuatu yang dirahsiakan daripada pengetahuannya dan Debby.
“Eh, bukan semua yang bercahaya di langit tu bintang ke?” Puan Christina bertanya pula. Sekadar melayan soalan anak perempuannya itu,sedangkan dia tak berminat pun pada soalan tersebut. Kemunculan Jasmine di sana bukanlah kejutan baginya. Dia sedia maklum dengan perangai Jasmine yang pantang melihatnya berfikir dalam-dalam sendirian. Mesti dia nak ambil tahu.
“ Tak lah. Kalau mum nak tahu yang berkelip-kelip tu lah bintang. Tapi yang bercahaya je sampai pagi tu planet,” terang Jasmine sambil menunjuk ke langit yang cerah malam itu.
“O.. Baru hari ni mum tahu,” acuh tak acuh Puan Christina bersuara.
Kedua-dua anak-beranak itu menyepi. Masing-masing mendongak langit dan melayan perasaan sendiri. Jasmine membiarkan ibunya bermain dengan fikirannya. Hatinya dirasakan tiada mood malam itu.
“Mum tak nak beritahu saya keapa yang mum fikirkan tu?” Jasmine cuba bertanya. Nalurinya sebagai anak mendesaknya berbuat begitu. Dia sebetulnya berusaha membantu ibunya yang berubah menjadi agak pendiam baru-baru ini. Pasti ada yang tak kena.
“tak ada yang penting lah. Mine jangan risau. Mum ok,” Plakang Jasmine lembutuan Christina cuba menyembunyikan rasa hatinya. Diusapnya be
“Mine tak fikir begitu. Mum masih rindukan daddy ke?” Jasmine menebak. Nada suaranya kedengaran kurang senang. Dia menduga kalau-kalau ibunya masih terfikirkan lelaki tak bertanggungjawab tu. Lelaki yang mengajarnya kebencian dan ketakutan.
Puan Christina hanya mendiamkan diri. Dia merenung raut wajah Jasmine yang menunjukkan bauran perasaanya saat itu. Wajah peranakan milik Ibunya itu ditatap Jasmine dalam, mencari kepastian dari soalannya.
“Mum lupakan saja lelaki tak guna tu. Mungkin sekarang dia sedang bersukaria bersama keluarga barunya di China. Buat apa mum buang masa nak ingat dia lagi!” suara Jasmine meninggi. Dirasakan darahnya menyirap ke muka apabila menyebutkan tentang lelaki itu. Mukanya panas.
“Jasmine, tak boleh cakap macam tu. Mum tahu betapa susahnya kamu membesar tanpa bapa, tapi apapun dia tetap daddy mine. Tiada siapa boleh menafikan itu,” Puan Christina lantas memeluk Jasmine. Matanya terasa hangat. Air mata jatuh tanpa diminta.Keperitan yang selama ini ditanggungnya melimpah tidak tertahankan.
Jasmine tidak dapat menahan gelora perasaannya lagi. Walaupun sudah lebih lima belas tahun kejadian itu berlaku, hatinya masih tetap hancur setiap kali mengenangkannya. Air matanya bercucuran. Dia memuntahkan semua rasa yang terpendam selama ini. Pelukan ibunya dibalas mesra.
“Forgive me, mum. I just don’t want you to get hurt anymore. I love you,” kata Jasmine diselangi esakan kecil. Dia berasa sangat lega setelah mengeluarkan semua yang terlipat rapi dalam hatinya selama ini. Orang kata kita akan merasa lebih baik setelah menangis.
“I know that. Mummy love you too. You and Debby,” kata Puan Christina. Dia sendiri membiarkan air matanya berlinangan di pipi. Pelukan perlahan-lahan dilepaskan. “Look at you, B.U.R.U.K tau,” Puan Christina mengeja sambil tersenyum dan menghapus air mata yang meleret di pipi Jasmine. Jasmine ketawa kecil. Senyuman ibunya membawa kembali perasaan berwarna ceria ke dalam jiwanya.
“Mum pun sama juga,H.O.D.O.H,” Jasmine meniru cara ibunya.
Kedua-dua mereka ketawa, mencuba mengeringkan air mata yang kini berhenti menitis. Masing-masing mengetawakan diri sendiri.
“Mana Debby mum?” Tanya Jasmine sambil menengok-nengok di sekeliling mereka. Adiknya ketinggalan pula acara nangis-menangis tadi. Kalau tidak pasti dialah yang paling ‘emo’.
“Masih bergayut kot,” Jasmine tiba-tiba ketawa terbahak-bahak setelah mendengar jawapan ibunya.
“Debby di atas pokok ke mum, bergayut-gayut ni,” Jasmine mengata adiknya, sedangkan dia tahu maksud ibunya bergayut di telefon. Tambah berderailah ketawa mereka.
***
Seperti biasalah, Jasmine masih teragak-agak di depan pintu bilik itu. Keputusan yang begitu mudah pun difikirnya menggunakan konsep kebarangkalian. Masuk, nanti dulu, masuk, nanti dulu, masuk, nanti dulu. Begitulah keadaan Jasmine setiap kali hendak memasuki bilik itu. Macam telur di hujung tanduk.
“Masuk sajalah Jasmine,”bisik mindanya.
Dengan penuh berhati-hati, Jasmine mengetuk pintu bilik itu.
“Masuk,”
Tenang Jasmine, semua akan ok. Kau hanya perlu tandatangan dan cepat-cepat keluar dari situ. Ya!
Jasmine melangkah dengan yakin. Semuanya akan baik saja, dia mengingatkan dirinya sendiri, macamlah ada pertandingan atau temu duga di dalam. Sebaik melihat Ben yang sedang berdiri-diri memerhati di luar jendela, kegilaan perasaannya beransur musnah. Segera dia mendapatkan rekod di kaki katil dan menurunkan tandatangan berharganya. Niatnya mahu berambus terus.
“Boleh aku cakap sesuatu dengan kau?” Jasmine hampir tidak dapat mempercayai telinganya. Ben Carl Fernandez nak ajak berbincang ke? Dia menduga. Ben mendekati Jasmine yang membeku di kaki katil.
“Cakaplah apa yang Encik Ben nak cakap,” Jasmine menjawab dengan penuh sopan-santun, walaupun masih kedengaran dingin. Sejak bila pula ni?
“Aku nak tahu dari mulut kau sendiri. Betulkah mak kau dan mama aku nak jodohkan kita?” santai saja Ben bertanya sambil merenung gadis comel yang sedang terkebil-kebil di sebalik cermin matanya.
Soalan apakah ini? Jasmine sendiri menanyai dirinya. Dahinya tanpa sengaja berkerut. Masih tak habis-habis ke dia ni dengan isu ni. Jasmine serba salah.
“Emm.. Aku.. tak tahu,” akhirnya itulah jawaban yang keluar tersekat-sekat. Jasmine hanya tertunduk memandang lantai yang kosong. Entah apa yang menariknya lantai itu berbanding wajah kacak Ben.
“Macam mana kau boleh tak tahu? Kau sendiri yang mengaku bakal isteri aku kan,”senyuman sinis Ben mengiringi kata-katanya. Mata Jasmine yang sedari tadi hinggap di lantai sekarang hampir tersembul keluar memandang pemuda berwajah tenang didepannya. Dia ni memang sengaja nak kenakan aku, tak bolehkah dia lupakan saja semua yang telah berlaku tanpa mahuku itu? Jasmine mengetap bibir.
“Nampaknya encik masih mengambil berat soal itu lagi. Aku sangat berharap Encik Ben lupakan saja tentang kisah lama itu,” Jasmine lantas membalas dengan yakin sambil cuba bersikap profesional. Keberanian, entah dari mana tiba-tiba merasukinya. Dia berdiri tegak menghadap tubuh tinggi di depannya. Biar semuanya selesai sekarang juga!
“Jadi kau memang tahu lah kan. Tapi aku hairan kenapa selama ini kau macam melancarkan perang dingin dengan aku? Bukankah kau nak aku jadi suami kau?” Kata-kata berupa ejekan seperti anak-anak api yang memercik di hati Jasmine. Si Ben ni memang sengaja nak kena, Jasmine menahan kegeraman yang sedang mendidih dalam hatinya. Ini bukan menyelesaikan masalah, tapi mencari masalah. Kau cakap melancarkan perang dingin ye, sekarang biar kita bertempur dalam pertikaman lidah dan lihatlah siapa yang akan menang, Jasmine beriya-iya. Kini bukan saja hatinya yang berapi-api tetapi juga matanya.
“Encik Ben yang budiman, memang aku ada cakap yang aku ni bakal…ehem” Jasmine berhenti. Dia memang tiada niat menyambung ayat itu. “Tapi encik kena ingat semua itu bukanlah dirancang mahupun lahir dari hati yang ikhlas. Semuanya hanya kebetulan. So, tak payah lah nak panjang-panjangkan cerita,” sengaja Jasmine mencabar keegoan Ben yang sememangnya terbukti. Tapi dia benar-benar tidak faham apakah niat lelaki itu yang sebenar-benarnya. Nak malukan dia ataupun nak malukan diri sendiri?
“Kau tahu tak siapa yang panjangkan cerita? Kau sendiri. Bukan aku,” senang saja Ben membalas. Pandangan matanya yang selamba bertentangan dengan Jasmine membuat dokter itu menggetap gigi. Kau nak salahkan aku?
“Hah?Aku?Jangan nak merepek Encik Ben,” Jasmine hampir menjerit kegeraman.
“Aku tak makan kerepek lah,” Ben tiba-tiba ketawa pula. Sengaja memperlekehkan perbicaraan Jasmine. Tikam-menikam bermula.
“Encik tak payah lah pura-pura jadi tongkol. Kalau encik tak perasan, ego encik lah yang menyebabkan semua ni ,” Jasmine bersuara tegas. Dalam marahnya pun dia masih menggelar Ben encik, kononnya sebagai menghormati status pesakit yang dibawa Ben.
“Memang pun aku bukan sejenis ikan. Jadi buat apa nak pura-pura. Untuk peringatan kau, ego kaulah yang memulakan semua ni,” Ben menepis serangan Jasmine disertai lawak lurus bendulnya yang seperti menumpuk bara di atas kepala Jasmine.
“Tengoklah tu. Dah terbukti. Kau tak nak mengaku salah. Dasar ego,” Jasmine melawan lagi. Pertikaman bertambah sengit. Jasmine tidak memperdulikan lagi gelaran hormat atau status. Kewibawaannya nyata dicabar.
“Puan Dokter, kau tu lagi lah ego, Tak nak mengaku umur dah naik,” Ben sengaja melancarkan kata-kata sensitive itu sambil menghampiri Jasmine, seperti mencabar kesabaran gadis yang dadanya sekarang turun naik.
“Kau…” Jasmine mati kata. Nak balas apa ni? Otaknya berusaha mencari ayat power untuk menumpaskan terjahan Ben tadi. Tak guna!
“Apa? Aku kenapa?” Ben memanas-manaskan lagi hati Jasmine saat itu. Macam nak bunuh diri.
“Kenapa kau kata, kalau kau tu tak sedar-sedar diri lagi, kau tu bukan saja ego tapi juga pencuri,” Idea tiba-tiba datang dalam kesesakan. Tapi logic ke pencuri, Jasmine sendiri tak pasti dengan idea rambangnya. Ah! Lantaklah kau.
“Pencuri? Tak masuk akal. Aku curi apa? Hati kau?” Ben tergelak lagi. Sempat lagi mengusik Jasmine di tengah keseriusannya.
“Jangan nak buat bodoh. Mana gelang aku? Dah berbulan-bulan dengan kau. Entah-entah kau dah jual tak,” lancar saja Jasmine mematahkan niat Ben untuk memalukannya.
“Gelang?” Ben tersentak seketika. Kejadian lama menyelubunginya. Gelang perak yang ditemuinnya di depan chalet lebih tiga bulan lalu tiba-tiba muncul dalam ingatannya. Di mana aku letak gelang tu? Ben berusaha mengingat. Macam mana aku boleh lupa ni?
“Macam mana? Dah ingat. Lebih baik kau pulangkan gelang tu. Kalau tidak aku akan buat laporan polis,” Jasmine siap mengugut lagi. Kali ini dia yakin yang dia sudah berjaya mengalahkan Ben. Dia menghampiri Ben sedikit macam nak bertumbuk.
“Kenapalah kau selalu main cakap lepas je. Kau tak fikir langsung ke macam mana gelang tu boleh berada dalam tangan aku kalau bukan kerana kau sengaja jatuhkan. Kalau nak malu free-free sila lapor,” Ben belum menyerah nampaknya. Tak sia-sia dia belajar tinggi-tinggi sampai masuk university rupanya. Segala peluang digunakan sebijaknya.
“Apa-apalah. Aku nak gelang aku dalam minggu ni juga,” Jasmine bersikeras. Dia langsung tak mengendahkan kata-kata Ben sebelum itu. Dia memeluk tubuhnya dengan angkuh sambil melemparkan pandangan merendah-rendahkan kepada Ben.
“Kau tak payah risau. Aku tak nak gelang kau, jadi buat apa nak simpan,” Ben membalas lagi. Kedua-duanya langsung tidak bertolak ansur. Ada saja cara nak menghancurkan pihak musuh. Ben masih berdiri menghadap Jasmine yang buat-buat pekak. Sungguh memualkan, bebel Ben dalam hatinya.
“Yelah tu,pencuri,” perkataan pencuri ditekankan Jasmine. Aku mesti menang, tekadnya.
“Aku bukan pencuri,” Ben menempis lagi. Aku tak nak kalah, azamnya.
“Pencuri,”
“Aku bukan!”
“pencuri,”
“Aku bukan!”
Jasmine dan Ben balas-membalas, sepertinya tiada tanda akan berakhir selagi salah seorang daripada mereka berdua tidak mengalah. Kalau dalam filem aksi, lagak mereka sekarang samalah dengan aksi tembak-menembak.
“Dr. Jasmine?”
“Apa!”
Jasmine segera berpaling kea rah pintu dengan wajah segarang harimau betina. Seorang jururawat terkebil-kebil memerhati seorang dokter bertekak dengan pesakitnya. Tak pasal-pasal ditempelak pula. Pertikaman lidah antara Jasmine dan Ben pun serta-merta berakhir tanpa keputusan menang kalah.
“Eh, Ani. Maaf. Ada apa?” tutur Jasmine lembut setelah kembali ke dunia nyata dari medan tikam lidah. Ben pula berpura-pura membuka almari pakaian. Tahu malu juga.
“Err.. Dr. Chong minta dokter datang ke biliknya sekarang,”ujar jururawat muda itu satu-satu, takutnya masih tersisa. Apa tidaknya teriakkan Jasmine tadi bagai menggugurkan jantungnya.
“Baiklah. Thanks,” balas Jasmine disertai senyuman yang dimanis-maniskan. Jururawat itu tersenyum paksa kemudian bergegas pergi.
“Ingat Encik Ben. Gelang aku,”sempat lagi Jasmine mengingatkan Ben yang menjelingnya di sebalik pintu almari sebelum meninggalkan bilik itu.
“Eii.. Geramnya,” Ben menghempaskan pintu almari sekuatnya setelah Jasmine hilang dari penglihatannya . Tapi cepat-cepat pula dia membuka pintu itu semula untuk memastikannya masih berfungsi.
***

Friday, June 4, 2010

Takut Kahwin 12

Fajar pagi yang menyingsing seperti menyegarkan jiwa Ben yang sudah dua hari menghabiskan masa di wad klinik Dr. Chong. Hari ini merupakan hari ketiga baginya. Dalam tiga-empat hari lagi dia akan pulang ke rumah yang mulai dirinduinya. Sebetulnya, dia merasakan dirinya sudah cukup sihat untuk kembali bekerja, tetapi kerana tentangan kuat mamanya yang inginkan dia berehat di klinik itu, dia terpaksa beralah.
Dalam dua hari itu jugalah, dia sudah terbiasa dengan kunjungan Natasha, mama dan Deena. Bahkan semalam hampir saja Natasha menemaninya tidur lagi, tetapi Ben menolak keras. Natasha banyak menghabiskan masa bersamanya sepanjang berada di klinik itu. Kerana pertolongan yang dia berikan tempoh hari, Ben berasa terhutang budi dengannya. Dia bertekad melayan gadis itu sebaiknya, sebagai tanda perhargaan.
Tidak dilupakan Jasmine, dokter peribadinya yang bukan kemahuannya . Wajah gadis itu sudah melekat pada ingatannya. Setiap 6 jam, dia akan datang ke bilik itu untuk memantau rekod rawatan Ben. Entah apa yang hendak ditulis lagi. Rawatan sebenarnya sudah berakhir. Ben malas untuk memikirkan mengenai itu dengan lebih teliti.
Ben berdiri menuju ke tingkap. Cahaya mentari pagi yang ceria itu menyerbu ruangan bilik yang agak suram itu. Ben menyelak tabir putih yang menutupi tingkap, memerhati keadaan di luar klinik. Jalan-jalan masih lenggang, tempat meletak kenderaan pun masih sepi. Dia tenggelam dalam keasyikkannya menikmati suasana sunyi sebegitu. Jarang dia membiarkan dirinya berdiam memerhati persekitaran di awal pagi. Selalunya dia menyibukkan dirinya untuk ke pejabat. Sesekali menghayati alam ciptaan Tuhan ini, dia seolah menginsafi dirinya sebagai seorang manusia biasa. Senyuman nipis menghiasi wajahnya yang sejak kebelakangan ini dipenuhi tekanan kerja. Mungkin dia merasakan daanya begitu lapang pagi itu.
Ben membiarkan matanya meneroka setiap ruang alam yang mampu diterokai. Matanya sempat menangkap pergerakan sebuah kenderaan kecil berwarna kehijauan yang baru memasuki ruangan meletak kenderaan di bawah sana. Ada tarikan yang membuatnya terus memerhati kenderaan comel itu. Lama menanti, seorang gadis keluar dari dalam kereta. Gadis yang sangat dikenalinya. Ben terus memerhatikan.
Jasmine menggerak-gerakkan tubuhnya, seolah gerakan senaman. Dia menggeliat, merenggangkan otot-otot tubuhnya yang agak tegang sewaktu memandu tadi. Dia berasa begitu bebas sekali, kerana dia yakin tiada siapa yang melihatnya berperangai begitu di awal-awal pagi sebegini, tanpa menyedari yang dia sebenarnya sedang diperhatikan seseorang. Semalam, sudah hampir jam 2 pagi dia tiba di rumah. Mujurlah dia begitu rajin untuk bangun pagi dan tiba seawal jam 7 pagi di klinik hari itu. Wajahnya langsung tidak tergambar kelesuan. Keceriaan memenuhi jiwanya hari itu. Entah apa sebabnya. Setelah puas menggeliat, separuh tubuhnya kembali ke dalam kereta, mendapatkan beg tangan. Akhir sekali, dia menutup pintu kereta itu setelah semuanya selesai. Hari yang baik, Jasmine! Bisik hatinya penuh keterujaan. Dengan berkeyakinan, Jasmine melangkah menuju ke klinik, tetapi dirasakannya langkah kakinya kaku. Eh, kenapa ni? Macam tersekat.
Rupanya skirt labuh paras betis berwarna peach yang dikenakannya hari itu disepit pintu kereta. Tak guna, merosakkan hari aku saja, Jasmine mengomel dalam hati. Segera matanya memerhati keadaan sekeliling, takut-takut kejadian itu dilihat orang lain. Dia menekan punat alat kawalan jauh dengan geram, lalu membuka pintu keretanya sambil menarik bahagian skirt yang tersepit tadi. Jasmine menghempas pintu keretanya, kemudian meneruskan perjalanan dengan muka masam.
Ben ketawa sendirian memerhatikan gelagat Jasmine tadi. Hatinya berkupu-kupu melihat perubahan air muka gadis itu. Bagaikan hiburan baginya. Setiap kali dia melihat wajah Jasmine mencuka, dia ingin ketawa. Mungkin dia kesukaan kerana merasakan dirinya menang. Tetapi seperti ada perasaan asing yang menganggunya kali ini. Kenapa ya? Ah, pedulikan!
Ben menarik tuala yang tersidai di sisi almari kemudian bergerak ke bilik air. Dia ingin menyegarkan tubuh dan fikirannya yang mulai menerawang di awal pagi itu.

* * *
“Tash, macam mana dengan tawaran berlakon yang you terima dari Connerstone Production tu?” Jeannete bertanya. Selaku pengurus peribadi Natasha dia berhak tahu segala urusan kerjaya selebriti terkenal itu.
“I tak minatlah, Jean. I belum ready lagi,” Natasha menjawab. Dia khusyuk melakarkan rekaan barunya pada sehelai kertas kosong. Tangannya begitu lembut menggerakkan pensel.
“Are you sure? Ini peluang you untuk lebih mendapat tempat di mata peminat you,” Jeannete memujuk Natasha.
“Not now, I ada banyak komitmen lain buat masa ni,” sahut Natasha, serius.
“What do you mean?” Jeannete mulai curiga. Apa komitmen yang dimaksudkan Natasha? Adakah ini akan menjejaskannya sedikit demi sedikit?
“Marriage. I nak ada family sendiri dulu barulah I buat semua yang I tak pernah buat,” Natasha tersenyum, membayangkan saat-saat bahagia yang lama diimpikannya bersama Ben. Bayangan lelaki itu muncul di ruangan matanya, mengulang kembali nostalgia lama yang tersimpan rapi dalam memori indahnya.
“No, Tash. You dah terbalik,” kata-kata negative dari pengurus peribadinya itu menghancurkan semua angan-angannya. “You patut cuba semua perkara yang you tak pernah cuba selagi you masih single. You ingat kahwin ni senang ke? It’s a lot of responsibilities,”Jeannete menambah, cuba mengubah pendirian Natasha yang dirasakannya tidak matang. Lagipula, keputusan Natasha itu secara tidak langsung akan mengancam punca pendapatannya yang stabil selama ini.
“But, I must have him first,” ternyata niat Natasha adalah untuk mendapatkan cinta Ben semula. Dia sanggup melakukan apa sahaja, asalkan cinta lelaki itu menjadi miliknya semula, termasuk mengorbankan masa depan kerjayanya.
“You can have him without marrying him,” Jeannete menyatakan ideanya yang tiba-tiba muncul di kepalanya.
“How?”
“Banyak cara,” Jeannete mula menyuntikkan muslihat ke dalam fikiran majikannya itu. Dia tidak ingin periuk nasinya ditutup hanya kerana kehadiran lelaki bernama Ben itu. “Remember Tash, you always get what you wanted,” ujar Jeannete sambil tersenyum sinis.
Natasha berfikir seketika. Jeannete betul, fikirnya. Aku selalu dapatkan apa yang aku mahu,tambahnya lagi. Aku mampu mendapatkan segalanya. Cinta Ben hanya milik aku, tiada siapa selain aku. Bisikan jahat mulai meracuni mindanya.

* * *
Jasmine masih teragak-agak membuka pintu bilik VIP itu lagi, walaupun malam itu merupakan malam ketiga dia mengunjungi bilik itu. Dia perlu menandatangani rekod rawatan pesakit di dalamnya, sungguhpun pesakit itu sebenarnya tidak memerlukan sebarang rawatan rapi lagi. Jasmine hairan kenapa pihak klinik masih membenarkan Ben berada di sana. Kalau tak menyusahkan orang, tak apalah, bisik Jasmine tidak berpuas hati. Rekod rawatan itu betul-betul menyusahkan, dia mengeluh lagi.
Akhirnya, Jasmine nekad untuk memasuki bilik itu. Lantaklah, bisiknya lagi. Dia membuka pintu itu agak ganas lalu segera memasuki bilik tersebut dengan pantas tanpa memerhatikan keadaan di dalam seperti biasanya.
Jasmine hampir ternganga melihat sesosok tubuh yang berdiri di samping almari. Betulkah yang aku lihat ni? Matanya membulat dan mulutnya hampir terlopong.
“Hoi, kenapa tak ketuk pintu dulu?” suara Ben menerjah telinganya. Jasmine tidak berkata apa-apa. Dia terus melarikan diri ke luar bilik itu, seperti dikejar penyamun. Dia enggan melihat wajah lelaki yang sedang berang di dalam. Dia belari menuju ke tandas, untuk mencari tempat yang lebih selesa untuk bermonolog dengan dirinya.
Dadanya turun naik. Jasmine dapat merasakan darah deras mengalir ke seluruh tubuhnya. Dia menarik nafasnya dalam-dalam, kemudian cuba berfikir dengan tenang. Aduh, macam monyet betul aku ni, Jasmine menepuk-nepuk dahinya berulang kali. Kenapa main masuk saja tadi?
Bayangan tubuh sasa Ben yang tidak beralas tadi, muncul dalam kotak fikirannya, bahkan sangat jelas . Otot-otot pejal membentuk tubuhnya. Sosok yang sungguh menarik, sehinggakan Jasmine tidak mampu melupakannya. Seketika tadi, selepas Jasmine menyerbu masuk bilik itu seperti seorang polis, kelihatan Ben sedang menggosok-gosokkan tuala pada kepalanya yang basah. Barangkali dia baru selesai mandi, sampai tubuhnya pun belum tersarung pakaian. Nasib baiklah, dia sudah memakai seluar pendek. Kalau tidak, boleh gila Jasmine dibuatnya.
Sekarang nak buat macam mana? Jasmine bingung dengan pertanyaan itu. Nak kembali ke sana dan minta maaf atau larikan diri? Jasmine tersepit di antara dua situasi akibat perbuatannya yang kurang sopan tadi. Baru dia mengerti kenapa pentingnya mengetuk pintu sebelum masuk ke tempat orang.
Lebih baik kau minta maaf, bisikan itu tiba-tiba menjadi kuat dalam sanubari Jasmine. Seluruh nalurinya pun mengarah ke tujuan yang sama. Minta maaf? Ya, untuk menjernihkan keadaan. Macam bersoal jawab pula.
Jasmine memberanikan dirinya menuju ke bilik itu lagi. Dia mengumpulkan tenaganya untuk menyisihkan dulu rasa ego yang mulai menapak. Tunjukkan yang kau sebenarnya seorang yang professional, Jasmine. Dorongan semakin kuat.
Pintu bilik diketuk perlahan, lalu dikuak. Jasmine memerhatikan keadaan di dalam bilik itu terlebih dahulu. Malangnya, matanya lebih dahulu bertembung dengan renungan tajam Ben yang sedang membaca majalah di atas katil. Lelaki itu tidak seperti tadinya lagi. Dia sudah kemas berpakaian. Jasmine hanya mampu tertunduk dan melihat lantai. Kemudian dengan susah payahnya dia menarik tubuhnya berdepan dengan Ben.
“Ehem..” keegoan mengunci bibir Jasmine. Dia berusaha berlagak tenang untuk menandatangani rekod rawatan yang terletak hampir dengan Ben. Dia berdoa supaya semuanya cepat berlalu.
“Lain kali, ketuk pintu dulu sebelum masuk,” kata-kata Ben seperti mencucuk hatinya. Dia disindir bulat-bulat. Jasmine cuba mengangkat muka dan berpandangan dengan Ben, tapi mata lelaki itu lebih memilih barisan ayat-ayat pada majalah di tangannya.
“Emm..,” Jasmine masih teragak-agak menyatakan permohonan maafnya.
“Ada apa?” kali ini Ben memerhatinya, terganggu dengan suara-suara sumbang Jasmine yang kedengarannya ingin menyatakan sesuatu.
“Emm.. Saya nak.. min..ta maaf dengan tindakan saya tadi. Saya tak sengaja,” akhirnya keberanian untuk mengucapkan kata-kata itu mengalahkan keegoannya, walaupun perlahan dan teragak-agak. Jasmine hanya memandang lantai seperti seorang pesalah menerima hukuman.
Ben tersenyum nipis. Rendah diri pula dia hari ni, bisik hatinya. Tapi nampak ikhlas. Ah! Lupakanlah sementara ego kau Ben.
“Tak apa lah. Saya pun tahu awak tak sengaja,” Ben membalas. Wajahnya tidak menakutkan seperti tadi lagi. Betulkah yang aku dengar ni, Jasmine seolah tidak percaya yang lelaki itu akan menjadi sebaik itu. Jasmine memberanikan diri untuk bertentang mata dengannya lagi, memang betul. Ada bibit-bibit ikhlas pada riak wajahnya.
“Ba..ik..lah. Jumpa lagi,” Jasmine kaku dengan keadaan seperti itu. Dia tidak pernah mempunyai perasaan untuk berbaik-baik dengan Ben, apa lagi sampai meminta maaf. Jasmine macam tak percaya dengan apa yang berlaku. Kerana mati kata, dia segera melangkah keluar dari bilik itu , melarikan diri dari situasa kekok begitu.
Jumpa lagi? Ben tersenyum. Tak salah ke aku dengar ni? Ben bertanya. Dia hanya memerhatikan gadis itu pergi tanpa sepatah kata. Dia asyik memikirkan kejadian yang berlaku tadi. Kan bagus kalau dari dulu dia bersikap begini. Dia bermonolog lagi. Tapi, inikah Dr. Jasmine yang sebenarnya?

* * *

Debby membaringkan dirinya di atas katil. Dari riak wajahnya, terpancar cahaya kebahagiaan. Hatinya berbunga-bunga, penuh keceriaan, sampaikan Jasmine yang sedang sibuk menghadap laptop pun dapat merasakan auranya dengan sekilas pandang.
“Kenapa dengan Debb ni?” Jasmine mengusik.
“Kakak pernah jatuh cinta?” tidak disangka perkataan itu yang keluar dari mulut Debby. Matanya menatap siling bilik Jasmine yang berwarna biru muda tanpa berkelip. Macam tembus tujuh lapisan siling saja pandangan matanya.
“Sah kes gila bayang ni,”Jasmine tersenyum sendirian. Dia memang faham dengan perangai adiknya. Senang dibuai perasaan.
“Entahlah, Debb. Dah tak ingat,” ujarnya selamba. Jari-jemari rancak menekan papan kekunci. Perbualannya dengan Jane melalui laman facebook langsung tidak terganggu.
“Tak kan selama 28 tahun kakak hidup di muka bumi ni, belum pernah rasa jatuh cinta,” Debby cuba mempertikaikan kenyataan kakaknya.
“Mungkin pernah, tapi kak dah lupa dah,” Jasmine berterus-terang sambil berpaling kearah adiknya yang kini meniarap di atas katil. Seingatnya, kali terakhir dia merasakan perasaan sebegitu ialah sewaktu belajar di universiti dulu. Dia pernah menyukai seorang lelaki, seniornya. Tapi bukan jodohnya kerana ternyata lelaki itu sudah dimiliki. Sejak itu, Jasmine tidak berani menaruh perasaan mendalam kepada mana-mana lelaki lagi. Takutnya bertepuk sebelah tangan saja.
“Kalau begitu, biar Debb ingatkan,” Debby kelihatan bersemangat. Beriya-iya dia meluahkan kata-kata berkaitan cinta malam itu. Entah kenapa agaknya.
“Eh, tak payahlah. Buang masa saja. Lagi best chat dengan Jane,” Jasmine berbalik kepada laptopnya, enggan melayan kelainan sikap Debby malam itu. Tambah dilayan, makinlah menjadi.
“Kenapa? Takut dah jatuh cinta dengan Mr. Bean tu?” Debby memang bijak memancing perhatian kakaknya. Jasmine segera memandangnya sinis.
“Pandai-pandai mengarut. Jangan-jangan Debb sendiri yang sedang dilamun cinta tak,” Jasmine memutar situasi, dia pula yang mengenakan adiknya.
“Mana ada,” Debby tersipu-sipu. Pipinya kelihatan memerah. Dia rasa terjerat dengan perangkap yang dibuatnya sendiri.
“Mengaku jelah. Buat apa nak malu dengan kak. Siapa lelaki yang paling bertuah tu?” Jasmine mula mengorek rahsia. Walaupun sebenarnya niatnya hanyalah melarikan diri dari soalan Debby tadi.
“Kak ni. Sebenarnya kak kenal orangnya, tapi belum masanya nak diberitahu,” Debby berteka-teki pula.
“Kan betul. Patutlah beriya-iya nak cakap pasal cinta. Tak apalah. Kalau dah rasmi nanti beritahulah kakak ya,” ujar Jasmine tepat seperti seorang kakak yang matang. Debby tersenyum-senyum mendengar kata-kata kakaknya itu. Jarang-jarang dia mengeluarkan kata-kata yang membangun, apalagi kepada Debby sendiri. Jasmine kembali menghadap laptopnya. Dia sebenarnya malas mengendahkan Debby kalau sudah mula bercakap. Takut-takut tak ada noktahnya nanti.
“Kak tahu, sekarang ni Debb rasa manis sangat. Kalau dah berdepan dengan dia, jantung berdebar-debar. Kalau bertentang mata pula, Debb rasa macam nak pitam, Bila dengar kata-kata..”
“Cukuplah tu Debb. Kakak yang dengar ni dah meremang bulu roma tahu,” Jasmine lantas memintas percakapan Debby sebelum dia tambah melalut. Geli jiwanya mendengar semua itu. Bagai digeletek-geletek. Mahu saja dia mengeluarkan kegelian hatinya saat itu juga kalau bukan hendak menjaga sedikit perasaan adiknya. Kalau fasal jiwang-jiwang cinta sebegitu, dia tak main. Baginya itu permainan budak sekolah saja.
“Kak ni keras hati betullah,” Debby mengeluh, dia menarik muka masam.
“Memang pun. Baru Debb tahu ke?” Jasmine menampakan senyuman gurauan. Sengaja dia menduga gunung berapi manusia di depannya.
“Kak ni kan,” kegeraman Debby memuncak. Apa tidaknya dia serius meluahkan rasa hatinya tapi kakaknya hanya mengambil ringan, seperti tidak bermakna. Malah senyum-senyum lagi.
“Debb tak faham situasi kakak,”kini Jasmine cuba menjelaskan dengan lebih serius. Dia memandang tepat pada mata Debby. Dia sedar adiknya itu tidak main-main dengan kata-katanya tadi.
“Memang tak faham, kak. Siapa-Siapa pun tak boleh nak faham kenapa kakak takut sangat nak kahwin,” Debby mula menarik muka masam. Nada suaranya agak menjengkelkan bagi Jasmine. Debby memusingkan tubuhnya bertentangan dengan kedudukan kakaknya. Memang sah merajuk.
Jasmine mendiamkan dirinya, merenungi setiap patah kata yang keluar dari mulut Debby tadi. Ada kewajaran di sebalik kata-kata itu, walaupun sebenarnya bertentangan dengan prinsip dirinya sendiri. Salahkah dia menilai lelaki bernama Ben yang sangat dimusuhinya itu dalam perspektif yang berbeza? Dia mencari kebencian yang bertumpuk ke atasnya. Eh, kenapa pula si Ben yang muncul dalam otak aku ni?Jasmine seolah tersentak apabila nama Ben tiba-tiba bertandang tanpa dijemput. Ah, lupakan saja! Jasmine menegarkan hatinya sehingga menjadi terlalu tebal untuk mengakui kelemahannya. Dia memilih untuk melupakan perasaan itu.

* * *
Natasha mengupas buah epal merah perlahan-lahan. Jari-jemarinya yang lembut dan gebu kelihatan teragak-agak menggunakan pisau tajam yang agak melunjur ke hujungnya. Dari air mukanya, memang tergambar kerisauan.
“Mari sini buah epal tu,” ujar Ben setelah agak lama memerhatikan gadis itu terlalu berhati-hati mengupas buah epal. Kalau dibiarkan, alamatlah selepas satu jam barulah siap epal itu dikupas, itupun setelah buah itu habis teroksida.
“Hah?” Natasha berbuat bodoh. Pertanyaan apakah ini? Ben berkata pada dirinya sendiri.
Ben merenung mata gadis jelita itu lalu segera mengambil alih buah epal dan pisau dari tangannya yang lembut itu. Natasha seperti terkaku dengan tindakan lelaki itu. Dibiarkannya saja Ben berbuat sesukanya. Dia mulai merasakan kemesraan Ben yang telah lama hilang. Hatinya berbunga-bunga. Kenangan lama dirasakannya berulang kembali.
“ Kupas buah pun tak tahu, inikan pula nak memasak,” Ben sepertinya menyindir. Lancar saja dia mengupas buah epal menggunakan pisau tadi.
Natasha tersenyum mendengar sindiran Ben. Lelaki itu tidak lagi melayannya dingin seperti sebelum ini. Saat itu dibiarkannya Ben berceloteh sendirian. Dia rela seperti itu selamanya asalkan Ben tetap disisinya seperti waktu dulu.
“Kalau takut sangat nak guna pisau cakaplah awal-awal. Tak perlulah saya terseksa melihat awak hampir menghiris jari sendiri,” ujar Ben lagi. Macam seorang bapa memarahi anak.
“Ben..,”
Ben memandang Natasha yang tersenyum manis disampingnya. Senyuman yang dirinduinya selama ini. Raut wajah yang digilainya dulu. Hatinya seperti tergoda semula. Bukankah ini yang kau mahukan, Ben? Dirinya bertanya.
“Maafkan saya,” dua patah kata keluar dari mulut Natasha yang seolah menghentikan nafas Ben seketika.
“I still..”
“ Awak nak epal ke?” Ben segera mematikan kata-kata Natasha. Dia tidak mahu hanyut oleh aliran perasaannya lagi. Sengaja dia menghulurkan hirisan epal kepada gadis manis itu disertai senyuman nipis yang kosong.
“Hmm.. Sure,” Natasha agak tersentak dengan tindakan Ben. Dia baru sedar yang keadaan tidak sama seperti dulu lagi. Kini bukan lagi masa lalu.
“Awak tak kerja ke? Setiap hari awak datang sini,” Tanya Ben, melarikan topic perbualan.
“Mestilah I kerja. Kalau tak dah lama I bankcrupt,” Natasha cuba berlawak. Tapi bagi Ben itu langsung tak lucu. “I just tak nak apa-apa jadi pada you. I care about you,” tambah Natasha. Nada suaranya lembut. Renungannya sayu menunjukkan keikhlasannya.
“Awak tak perlulah risau. Saya dah okey. Saya harap awak tak perlulah susah-susah datang sini setiap hari lagi,” Ben mengunyah hirisan epal. Dia tak mahu melayan kata-kata Natasha tadi. Lagipun dia memang tidak senang dengan kehadiran gadis itu siang dan malam di sampingnya. Kadang-kadang agak merimaskan.
“Kenapa you cakap macam tu? You tak suka ke I datang sini?” Natasha semacam dapat menangkap maksud disebalik kata-kata Ben tadi.
“Bukan begitu maksud saya. Saya cuma tak nak menyusahkan awak je,”
“You jangan cakap begitu. I ikhlas buat semua ni. Dan I harap you hargai usaha I ni,”
Ben terdiam mendengar bicara Natasha. Dia rasa bersalah. Dia terlalu mementingkan diri sendiri.
“Saya hargai semua yang awak buat untu saya. Saya berterima kasih. Tapi janganlah awak salah faham dengan maksud saya tadi,” Ben cuba memulihkan keadaan setelah melihat perubahan wajah Natasha yang mulai menyepi.
“Awak nak epal lagi ke?”
Natasha tersenyum.

Saturday, April 3, 2010

Takut Kahwin 11

Hujan renyai-renyai membasahi bumi malam itu. Angin malam yang bertiup sepoi-sepoi menyusup melalui jendela banglo dua tingkat pada malam yang basah. Langit gelap, tak berbintang. Hanya kedengaran bunyi-bunyi serangga yang berpesta dalam siraman air hujan.
Debby sibuk melayan majalah hiburan kegemarannya sambil berbaring di atas sofa. Puan Christina pula begitu asyik menonton televisyen. Dua beranak itu membisu dengan aktiviti masing-masing. Suasana sepi menggamit ruang tamu yang luas itu. Hanya kedengaran suara-suara yang penuh emosi dari peti televisyen
“Mum, kak Jasmine pergi mana?” tanya Debby, bosan dengan kesunyian malam.
“Katanya keluar dinner dengan kawan,” ringkas saja jawaban Puan Christina. Matanya tak lekang memandang skrin televisyen.
“Lelaki ke perempuan?” tanya Debby lagi. Kali ini dia kelihatan sedikit teruja. Majalah kegemarannya itu dibiarkan seketika.
“Bukan urusan Debbylah. Sibuk je,” kata Puan Christina. Dia tak suka diganggu ketika menonton telenovela Filipina kegemarannya.
“Mestilah. Saya kan adik. Mesti ambil kisah dengan siapa kakak keluar,” Debby pula membalas, memprotes kenyataan Puan Christina tadi. Konon-konon dialah yang betul.
“Yalah tu,”
Suasana menyepi semula. Rintik-rintik hujan yang menyentuh atap rumah menguasai ruangan disamping suara-suara pelakon yang keluar dari televisyen.
“Abang Ben macam mana?” Debby bertanya lagi. Memang tak boleh duduk diam. Mesti ada saja yang hendak ditanyanya.
“Okay juga. Gastric je,” pendek saja jawaban untuk soalan Debby. Puan Christina masih mengikuti telenovelanya.
Debby tiba-tiba tersenyum. Kemudian tertawa kecil.
“Kenapa dengan Debb ni?” Puan Rose segera memandang Debby, hairan dengan perubahan sikap anak gadisnya itu.
“Tak ada apa-apa,” balas Debby selamba, sengaja menyembunyikan buah fikirannya dari Puan Christina.
“Ish, budak ni. Ada-ada saja,” Puan Christina menumpukan semula perhatiannya pada televisyen di depannya. Malas dia melayan karenah Debby yang sukar dijangka. Pedulikanlah budak tu, bisiknya dalam hati.
Debby pula bersoal jawab dengan mindanya sendiri. Senyumannya masih memanjang. Sah ada yang difikirkannya sekarang. Majalah diletakkan disisinya. Ada perkara yang lebih menarik untuk difikirkan baginya.
Peluang Ben dan Jasmine bersatu, fikir Debby, nakal. Lebih banyak mereka menghabiskan masa bersama, lagi besar peluang untuk mereka jatuh cinta, muncul ayat-ayat itu di benak Debby. Sesuatu mesti dilakukan.
Membuak-buak idea yang menjelma dalam minda Debby. Dia berfikir panjang. Tetapi semuanya itu dirahsiakan daripada pengetahuan mummynya. Jika dia tahu, semuanya tak akan menjadi, fikir Debby lagi.
Tiba-tiba, telefon bimbit Puan Christina berdering, membuat Debby hampir melata kerana terkejut. Deringan dibiarkan beberapa ketika sebelum Puan Christina mencapai telefon bimbit sebesar genggamannya itu. Dia teragak-agak membaca barisan ayat yang terpapar pada skrinnya, seperti ada yang ditakuti. Ternyata nombor yang sama yang menghubunginya lagi. Baru seminggu menghilang, kini muncul semula. Keresahan melanda Puan Christina. Dia tertanya-tanya siapakah pemilik nombor telefon misteri itu. Jiwanya tak tenteram memikirkan panggilan yang terus-terusan menggangunya. Deringan masih kedengaran.
“Sambutlah, mum. Bisinglah,” Debby mula mengeluh, setelah hampir 10 saat bunyi deringan bingit itu menggangu pendengarannya. Puan Christina berbelah bahagi menekan butang untuk menyambut panggilan itu.
“Hello..”
Tut..tut.. Talian putus. Jiwanya bergelora.
“Siapa tu?” Debby pula bertanya, tidak menyedari situasai mummynya saat itu.
“Entahlah. Dah beberapa kali macam ni,” balas Puan Christina sedikit terganggu. Telenovela di televisyen dibiarkannya saja. Dia mencuba membuat andaian, tapi semuannya pun tidak dapat diterima akalnya sendiri.
Debby memandang mummynya dengan kebingungan. Rasa ingin tahu menerobos perasaanya.
“Ada suara tak?” tanya Debby. Dia mula curiga.
Puan Christina menggeleng sambil memandang tepat di wajah Debby. Kedua beranak itu mulai bermain teka-teki dengan andaian-andaian mereka sendiri.
“Kita lapor polis je, mum. Ni dah kira menggangu emosi orang lain ni,” Debby mengusulkan. Macamlah ianya satu kes yang serius.
“Eh, apa pula sampai melibatkan polis. Tak ada apa-apalah. Tak payah risau. Mungkin salah nombor kot,” Puan Christina cuba menjernihkan kekalutan. Dia enggan menyusahkan sesiapa dalam hal kecil seperti itu. Dia meletakkan telefon bimbit itu di atas meja semula, lalu melarikan perhatiannya pada televisyen.
Debby tidak mampu berkata apa-apa lagi. Tapi dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan panggilan telefon misteri itu. Siapakah di sebalik panggilan itu? Dia menduga.

* * *

Jasmine teragak-agak membuka pintu bilik wad VIP. Setelah beberapa ketika mundar-mandir di depan bilik itu, barulah dia dapat mengambil keputusan untuk memasuki bilik itu. Itupun dengan perasaan yang terpaksa separuh mati. Sengaja dia memasuki bilik itu dengan senyap, takut kehadirannya disedari, maklumlah hari sudah larut malam. Mesti pesakit di dalam sudah dibuai mimpi.
Cahaya malap dari dalam bilik itu menenteramkan jiwa Jasmine yang terhendap-hendap seperti pencuri. Dia enggan membuat sebarang bunyi yang membolehkan kedatangannya disedari sesiapa pun.
Di atas katil, Ben terlantar sepi. Matanya tertutup rapat. Nampaknya tertidur dengan tenang dan nyenyak. Melihat muka itu, kenangan lalu terimbau dalam ingatan Jasmine. Kenangan hampir tiga bulan yang lalu di Highland Resort. Dia teringat wajah Ben waktu sedang tertidur mati. Seperti seorang kanak-kanak yang polos. Dan seperti tiada dendam yang wujud antara mereka. Jasmine tersenyum, entah apa yang membuatnya tersenyum sebegitu.
Aduh, Jasmine. Kau sudah hilang akal? Kenapa kau berperasaan begini. Suatu bisikan memasuki ruangan mindanya. Dia tersentak. Segera dia kembali ke dunia nyata. Dia menepuk-nepuk kepalanya yang dirasakan hampir mereng. Jasmine, lupakan.
Perlahan-lahan dia mendekati katil itu, cuba memeriksa rekod rawatan pesakit yang terletak di atas meja di bahagian kaki Ben. Hampir Jasmine terjerit apabila terlihat seorang gadis sedang tertidur disisi Ben. Gadis itu duduk di atas kerusi, tetapi kepalanya terbaring di atas katil dengan berbantalkan lengan. Kasihannya, Jasmine berbisik sendirian. Eh, ini Natasha. Jasmine makin tak percaya. Otaknya ligat berfikir, apa hubungan mereka? Macam suami isteri saja, dia menduga lagi. Ish, pandai-pandai sajalah aku ni, Jasmine menampar dahinya. Lagipun apa kena-mengena dengan aku, dia memarahi dirinya lagi.
Segera dia menulis laporan di atas rekod itu. Dia malas berlambat-lambat di dalam bilik itu. Karang penghuni-penghuninya tersedar, menyusahkan lagi. Selesai mencoret di dalam rekod itu, dia mengatur langkahnya meninggalkan bilik itu tanpa menghasilkan sebarang bunyi.
“Dr. Jasmine,” suatu suara wanita lembut menyapa Jasmine yang sedang bersedia memboloskan diri melalui pintu. Jasmine terpaku di tempat dia berdiri, kemudian berpaling perlahan-lahan. Alamak!
“Em.. ya, saya,” Jasmine berlagak professional. Dalam kesamaran, dia dapat menangkap bayangan Natasha yang berjalan menghampirinya.
“Kita bersembang di luar,” ujarnya sejurus mendekati Jasmine. Suaranya perlahan, takut mengejutkan Ben. Jasmine sekadar menurut. Dia berjalan dulu melewati lorong di luar bilik itu ke tempat yang lebih selesa untuk berbual. Natasha mengekori di belakang.
“Kita sembang di sini,” Jasmine menawarkan setelah berada di depan sebaris kerusi di ruangan kaunter pertanyaan. Dia sempat memberi senyuman walaupun penat seharian.
“Okay,” balasan pendek dari Natasha. Gadis itu kelihatan lebih mesra berbanding pertama kali mereka bertemu dalam majlis hari jadi Deena dulu. Dia turut membalas senyuman Jasmine.
Jasmine mengambil kesempatan itu untuk menyelidiki wajah peragawati terkenal itu. Wajahnya memang cantik, secantik yang dilihatnya dalam televisyen mahupun majalah. Kulitnya sudahlah putih melepak, halus pula tu. Rambutnya yang ikal mayang, panjang hingga ke pinggang. Sunggguhpun baru bangun tidur, kejelitaannya tetap terserlah. Jasmine merasakan betapa bertuahnya gadis yang duduk disampingnya itu. Bahkan dia merasakan dirinya tidak layak pun berbual dengan Natasha.
“Ada apa-apa yang saya boleh bantu ke?” Jasmine bertanya. Dia sememangnya ingin tahu apakah hasrat sebenar Natasha yang mengajaknya bersembang tengah-tengah malam begitu.
“Minta maaflah kalau menggangu, Dr. Jasmine. Ini sebenarnya ada kena-mengena dengan Ben,”
Dub. Jantung Jasmine bagaikan disentap mendengar kata-kata Natasha itu. Apa maksudnya? Jasmine mula tak keruan.
“Emm.. Fasal apa ya?” Jasmine bertanya lagi. Dia berusaha menenangan jiwanya sekarang. Bersedia terhadap sebarang pertanyaan.
“Dia.. awak.. emm.. dah lama kenal ke?” soal Natasha tergagap-gagap. Dia melarikan pandangan matanya kea rah lain, enggan bertentang mata dengan Jasmine.
Jasmine terkaku seketika. Dah agak dah, mesti soalan sebegitu yang akan ditanyakan.
“Tak lah lama sangat. Baru je kenal. Tu pun cara tak sengaja,” Jasmine berusaha mengawal kegilaan perasaannya. Dia bersikap tenang, untuk melindungi dirinya.
“oo.. begitu rupanya,” nada suara Natasha berubah drastic. Mungkin jawaban Jasmine tadi merupakan khabar baik baginya, sehingga perubahan yang ketara dirasakan Jasmine. Tak payah risau Cik Natasha, aku pun bukannya nak sangat dengan si Ben tu, bisiknya.
“Macam mana dengan keadaan Ben?” soalan di luar topic pula ditanya Natasha kini. Lega hati Jasmine.
“Cik Natasha tak perlu risau. Rasanya dia dah semakin pulih, tapi pemakanan dia kena jaga untuk masa terdekat ni. Makanan pedas, berminyak, dan masam tidak digalakkan sama sekali. Kalau boleh makan makanan yang bertekstur lembut saja,” Jasmine menjelaskan panjang-lebar. Natasha pula mendengar teliti setiap kata-kata Jasmine tadi.
“Eh, tak payahlah bercik-cik dengan saya. Panggil Tash je. Anyway, thanks sebab rawat Ben. Saya rasa sangat bersyukur Ben tak apa-apa,” kata Natasha diiringi senyuman manis. Cukup untuk mencairkan perasaan lelaki biasa. Nasiblah Jasmine bukan seorang lelaki.
“You’re welcome. Kalau macam tu, tak payahlah berdokter-dokter dengan saya pula,” balas Jasmine, juga disertai senyuman. Gadis berdua yang hampir sebaya itu kemudiannya tertawa kecil.
“Baiklah. Saya balik ke bilik Ben dululah. Mana tahu dia perlukan sesuatu,” Natasha memohon mengundur diri. Jasmine mengangguk lembut, membenarkan kata-kata Natasha. Bertuah sungguh si Ben tu. Walaupun perangainya ego begitu, masih boleh mendapatkan gadis sesempurna Natasha. Orangnya bukan saja cantik, malah peramah dan baik orangnya. Jasmine sempat memuji.
“Okay. See you then,” kata Jasmine memulai langkah kaki Natasha yang melangkah menuju ke bilik Ben. Natasha melambai tangannya kearah Jasmine yang masih berdiri di situ. Jangan cuba nak bermimpi, Jasmine, suatu suara seolah berbisik kepada Jasmine.

Thursday, January 7, 2010

I'm sorry

Maaf kerana dah lama tak adan3 baru..
sya agak sbuk bru2 ni..
sya akan cuba sedaya upaya untuk menyiapkan cerita ini..
terima kasih kerana terus membaca..
God bless u all..