Monday, November 21, 2011

Published or NOT?

Hello everyone!

Please pray that my first novel will be published..

Thank you!

Thursday, April 14, 2011

TK

Hello semua kawan2 yang mengikuti novel TK ^_^

TERIMA KASIH kerana mengikuti perkembangan novel ini. Saya menghargai sokongan anda semua.Maaflah, cerita ni lama tergantung. Sebenarnya saya sedang berusaha sedaya upaya untuk menyiapkan manuskripnya. So, tak dapat nak reveal kan keseluruhan jalan ceritanya sekarang. Kalau novel ini jadi diterbitkan, kawan2 bolehlah mengetahui bab2 seterusnya dalam bentuk buku. Jika sebaliknya, saya akan post je di blog ni. For now, there will be no more new entry for TK. I'm really sorry for the inconvenience.

LUV ALL of YOU!! XOXO

Monday, February 28, 2011

Takut Kahwin 20&21

Natasha menghirup jus kiwi sejuk perlahan. Dia memerhatikan sekelilingnya dengan curiga disebalik kaca mata hitamnya. Takut-takut ada paparazzi yang mengejarnya, mencari cerita tentang dirinya. Nanti tak fasal-fasal dia menjadi mangsa cerita rekaan mereka.
“Hello, sis. Sorry lambat sikit,” Deena tiba-tiba muncul di ruangan mata Natasha.
“Hello,” balas Natasha lalu tersenyum sebelum berperilaku normal semula.
“Takut wartawan ke?” tanya Deena sambil mengambil tempat duduk di depan Natasha.
“Ya. Tapi nampaknya tak ada siapa-siapa yang ekori kak hari ni,” balas Natasha lalu menanggalkan kaca mata hitam Gucci.
“Kak ada perkara penting ke nak jumpa Dee ni. Kenapa tak datang je di hotel?” tanya Deena kehairanan. Pagi tadi, Natasha menghubunginya. Mengajaknya minum petang bersama.
“I have something to ask you,”
“Apa dia?” Deena semakin ingin tahu.
“Dee order la minuman dulu,”
Seorang pelayan wanita menghampiri mereka kemudian menghulurkan menu kepada Deena.
“Give me Durian cake and Watermelon juice. Thanks,” pesan Deena lalu menghulurkan semula menu.
“Ben dan Dr. Jasmine ada apa-apa hubungan ke? I mean something that I don’t know,” tanya Natasha terselit nada curiga.
“Oo.. Emm..” Deena ragu-ragu untuk menceritakan semuannya. Ben pernah melarangnya menceritakan hal tersebut kepada Natasha.
“Dee jangan risau. This will be our secret. Only you and me,” Natasha meyakinkan. Dia pasti ada sesuatu mengenai mereka yang dia belum ketahui. Dan dia harus mengetahuinya.
“Emm.. Promise me. Don’t let my brother know this,” ujar Deena separuh berbisik.
“I promise,” janji Natasha. Dia tidak sabar mendengar cerita sebenar.
“Actually, dulu mama nak cuba jodohkan abang Ben dan kak Jasmine. Tapi mereka berdua macam tak serasi. Jadi tak jadilah,” Deena menerangkan serba sedikit.
“Maksud Dee, mereka tak pernah keluar bersama?” tanya Natasha lagi. Memang betul sangkaannya selama ini. Mereka berdua pasti ada sesuatu yang tidak diketahuinya. Agak mustahil Jasmine nak menolak lelaki seperti Ben.
“Setahu Dee tak pernah. Mereka berjumpa pun sebab mama yang aturkan,” balas Deena.
“Jadi maksudnya mereka tak pernah ada apa-apa hubungan istimewa ?” Natasha meminta kepastian lagi. Walaupun tiada tanda-tanda positif di antara Ben dan Jasmine, dia dapat merasakan kedudukannya kini tercabar.
“Dee pasti mereka tak ada hubungan apa-apa. Kak tak payah risaulah. Kak Jasmine dan Abang Ben tu dah macam kucing dengan anjing. Kak Tash tetap calon yang paling sesuai untuk abang,” ujar Deena seperti cuba menyenangkan hati Natasha.
Natasha tersenyum nipis. Deena betul. Hanya dia yang layak untuk Ben. Tiada siapa yang boleh mengambil lelaki itu darinya.
“Kak belanja Dee hari ni,” Natasha tersenyum. Sesuatu bermain dalam kepalanya.
“Thanks very much sis,” Deena kesukaan. Tidak sia-sia dia membuka cerita. Pasti dia akan mendapat ganjaran.
***
Pelbagai jenis dan rekaan cincin tersusun rapi di dalam rak kaca. Ada yang besar, ada juga yang sederhana. Semuanya bersinar, memantul cahaya lampu di dalam kedai barangan kemas itu. Faroq memerhatikan penuh teliti.
“Ada yang saya boleh bantu?” seorang pekerja lelaki berwajah manis menyapa Faroq yang kelihatan begitu berminat.
“Boleh saya lihat cincin itu?” pinta Faroq sambil menunjuk kea rah cincin emas yang bertahtahkan batu berwarna biru tua.
Dengan cermat, pekerja itu mengambil cincin yang ditunjukkan Faroq kemudian meletakkannya di atas rak kaca itu. Faroq menyentuh cincin itu dengan mata bersinar.
“Faroq?” panggil Jasmine.
Faroq berpaling.
“Awak dah sampai. Marilah sini tolong tengokkan cincin ni,” ujar Faroq selamba, terus memerhatikan cincin tadi.
Jasmine melangkah menghampiri lelaki itu. Dia masih kurang jelas apakah tujuannya si Faroq mengajaknya ke situ pada petang hujung minggu begitu.
“Kenapa awak ajak saya tengok cincin ?” Jasmine bertanya kebingungan dan sedikit bengang. Apa tidaknya, rehatnya dihujung minggu diganggu hanya untuk menemani Faroq.
“You got to help me,” kata Faroq serius sambil memandang Jasmine.
“For what?” Jasmine bingung dengan Faroq. Kalau nak beli cincin kenapa nak ajak aku? Dia bertanya dalam hati.
“I want to propose your sister,”
Hah? Jasmine bingung. Tidak dapat memahami maksud dari perkataan Faroq. Melamar Debby? Apakah maksudnya?
“Apa maksud awak,”
“Saya nak melamar Debby, adik awak,” jelas Faroq megejutkan jiwa raga Jasmine.
“Apa!?Awak jangan nak main-main,” Jasmine menyangka Faroq sedang bergurau dengannya.
“I’m serious. Surprise,” ucap Farouk dengan senyuman, langsung tak kena pada waktunya.
Jasmine tak tahu macam mana nak bereaksi. Dia masih belum dapat menerima kenyataan. Jadi selama ini, Faroq dan Debby sudah menjalinkan hubungan tanpa pengetahuannya. Tapi macam mana? Jasmine ketawa terpaksa, cuba menerima kenyataan.
“So..”
“Exactly. Debbylah gadis yang saya maksudkan hari tu,” Faroq begitu selamba memberitahu Jasmine kebenaran yang tersembunyi selama ini.
“Awak tahu tak, awak hampir buat saya kena serangan jantung. Kenapa awak tak cerita awal-awal. Geramnya,” luah Jasmine yang sudah mampu menerima kenyataan. Langsung dia tidak menyangka perkara begitu akan terjadi.
“Sorrylah sis. Saya nak bagi surprise je,” Faroq ketawa kecil.
“Surprise kepala otak. Nasib baik saya tak ada sakit jantung,”balas Jasmine tersenyum nipis.
“Sekarang saya perlukan bantuan bakal kakak ipar untuk memilih cincin,” Faroq kini beralih pada cincin yang dimintanya tadi.
“I need your explanation later,”Jasmine seperti memberi amaran.
Jasmine tersenyum mendengar gelaran dari Faroq. Betulkah semua apa yang didengarnya tadi? Farouk dan Debby sebenarnya pasangan kekasih? Dan tidak lama lagi mereka akan menjadi suami isteri? Fikir Jasmine.
“Awak pilih cincin ni?” soal Jasmine dengan nada kurang senang.
“Ya. Cantik kan,” Faroq berbangga sambil memegang cincin yang dipilihnya.
“Cantik? Awak nak beli cincin untuk diri sendiri ke? Cincin ni tak sesuai untuk Debby,” bidas Jasmine.
“Ye ke? Habis tu cincin macam mana yang sesuai?” Faroq bertanya seperti tidak tahu apa-apa.
“Debby suka sesuatu yang cute, bukan elegan. Batu Sapphire ni nampak keterlaluan,” jelas Jasmine sambil melihat-lihat di sebalik rak kaca. Kemudian dia terpandang sebentuk cincin yang menonjol dari yang lainnya. Sebentuk cincin berwarna perak dengan ukiran bentuk rerama dengan permata kecil di atasnya. Sangat sempurna pada pemandangan Jasmine.
“Cuba tengok yang itu,” pinta Jasmine kepada pekerja lelaki yang menjadi pendengar setia perbualannya dengan Faroq tadi.
Cincin itu diletak di atas rak kaca. Jasmine mengambilnya dan mengamat-amati cincin itu.
“Inikah yang awak maksudkan?” tanya Faroq turut memerhatikan cincin yang simple tetapi indah itu. Dia terpegun.
“Macam mana? Perfect untuk Debby kan,”Jasmine pula berbangga.
“Tak sia-sia saya minta bantuan awak,” Faroq bersetuju.
“Mestilah. Tengoklah siapa di sini,” Jasmine terus membanggakan diri.
“Saya tahu. Cukuplah tu,” Faroq menghentikan Jasmine.
“Saya nak cincin ni,” Faroq berkata kepada pekerja yang melayan karenah mereka sejak tadi.
“Saiznya macam mana?” tanya pekerja itu pula.
“Ikut saiz jari saya,” ujar Jasmine.
Selesai mengurus urusan cincin itu, Faroq dan Jasmine menuju ke sebuah café.
“Saya tak sangka awaklah yang bertelefon dengan Debby selama ni,” kata Jasmine sambil menghirup jus oren.
“Kami sengaja nak rahsiahkan dari awak,” balas Faroq tersenyum.
“Kamu ingat lucu ke buat begitu,” ujar Jasmine sinis.
“Minta maaflah kak,”
“Tapi macam mana kamu berkenalan?” Jasmine ingin tahu.
“Kami berjumpa pertama kali di klinik. Masa tulah kami berkenalan,” Faroq cuba mengenang kembali kejadian hampir setengah tahun yang lalu. Waktu dia secara tidak sengaja bertemu dengan Debby yang sedang menunggu Jasmine di lobi.
“So, it’s less than one year. Awak dah fikir masak-masak ke?” Jasmine macam meragui keputusan Faroq berdasarkan jangka masa perhubungan mereka.
“Saya dah banyak berfikir. Saya tak nak buang masa lagi. Dialah yang terbaik untuk saya,” ucap Farouk bersungguh-sungguh.
Jasmine memandang tinggi Faroq. Lelaki ini kelihatan begitu matang dalam membuat keputusan. Dari riak wajahnya, Jasmine dapat melihat keikhlasan dan kesungguhan Faroq. Nampaknya dia benar-benar berkomitmen dalam hubungannya dengan Debby. Jasmine mencemburui adiknya itu dalam hal ini. Bukan senang menemui lelaki yang betul-betul ikhlas seperti Faroq.
“Macam mana dengan keluarga awak nanti? Awak dan Debby banyak perbezaan. Berbeza keturunan, latar belakang dan agama,” Jasmine cuba berfikir sedikit ke hadapan. Perkahwinan kedengarannya sangat indah, tetapi disebaliknya terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.
“Saya dah ceritakan semuannya kepada parents saya. Mereka tak ada masalah, yang penting Debby sanggup convert,” jelas Faroq kepada Jasmine.
Jasmine tersenyum. Inilah kuasa cinta. Menyatukan dua insan berbeza. Hanya kasih sayang yang tidak membezakan manusia.
“I’m proud of you. Surely, Debby will do everything to be with you,” Jasmine seakan memberi restu kepada Faroq.
“I really hope so,”
“So bila hantar rombongan ke rumah?” tanya Jasmine lagi. Sengaja menduga kenekadan Faroq.
“Bila Debby dah terima lamaran saya,” jawab Faroq tenang sambil menghirup kopinya. Jasmine membalas dengan senyuman.
“Saya nak minta tolong satu lagi,”Faroq membuat permintaan serius.
“Apa dia?”
“Tolong rahsiahkan lamaran ni dari Debby,”
“Of course. Don’t worry,”
Akhirnya, masanya telah tiba untuk Debby meninggalkan Jasmine dan mummynya. Sejujurnya, Jasmine agak sedih, tetapi itulah lumrah kehidupan yang harus dihadapinya.
***
Bab 21
Jasmine melangkah malas ke dalam ruang tamu. Puan Christina sedang bersantai menonton televisyen. Debby tidak kelihatan. Jam dinding menunjukkan jam 8 malam.
“Baru balik?” tanya Puan Christina sebaik menyedari kehadiran Jasmine.
“Ya. Mana Debby?” Jasmine melepaskan penatnya di sofa.
“Dia belum balik. Tadi keluar berjumpa kawan-kawan,” sahut Puan Christina masih menonton televisyen.
“Oo”
“Dah makan?”tanya Puan Christina lagi.
“Sudah,”
Deruan enjin kereta kedengaran dari luar. Tidak lama kemudian Debby muncul dengan muka masam. Dia menjeling tajam ke arah Jasmine, macam nak makan orang. Jasmine hairan dengan jelingan maut itu. Dia tertanya-tanya apakah pula kesalahan yang dia lakukan.
“Debb ada masalah ke?” tanya Puan Christina melihat air muka anak bongsunya.
Debby berjalan pantas menuju ke tangga dan hilang di tingkat atas. Kemudian, pintu ditutup dengan kuat.
“Ada apa ni?” tanya Puan Christina kepada Jasmine.
“Manalah Min tahu,” jawab Jasmine bingung.
“Habis kenapa adik tu buat muka buruk?”
“Mum ni. Min betul-betul tak tahu,” balas Jasmine sambil ketawa kecil. Geli hati dengan perkataan yang digunakan untuk menggambarkan raut muka Debby tadi.
“Oh ya,Min tunggu sini kejap,” Puan Christina tiba-tiba teringat sesuatu yang membuatnya teruja. Cepat-cepat dia berlalu ke atas. Jasmine hairan. Kenapalah semua orang berperilaku pelik hari ini? Fikirnya.
Puan Christina muncul tidak sampai satu minit kemudian membawa sekeping kertas.
“Nah,” Puan Christina menghulurkan sekeping gambar kepada Jasmine dengan senyuman.
“Gambar siapa pula ni?” tanya Jasmine bingung. Dia tidak kenal pun dengan lelaki yang dalam gambar tu.
“Handsome kan. Dia Mark Cheung,” jelas Puan Christina tersenyum-senyum.
“So?” Jasmine tidak berminat.
“Mummy nak suruh Min berkenalan dengan dia. Dia ni seorang lawyer tau,” Puan Chrisina menjelaskan niat yang sebenarnya kepada Jasmine.
“Not again, mum,” Jasmine memandang Puan Christina dengan pandangan sayu. Pandangan berputus asa.
“For the last time. I promise,” Puan Christina cuba berkompromi. Dia cuba memujuk anaknya itu berkenalan dengan lelaki yang dalam gambar itu. Kali ini dia mesti meyakinkan Jasmine.
“Tengoklah dulu,” sahut Jasmine tawar. Dia mengamati wajah lelaki di dalam gambar itu. Lelaki itu hanya mengenakan T-shirt dalam gambar saiz 4R.
Handsome juga, puji Jasmine. Matanya tak sepet sangat, kulit putih dan lengan yang tegap. Seorang peguam. Mungkin permulaan yang lebih baik berbanding si Ben, fikirnya.
“Macam mana?” tanya Puan Christina setelah melihat Jasmine agak berminat dengan gambar yang ditunjukkan tadi,
“Saya fikir dulu,” Jasmine berdiri dan memulangkan gambar itu kepada Puan Christina. Tanpa perasaan yang mendalam terhadap topik perbualan tadi, dia berjalan menuju ke tingkat atas.
Jasmine membaringkan tubuhnya di atas katil. Dia membiarkan fikirannya menerawang seketika. Tidak lama lagi, Debby akan menjadi milik orang lain. Maknanya, Debby tidak lagi tinggal di rumah mereka, dan dia harus bertanggung jawab sepenuhnya untuk menjaga dan menemani mummynya. Tapi adakah akan membenarkan Debby berkahwin? Adakah dia akan merestui hubungan Debby dan Farouk? Jasmine sedikit runsing memikirkannya.
Telefon bimbit Jasmine tiba-tiba berdering, hampir saja dia melatah kerana terkejut. Barisan nombor asing muncul di skrin. Siapa pula yang telefon ni? Jasmine merungut sendirian.
“Hello..” Jasmine menjawab panggilan.
“Hello.. Dr. Jasmine,” suara lelaki di hujung talian.
“Ya, siapa di sana,” Jasmine membalas mesra, masih tertanya-tanya siapakah pemanggil tersebut.
“Oo.. Ini saya,”
‘saya’? Orang ni ingat saya boleh nampak muka dia ke melalui telefon, Jasmine merungut.
“Maaflah, siapa saya tu?” Jasmine berpura-pura mesra. Padahal mahu saja dia menempelak lelaki dalam talian itu. Sudahlah dia penat, orang tu mengajaknya berteka-teki pula.
“Sayalah. Ben,”
“Awak rupanya. Saya.. saya.. Awak ingat saya boleh nampak muka awak ke,” Jasmine terus meleter.
“Tak kan tak cam suara saya kot,” kata Ben mempertahankan kedudukannya.
“Macam mana saya nak cam suara awak dalam telefon. Awak ni buat lawak pula,” Jasmine tidak berhenti bercakap.
“Okay.okay. Saya salah. Puas hati. Sekarang awak dengar saya cakap pula,”Ben cuba berdiplomasi.
Jasmine baru teringat, mereka sudah berkawan, bukan macam dulu lagi.
“Ada apa, Encik Ben?” Jasmine bertanya lembut, seperti dibuat-buat.
“Begini, esok Papa saya nak buat cek up di klinik,” jelas Ben pendek.
“Baiklah. Tak ada masalah. Tapi datang awal sikit ye supaya boleh balik awal,” Jasmine memberitahu.
“Baiklah Puan Doktor,” kedengaran suara Ben menahan ketawa.
“Awak..” Jasmine mati kata. Ben mengenakannya pula kali ini.
“Saya dapat nombor telefon awak dari business card awak,” Ben menjelaskan. Sengaja mengalih subjek.
“Tak tanya pun,” Jasmine membalas selamba.
Ben terdiam. Agak malu.
“Gurau je la. Janganlah marah,” Jasmine tergelak kecil.
“Tak adalah. Saya tak marah,” balas Ben cuba menutup malunya dipermainkan tadi. Nasiblah kawan, fikirnya.
“Baguslah,”
“Okaylah. Itu je. Good night,” talian terputus
Jasmine tersenyum. Ternyata berkawan atau bermusuh tiada bezanya. Mereka tetap kena-mengenakan antara satu sama lain.
***

Thursday, February 17, 2011

Takut Kahwin 19

Jasmine berlari-lari memasuki rumah agam di depannya. Dia bergegas ke sana setelah menerima panggilan kecemasan daripada Puan Rose.
“Dokter Jasmine, mari saya tunjukkan jalannya,” seorang pembantu rumah berbahasa Indonesia menyapa Jasmine sebaik dia menjejakkan kakinya di dalam.
Bukan kali pertama dia mengunjungi rumah indah itu. Jasmine mengangguk akur. Mereka masing-masing mempercepat langkah semasa menaiki tangga. Mereka kemudian memasuki sebuah bilik yang agak besar. Katil kayu jati dengan ukiran klasik menarik perhatian Jasmine. Kelihatan Tuan Albert terbaring lemah di sana tapi sudah sedarkan diri.
“Jasmine, syukurlah Min dah datang,”Puan Rose menggengam jari-jemari Jasmine sebaik menyedari kehadirannya. Wajahnya berkerut dibayangi keresahan. Jasmine sempat menjeling kea rah Ben yang duduk disisi katil berhampiran papanya. Lelaki itu mengurut-urut lengan Tuan Albert. Deena pula duduk berdiam di atas katil, juga disisi papanya.
“Aunty tak payah risau. Saya periksa uncle dulu,” ujar Jasmine, beralih kepada begnya yang berisi stetoskop dan sphygmomanometer.
Jasmine memeriksa tekanan darah dan mendengar denyutan nadi.
“Tekanan darah uncle agak tinggi tapi masih normal. Baru-baru ni uncle banyak berfikir ke?” Jasmine bertanya. Dia tidak melihat simptom-simptom ketara yang menyebabkan lelaki separuh baya itu pengsan tadi.
“Tak juga. Mungkin uncle terlalu penat,” perlahan saja suaranya membalas Jasmine.
“Mungkin juga. Uncle mesti jaga kesihatan tau. Jangan terlalu banyak berfikir,” nasihat Jasmine lagi. Tuan Albert mengangguk lemah.
“Terima kasih Jasmine. Auntie minta maaf kerana terpaksa menyusahkan malam-malam ni,” Puan Rose tersenyum sedikit, wajahnya tidak sepahit tadi.
“Ini memang kerja sayalah auntie. Tak ada istilah menyusahkan,” Jasmine membalas sambil mengurus alatannya.
Dari ekor matanya, Jasmine dapat menangkap pergerakan Ben yang seperti serba salah. Kali terakhir mereka bertemu, seminggu yang lalu.
“Jasmine, uncle ada nak cakap sikit,” Tuan Albert bersuara semula. Suaranya yang perlahan dan lemah menyayat hati Jasmine, membuat dia segera duduk di sisi lelaki itu. Di sebelah, Ben hanya menjadi pendengar setia.
“Ya uncle,” Jasmine separuh berbisik. Macam ada sesuatu yang serius sahaja yang mahu disampaikan Tuan Albert. Wasiat ke? Ish.. Jangan fikir yang bukan-bukan. Jasmine menidakkan andaiannya.
Sementara itu, Puan Rose mengajak Deena meninggalkan bilik itu. Jantung Jasmine berdebar kencang. Dia agak cemas apabila menyedari dia tinggal bertiga dengan dua beranak itu. Ben cuba berdiri, tetapi Tuan Albert segera menggeggam pergelangan tangannya, menghentikan niat Ben.
“Uncle tengok Ben dan Jasmine ni macam tak pernah bertegur. Kamu berdua ada masalah ke?”
Soalan cepu emas.
“uncle nak tahu kenapa? Anak uncle tu ada masalah kejiwaan,” mahu saja Jasmine menjawab begitu tapi dia masih ada rasa hormat yang tinggi terhadap Tuan Albert. Akhirnya dia hanya memendam semuanya di dalam hati. Dia melarikan matanya dari memandang Tuan Albert dan juga Ben. Dia cuba mendengar kalau-kalau Ben mahu cuba menjawab soalan itu. Tapi tiada apa-apa yang kedengaran.
“Uncle tak tahu apa masalah kamu berdua yang sebenarnya tapi uncle harap kamu dapatlah berbaik-baik. Susah hati uncle tengok kamu selalu bermasam muka bila berjumpa,” Tuan Albert kedengaran serius meluahkan nasihatnya.
Jasmine hanya diam. Begitu juga Ben. Kedua-duanya enggan bertentang mata. Malu, ego, segan, geram bercampur-baur dalam perasaan masing-masing.
“Ben,dengar tak ni?” suara Tuan Albert tegas sedikit setelah menerima respon negative dari kedua-dua manusia di sebelah-menyebelahnya.
“Saya akan cu..ba, papa,” Ben membalas lambat-lambat tanpa ada kesungguhan dari nadanya.
Jasmine memandang Ben sekilas sebelum berdiri perlahan. Dia memberi senyuman manis dan ikhlas kepada Tuan Albert yang berwajah sayu.
“Fasal tu, uncle tak payah fikiran. Kami tak ada apa-apa masalah,” Jasmine menelan air liurnya. Janggal rasanya menggunakan kata ganti nama diri ‘kami’ untuk menyebut dirinya dan Ben.
“Baguslah kalau begitu,” Tuan Albert mengukir senyuman lemah yang penuh harapan.
“Kalau tak ada apa-apa lagi, saya balik dululah uncle,” ujar Jasmine lantas menyalami lelaki yang sedang berbaring itu.
“Baiklah, hati-hati bawa kereta,” pesannya. “Biar Ben hantar Jasmine sampai ke luar,” tambah Tuan Albert yang mengundang rasa serba-salah pada Ben yang sejak tadi berlagak pasif.
Jasmine terpaksa mengangguk akur, walaupun itu diluar kemahuannya. Kalau dia membantah lagi, mesti Tuan Albert membangkitkan lagi isunya hubungan dinginnya dengan si Ben.
“Balik dulu uncle,” Jasmine mula angkat kaki sambil menjingjing beg peralatannya meninggalkan bilik itu. Dia sengaja berjalan dulu di depan, meninggalkan Ben di belakang.
“Min dah nak balik?” Puan Rose lantas bertanya sebaik Jasmine keluar dari bilik Tuan Albert.
“Ya, aunty. Lagipun keadaan uncle dah semakin pulih.Kalau free nanti, bawalah uncle buat check-up di klinik,” balas Jasmine.
“Baiklah. Terima kasih Mine,”
“Sama-sama. Saya balik dululah auntie. Ingat pesan saya ye,” kata Jasmine lagi.
“Thanks,kak,” Deena bersuara dengan senyuman.Gadis muda yang berwajah polos itu mengundang senyuman di bibir Jasmine.
“No problem,” ujar Jasmine sambil menepuk lembut bahu Deena sebelum melayangkan pandangan kea rah Ben yang turut memandangnya. Dia kemudian berpura-pura melihat ke tempat lain.
“Ben, hantar Jasmine sampai ke luar,” Puan Rose tiba-tiba memberi arahan. Ben dan Jasmine tersentak.
Apasal kedua-dua orang tua ni memberi arahan yang sama. Tak mungkinlah aku boleh sesat dalam rumah ni walaupun besar, Jasmine mengeluh dalam hatinya.
“Tak perlulah auntie,” Jasmine menolak sambil menyalam wanita itu. Kalau tadi dengan Tuan Albert dia tidak menolak kerana mahu menjaga perasaan lelaki itu, tapi dia tidak perlu berpura-pura lagi di depan Puan Rose.
“Tak apalah, Min. Ben pun tak ada masalah,”Puan Rose mengerling terselit makna kearah Ben yang sudah berubah wajah.
“Kalau macam tu, saya jalan dulu. Jumpa lagi, autie, Deena,”Jasmine melangkah menuju tangga diekori Ben yang macam nak tak nak .
Tiada reaksi antara mereka berdua. Masing-masing melarikan pandangan dari bertembung dengan satu sama lain. Jasmine berjalan sedikit di depan sementara Ben menapak perlahan-lahan di belakang. Mahu saja saat itu Jasmine meminta Ben berhenti dan tidak perlu menghantarnya, namun mulutnya seperti terkunci.
Sepi. Masing-masing bermain dengan perasan dan andaian sendiri. Jasmine membuka pintu keretanya, kekok, sementara Ben memilih untuk menjadi pemerhati. Suara nyaring cengkerik bersahut-sahutan di sekeliling mereka, seperti mendorong mereka untuk bercakap.
Jasmine ingin sekali meluahkan isi hatinya saat itu.
“Saya..”
Mereka berdua berpandangan. Jasmine melarikan pandangannya kea rah lain.
“Awak nak cakap apa?” Tanya Ben. Nadanya rendah dan tenang, tiada tanda-tanda kesinisan seperti selalu.
“Emm.. Awak cakap dulu la,” Jasmine main tarik tali pula, mengelak menjelaskan perkara yang sebenarnya disebalik sedikit keegoan. Masih enggan menatap mata Ben.
“Tak ada apa. Sebenarnya.. I just want to say thanks,” sahut Ben teragak-agak diiringi suara macam orang berbisik sampaikan Jasmine pun terpaksa memasang telinga untuk menangkap patah-patah kata dari si jejaka di depannya.
“No problem. That’s my job,”Jasmine membalas.
“I really mean it la. Awak pula nak cakap apa tadi?” balas Ben berwajah ramah. Tidak disangka, dia memutarkan soalan kepada Jasmine.
“Oh.. Emm.. Saya cuma fikir macam ni,” Jasmine berhenti, mencari kekuatan menyambung kata-katanya.
“Fikir apa?” Ben segera bertanya cuba membaca riak wajah Jasmine. Kejanggalan yang wujud di antara mereka pelahan-lahan menjadi lutsinar, semakin tidak kelihatan walaupun masih ada.
“ Macam mana kalau kita tak payah macam ni lagi. Err.. Maksud saya tiada perang dingin. Demi papa awak,” Jasmine berterus-terang. Lantaklah! Getus hatinya bercampur gelisah.
Ben merenung tajam Jasmine, membuat Jasmine menelan air liurnya yang tersekat di kerongkong. Aduh! Selesai masalah atau buat masalah ni, dia menduga.
“Emm.. kalau awak rasa awak tak boleh, tak apalah. Saya cuma rasa tak baik kita terus macam ni sedangkan saya rawat papa awak,” Jasmine cuba menarik balik pelawaannya sebaik meneliti perubahan air muka Ben. Kecut perutnya terus menerima renungan tajam berbisa itu.
“Siapa kata saya tak boleh. Okay, kalau itu yang awak mahu, I’m fine with it. Anyway, saya dah bosan melayan perangai budak-budak awak,” Ben tersengih kecil memandang Jasmine yang terkebil-kebil mendengar ucapannya tadi. Bergurau ke atau menyindir, Jasmine berfikir.
“Baiklah, saya sajalah yang berperangai budak-budak,” Jasmine bernada sindiran, separuh bergurau.
“Yalah. Siapa juga yang mulakan,” Ben senyum selamba tapi bermakna, masih ada unsur-unsur sarcastic.
Jasmine terdiam. Semua yang diucapkan Ben ada kebenarannya. Mungkin dialah sebenarnya punca perselisihan yang berpanjangan antara mereka. Sifat egonya lah yang telah memulakan semua perang dingin dengan Ben.
“Kenapa diam? Dah menginsafi diri?” Ben bersuara semula selepas tidak menerima respon langsung dari gadis kecil di depannya.
Jasmine mendongak memandangnya. Hatinya berbelah bahagi diantara ego dan jujur.
“Mungkin apa yang awak cakap tu betul. I apologize. So, kita jadi kawan? Demi papa awak,” Jasmine tersenyum sambil menghulurkan salam kepada Ben.
“Friends,” salam disambut. Jasmine dan Ben saling berpandang. Jasmine ketawa kecil tetapi Ben hanya senyum nipis.
“Lain pula rasanya macam ni,” ujar Jasmine.
“Kenapa pula?”
“Saya tak biasa berbaik-baik dengan awak. Tak tahu nak cakap apa,” Jasmine ketawa lagi. Pelik rasanya. Seorang yang sudah dianggapnya musuh kini menjadi kawannya pula. Transformasi mendadak.
“Apa boleh buat. Awak juga yang mahu kan,” sahut Ben selamba. Macam tidak berperasaan.
“Tapi awak jangan ingat saya dah lupakan semua ‘kejahatan’ awak. Semua ini demi papa awak,” kata Jasmine lagi semacam memberi amaran.
“Awak macam tak ikhlas je nak berkawan,” balas Ben.
“Awak pun apa kurangnya,”
“Awak..” Ben mengalah untuk kali ini.
Jasmine tergelak kesukaan. Kena-mengenakan tak kan berakhir walaupun mereka sudah diisytiharkan sebagai kawan. Perasaan menang itulah yang sangat disukai Jasmine

“Saya balik dulu. Jaga papa awak baik-baik. Jumpa lagi ‘kawan baru’,” kata Jasmine sebelum memasuki kereta.
Ben tersenyum kecil memeperhatikan kereta kecil Jasmine berlalu. Macam tak percaya. Mereka yang menganggap diri mereka bagai planet Marikh dan planet Pluto kini menjadi sahabat. Munginkah persahabatan yang bermula dengan permusuhan ini akan berpanjangan?

Monday, February 14, 2011

Takut Kahwin 17 & 18

Deena berjalan mundar-mandir dalam pejabat Ben. Sekejap dia membelek-belek majalah, sekejap berjalan kea rah tingkap. Kemudian memanjangkan pula kepala melihat-lihat kerja Ben. Tak lama lepas tu dia mengeluarkan bunyi-bunyi menjengkelkan apabila mengambil buku dari rak. Ben mula kerimasan dengan tindakan-tindakan adiknya.
“Can you please be silent,” Ben akhirnya bersuara tegas.
“No, you know I can’t dear brother,” Deena buat main pula arahan abangnya.
Ben mengerling kea rah Deena. Biarkanlah saja budak tu, ujarnya pada diri sendiri. Lagi dilayan, lagi bertambah perangainya.
Ben meneruskan urusannya yang terganggu sekejap tadi gara-gara Deena. Tiba-tiba dia terkenang peristiwa dua tiga hari yang lalu. Dia kembali berfikir. Kenapa doctor tu bertindak begitu sekali. Penting sangatkah gelang itu buatnya?
“Dee, abang nak tanya sikit,” Ben bersuara semula.
“Tanya apa?” Deena memutarkan soalan pula. Dia sibuk membuka lembaran buku atlas yang diambilnya tadi.
“Dee marah tak kalau gelang Dee hilang?”
“Marah? Apa pula marah. Mestilah sedih,” jawab Deena memandang Ben curiga.
Ben menggaru kepalanya yang tak gatal. Dia sedih kah?
“Apalagi kalau gelang tu istimewa ataupun hadiah dari seseorang. Mestilah sedih,”tambah Deena lagi.
Ben berfikir. Aku yang salahkah? Dia bertanya pada dirinya sendiri.
“Kenapa abang tiba-tiba tanya? Nak bagi Dee gelang ke?” Deena tersenyum-senyum.
“Kalau Dee tak menyusahkan saya,” Ben meneruskan kerjanya. Dia mengelak dari menjawap soalan pertama Deena.
“Baiklah, Dee tak menyusahkan abang. Dee duduk diam-diam dan tolong abang,” Deena mula mengampu. Dia betul-betul berfikir Ben akan menghadiahkan gelang kepadanya.
“Bagus,”
Suasana sunyi semula. Hanya kedengaran bunyi-bunyi papan kekunci yang ditekan Ben. Deena mulai bosan. Mulutnya sudah tidak tertahan nak bercakap.

“Abang, kenapa jual mahal sangat dengan kak Natasha?” tanya Deena sambil berbaring di sofa.
Ben berhenti menaip. Tapi dia enggan menjawab, dia berpura-pura tidak mendengar Deena.
“Kak Natasha dahlah cantik, terkenal, baik pula tu. Ramai lelaki terpikat dengan dia tau. Tapi kenapa abang tak nak terima dia semula?” satu lagi pertanyaan menganggu konsentrasi Ben. Dia terpaksa berfikir sejenak. Bukankah dulu dia benar-benar cintakan gadis itu? Kemanakah agaknya hilang perasaan itu?
“Abang dengar tak saya cakap ni,” Deena mengegar lamunan Ben.
“Perasaan tak boleh dipaksa,” Ben menjawap pendek kemudian terus menaip.
“Tapi abangkan hampir berkahwin dengan kak Natasha dulu. Mustahil tiada perasaan sayang yang tinggal langsung,” Deena cuba mempertikaikan kenyataan Ben.
“Yang Deena sibuk sangat urusan orang ni kenapa? Dah jangan tanya lagi,” Ben cuba mengelakkan diri dari menjawap persoalan-persoalan Deena yang tidak berpenghujung.
“Sebab Deena risau dengan abang. Kalau abang tak kahwin, siapa yang jaga abang bila dah tua nanti,”
Ben terganggu lagi, tapi kali ini dia agak tersentuh. Dia langsung tak pernah memikirkan perkara itu selama ini. Dalam tiga tahun ini, dia menganggap perkahwinan itu hanya merupakan satu beban. Kata-kata Deena semacam meyedarkan sesuatu kepadanya.
“Abang sebenarnya nak perempuan yang macam mana? Natasha yang cantik abang tak mahu, Dr. Jasmine yang baik tu pun tak nak,jadi yang macam mana? Bidadari ke?” lancar saja Deena bercakap.
Ben langsung tak tahu nak cakap apa. Semua yang dikatakan Deena memang benar. Di antara dua wanita yang disebutkan tadi, tiada sesiapa pun yang dia berkenan. Entah kenapa.
“Atau abang ni..” Deena bersuara curiga. Dia berjalan menghampiri abangnya dengan wajah yang prejudis. Dia merenung Ben atas ke bawah.
“Dee ni kenapa?” Ben tidak selesa dengan pandangan Deena. Apalah yang di dalam fikiran budak ni, dia menduga.
“Abang ni Gay ke?” statmen yang mengejutkan Ben. Adakah dia kelihatan seperti seorang lelaki yang memilih kaum sejenis?
“Mengarut!” Ben cepat-cepat menafikan dengan dahi berkerut. Minta dijauhkan dari perbuatan sumbang begitu.
Deena ketawa besar. Lucu meyaksikan perubahan wajah Ben. Tahu pun takut dianggap gay. Ben memerhatikan adiknya dengan kejengkelan. Malu juga dikenakan adik.
“Jadi, buktikanlah yang abang tu lelaki sejati, bukan Gay,” Deena menyambung ketawanya.
“Tiada gelang untuk Dee,” kata Ben dengan wajah selamba sambil terus menaip.
“Eh, Deena main-main je la, bang. Janganlah marah,” Deena cepat-cepat memujuk Ben. Nampaknya dia dah terlebih cakap.
“No,” Ben menggeleng-gelengkan kepalanya.
***
Haruman aroma terapi kayu manis memenuhi bilik refleksologi di Natural Spa and Reflexology centre. Tiga orang wanita dalam lingkungan usia 50-an sedang menikmati urutan tapak kaki yang sungguh selesa.
Puan Christina sengaja bersantai-santai bersama kedua rakannya, Puan Rose dan Datin Shirley hari itu. Walaupun dia boleh menikmati urutan itu bila-billa masa sahaja, dia rasa lebih seronok apabila berteman.
“Selesanya berurut di sini. Lain kali saya nak urut satu badan pula,” kata Datin Shirley penuh kelegaan.
“Betul tu. Akan datang saya ajak anak dan suami saya sekali,” ujar Puan Rose lagi.
“Tak ada masalah. Datanglah bila-bila masa yang senang,”Puan Christina membalas mesra, puas hati kerana dapat memberi layanan terbaik kepada sahabat-sahabatnya.
“Oh ya, anak sulung Puan Christina masih single ke?” tanya Datin Shirley. Pertanyaan yang menarik minat Puan Rose juga.
“Saya tak pastilah pula, Datin. Rasa-rasanya dia belum berpacaran lagi,”jawab Puan Christina lalu ketawa kecil.
“Sebenarnya, saya nak cuba kenalkan anak puan dengan anak saya , Mark,” Puan Shirley berterus terang disertai ketawa penuh makna.
Puan Rose yang duduk di sebelahnya agak tersentak. Ini mesti kes nak menjodohkan anaknya dengan Jasmine , Puan Rose bijak mengagak. Dia cuba mendapatkan bacaan wajah Puan Christina. Wanita itu tersenyum manis, macam berkenan pula dengan cadangan Datin Shirley. Tak boleh dibiarkan, Puan Rose berkata pada dirinya sendiri. Aku yang dulu kenalkan Jasmine dengan Ben.
“Bagus juga tu, Datin. Anak saya tu memang patut berkenalan dengan ramai lelaki sekarang. Maklumlah umur dah 28 tahun,” sahut Puan Christina diiringi ketawa. Dia teringat percakapan Debby malam semalam. Apa salahnya mencuba. Siapa tahu, kali ini Jasmine berkenan, bisik hatinya penuh harapan.
“Sangat sesuailah dia dengan Mark,puan. Mark tahun ni dah masuk 30,” senyum Datin Shirley memanjang, menjengkelkan Puan Rose yang mendengar dengan setia perbualan dua wanita di sampingnya. Aku mesti buat sesuatu, Puan Rose bermonolog.
“Apa pekerjaan anak datin?” Puan Rose tiba-tiba bertanya, menyampuk.
“Dia seorang lawyer,” jawab Datin Shirley dengan bangganya.
“Mesti sibuk kan. Sesuaikah agaknya seorang doctor dengan lawyer?” Puan Rose menimbulkan pertikaian. Sengaja untuk mengagalkan rancangan wanita berdua itu.
“Eh, tak ada masalah lah Puan Rose. Asal ada persefahaman dan kasih sayang, pasti sesuai. Betul tak Puan Christina,” ujar Datin Shirley lalu tersenyum, seperti memanas-manaskan hati Puan Rose.
“Betul tu, yang penting kasih sayang,” tambah Puan Christina menyokong Datin Shirley.
Mereka berdua ni, Puan Rose cuba menahan diri daripada menunjukkan kegeramannya. Dia tersenyum plastic, berpura-pura setuju dengan perbualan mereka. Sedangkan dalam hatinya, mahu saja dia memberitahu Datin Shirley yang dia sudah lebih dahulu menjodohkan anaknya dengan Jasmine. Tetapi nampaknya, ibunya sendiri sudah memberi lampu hijau kepada cadangan Datin Shirley.
“Nanti saya bawakan gambar anak saya,” kata Datin Shirley penuh semangat.
“Baiklah, saya pun akan berikan gambar anak saya nanti,” balas Puan Christina teruja. Kali ini Jasmine mesti berkenan, bisik hatinya kesukaan. Urutan refleksologi seperti menggeletek-geletek tapak kakinya.
Puan Rose hanya mampu berdiam dan mendengar. Sekarang ni dia tidak mampu berbuat apa-apa, tapi dia akan berusaha untuk memenangi Jasmine. Dia tidak rela membiarkan Jasmine menjadi menantu orang lain. Jasmine mesti menjadi menantunya.
“Puan Rose, dengar cerita anak Puan ada hubungan istimewa dengan Natasha, model terkenal tu. Betul ke?” Datin Shirley menimbulkan pula topic yang tidak disenangi Puan Rose.
“Macam mana dengan Ben dan Natasha? ” Puan Christina bertanya lagi.
“Saya tak rasa mereka ada hubungan. Ben tak pernah cerita apa-apa pun pada kami. Lagipun, dia tak pernah jemput Natasha ke rumah,” Puan Rose lantas menidakkan dakwaan rakan-rakannya itu. Kalau pun betul mereka ada hubungan, saya tak akan benarkan, Puan Rose nekad.
“Mungkin dia nak bagi surprise,” Datin Shirley seolah-olah tidak putus asa.
“Itu saya tak tahu,” nada Puan Rose kedengaran sedikit tegang. Urutan di kakinya tidak dirasakannya lagi. Sesuatu membuak-buak di dalam dadanya.
“Lepas berurut ni, saya belanja minum the pegaga. Baik untuk kesihatan,” Puan Christina mengalih topic perbualan setelah melihat perubahan nada suara Puan Rose.
***
Bab 18
Ben memandang tepat ke depan. Dia memandu sederhana laju melalui lebuhraya yang agak lenggang malam itu. Entah apa angin yang bertiup malam itu, dia bersetuju keluar makan malam bersama Natasha. Selalunya, dia menolak.
“You ada tisu tak?” tanya Natasha sambil membuka laci kecil di bahagian depan.
“Saya rasa tak ada,” balas Ben sambil memandang sikit kea rah Natasha.
Natasha mengeluarkan sesuatu dari dalam laci. Sebuah kotak pink.
“Wah, cantiknya gelang ni,” Natasha memuji sesudah membuka kotak itu. Mutiara-mutiara putih kecil bergemerlapan di bawah cahaya lampu jalan.
Ben cepat-cepat berpaling. Alamak.
“Siapa punya ni? Cantikknya,” Natasha mengeluarkan gelang itu dari dalam kotak kemudian membelainya penuh penghargaan. Matanya bersinar-sinar.
“Err..” Ben berfikir-fikir jawaban yang paling sesuai. Tak mungkin dia nak menceritakan perkara sebenar,
“Itu.. Emm.. Sebenarnya saya nak bagi awak,” Ben membohong.
“Betul ke? That’s very kind of you. Thank you very much. I really like it,” Natasha bukan main sukanya lagi. Bukan kerana gelang itu semata-mata, juga kerana perhatian yang diterimanya dari Ben. Hatinya berbunga bahagia.
“Ya. Awak ambillah,” Ben hanya tersengih-sengih. Padahal, bukan itu hal yang sebenarnya.
“I akan simpan gelang ni baik-baik,” Natasha membelai gelang itu lagi. Hatinya betul-betul bahagia. Ben dilihatnya penuh kasih sayang.
‘Dah mula dah perasan’, bisik Ben dalam hatinya. Dia langsung tidak berniat nak bagi gelang tu pada Natasha. Kalau difikirkan, dia ada dua orang wanita yang boleh dia berikan gelang itu. Tapi oleh sebab Natasha menemui gelang tu, dia tiada pilihan lain.
“Where are we going now?” Ben sengaja bertanya, mengegar perasaan Natasha.
“Let’s go to the beach,” jawab Natasha riang.
“Alright,” Ben terus memandu menghala ke destinasi mereka. Tidak lama kemudian mereka tiba di kawasan pantai.
“Kita dah sampai,” kata Ben sebaik meletak kenderaan.
“Jom,” Natasha keluar dari kereta.
Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa kedatangan mereka. Bunyi ombak menghempas pantai sungguh menenangkan. Cahaya suram dari lampu-lampu jalan menerangi sekitar pantai. Natasha berjalan perlahan menuju ke sebuah kerusi taman. Ben hanya mengekori.
“Sangat tenang,” ucap Natasha sambil mendepakan tangannya, menikmati kenyamanan angin laut yang menyerap sampai ke dalam hatinya. Dia tersenyum.
Ben tersenyum lalu duduk di kerusi taman. Dia memerhatikan laut. Lampu-lampu dari kapal-kapal besar tenggelam-timbul di tengah laut.
“Ben,” panggil Natasha lembut sambil duduk di samping Ben.
“Ya,”
“I just wonder, bolehkah kita kembali seperti dulu?” Natasha memandang tepat ke wajah Ben, mencari jawaban dari pertanyaannya.
Ben diam. Dia berfikir. Kemudian membalas pandangan Natasha.
“I still need time to consider it. Saya harap awak faham,”
Natasha tertunduk mendengar jawaban Ben. Nampaknya kesilapannya meninggalkan Ben tiga tahun lalu masih belum dapat diterima sepenuhnya oleh lelaki itu. Semuanya sudah tidak sama lagi. Ben kini dan Ben dulu jelas berbeza.
“Macam nak hujan. Jom kita balik,” ajak Ben setelah merasa titik-titik air mengenai kulitnya.
Natasha berdiri kemudian berjalan mendahului Ben. Dia kecewa. Hampa. Semuanya harus bermula sekali lagi.
***
Bunyi poke mengejutkan Jasmine. Nombor satu berwarna merah muncul di sudut sebelah Window Facebook. Mesej dari Jane Kaur, sahabat karibnya. Jasmine tersenyum. Dia sering ber‘chatting’ dengan Jane melalui Facebook. Cepat-cepat dia klik pada tab tersebut.
Jane: U not ganna believe tis.
Jasmine: Y? wat’s the matter?
Jane: I’m in LOVE!
Jasmine ketawa sakan. Seakan tidak percaya Jane mengungkapkan perkataan itu.
Jasmine: r u kidding?
Jane: No. I’m really in love.
Jasmine berfikir seketika, lalu tersenyum.
Jasmine: Hahaha.. I macam tak percaya.
Jane: U got to believe this.
Jasmine: Siapa jejaka bertuah tu?
Tidak sabar rasanya Jasmine mengetahui cerita Jane. Selama ini, Jane tidak pernah begitu serius mengungkapkan perasaannya. Dia mungkin mudah tertarik pada lelaki, tetapi jatuh cinta bukanlah perkara yang senang untuk gadis itu.
Jane: Malunya.His name is Dev.
Jasmine: Hahaha. Malu apanya. We are friends. Nice name. Tak sabar nak jumpa orangnya.
Jane: His a nice guy too. Hehehe.
Jasmine: n must be handsome too. Hahaha. So, u must be in a relationship now.
Jane: hehehe. Pandai u teka.
Jasmine:I’m so happy for u!! Bila nak rasmikan? Can’t wait.
Jasmine tiba-tiba teruja. Dia sangat berbahagia mengetahui cerita Jane. Akhirnya temannya itu menemui seseorang yang teristimewa.
Jane: I’m not sure yet. He hasn’t proposed me yet.
Jasmine: u proposed him la. Hahaha.
Jane:Crazy.
Jasmine: Hahahaha. Tak sabar nak tengok u kawin.
Jane: The time will come. How’s your Mr. Wrong? Hehehe..
Air muka Jasmine berubah membaca perkataan Jane. Dia faham sangat siapa yang dimaksudkan oleh kawannya itu.
Jasmine: Nothing. Malas nak cerita fasal orang tu.
Jane: ‘orang tu’? Tak baik u gaduh2 dengan dia. He’s a good guy, u know.
‘Good guy’? Jasmine tersenyum sinis.
Jasmine: Whatever.
Jane: I’m serious. I tengok u padan dengan dia.
Jasmine: Ueekk..
Geli tekak Jasmine membaca perkataan-perkataan dari Jane.
Jane: Hahahah. U ni. Think about it. Siapa tahu dialah Mr. Right u.
Jasmine: I hope not.
Jane: Up to u la. Oopps. My sweetheart want to chat with me. Hehehe.
Jasmine: sweetheart?? Ok. Hope to see u soon. Gd n8. Send my regard to ‘your sweetheart’.
Jasmine tersenyum lagi, geli hati dengan Jane. Maklumlah orang bercinta. Kalau dulu bermati-matian geli dengan gelaran-gelaran manja. Sekarang, bila terkena, dia yang lebih. Jasmine menekan pada tab ‘log out’.
Dia membaringkan diri di katil, kemudian membiarkan fikirannya melayang-layang. Dia terbayang Jane berpakaian pengantin Punjabi bersama bakal suaminya. Mereka menari-nari macam dalam cerita-cerita Hindustan yang pernah ditontonnya. Jasmine terus menonton bayangan temannya yang sedang menari di dalam mindanya sambil ketawa-ketawa kecil.
Watak Jane tiba-tiba berubah menjadi dirinya. Jasmine menari-nari sambil berpakaian Sari merah garang. Dia sedang berada di tempat yang tinggi dan berangin. Angin yang kuat itu tiba-tiba menerbangkan selendangnya.
“Oh, tidak,” sempat dia berkata-kata dalam khayalannya sendiri. Dia berlari-lari dengan ayu cuba mendapatkan selendang itu semula.
Tiba-tiba lagi, selendang itu berhenti terbang. Rupa-rupanya, seseorang telah menyelamatkan selendangnya. Siapakah hero Hindustan itu?
“Kau?!”
Jasmine tersedar dari dunia khayalannya. Cepat-cepat dia bangkit dari berbaring. Dia menampar dahinya, menyesali diri.
“Banyak-banyak orang dalam dunia ini, kenapalah kau juga yang datang. Aku tak suruh pun kau datang. Aku nak Aamir Khan,” Jasmine mengeluh berat. Nampaknya Ben lah yang telah muncul sebagai hero dalam angan-angannya tadi. Hancur harapannya menari berduet dengan Aamir Khan.
“Jasmine.. Min..” suara Puan Christina mengejutkan Jasmine. Suara itu kedengaran cemas.
Cepat-cepat Jasmine berlari ke pintu.
“Ada apa mum?” Jasmine bertanya sejurus menemui mummynya di depan pintu.
“Tuan Albert pengsan. Puan Rose telefon tadi minta Min datang ke rumah sekarang juga,” jawab Puan Christina termenga-menga.
Jasmine segera bergegas menyiapkan peralatan-peralatan yang diperlukan. Dia mengambil kunci keretanya dan berlari anak meninggalkan bilik tidur.
***

Wednesday, February 9, 2011

Takut Kahwin 16

Daun pintu diketuk lembut tetapi frekuensinya tinggi. Mimpi atau kenyataan, Jasmine masih terbuai-buai dalam mode tidurnya. Dia bergelut dengan kemalasan di awal pagi itu. Akhirnya, dia mampu juga membangunkan tubuhnya yang terasa sangat berat. Barulah jelas pada pendengaranya suara Bibi Sutini, pembantu rumah part-time mereka.
“Non.. Nona Jasmine.. Non..” perlahan saja suara di balik pintu.
“Iya.. Sekejap,” Jasmine membalas malas sambil berjalan menuju ke muka pintu. Apa sajalah yang Bibi ni mahu sekarang. Sempat lagi dia mengomel.
Pintu dibuka, bibi Sutini berdiri tegak di depan pintu sambil memegang sebuah kotak berwarna pink. Jasmine mula tertanya-tanya.
“Nona Jasmine kok lambat sekali dibukain pintunya sih,” Bibi Sutini mengeluh sedikit.
“Maaflah, Bik. Bibi pun awal-awal pagi mengetuk pintu. Ada apa?”
“Nah, ini dikasi sama seorang jejaka tadi. Katanya ini kiriman orang,” Bibi Sutini menghulurkan kotak pink yang kecil itu kepada Jasmine yang berfikir dalam.
“Siapa?” Jasmine bertanya ingin tahu. Hari ini bukan harijadi aku. Bukan juga hari Valentine. April Fool dah hampir 5 bulan yang lalu. Jasmine terus berfikir-fikir.
“Mana saya tahu nona. Laki-laki itu ga bilang namanya. Ambil dong kotaknya,” sahut Bibi Sutini lurus. Langsung dia tiada kena mengena dengan kejadian kotak pink itu.
“Oh ya. Terima kasih bi. Mum, Debby, mana?” Jasmine menyambut kotak itu lalu bertanya lagi.
“Katanya, mereka lagi ke pasar,” Bibi Sutini menjawab.
“O.. Bibi sambunglah kerja. Terima kasih hantar kotak ni,” Jasmine menutup bicara.
“Sama-sama,”
Jasmine menutup pintu perlahan. Kepala otaknya dipaksa berfikir secara kritis di awal pagi. Kotak pink dan jejaka misteri. Apakah maksudnya? Jasmine terus berandaian. Mungkin jejaka itu merupakan peminat rahsianya, ataupun seorang pesakit yang ingin berterima kasih, ataupun hadiah istimewa daripada syarikat insurans. Jasmine menimbang-nimbang kelogikkan disebalik pendapat-pendapat itu. Semuanya ada kemungkinan. Apa-apapun, lebih baiklah buka kotak dan periksa isinya.
Kotak pink yang bersalut baldu itu dibuka penuh berhati-hati. Dan isinya.. seutas rantai tangan perak yang sangat indah. Jasmine terlopong. Sungguh cantik dan menarik. Mutiara-mutiara putih kecil menatah indah rantai tangan itu. Tapi siapa yang bagi? Jasmine berfikir terus. Rantai tangan.. rantai tangan.. Ah!!!
Jasmine menutup balik kotak pink itu. Dia tahu siapa pengirimnya. Tapi itu pastinya bukan rantai tangannya yang telah hilang.
***
“Selamat pagi Tuan Pengarah,” Julia, setiausaha Ben menyapanya mesra sebaik melihat kelibat bosnya itu.
“Selamat pagi. Lunch nanti awak pesankan saya makanan. Hantar di bilik. Lagi satu jangan benarkan siapa-siapa masuk. Kata saya sibuk,” ujar Ben tegas kepada setiausahanya.
“Baiklah. Tuan, tadi ada seorang wanita nak saya sampaikan barang ni kepada Tuan. Dia cakap terima kasih banyak,” Julia menghulurkan sebuak kotak pink.
Ben tersentak. Itu barang kemas yang dikirimnya untuk Jasmine dengan perantaraan seorang pekerja hotel. Kenapa boleh ada di tempatnya semula.
“Siapa yang bagi kotak ni?” Ben bertanya ingin tahu.
“Seorang wanita muda. Berkaca mata. Dia bagi dengan saya awal pagi tadi. Kebetulan saya terjumpanya di bahagian receptionist,” Julia menceritakan segala-galanya.
Memang tidak lain dan pastinya tidak bukan, Jasmine sendirilah yang mengembalikan rantai tangan itu. Tapi kenapa? Ben tiba-tiba tak puas hati.
“Terima kasih,” Ben mengambil kotak itu dan berlalu ke pejabatnya.
Sekarang apa pula masalah puan dokter ni, Ben berfikir sambil mengurut dahinya. Kotak berwarna pink itu dibuka. Rantai tangan itu masih kemas di sana.
“Tinggi betul ego si Puan tu. Agaknya rantai tangan ni tak cukup mahal nak gantikan rantai tangan dia yang hilang kot,” Ben bermonolog.
“Apa-apapun saya akan pastikan dia ambil rantai tangan ni. Dia fikir dia tu siapa nak tunjuk ego dengan aku,” ucap Ben lagi. Dia nekad memberikan kotak itu kepada Jasmine. Dia mesti mengalahkan ego dokter itu.
“Julia, tolong hubungi Dr. Jasmine Lee dari Klinik Dr. Chong. Saya nak adakan appointment dengan dia tengah hari ini,” Ben member pesanan melalui talian. Dia tahu besar kemungkinan doctor itu akan menolak dan memberi macam-macam alas an. Tapi sudah tiba masanya dia bertindak sebagai seorang lelaki dewasa.
“Baik, Tuan,” sahut Julia.
“Jasmine.. Jasmine.. Cukuplah kau dengan perangai budak-budak kau tu,” Ben seolah mengeluh. Dia ternyata sudah bosan dengan drama yang tercipta antara mereka selama ini. Selama ini dia sudah banyak membazir masa dan tenaga untuk bertelingkah dengan seorang wanita ego. Dia rasa masanya sudah tiba untuk mengakhiri semuanya.
Tut.
“Dr. Jasmine dah setuju dengan appointment yang Tuan minta. Jam 12.30 di Royal Recipe,” suara Julia terputus di hujung talian.
“Baik. Terima kasih,”
Ben menutup semula kotak itu, kemudian beralih kepada kerja-kerjanya yang tertangguh sejak semalam di atas meja.
Masa rehat makan tengah hari akhirnya tiba. Ben menyelak jam tangannya. Jam 12.15, sekejap lagi dia ada janji temu. Dia mengemas fail-fail sebelum berlalu meninggalkan pejabat. Kotak berwarna pink dimasukkan ke dalam kotnya. Destinasinya, restoran di tingkat bawah Hotel Golden Royal.
Sebaik menjejakkan kaki ke dalam restoran Royal Recipe, dia sudah dapat menangkap kelibat seorang wanita berkemeja biru muda stail victoria duduk sendirian di suatu sudut.
“Hello,” Ben menyapa pendek. Sungguh tegang.
“Ada urusan apa lagi encik dengan saya,” Jasmine berterus terang. Tiada pendahuluan atau kata alu-aluan terlebih dahulu. Dia agak terkejut dengan panggilan dari setiausaha Ben pagi tadi. Kalau ikutkan hati, dia tidak mahu berjumpa lagi dengan lelaki itu.
“Take it easy, mam. We will settle everything by today,” Ben membalas selamba sambil mengambil tempat duduk bertentangan dengan Jasmine.
“I’m glad to hear that. Sekarang, cakaplah apa yang encik nak,” Jasmine bersuara tegas, langsung tiada kompromi.
“Why not we order our lunch first,” Ben cuba berlagak professional. Sengaja dia menduga kesabaran Jasmine.
“No, I don’t feel like eating now. Straight to the point,” Jasmine menolak mentah-mentah pelawaaan Ben. Matanya merenung tajam wajah Ben.
“Well, if that’s your wish,” Ben berlagak pasif. Dia mengeluarkan kotak pink dari dalam kocek kotnya. Kemudian meletakkannya di atas meja, sebelum meluncurkan kotak itu tepat di depan Jasmine.
` “I want you to take this,” ujar Ben serius.
“Sorry, but I can’t. This is not mine,” Jasmine menjawab tegas.
“Please. Take this,”
“I only take what’s mine,”
“Doctor Jasmine, tolong ambil gelang ini,” nada suara Ben agak berubah dari yang sebelumnya.
“I can’t,” Jasmine masih berkeras dengan pendiriannya.
“Tolong lupakan ego awak sekejap. Untuk pengetahuan awak saya dah bosan melayan perangai kebudak-budakkan awak,” giliran Ben berterus terang dengan nada tegas.
Jasmine terkelu. Tak sangka Ben akan mengherdiknya begitu. Dia hanya mampu berdiam.
“ Kalau awak nak saya cari gelang awak yang hilang tu, saya minta maaf. Saya tak ada masa. Saya bagi gelang ni sebagai ganti pun dah kira okay tau. Kalau orang lain, jangan harap awak dapat macam ni,”Ben terus mengeluarkan apa yang terpendam dalam hatinya. Nasib baiklah tak ada orang yang duduk di sebelah-menyebelah meja mereka, kalau tidak alamatlah mereka menerima jelingan-jelingan liar dari sekeliling kerana suara Ben agak kuat.
Jasmine tidak mampu membalas apa-apa. Dia bagaikan ditampar di kedua-dua belah pipinya. Mukanya dirasakan panas. Sakit hatinya. Jasmine tidak dapat menahan perasaannya lagi, dia terus berdiri.
“Terima kasih kerana berterus terang. Saya minta diri,” Jasmine mencapai tas tangannya sebelum membawa diri.
“Awak mesti ambil gelang ni,” Ben seperti mengarahkan Jasmine yang masih berdiri di depan meja.
“Tak perlu. Saya hanya perlu tahu benda tu dah hilang,” Jasmine berjalan pantas meninggalkan meja itu.
Ben terdiam pula. Kata-kata Jasmine membuatnya berfikir seketika. Maksudnya?
***
Suara Puan Christina dan Debby tenggelam timbul dalam pendengaran Jasmine sebaik dia melangkah masuk ke dalam rumah. Suara itu datang dari arah ruang makan.
“Min dah balik. Marilah makan,” ujar Puan Christina sebaik menyedari kehadiran Jasmine di muka pintu.
Jasmine mengambil tempat duduk di sebelah ibunya. Masih senyap. Mukanya tawar dan lesu.
“Kak ni kenapa? Penat ek?” Debby pula menegur, melihat ketidaknormalan sikap Jasmine malam itu.
Jasmine hanya menggeleng kemudian menceduk lauk ke nasinya. Dia menyuapkan makanan ke mulutnya perlahan.
“Kak masih marah fasal hari tu ke? Debb minta maaf,” kata Debby kesal. Dia tidak selesa hati melihat kakaknya bersikap begitu pasif.
“Tak. Saya tak apa-apa,” Jasmine tersenyum paksa, setakat menyenangkan perasaan dua orang wanita di depannya. Sebenarnya dia masih terkesan dengan kata-kata Ben tengah hari tadi.
“Mungkin Min penat. Makanlah banyak-banyak,” Puan Christina cuba memahami anak sulungnya itu.
“Oh ya, mum. Dengar-dengarnya Datin Shirley Ceung ada seorang anak lelaki. Lawyer. Berapa agaknya umur dia ek?” Debby tiba-tiba menimbulkan topic yang pelik. Dia menjeling Jasmine nakal.
“Entahlah. Mana mummy tahu. Debb ni macam wartawan lah. Dari mana Debb dengar semua ni?” Puan Christina semacam curiga.
“Tak lah. Debb dengar dari pekerja-pekerja di spa,”Debby tersengih.
Jasmine terus diam sambil menikmati makan malamnya, tidak mengambil peduli perbualan Puan Christina dan Debby. Dia tenggelam dalam dunianya sendiri.
“Dorang cakap, namanya Mark Cheung. Handsome, tinggi, tegap lagi,” ujar Debby penuh berminat. Sengaja dia menekankan perkataan ‘handsome’ untuk memancing perhatian Jasmine.
“Jadi? Debby berkenan ya. Nanti mummy cakap dengan Datin Shirley,”gurau Puan Christina.
“Eh, apasal pula Debb. Untuk ‘orang tu’ lah,” Debby memuncungkan bibirnya kea rah Jasmine yang asyik makan sampai tak ingat dunia.
Puan Christina memberikan isyarat berhenti melalui riak wajahnya. Debby seperti menjolok sarang tebuan.
“Kenapa pula? Betullah kan,” Debby masih tidak faham signal yang diberikan mummynya, malah terus bercakap.
Jasmine mula menyedari sesuatu yang berbau muslihat dalam percakapan Debby.
“Ada apa ni?” dia bertanya sambil cuba mencari jawapan pada wajah mummynya dan Debby.
“Tak ada apa-apa,” Puan Christina tersengih-sengih, cuba menutup maksud percakapan Debby.
“Eh, adalah. Begini..”
“Debby ni. Tiba-tiba berkenan dengan anak kawan mummy,” Puan Christina cepat-cepat memintas percakapan Debby. Kalau dibiarkan, silap-silap ada bom meletus.
“Eh, mana ada. Mummy ni. Debb rasa kak..”
“Oh ya, Puan Rose kirim salam dengan Min. Lupa pula mummy sampaikan,” Puan Christina mematikan niat Debby lagi. Dia memandang tajam kea rah Debby yang buat-buat bodoh dengan mood buruk Jasmine.
“Ye ke.. Sampaikan salam saya juga kalau mummy jumpa dia lain kali,” Jasmine seperti endah tak endah saja, masih menikmati makanannya.
“Debb hampir terlupa nak bagi tahu kak. Masa majlis anniversary hotel tu, Abang Ben ada bertanya fasal kakak,” Debby tersenyum mengenang peristiwa dua malam yang lalu. Sebut fasal Puan Rose dia terus lupa akan niatnya tadi.
Jasmine tiba-tiba berhenti makan, kemudian merenung Debby.
“Please don’t ever mention that name in front me anymore. Saya tak suka,” Jasmine mendengus. Dia menghabiskan makanan yang tersisa di pinggannya sebelum meninggalkan meja makan dengan wajah garang. ‘Abang’? Jasmine macam bermasalah dengan gelaran Debby tadi.
Puan Christina dan Debby mati kata, bingung dengan Jasmine. Tak tahu apakah dosanya menyebut nama Ben.
“Kakak tu kenapa?” Debby bertanya kepada mummynya sebaik Jasmine hilang dari pandangan mata.
“Tak tahulah. Apa pula masalah budak tu sekarang,” berkerut Puan Christina memikirkan Jasmine.
“Kepala angin betul,” Debby mengomel sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut.
“Biarkan dia. Bila mood dia dah baik, kita tanya,” Puan Christina enggan memikirkan lagi soal anaknya itu.
***
Melodi lagu ‘Excuse me’ nyanyian penyanyi Sweden, Sophie Zelmani seolah-olah membawa inspirasi ke dalam ruangan yang tidak bernyawa. Natasha tenang menggerakkan jari-jemarinya melakar bentuk-bentuk pakaian. Jiwanya tenang mendengar alunan bersahaja lagu itu. Dia duduk bersantai pada sofa panjang, membiarkan dirinya dibuai angin sepoi-sepoi dari arah balkoni kondominiumnya.
“Working hard, Miss Preety,”Jeannete, pengurus peribadi Natasha menegurnya sambil mengeggam dua gelas mug berisi white coffee.
“Of course. I’m in my mood,” sahut Natasha terus melakar-lakar pada kertas putih.
Jeannete hanya tersenyum. Dia menghulurkan sebuah mug kepada Natasha.
“Kalau ya pun, minumla h dulu. For more inspiration,” ujarnya.
“Thanks,” Natasha meletakkan kertas dan pensilnya di meja kecil sebelum menerima mug tersebut. Aroma white coffee itu cukup menggodanya.
“You know, Jean. I have this dream. I want to have my own model agency,” Natasha menghirup white cofeenya.
“You will achieve it someday, if you keep doing your best,” Jeannette menyutik semangat pada Natasha.
“I will,” Natasha tersenyum manis, senang dengan kata-kata Jeannete tadi.
“May I ask you something?” tanya Jean. Ada sesuatu yang serius perlu ditanyakkan kepada Natasha. Sesuatu yang pasti menarik minatnya.
“Go ahead,” Natasha menghirup minuman.
“Mr. Ben and Dr. Jasmine ada apa-apa hubungan tak? I mean personal relationship beside patient and doctor,” Jeannette menimbulkan isu sensitive, sengaja membangkitkan rasa ingin tahu Natasha.
“I don’t think so. Why? You know anything?” Natasha curiga.
“Oh, it’s nothing actually. I saw them at the hotel today,”
“So?”
“They were talking about something serious. I’m sure bukan consultation. Nampak tegang,” Jeannette menerangkan lebih dalam. Dia mengingat kejadian tengah hari tadi di restoran Royal Recipe. Kebetulan, dia sedang menunggu Natasha yang sedang menjalankan seisi fotografi di kolam renang. Dia melihat Jasmine berjalan dengan wajah tegang meninggalkan restoran itu beberapa minit kemudian.
Natasha berdiam dan berfikir. Ada sesuatu di antara kedua orang itu yang tidak diketahuinya. Dia mesti tahu apakah itu.
“Could be, she’s your love rival,” kata Jeannette dalam nada bergurau.
“Impossible,” Natasha tersenyum sinis. Tapi mungkinkah? Dia mula menyimpan kecurigaan terhadap doctor itu.
***

Monday, February 7, 2011

Takut Kahwin 15

Alunan muzik instrumental lagu “Lady di” memenuhi segenap ruang ballroom Golden Royal Hotel pada malam yang ceria itu. Chandelier Kristal yang tergantung di siling tambah menyerikan suasana malam. Pentas yang dihiasi dengan warna merah dan keemasan menandakan kemeriahan majlis isimewa malam itu.
Para undangan kelihatan sudah mulai berdatangan, masing-masing berpakaian formal sesuai dengan Majlis Ulang tahun Golden Royal Hotel yang ke-30 tahun. Dari orang-orang kenamaan sehinggalah pekerja biasa, semua menerima jemputan menghadiri majlis gilang-gemilang malam itu.
Puan Christina, Tuan Albert, dan Ben sibuk melayan tetamu yang hadir. Tak cukup tangan mereka menyalam tetamu-tetamu yang hampir memenuhi meja-meja yang tersedia. Senyum tak pernah lekang dari muka,itulah nasib jadi orang penting.
Muzik berterusan dengan melodi yang sedikit ‘slow’ menerusi lagu instrumental “Souvenirs D’Efance”,memberi mood yang sedikit tenang kepada para hadirin. Suasana agak riuh rendah dengan jumlah manusia yang memenuhi dewan itu.
Debby dan Puan Christina terpinga-pinga sebaik memasuki dewan yang hampir penuh itu. Sepertinya tiada ruang lagi untuk mereka. Debby mengenakan dress beropol berwarna peach dan berlengan pendek sementara Puan Christina mengenakan dres panjang, potongan lurus berwarna biru gelap yang sesuai dengan usianya. Keduanya nampak anggun dengan penampilan masing-masing.
“Eh, Puan Christina. Selamat datang,” Puan Rose segera menyambut dua anak beranak itu setelah menyedari kehadiran mereka dengan senyuman hangat.
“Terima kasih. Cantik Puan malam ni,” Puan Christina memuji keanggunan wanita di depannya. Dia nampak sangat sesuai mengenakan gaun merah tua dan selendang malam itu.
“Terima kasih juga. Debby dan Puan Christina apa kurangnya. Manis sekali,” Puan Rose membalikkan semula pujian sambil tersenyum.
“Banyak tetamu kan malam ni?” sengaja Puan Christina bertanya demi melihat kemeriahan dalam dewan.
“Bolehlah. Kami jemput semua pekerja sekali. Tu yang nampak meriah ni. Eh, tak nampak Jasmine pun?” Puan Rose bertanya seraya memandang ke kiri kanan.
“Oh.. Jasmine kurang sihat malam ni, dia berehat di rumah,” cepat Puan Christina menjawab. Debby sekadar berdiam, tahu persis kebenaran di sebalik kenyataan mamanya.
Sebenarnya Jasmine sihat walafiat. Dia cuma mengelakkan diri daripada berjumpa dengan Ben. Sengaja dia mengada-adakan alas an untuk memboloskan diri dari menghadiri majlis itu.
“Begitu ke? Kesian dia. Tak apalah. Tunggu sebentar ye. Saya panggilkan waiter untuk tunjukkan meja,” Puan Rose memanggil seorang waiter.
“Tolong bawa Puan dan cik ni ke meja VIP,” Puan Rose mengarahkan seorang lelaki yang kemas berpakaian uniform. Lelaki itu mengangguk patuh kemudian menunjukkan gesture yang mempelawa Debby dan Puan Rose agar mengikutinya.
“ Jumpa nanti,” Puan Christina tersenyum sambil berlalu meninggalkan Puan Rose diiringi Debby.
Ben dapat memerhatikan kedua gerangan wanita itu menuju ke meja VIP. Lega hatinya mendapati hanya ada dua orang di sana, bolehlah dia menjalani majlis malam itu dengan penuh nikmat tanpa was-was. Dia tersenyum bahagia.
Terima kasihlah, puan doctor sebab tak datang,bisiknya dalam hati sambil terus melayani tetamu-tetamu kehormat yang baru tiba dengan penuh semangat. Tiba-tiba matanya terpandang seorang gadis yang kelihatan begitu bergaya dengan gaun merah garang yang agak mendedahkan bahagian dadanya. Sungguh tidak dapat dinafikan kejelitaan si gadis, sehingga semua mata memandang tubuhnya yang dihias indah. Rambut paras pinggangnya yang bergelombang menambahkan daya penariknya malam itu. Ben terpegun seketika, malah mulutnya hampir melopong memerhati keindahan tersebut. Deena tiba-tiba pula muncul dalam ruangan matanya, menyapa gadis itu dengan ciuman mesra di kedua belah pipi. Barulah Ben tersedar gadis yang memukaunya tadi adalah Natasha. Segera dia kembali ke dunia nyata. Ni lagi seorang, buat apa dia datang pula. Ben mengeluh lagi. Terus tubuhnya berasa tidak selesa.
“Hai Ben,” Natasha menegurnya dengan senyuman yang sangat termanis.
“Hai, silalah duduk,” Natasha menurut pelawaan Ben dengan lenggok tubuhnya yang pasti menarik perhatian lelaki-lelaki di sekelilingnya. Deena melempar senyuman terselit makna sewaktu ingin melewati Ben.
“Kenapa awak bawa dia datang sini,” Ben separuh berbisik kepada Deena sewaktu Deena melewatinya.
“Suka hati sayalah,” Deena menjawab sinis disertai senyuman yang memanaskan hati Ben kemudian berlalu menuju ke tempat Natasha.
Ben hanya mampu memerhatikan kedua-dua gadis itu, tiada apa yang mampu dilakukan untuk menghalang. Dia terus beredar ke meja lain lagi untuk bertemu dengan tetamu-tetamu yang lain.
Debby sudah menghabiskan separuh gelas vanilla coke yang dimintanya tadi. Dia kelihatan kebosanan. Puan Rose sedang rancak berbual dengan teman-teman seusianya di kerusi sebelah. Tapi dia sendirian, tiada teman berborak. Dia hanya mampu berkhayal untuk melayan hatinya. Pandangannya hinggap pada jelitawan yang duduk selang dua meja di depannya. Gadis yang pastinya menjadi pujaan hati ramai lelaki. Apakah perasaannya mempunyai penampilan luaran yang sempurna? Debby tertanya-tanya sambil menongkat dagu.
Suara pengacara majlis menghentikan lamunanya. Para hadirin pun mulai beransur-ansur senyap bagi memberi tumpuan kepada majlis yang akan bermula. Keluarga Fernandez suda mengambil tempat mereka, satu meja dengan Natasha.
Kesian Kak Jasmine tak ada jodoh dengan orang macam Ben. Memang sahlah si Ben tu akan kahwin dengan Natasha. Tiada harapanlah nak tinggal free di hotel lima bintang ni, Debby berkata-kata dalam hati sambil terus memerhatikan Natasha yang duduk di samping Ben. Bestnya jadi cantik ni, semua pun boleh dapat dengan senang. Petik jari je, semua jadi, sambung Debby.
Acara dimulakan dengan persembahan penyanyi wanita terkenal. Penyanyi tersebut menyanyikan dua buah lagu yang cukup meletup.Dari tepukan gemuruh yang mengakhiri persembahan nyanyian itu, para hadirin sangat teruja dengan persembahan pembukaan. Tuan Albert diberi ruang untuk menyampaikan ucapan sempena Majlis Ulang Tahun Hotel Golden Royal yang ke-30 tahun. Ben juga tidak ketinggalan memberi sepatah dua kata.
Natasha tersenyum bangga melihat Ben berucap di pentas. Lelaki itu berucap dengan penuh berkeyakinan dan berkaliber. Perawakkan tubuhnya yang tinggi dan tampan sudah pasti membuat wanita lain cemburu padanya, sekiranya Ben benar-benar menjadi miliknya. Pasti. Sedikit masa lagi, Natasha bersuara dalam hatinya.
“Tampan sungguh anak Puan Rose tu kan,” kata seorang teman rapat Puan Christina sementara mendengar Ben berucap.
“Betul tu. Sudah tampan, berketrampilan lagi. Untunglah gadis yang bersuamikan dia,” suara lain membalas.
Puan Christina sekadar mendiamkan diri. Tiada apa lagi yang perlu ditambahnya untuk menyatakan kelebihan yang ada pada Ben. Lagipun, tiada gunanya. Sudah punah harapannya bermenantukan jejaka pujaan wanita itu. Cukuplah Jasmine mendapat malu di mata Ben kerana keinginannya menjodohkan mereka.
Selesai seisi ucapan, makanan dihidangkan. Makanan Malaysia yang terdiri daripada gabungan makanan Melayu, Cina dan India menjadi menu utama malam itu. Dimulakan dengan sup cendawan sebagai pembuka selera, kemudian disusuli dengan menu utama dan diakhiri dengan pencuci mulut. Sementara itu persembahan-persembahan nyanyian dilanjutkan dengan penyanyi-penyanyi baru dan lama.
Ben mula rimas dengan kehadiran Natasha disampingnya. Gadis itu tidak habis-habis meminta perhatian. Sekejap meghulurkan makanan ini, kemudian itu. Macam-macam karenahnya yang menganggu konsentrasi Ben pada majlis itu. Puan Rose hanya mampu memperhatikan Ben berpura-pura melayan Natasha. Sebaik sahaja Natasha meminta diri ke tandas, Ben cepat-cepat angkat kaki ke luar dewan.
Dari jauh dia melihat seorang gadis berpakaian peach duduk seorang diri di kerusi berdekatan kolam renang. Macam dia mengenali gadis itu, kemudian dia menghayati raut wajah gadis itu dalam-dalam. Ben memberanikan diri menghampiri si gadis itu.
“Hello,” sapanya mesra.
“Hello.. Eh, Encik Ben,” Debby membalas dengan senyuman.
“Awak rupanya, Debby kan?” Ben menduga. Dia sengaja bertemu orang lain untuk mencari ketenangan daripada Natasha. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Debby.
“Ya, saya. Tak sangka Encik ingat lagi,”
“Mestilah saya ingat,”kata Ben cuba mengingat kejadian tiga bulan lalu, sewaktu party hari jadi Deena. Waktu itu, dia pertama kali menegur Debby kerana gelangnya. Oh ya gelang tu. Ben kembali teringat pertengkaran terakhirnya dengan Jasmine di klinik. ‘Pencuri’ terngiang-ngiang perkataan itu dalam telinganya.
“ Lama tak jumpa” sahut Debby ringkas mengegar lamunan Ben.
“Ya. Agak lama juga. Saya lagi selesa kalau awak tak panggil saya ‘encik’, formal sangat,”Ben membalas ramah. Dia rasa lebih selesa duduk di sana, berbanding bersama Natasha.
“ye ke? Tak kan nak panggil abang kot. Panggil encik je la,” Debby menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Serba salah nak menggelar Ben abang ataupun encik.
“Abang pun ok. Biasa Deena panggil begitu,” ujar Ben sambil tersenyum.
“ Okay la kalau macam tu. Oh ye, kenapa abang keluar. Abang kan orang penting di dalam?” Debby bertanya sedikit kehairanan.
“Oh. Emm.. Di dalam sesak sikit. Saya nak ambil angin,” Ben memberi alasan yang boleh diterima akal.
“Oh,” pendek balasan Debby.
Sepi.
“Kakak awak di mana?” Ben terlanjur bertanya kerana ingin memecahkan kesepian di antara mereka. Entah kenapa soalan itu juga yang keluar.
“Dia di rumah. Em.. Kurang sihat. Kenapa tanya?” Debby pula bertanya nakal. Agak hairan nama kakaknya meniti di bibir si abang kacak itu.
“OO. Tak ada apa-apa. Saja tanya,” Ben membalas pantas, takut Debby mula bertanya yang macam-macam.

“Oh, I see,” Debby tersenyum-senyum memikirkan sesuatu.
Teringatkan doctor itu, tiba-tiba Ben merasakan kesunyian. Kehadiran Jasmine selalu mengundang perasaan yang bercampur-baur. Kadang-kadang dia geram tetapi seringkali dia merasa sangat gembira kerana berjaya mengalahkan gadis itu. Dia bagaikan ketagih bertengkar dengan si doctor. Malam ni, dia merasa sedikit kekosongan. Menghairankan.
“Tak nak kirim salam?” ujar Debby mengembalikan fikiran Ben ke dunia nyata. Gadis bermata sepet itu tersenyum kucing dalam pandangan Ben.
“Hah?” soalan kurang bijak ditanyakan Ben dalam kebingungan. Dia tersentak seketika. Menyesal juga kerana tersalah tanya.
“Sini rupanya you,” suara lembut Natasha mengejutkan Ben yang masih berfikir-fikir.
Tolong! Jerit batin Ben. Baru saja dia nak melarikan diri dari si ‘dia’, sudah pun di depan mata. Debby pula terpegun melihat peragawati yang sedang berdiri di sebelah Ben. Sangat cantik, pujinya. Tak berkelip mata dia memerhati jelitawan itu. Tak sangka dia dapat bertentang mata dengan seorang yang sangat terkenal.
“This is Debby,Dr. Jasmine’s sister,” Ben terus memperkenalkan Debby kepada Natasha setelah mendapati mata Natasha memandangnya dengan curiga.
“Oh, hello. Natasha,” dia tersenyum semacam memberi amaran sambil menghulur salam perkenalan.
“Hello. My pleasure to meet you,” ujar Debby dalam keterujaan. Salam Natasha disambutnya mesra.
Natasha membalas dengan senyuman di bibirnya yang merah bak delima merekah. “Me too. By the way mana Dr. Jasmine?” sempat dia bertanya.
“Dia di rumah, kurang sihat,” Debby membalas masih memandang tepat pada wajah Natasha dengan kekaguman.
“Oh, I see. Ben, jom masuk dalam. Sekejap lagi acara penganugerahan akan bermula,” Natasha segera memaut lengan Ben, macam tercabar dengan kehadiran Debby di sana.
“Err.. Debby marilah masuk sama-sama,” Ben tersengih-sengih menahan malu dengan perlakuan Natasha.
“Tak apalah. Saya nak ambil angin lagi,” Debby segera menolak. Takut dianggap kacau daun.
“Kami masuk dulu, ye,” ujar Natasha lalu berjalan berpimpinan dengan Ben menuju ke dewan.
“Jumpa lagi,” Ben sempat melambai tangan kea rah Debby yang berseorangan di tepi kolam renang.
Debby membalas lambaian Ben sambil tersenyum simpul, keliru dengan respon Ben terhadap kehadiran Natasha tadi. Ada sesuatu yang tak kena, fikirnya. Teringat pertanyaan Ben tadi membuatnya tersengih sendirian. Ini pun pasti ada yang tak kena, Debby terus berandaian.
***

Wednesday, February 2, 2011

Takut Kahwin 14

Deena menyelak-yelak pakaian yang tergantung kemas di rak pakaian. Ini kali pertama dia merayau-rayau di butik Tash Collection yang serba maroon. Cahaya dari lampu yang bergemerlapan menambah suasana kemewahan. Semuanya menarik, moden dan elegan. Satu-persatu gaun malam diselaknya dengan pandangan kosong.
“Tak ada istimewanya pun,” Deena mengeluh sambil melarikan matanya ke sekeliling ruangan butik.
Tanpa sengaja, matanya terlihat sesuatu berwarna ungu tua. Dress singkat atas lutut tanpa lengan. Warna yang kaya disertai potongan berlapis-lapis menambahkan kesempurnaan pakaian itu. Dunia berhenti berputar seketika. Deena sedar, dia mesti memiliki dress itu.
“Wow. mesti mahal,” ujarnya perlahan sambil terus menghayati kesempurnaan dres ungu di matanya.
“Hello, Deena,”Natasha tiba-tiba menegur. Lama dia memerhatikan Deena berkeras di depan patung yang mengenakan rekaannya.
“Hey, Sis. How wonderful,” Deena membalas sapaan Natasha, kemudian terus memuja keindahan pakaian berona ungu di depannya.
“Do you want this?” Natasha sengaja bertanya, sedangkan dari pandangan mata Deena dia sudah tahu jawabannya. Dia menyentuh lembut dress rekaanya sendiri.
“I really do. It’s my desire,” Deena membalas dengan bersungguh-sungguh. Nada suaranya berbunga-bunga.
“Sure. You can have it. For free,”Natasha menghadiahkan senyuman manis yang terselindung makna.
“Free?” Deena mengulangi kata-kata Natasha, seperti tidak mempercayai apa yang baru saja didengarnya. Bola matanya hampir tersembul keluar.
Natasha mengangguk. “As a gift. But..”
“Yes?” Deena mendengar teliti.
“Help me to win your brother’s heart back. Can you?”ternyata ada udang di sebalik mi, ada kemahuan di sebalik kebaikan.
“Simple matter. I try my best, sis,” Deena tersenyum manis penuh berbunga-bunga. Semua tak ada hal yang penting dress itu menjadi miliknya. Dalam hatinya, dia berketawa besar.
“Mona, please take off this dress here,” Natasha memberi arahan kepada salah seorang pekerjanya dengan senyuman.
“Thanks, sis,” Deena memeluk manja Natasha tanda terima kasihnya. Bertuahnya badan Deena hati ini, bagai orang mengantuk disorong tillam.
Diam-diam Natasha mula terfikirkan langkahnya untuk memenangi hati Ben. Setakat ni, langkah pertama telah berjaya. Senyumannya melebar.
***
Tuan Albert leka membaca surat khabar di tepi kolam ikan. Puan Rose pula sibuk menyembur semburan baja pada anggeriknya. Pasangan itu sibuk dengan urusan masing-masing sementara menunggu kepulangan anak lelaki tersayang mereka petang itu.
“Agaknya boleh ke saya ni berbesan dengan Puan Christina, papa Ben,” tiba-tiba Puan Rose bersuara.
“Entahlah. Saya pun tak tahu,” balas Tuan Albert masih menyelak halaman surat khabar. Nadanya mendatar saja.
“Tapi kalau boleh biarlah Jasmine tu jadi menantu kita. Ada juga orang yang jaga kesihatan kita nanti,” kata Puan Rose lagi. Pandangan matanya jauh ke hadapan, memikirkan masa depan yang tak pasti lagi. Tiada siapa dapat meneka apa yang Puan Rose bayangkan saat itu.
“Saya pun fikir begitu juga, tapi tengok gaya Ben macam susah pula,” Tuan Albert kini melipat helaian surat khabar, kemudian mencapai cawan berisi teh hijau.
“Ben ni lah masalah utamanya. Dengar cerita dia dah menjalinkan hubungan semula dengan Natasha,”
“Ye ke? Tak ada pun Ben cerita,” ada keraguan disebalik ucapan Tuan Albert.
“Ben tu memang macam tu. Suka nak main rahsia-rahsia. Geram saya,” Puan Rose mendekati Tuan Albert yang duduk bersantai di kerusi taman.
“Saya tak tahu nak kata apa lagi, biarkan sajalah dia. Dah tua pun bukan anak kecil lagi,” Tuan Albert membalas endah tak endah. Kurang berminat dia ikut campur dalam hal-hal dalaman sebegitu.
“Umur tu memang dah tua, tapi fikiran masih macam anak kecil. Abang dan adik pun sama saja,” Puan Rose mengeluh geram sampai Deena pun terlibat sama. Kalau dia gunakan kuasa diktatornya sebagai seorang ibu, boleh saja dia memaksa Ben berkahwin dengan Jasmine secepat mungkin. Tapi apakan dayanya.
Deruan enjin Mercedez Benz memasuki kawasan parkir. Tidak lama kemudian, Ben keluar dari perut kereta berwajah monyok. Puan Rose dan Tuan Albert menghampiri anak mereka itu.
“Papa, Mama,” Ben menyalami kedua ibu bapanya sebaik menemui mereka.
“Macam mana, Ben dah rasa okay?” Tanya Puan Rose sambil mengusap belakang Ben lembut.
Ben hanya mengangguk. Moodnya agak tidak baik petang itu, sejak berperang mulut dengan Jasmine pagi tadi di klinik.
“Ben masuklah dulu. Nanti masuk angin di luar,” Tuan Albert bersuara sebelum mendorong Ben ke dalam rumah ditemani Puan Rose disampingnya.
“Ben nak makan apa malam ni?” Puan Rose bertanya penuh kelembutan.
“Apa-apa sajalah ma. Ben tak ada selera. Ben naik dulu ya ma, pa,” Ben minta diri sebelum naik ke tingkat atas menuju ke biliknya. Suaranya lemah dan tidak bermaya.
Puan Rose dan Tuan Albert saling berpandangan. Mereka kebingungan dengan sikap Ben. Macam perempuan datang bulan.
“Kenapa dengan Ben tu?” Puan Rose bertanya seolah-olah Tuan Albert tahu jawabannya.
“Manalah saya tahu anak awak tu,” Tuan Albert membalas selamba sebelum berlalu ke taman semula. Puan Rose pula terus berlalu ke dapur. Malas dia memikirkan fasal anak lelakinya.
Di atas, Ben sedang sibuk menyelongkar lacinya. Habis semua laci di biliknya dibongkar demi mencari seutas gelang perak. Tak kan aku dah jual, Ben berfikir. Dia berusaha mengingat kali terakhir dia menemui gelang itu. Berkerut dahinya cuba mengingat lokasi gelang itu. Ingat. Fikir. Gagal.
“Haish! Menyusahkan betullah!” Ben akhirnya mendengus. Nasib baik dia tidak melempar bekas pen di depannya kea rah cermin. Kalau tidak adalah dia dicuci telinga oleh mamanya.
Putus asa, dia menghempaskan tubuhnya di atas tilam. Cukup. Sudah. Aku tak nak cari lagi, putusnya setelah penat berfikir. Matanya ditutup rapat-rapat. Geram dan marah menyerang system emosinya. Puan dokter!
“yeah, my brother dah balik!” jeritan Deena menggegar gegendang telinga Ben. Adiknya itu menyerbu masuk tanpa mengetuk pintu. Tiba-tiba kegeraman memuncak ke seluruh tubuh Ben.
“Awak ni kenapa jerit-jerit,”ujar Ben garang sambil bangkit dari berbaring.
“Garangnya. Eh, kenapa bersepah ni? By the way, Bro, tengok dress ni. Lawa kan?” Deena yang tidak berapa peka dengan naik turun perasaan Ben terus menunjukkan dres ungunya pada si abang.
“Dah, saya tak peduli! Sekarang lebih baik awak keluar. Saya tak ada mood ni!” Ben menolak Deena keluar agak kasar kemudian menghempas pintu. Bergegar jantung Deena diperlakukan begitu. Baik-baik dia menegur abangnya, ni pula balasannya. Air matanya hampir menitis.
“Abang ni jahat!”
Suara terakhir yang didengar Ben sebelum dia terlelap dalam kegeramannya.
***
“Semua orang, cuba dengar ni,” Debby berlari-lari anak dengan laptop di tangan menghampiri Puan Christina dan Jasmine yang sedang bersantai-santai diruang tamu.
“Gamophobia ialah ketakutan melampau terhadap hubungan perkahwinan. Disebabkan takut pada komitmen,” Debby membaca barisan ayat yang tertera pada skrin di depannya. Kemudian terus menbaca. “ Contoh rawatan ialah behavior terapy dan anti-anxiety medication,”
“Jadi?” Jasmine cuba mencari perkaitan tindakan Debby dengan keadaan sekeliling mereka saat itu.
“Tepuk dada, tanyalah diri sendiri. Kalau kakak tak sedar-sedar diri lagi, nilah penyakit yang kakak hidapi sekarang,” Debby membalas dengan serius.
“Maksud Debb?” Puan Christina kebingungan.
“Takut kahwin,” ujar Debby dengan berkeyakinan seperti menembak Jasmine depan-depan.
“Min takut kahwin ke?” Tanya Puan Christina kepada Jasmine dengan nada curiga. Jasmine tidak mampu melarikan diri dari soalan itu.
“Mana ada..” nafinya dengan nada keraguan.
“Habis tu kenapa tak kahwin-kahwin lagi? Ah, jawablah. Jawab,” Debby seperti sengaja menyerang Jasmine. Jasmine terdiam, tak tahu nak kata apa.
“Betul ke, Min? Jadi Min ada penyakit gamophobia?” Puan Christina menduga lagi.
“Sudah terang lagi bersuluh,” ujar Debby bersemangat. Lain yang ditanya, lain pula yang menjawab.
“Itu bukan penyakitlah. Cuma fobia,” kata Jasmine, sekadar membalas pertanyaan Mummynya walaupun itu bukanlah jawaban yang sepatutnya. Nadanya mendatar, kedengaran serius.
“Jadi betullah cakap Debby, Min takut kahwin,” Puan Christina bersuara cemas. Sepertilah keadaan Jasmine sedang kronik.
“Oleh sebab itu, kita patut hantar kakak pergi jumpa psikatrik. Kalau dibiarkan lama-lama nanti semakin teruk,” ujar Debby memandai-mandai.
“Tak adalah sampai tahap macam tu. Saya tak apa-apalah,” Jasmine menafikan cadangan Debby. Sebenarnya, dia agak terkilan dengan kata-kata Debby.
Adakah mereka tidak tahu yang papa punca aku berperasaan begini? Adakah mereka tahu yang aku belum pernah menemui seseorang yang dapat menunjukkan kasih sayang seperti itu? Jasmine hanya mampu bertanya dalam hatinya. Tak mungkin dia dapat mengungkapkan kata-kata itu di depan Puan Christina dan Debby.
“Kak ni, janganlah keras kepala. Kakak mesti berusaha untuk menghilangkan fobia ini,” Debby bermati-matian memaksa Jasmine melakukan sesuatu yang bukan kemahuannya. Dia tidak cuba pun memahami situasi kakaknya.
“Saya naik dulu. Penat,” Jasmine mengangkat tubuhnya meninggalkan ruangan itu. Hatinya benar-benar terhiris. Dia merasa dirinya rendah. Kasih sayang itu jauh darinya. Dia mahu mencurahkan isi hatinya pada seseorang. Jane, sahabat karibnya. Dialah orang yang benar-benar memahami dirinya.
Puan Christina memerhati sayu Jasmine berlalu. Dia tahu hati Jasmine terkilan dari riak wajahnya. Dia agak menyesal kerana bereaksi keterlaluan tadi.
“Debb suka ke kakak sedih. Lain kali fikir dulu sebelum cakap macam-macam depan dia,” Puan Christina menegur Debby setelah Jasmine hilang ke tingkat atas.
“Tapi apa yang Debb cakap semua betul,” Debby cuba mempertahankan kedudukannya. Belum ada penyesalan terbit dalam hatinya.
“Kadang-kadang apa yang kita sangka kebenaran akan menyakiti orang lain. Jadi sebelum bercakap fikir dulu,” Puan Christina menasihati Debby yang belum menyedari kesilapannya. Dia kemudian melangkah ke tingkat atas, meninggalkan Debby mengenangi kesilapannya.
***
Puan Rose menyusun pinggan dan kutleri lainnya di atas meja makan sambil bernyanyi kecil. Hatinya girang malam itu. Petang tadi Deena memberitahu dia akan menjemput seseorang yang istimewa untuk makan malam. Mungkin saja seseorang itu sangat istimewa bagi Deena.
“Mak Jah, ayam panggang dah siap ke?” laung Puan Rose kearah dapur. Kelam kabut dibuatnya memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 7.30 malam.
Mak Jah terkedek-kedek menjinjing dulang berisi ayam panggang satu badan menuju meja. Perlahan-lahan dia menyusun dulang itu di tengah meja.
“Sekarang Mak Jah siapkan pula pencuci mulut. Biar saya uruskan meja ni,” perintah Puan Rose sambil membetulkan susunan beberapa pinggan berisi lauk. Mak Jah patuh, kemudian beredar semula ke dapur.
“Mama ada tetamu ke hari ni?” Ben bertanya selamba sambil memerhatikan hindangan lazat yang memenuhi meja.
“Deena jemput seseorang makan bersama kita. Eh, Ben kenapa pakai seluar pendek saja? Pergi tukar pakaian sekarang. Sekejap lagi tetamu datang ni,” ujar Puan Rose cemas.
Ben teragak-agak tetapi diturutinya juga arahan ibunya. Tidak lama kemudian, Deena muncul, menambah kegusaran Puan Rose yang masih sibuk membereskan meja makan.
“Mama, kami dah datang,” Deena tersengih-sengih menghampiri mamanya dengan lagak manjanya.
“Mana tetamu kita yang Dee cakap tu?” Puan Rose bertanya sambil memerhatikan sekeliling.
“Hai auntie,” suara lembut menyapa dari arah pintu.
“Itu pun dia. Kak Tash marilah sini,”
Harapan Puan Rose berkecai sama sekali. Bukan teman istimewa Deena yang menjadi tetamu malam itu. Rupanya Natasha, bekas kekasih Ben. Sia-sia usahanya sejak petang tadi. Kenyataan tidak seperti yang dia harapkan. Tapi yang hairannya, Ben sendiri tak tahu akan perkara itu.
“Hai, Natasha. Kamu rupanya tetamu kami malam ni. Jemputlah duduk. Auntie masuk sekejap,” Puan Rose tersenyum plastic sambil berlalu ke dapur.
Ben beriringan dengan papanya memasuki ruangan makan. Keduanya nampak terkejut melihat kehadiran Natasha di sana.
“Natasha is here,” Deena mengumumkan dengan nada riang gembiranya.
“Hello uncle, Ben,” ringan saja mulut Natasha menyapa. Dia tampil ringkas mengenakan blouse putih dan seluar jeans.
“Hello, Natasha. Kamu rupanya tetamu malam ni,” Tuan Albert menyalam hangat gadis tinggi lampai itu. Pandangannya beralih kepada Ben yang masih terkebil-kebil di sampingnya. “Ben tak bagi tau pun, Natasha nak datang,” soalan cepu emas khas untuk Ben. Macam menyindir pun ada juga.
“Saya sendiri tak tahu, pa. What a surprise,” jawab Ben pada papanya kemudian tersenyum kebingungan.
“Hai, Tash,” sapa Ben bersahaja lalu mengambil tempat duduk di sebelah Tuan Albert.
“So, how’s your business?” Tuan Albert memulai perbualan sekadar member nyawa kepada suasana dalam ruangan itu.
Dari pemerhatiannya, Ben tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda keintiman dengan Natasha. Kalau betullah apa yang isterinya ceritakan tempoh hari, tak kan Ben tidak tahu mengenai kedatangan Natasha malam itu. Bukankah sepatutnya Ben yang mengajak Natasha? Jadi kesimpulannya, mereka tiada hubungan istimewa seperti yang didakwa, Tuan Abert berkata-kata dalam hatinya.
“Okay. It’s improving,” balas Natasha memandang kearah Ben dengan senyuman manis yang menggoda.
Ben berpura-pura mengalihkan pandangan kepada Deena yang sibuk menunjukkan lirikan mata yang menjengkelkan. Ben menahan hatinya, mahu saja dia membalas lirikan itu tetapi Natasha hanya berada di depannya.
“Semua orang dah datang. Marilah kita mula makan,” Puan Rose menyertai mereka di meja makan. Berusaha dia memaniskan wajahnya di depan Natasha.
“Makanlah Natasha. Jangan malu-malu,” Tuan Albert mempelawa mesra. Dia mengangkat pinggan berisi ikan sweet and sour, kegemarannya.
Natasha kelihatan ragu-ragu. Dia memerhatikan satu-persatu makanan yang terhidang.
“Oh ya, Dee lupa nak beritahu mama yang kak Tash tak boleh makan makanan berlemak. Terutamanya waktu malam,” kata Deena sambil menggaru-garu kepalanya dan tersengih.
“Eh, ye ke. Auntie minta maaflah. Tak tahu pula,” ucap Puan Rose kesal, sedangkan dia berketawa besar dalam hatinya. Entah kenapa, dia mempunyai perasaan tidak suka yang kuat terhadap Natasha. Sedangkan dulu, sewaktu Natasha dan Ben masih bersama dia benar-benar menyenangi gadis itu.
“It’s okay. Saya boleh makan sayur,” kata Natasha sambil mencapai pinggan berisi masakan sayur kailan bersos tiram. Agaknya berapalah kalori makanan ni semua? Dia bertanya dalam hatinya.
“Sekali-sekala makan besar tak apalah. Lagipun Natasha dah kurus sangat uncle tengok ni,” giliran Tuan Albert bersuara.
“Lagi kurus, lagi bagus. Baru sesuai nak peragakan apa-apa saja jenis pakaian. Kan kak?” Deena pula menambah.
Natasha mengangguk diiringi senyuman palsu. Sengalnya budak ni, dia berbisik dalam hati. Memalukan aku je.
“Kau tu yang patut kuruskan badan,” Ben pula menyampuk, sengaja menyakitkan hati adiknya.
Deena memberikan jelingan berbisa kepada Ben yang tersenyum mengejek kearahnya.
“Sayanglah. Sedap auntie masak ayam panggang ni,” sengaja lagi Puan Rose menambah ketidakselesaan Natasha. Ayam panggang di atas dulang itu dihirisnya perlahan, mengumpan selera.
Ben hampir tergelak. Dia dari tadi hanya berdiam mendengar ahli keluarganya ‘membuli’ Natasha. Kesian juga dia ni, Ben bermonolog.
“By the way, thanks Tash sebab hari tu,” Ben cuba menyenangkan sedikit hati Natasha yang seperti mati akal di sana.
“You’re welcome, Ben. I gembira dapat tolong you,” Natasha teruja dengan penghargaan Ben. Akhirnya kewujudannya disedari Ben. Senyumnya melebar.
“Lupa pula auntie berterima kasih pada kamu, Natasha. Terima kasih banyak-banyak sebab tolong Ben,” ujar Puan Rose. Kali ini dia ucapkan dengan ikhlas.
“Sama-sama. That’s what friends for,” Natasha membalas mesra. Patutnya ‘friends’ tu digantikan dengan ‘girl friend’,dia menambah dalam hati.
“Kalau bukan sebab Natasha, entah apalah jadi dengan Ben,” Tuan Albert mengulas lanjut.
“Jadi anggaplah makan malam ni sebagai tanda ucapan terima kasih kita pada kak Tash,” Deena menambah lagi.
Ben berdiam lagi, sekadar menjadi pendengar setia perbualan mereka. Macam-macam soalan ditujukan pada Natasha. Macam-macam ucapan bersirat disampaikan mama dan papanya. Ben berpura-pura pekak, sehinggalah akhirnya makan malam tamat.
***
Tengah hari yang sangat panas. Jasmine menghirup Jus Oren sejuk untuk meyegarkan tekaknya. Baru saja dia habis makan tengah hari bersama Faroq. Dia masih terkesan akan ucapan Debby malam tadi, “Takut kahwin”. Bergema perkataan itu dalam kepalanya berulang kali.
“Hello, mengkhayal ke?” Faroq melambaikan jari-jemari di depan mata Jasmine yang membatu.
“Eh, tak adalah. Cuma berfikir,” cepat-cepat Jasmine menafikan sambil memainkan jarinya dengan straw. Tidak pula dia sedar yang Farouk sudah kembali dari mencuci tangan.
“Mengaku je lah. Apa yang awak khayalkan?” Faroq bertanya sambil memandang Jasmine dengan penuh berminat.
“Hish, orang cakap tak ada apa-apa lah,” Jasmine terus menafikan. Dia tak rasa sesuai berkongsi cerita tu dengan seorang lelaki.
“Tak pe lah kalau tak nak cerita,” Faroq buat-buat merajuk lalu meneguk air kosong.
“Sebenarnya saya ada nak tanya sesuatu pada awak,” Faroq bersuara semula, tapi kelihatan ragu-ragu, macam ada sesuatu yang penting.
“Apa dia?” Jasmine bertanya sedikit curiga.
“Awak kan perempuan, mesti awak tahu apa yang perempuan suka,” tersengih-sengih Faroq melontarkan kata-kata.
“Siapa yang cakap aku ni lelaki. Perempuan tak semua samalah. Depend la dengan orangnya,”jawaban Jasmine terselit lawak bodoh. Malas dia melayan si Faroq.
Farouk ketawa kecil. “Kalau perempuan tu seorang yang manja?” Makin rancak pula Faroq bertanya.
“Kalau dah macam tu, sahlah dia sukakan benda-benda yang cute. Macam budak-budak,” Jasmine menjawab endah tak endah. Jus oren dalam gelas disedutnya lagi.
“Contohnya?” memanjang pula soalan Faroq.
“Itu, awak kena fikirlah sendiri. Kenapa tanya semua tu? Awak dah ada girlfriend ek,”Jasmine mengenakan Faroq.
Farouk terdiam. Mati kata dibuatnya. Dia tertunduk mungkin malu, kerana apa yang dikatakan Jasmine terkena di hatinya.
Jasmine tiba-tiba ketawa kecil, lucu melihat perubahan reaksi Faroq. Jejaka yang muda dua tahun darinya itu memandangnya kesal. Rupanya pertanyaannya sudah cukup untuk dijadikan klu.
“Kan dah kantoi,”ketawa Jasmine masih tersisa.
“Cukup-cukuplah tu. Saya dah malu ni,”
“Pandai malu konon. Siapakah gadis yang berjaya menjerat hati Dr. Farouk ini?” Jasmine belum puas menyakat Farouk.
“Awak akan tahu juga nanti,” Faroq berteka-teki. Wajahnya terpancar kebahagian orang yang dilamun cinta.
“I wish you luck, then,” Jasmine menepuk bahu Faroq, menandakan sokongannya.
“Thanks, Sis. Jom kita jalan. Sekejap lagi jam dua,” Faroq berdiri kemudian meninggalkan meja makan.
Jasmine mengekori di belakang. “Sis”. Panggilan Farouk untuknya tadi melekat dalam fikirannya seketika. Memang terbukti yang selama ini Faroq menganggap Jasmine sebagai seorang kakak. Dia ketawa kecil lagi, geli hati mengingat kegilaan perasaannya yang hampir tersangkut pada jejaka rupawan itu di awal perkenalan mereka. Tidak meghairankan. Faroq mempunyai daya penarik yang sangat kuat. Di samping wajahnya yang tidak boleh dinafikan kekacakannya, dia juga seorang yang peramah dan senang bergaul. Sungguhpun begitu, dia tidak pernah berbangga dengan dirinya. Jasmine diam-diam menganggumi jejaka itu, selama ini.
Siapalah gadis yang bertuah tu, Jasmine menduga. Kalaulah aku muda sedikit, mungkin adalah peluang. Tambah Jasmine sambil tersenyum. Apa-apa pun dia mendoakan kebahagiaan Faroq yang boleh dianggapnya adik. Harapan Jasmine, gadis pilihan Farouk itu seorang yang terbaik untuknya.
“Melamun lagi mak cik ni. Cepatlah sikit,” suara Faroq menghamburkan perkataan-perkataan yang tersusun dalam minda Jasmine tadi. Dia seperti tersedar dari mimpi.
“Saya datanglah ni,” Jasmine mempercepat langkah kakinya.