Monday, February 28, 2011

Takut Kahwin 20&21

Natasha menghirup jus kiwi sejuk perlahan. Dia memerhatikan sekelilingnya dengan curiga disebalik kaca mata hitamnya. Takut-takut ada paparazzi yang mengejarnya, mencari cerita tentang dirinya. Nanti tak fasal-fasal dia menjadi mangsa cerita rekaan mereka.
“Hello, sis. Sorry lambat sikit,” Deena tiba-tiba muncul di ruangan mata Natasha.
“Hello,” balas Natasha lalu tersenyum sebelum berperilaku normal semula.
“Takut wartawan ke?” tanya Deena sambil mengambil tempat duduk di depan Natasha.
“Ya. Tapi nampaknya tak ada siapa-siapa yang ekori kak hari ni,” balas Natasha lalu menanggalkan kaca mata hitam Gucci.
“Kak ada perkara penting ke nak jumpa Dee ni. Kenapa tak datang je di hotel?” tanya Deena kehairanan. Pagi tadi, Natasha menghubunginya. Mengajaknya minum petang bersama.
“I have something to ask you,”
“Apa dia?” Deena semakin ingin tahu.
“Dee order la minuman dulu,”
Seorang pelayan wanita menghampiri mereka kemudian menghulurkan menu kepada Deena.
“Give me Durian cake and Watermelon juice. Thanks,” pesan Deena lalu menghulurkan semula menu.
“Ben dan Dr. Jasmine ada apa-apa hubungan ke? I mean something that I don’t know,” tanya Natasha terselit nada curiga.
“Oo.. Emm..” Deena ragu-ragu untuk menceritakan semuannya. Ben pernah melarangnya menceritakan hal tersebut kepada Natasha.
“Dee jangan risau. This will be our secret. Only you and me,” Natasha meyakinkan. Dia pasti ada sesuatu mengenai mereka yang dia belum ketahui. Dan dia harus mengetahuinya.
“Emm.. Promise me. Don’t let my brother know this,” ujar Deena separuh berbisik.
“I promise,” janji Natasha. Dia tidak sabar mendengar cerita sebenar.
“Actually, dulu mama nak cuba jodohkan abang Ben dan kak Jasmine. Tapi mereka berdua macam tak serasi. Jadi tak jadilah,” Deena menerangkan serba sedikit.
“Maksud Dee, mereka tak pernah keluar bersama?” tanya Natasha lagi. Memang betul sangkaannya selama ini. Mereka berdua pasti ada sesuatu yang tidak diketahuinya. Agak mustahil Jasmine nak menolak lelaki seperti Ben.
“Setahu Dee tak pernah. Mereka berjumpa pun sebab mama yang aturkan,” balas Deena.
“Jadi maksudnya mereka tak pernah ada apa-apa hubungan istimewa ?” Natasha meminta kepastian lagi. Walaupun tiada tanda-tanda positif di antara Ben dan Jasmine, dia dapat merasakan kedudukannya kini tercabar.
“Dee pasti mereka tak ada hubungan apa-apa. Kak tak payah risaulah. Kak Jasmine dan Abang Ben tu dah macam kucing dengan anjing. Kak Tash tetap calon yang paling sesuai untuk abang,” ujar Deena seperti cuba menyenangkan hati Natasha.
Natasha tersenyum nipis. Deena betul. Hanya dia yang layak untuk Ben. Tiada siapa yang boleh mengambil lelaki itu darinya.
“Kak belanja Dee hari ni,” Natasha tersenyum. Sesuatu bermain dalam kepalanya.
“Thanks very much sis,” Deena kesukaan. Tidak sia-sia dia membuka cerita. Pasti dia akan mendapat ganjaran.
***
Pelbagai jenis dan rekaan cincin tersusun rapi di dalam rak kaca. Ada yang besar, ada juga yang sederhana. Semuanya bersinar, memantul cahaya lampu di dalam kedai barangan kemas itu. Faroq memerhatikan penuh teliti.
“Ada yang saya boleh bantu?” seorang pekerja lelaki berwajah manis menyapa Faroq yang kelihatan begitu berminat.
“Boleh saya lihat cincin itu?” pinta Faroq sambil menunjuk kea rah cincin emas yang bertahtahkan batu berwarna biru tua.
Dengan cermat, pekerja itu mengambil cincin yang ditunjukkan Faroq kemudian meletakkannya di atas rak kaca itu. Faroq menyentuh cincin itu dengan mata bersinar.
“Faroq?” panggil Jasmine.
Faroq berpaling.
“Awak dah sampai. Marilah sini tolong tengokkan cincin ni,” ujar Faroq selamba, terus memerhatikan cincin tadi.
Jasmine melangkah menghampiri lelaki itu. Dia masih kurang jelas apakah tujuannya si Faroq mengajaknya ke situ pada petang hujung minggu begitu.
“Kenapa awak ajak saya tengok cincin ?” Jasmine bertanya kebingungan dan sedikit bengang. Apa tidaknya, rehatnya dihujung minggu diganggu hanya untuk menemani Faroq.
“You got to help me,” kata Faroq serius sambil memandang Jasmine.
“For what?” Jasmine bingung dengan Faroq. Kalau nak beli cincin kenapa nak ajak aku? Dia bertanya dalam hati.
“I want to propose your sister,”
Hah? Jasmine bingung. Tidak dapat memahami maksud dari perkataan Faroq. Melamar Debby? Apakah maksudnya?
“Apa maksud awak,”
“Saya nak melamar Debby, adik awak,” jelas Faroq megejutkan jiwa raga Jasmine.
“Apa!?Awak jangan nak main-main,” Jasmine menyangka Faroq sedang bergurau dengannya.
“I’m serious. Surprise,” ucap Farouk dengan senyuman, langsung tak kena pada waktunya.
Jasmine tak tahu macam mana nak bereaksi. Dia masih belum dapat menerima kenyataan. Jadi selama ini, Faroq dan Debby sudah menjalinkan hubungan tanpa pengetahuannya. Tapi macam mana? Jasmine ketawa terpaksa, cuba menerima kenyataan.
“So..”
“Exactly. Debbylah gadis yang saya maksudkan hari tu,” Faroq begitu selamba memberitahu Jasmine kebenaran yang tersembunyi selama ini.
“Awak tahu tak, awak hampir buat saya kena serangan jantung. Kenapa awak tak cerita awal-awal. Geramnya,” luah Jasmine yang sudah mampu menerima kenyataan. Langsung dia tidak menyangka perkara begitu akan terjadi.
“Sorrylah sis. Saya nak bagi surprise je,” Faroq ketawa kecil.
“Surprise kepala otak. Nasib baik saya tak ada sakit jantung,”balas Jasmine tersenyum nipis.
“Sekarang saya perlukan bantuan bakal kakak ipar untuk memilih cincin,” Faroq kini beralih pada cincin yang dimintanya tadi.
“I need your explanation later,”Jasmine seperti memberi amaran.
Jasmine tersenyum mendengar gelaran dari Faroq. Betulkah semua apa yang didengarnya tadi? Farouk dan Debby sebenarnya pasangan kekasih? Dan tidak lama lagi mereka akan menjadi suami isteri? Fikir Jasmine.
“Awak pilih cincin ni?” soal Jasmine dengan nada kurang senang.
“Ya. Cantik kan,” Faroq berbangga sambil memegang cincin yang dipilihnya.
“Cantik? Awak nak beli cincin untuk diri sendiri ke? Cincin ni tak sesuai untuk Debby,” bidas Jasmine.
“Ye ke? Habis tu cincin macam mana yang sesuai?” Faroq bertanya seperti tidak tahu apa-apa.
“Debby suka sesuatu yang cute, bukan elegan. Batu Sapphire ni nampak keterlaluan,” jelas Jasmine sambil melihat-lihat di sebalik rak kaca. Kemudian dia terpandang sebentuk cincin yang menonjol dari yang lainnya. Sebentuk cincin berwarna perak dengan ukiran bentuk rerama dengan permata kecil di atasnya. Sangat sempurna pada pemandangan Jasmine.
“Cuba tengok yang itu,” pinta Jasmine kepada pekerja lelaki yang menjadi pendengar setia perbualannya dengan Faroq tadi.
Cincin itu diletak di atas rak kaca. Jasmine mengambilnya dan mengamat-amati cincin itu.
“Inikah yang awak maksudkan?” tanya Faroq turut memerhatikan cincin yang simple tetapi indah itu. Dia terpegun.
“Macam mana? Perfect untuk Debby kan,”Jasmine pula berbangga.
“Tak sia-sia saya minta bantuan awak,” Faroq bersetuju.
“Mestilah. Tengoklah siapa di sini,” Jasmine terus membanggakan diri.
“Saya tahu. Cukuplah tu,” Faroq menghentikan Jasmine.
“Saya nak cincin ni,” Faroq berkata kepada pekerja yang melayan karenah mereka sejak tadi.
“Saiznya macam mana?” tanya pekerja itu pula.
“Ikut saiz jari saya,” ujar Jasmine.
Selesai mengurus urusan cincin itu, Faroq dan Jasmine menuju ke sebuah café.
“Saya tak sangka awaklah yang bertelefon dengan Debby selama ni,” kata Jasmine sambil menghirup jus oren.
“Kami sengaja nak rahsiahkan dari awak,” balas Faroq tersenyum.
“Kamu ingat lucu ke buat begitu,” ujar Jasmine sinis.
“Minta maaflah kak,”
“Tapi macam mana kamu berkenalan?” Jasmine ingin tahu.
“Kami berjumpa pertama kali di klinik. Masa tulah kami berkenalan,” Faroq cuba mengenang kembali kejadian hampir setengah tahun yang lalu. Waktu dia secara tidak sengaja bertemu dengan Debby yang sedang menunggu Jasmine di lobi.
“So, it’s less than one year. Awak dah fikir masak-masak ke?” Jasmine macam meragui keputusan Faroq berdasarkan jangka masa perhubungan mereka.
“Saya dah banyak berfikir. Saya tak nak buang masa lagi. Dialah yang terbaik untuk saya,” ucap Farouk bersungguh-sungguh.
Jasmine memandang tinggi Faroq. Lelaki ini kelihatan begitu matang dalam membuat keputusan. Dari riak wajahnya, Jasmine dapat melihat keikhlasan dan kesungguhan Faroq. Nampaknya dia benar-benar berkomitmen dalam hubungannya dengan Debby. Jasmine mencemburui adiknya itu dalam hal ini. Bukan senang menemui lelaki yang betul-betul ikhlas seperti Faroq.
“Macam mana dengan keluarga awak nanti? Awak dan Debby banyak perbezaan. Berbeza keturunan, latar belakang dan agama,” Jasmine cuba berfikir sedikit ke hadapan. Perkahwinan kedengarannya sangat indah, tetapi disebaliknya terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.
“Saya dah ceritakan semuannya kepada parents saya. Mereka tak ada masalah, yang penting Debby sanggup convert,” jelas Faroq kepada Jasmine.
Jasmine tersenyum. Inilah kuasa cinta. Menyatukan dua insan berbeza. Hanya kasih sayang yang tidak membezakan manusia.
“I’m proud of you. Surely, Debby will do everything to be with you,” Jasmine seakan memberi restu kepada Faroq.
“I really hope so,”
“So bila hantar rombongan ke rumah?” tanya Jasmine lagi. Sengaja menduga kenekadan Faroq.
“Bila Debby dah terima lamaran saya,” jawab Faroq tenang sambil menghirup kopinya. Jasmine membalas dengan senyuman.
“Saya nak minta tolong satu lagi,”Faroq membuat permintaan serius.
“Apa dia?”
“Tolong rahsiahkan lamaran ni dari Debby,”
“Of course. Don’t worry,”
Akhirnya, masanya telah tiba untuk Debby meninggalkan Jasmine dan mummynya. Sejujurnya, Jasmine agak sedih, tetapi itulah lumrah kehidupan yang harus dihadapinya.
***
Bab 21
Jasmine melangkah malas ke dalam ruang tamu. Puan Christina sedang bersantai menonton televisyen. Debby tidak kelihatan. Jam dinding menunjukkan jam 8 malam.
“Baru balik?” tanya Puan Christina sebaik menyedari kehadiran Jasmine.
“Ya. Mana Debby?” Jasmine melepaskan penatnya di sofa.
“Dia belum balik. Tadi keluar berjumpa kawan-kawan,” sahut Puan Christina masih menonton televisyen.
“Oo”
“Dah makan?”tanya Puan Christina lagi.
“Sudah,”
Deruan enjin kereta kedengaran dari luar. Tidak lama kemudian Debby muncul dengan muka masam. Dia menjeling tajam ke arah Jasmine, macam nak makan orang. Jasmine hairan dengan jelingan maut itu. Dia tertanya-tanya apakah pula kesalahan yang dia lakukan.
“Debb ada masalah ke?” tanya Puan Christina melihat air muka anak bongsunya.
Debby berjalan pantas menuju ke tangga dan hilang di tingkat atas. Kemudian, pintu ditutup dengan kuat.
“Ada apa ni?” tanya Puan Christina kepada Jasmine.
“Manalah Min tahu,” jawab Jasmine bingung.
“Habis kenapa adik tu buat muka buruk?”
“Mum ni. Min betul-betul tak tahu,” balas Jasmine sambil ketawa kecil. Geli hati dengan perkataan yang digunakan untuk menggambarkan raut muka Debby tadi.
“Oh ya,Min tunggu sini kejap,” Puan Christina tiba-tiba teringat sesuatu yang membuatnya teruja. Cepat-cepat dia berlalu ke atas. Jasmine hairan. Kenapalah semua orang berperilaku pelik hari ini? Fikirnya.
Puan Christina muncul tidak sampai satu minit kemudian membawa sekeping kertas.
“Nah,” Puan Christina menghulurkan sekeping gambar kepada Jasmine dengan senyuman.
“Gambar siapa pula ni?” tanya Jasmine bingung. Dia tidak kenal pun dengan lelaki yang dalam gambar tu.
“Handsome kan. Dia Mark Cheung,” jelas Puan Christina tersenyum-senyum.
“So?” Jasmine tidak berminat.
“Mummy nak suruh Min berkenalan dengan dia. Dia ni seorang lawyer tau,” Puan Chrisina menjelaskan niat yang sebenarnya kepada Jasmine.
“Not again, mum,” Jasmine memandang Puan Christina dengan pandangan sayu. Pandangan berputus asa.
“For the last time. I promise,” Puan Christina cuba berkompromi. Dia cuba memujuk anaknya itu berkenalan dengan lelaki yang dalam gambar itu. Kali ini dia mesti meyakinkan Jasmine.
“Tengoklah dulu,” sahut Jasmine tawar. Dia mengamati wajah lelaki di dalam gambar itu. Lelaki itu hanya mengenakan T-shirt dalam gambar saiz 4R.
Handsome juga, puji Jasmine. Matanya tak sepet sangat, kulit putih dan lengan yang tegap. Seorang peguam. Mungkin permulaan yang lebih baik berbanding si Ben, fikirnya.
“Macam mana?” tanya Puan Christina setelah melihat Jasmine agak berminat dengan gambar yang ditunjukkan tadi,
“Saya fikir dulu,” Jasmine berdiri dan memulangkan gambar itu kepada Puan Christina. Tanpa perasaan yang mendalam terhadap topik perbualan tadi, dia berjalan menuju ke tingkat atas.
Jasmine membaringkan tubuhnya di atas katil. Dia membiarkan fikirannya menerawang seketika. Tidak lama lagi, Debby akan menjadi milik orang lain. Maknanya, Debby tidak lagi tinggal di rumah mereka, dan dia harus bertanggung jawab sepenuhnya untuk menjaga dan menemani mummynya. Tapi adakah akan membenarkan Debby berkahwin? Adakah dia akan merestui hubungan Debby dan Farouk? Jasmine sedikit runsing memikirkannya.
Telefon bimbit Jasmine tiba-tiba berdering, hampir saja dia melatah kerana terkejut. Barisan nombor asing muncul di skrin. Siapa pula yang telefon ni? Jasmine merungut sendirian.
“Hello..” Jasmine menjawab panggilan.
“Hello.. Dr. Jasmine,” suara lelaki di hujung talian.
“Ya, siapa di sana,” Jasmine membalas mesra, masih tertanya-tanya siapakah pemanggil tersebut.
“Oo.. Ini saya,”
‘saya’? Orang ni ingat saya boleh nampak muka dia ke melalui telefon, Jasmine merungut.
“Maaflah, siapa saya tu?” Jasmine berpura-pura mesra. Padahal mahu saja dia menempelak lelaki dalam talian itu. Sudahlah dia penat, orang tu mengajaknya berteka-teki pula.
“Sayalah. Ben,”
“Awak rupanya. Saya.. saya.. Awak ingat saya boleh nampak muka awak ke,” Jasmine terus meleter.
“Tak kan tak cam suara saya kot,” kata Ben mempertahankan kedudukannya.
“Macam mana saya nak cam suara awak dalam telefon. Awak ni buat lawak pula,” Jasmine tidak berhenti bercakap.
“Okay.okay. Saya salah. Puas hati. Sekarang awak dengar saya cakap pula,”Ben cuba berdiplomasi.
Jasmine baru teringat, mereka sudah berkawan, bukan macam dulu lagi.
“Ada apa, Encik Ben?” Jasmine bertanya lembut, seperti dibuat-buat.
“Begini, esok Papa saya nak buat cek up di klinik,” jelas Ben pendek.
“Baiklah. Tak ada masalah. Tapi datang awal sikit ye supaya boleh balik awal,” Jasmine memberitahu.
“Baiklah Puan Doktor,” kedengaran suara Ben menahan ketawa.
“Awak..” Jasmine mati kata. Ben mengenakannya pula kali ini.
“Saya dapat nombor telefon awak dari business card awak,” Ben menjelaskan. Sengaja mengalih subjek.
“Tak tanya pun,” Jasmine membalas selamba.
Ben terdiam. Agak malu.
“Gurau je la. Janganlah marah,” Jasmine tergelak kecil.
“Tak adalah. Saya tak marah,” balas Ben cuba menutup malunya dipermainkan tadi. Nasiblah kawan, fikirnya.
“Baguslah,”
“Okaylah. Itu je. Good night,” talian terputus
Jasmine tersenyum. Ternyata berkawan atau bermusuh tiada bezanya. Mereka tetap kena-mengenakan antara satu sama lain.
***

5 comments:

aqilah said...

kenapa dgn Derby???? best cite ni...
akak suka...dan will follow this story...............

Unknown said...

dah follow cter ni lama sgt....
best-best-best

nursya said...

wah da ader bunga2 da hubungan ben ngn jasmine nie...
cuma si natasya tu jer dok nyebok...

IVORYGINGER said...

mesti debby salah faham sal farouk n jasmine. confirm dia tserempak diorg ms beli cincin. he... ;D
apapun skrg pmulaan tbaik hubungan jasmine n ben. Hope bkembang dgn baik la. Ben pun spt ttarik ngan jasmine cuma dia ego ja. he... ;D
Min lak ngan fobia dia ngan lelaki. susah woo...bila ada pass experience about her parent divorce.

ezz said...

next n3 please....best'y,arghhh
good story!!!!