Wednesday, February 9, 2011

Takut Kahwin 16

Daun pintu diketuk lembut tetapi frekuensinya tinggi. Mimpi atau kenyataan, Jasmine masih terbuai-buai dalam mode tidurnya. Dia bergelut dengan kemalasan di awal pagi itu. Akhirnya, dia mampu juga membangunkan tubuhnya yang terasa sangat berat. Barulah jelas pada pendengaranya suara Bibi Sutini, pembantu rumah part-time mereka.
“Non.. Nona Jasmine.. Non..” perlahan saja suara di balik pintu.
“Iya.. Sekejap,” Jasmine membalas malas sambil berjalan menuju ke muka pintu. Apa sajalah yang Bibi ni mahu sekarang. Sempat lagi dia mengomel.
Pintu dibuka, bibi Sutini berdiri tegak di depan pintu sambil memegang sebuah kotak berwarna pink. Jasmine mula tertanya-tanya.
“Nona Jasmine kok lambat sekali dibukain pintunya sih,” Bibi Sutini mengeluh sedikit.
“Maaflah, Bik. Bibi pun awal-awal pagi mengetuk pintu. Ada apa?”
“Nah, ini dikasi sama seorang jejaka tadi. Katanya ini kiriman orang,” Bibi Sutini menghulurkan kotak pink yang kecil itu kepada Jasmine yang berfikir dalam.
“Siapa?” Jasmine bertanya ingin tahu. Hari ini bukan harijadi aku. Bukan juga hari Valentine. April Fool dah hampir 5 bulan yang lalu. Jasmine terus berfikir-fikir.
“Mana saya tahu nona. Laki-laki itu ga bilang namanya. Ambil dong kotaknya,” sahut Bibi Sutini lurus. Langsung dia tiada kena mengena dengan kejadian kotak pink itu.
“Oh ya. Terima kasih bi. Mum, Debby, mana?” Jasmine menyambut kotak itu lalu bertanya lagi.
“Katanya, mereka lagi ke pasar,” Bibi Sutini menjawab.
“O.. Bibi sambunglah kerja. Terima kasih hantar kotak ni,” Jasmine menutup bicara.
“Sama-sama,”
Jasmine menutup pintu perlahan. Kepala otaknya dipaksa berfikir secara kritis di awal pagi. Kotak pink dan jejaka misteri. Apakah maksudnya? Jasmine terus berandaian. Mungkin jejaka itu merupakan peminat rahsianya, ataupun seorang pesakit yang ingin berterima kasih, ataupun hadiah istimewa daripada syarikat insurans. Jasmine menimbang-nimbang kelogikkan disebalik pendapat-pendapat itu. Semuanya ada kemungkinan. Apa-apapun, lebih baiklah buka kotak dan periksa isinya.
Kotak pink yang bersalut baldu itu dibuka penuh berhati-hati. Dan isinya.. seutas rantai tangan perak yang sangat indah. Jasmine terlopong. Sungguh cantik dan menarik. Mutiara-mutiara putih kecil menatah indah rantai tangan itu. Tapi siapa yang bagi? Jasmine berfikir terus. Rantai tangan.. rantai tangan.. Ah!!!
Jasmine menutup balik kotak pink itu. Dia tahu siapa pengirimnya. Tapi itu pastinya bukan rantai tangannya yang telah hilang.
***
“Selamat pagi Tuan Pengarah,” Julia, setiausaha Ben menyapanya mesra sebaik melihat kelibat bosnya itu.
“Selamat pagi. Lunch nanti awak pesankan saya makanan. Hantar di bilik. Lagi satu jangan benarkan siapa-siapa masuk. Kata saya sibuk,” ujar Ben tegas kepada setiausahanya.
“Baiklah. Tuan, tadi ada seorang wanita nak saya sampaikan barang ni kepada Tuan. Dia cakap terima kasih banyak,” Julia menghulurkan sebuak kotak pink.
Ben tersentak. Itu barang kemas yang dikirimnya untuk Jasmine dengan perantaraan seorang pekerja hotel. Kenapa boleh ada di tempatnya semula.
“Siapa yang bagi kotak ni?” Ben bertanya ingin tahu.
“Seorang wanita muda. Berkaca mata. Dia bagi dengan saya awal pagi tadi. Kebetulan saya terjumpanya di bahagian receptionist,” Julia menceritakan segala-galanya.
Memang tidak lain dan pastinya tidak bukan, Jasmine sendirilah yang mengembalikan rantai tangan itu. Tapi kenapa? Ben tiba-tiba tak puas hati.
“Terima kasih,” Ben mengambil kotak itu dan berlalu ke pejabatnya.
Sekarang apa pula masalah puan dokter ni, Ben berfikir sambil mengurut dahinya. Kotak berwarna pink itu dibuka. Rantai tangan itu masih kemas di sana.
“Tinggi betul ego si Puan tu. Agaknya rantai tangan ni tak cukup mahal nak gantikan rantai tangan dia yang hilang kot,” Ben bermonolog.
“Apa-apapun saya akan pastikan dia ambil rantai tangan ni. Dia fikir dia tu siapa nak tunjuk ego dengan aku,” ucap Ben lagi. Dia nekad memberikan kotak itu kepada Jasmine. Dia mesti mengalahkan ego dokter itu.
“Julia, tolong hubungi Dr. Jasmine Lee dari Klinik Dr. Chong. Saya nak adakan appointment dengan dia tengah hari ini,” Ben member pesanan melalui talian. Dia tahu besar kemungkinan doctor itu akan menolak dan memberi macam-macam alas an. Tapi sudah tiba masanya dia bertindak sebagai seorang lelaki dewasa.
“Baik, Tuan,” sahut Julia.
“Jasmine.. Jasmine.. Cukuplah kau dengan perangai budak-budak kau tu,” Ben seolah mengeluh. Dia ternyata sudah bosan dengan drama yang tercipta antara mereka selama ini. Selama ini dia sudah banyak membazir masa dan tenaga untuk bertelingkah dengan seorang wanita ego. Dia rasa masanya sudah tiba untuk mengakhiri semuanya.
Tut.
“Dr. Jasmine dah setuju dengan appointment yang Tuan minta. Jam 12.30 di Royal Recipe,” suara Julia terputus di hujung talian.
“Baik. Terima kasih,”
Ben menutup semula kotak itu, kemudian beralih kepada kerja-kerjanya yang tertangguh sejak semalam di atas meja.
Masa rehat makan tengah hari akhirnya tiba. Ben menyelak jam tangannya. Jam 12.15, sekejap lagi dia ada janji temu. Dia mengemas fail-fail sebelum berlalu meninggalkan pejabat. Kotak berwarna pink dimasukkan ke dalam kotnya. Destinasinya, restoran di tingkat bawah Hotel Golden Royal.
Sebaik menjejakkan kaki ke dalam restoran Royal Recipe, dia sudah dapat menangkap kelibat seorang wanita berkemeja biru muda stail victoria duduk sendirian di suatu sudut.
“Hello,” Ben menyapa pendek. Sungguh tegang.
“Ada urusan apa lagi encik dengan saya,” Jasmine berterus terang. Tiada pendahuluan atau kata alu-aluan terlebih dahulu. Dia agak terkejut dengan panggilan dari setiausaha Ben pagi tadi. Kalau ikutkan hati, dia tidak mahu berjumpa lagi dengan lelaki itu.
“Take it easy, mam. We will settle everything by today,” Ben membalas selamba sambil mengambil tempat duduk bertentangan dengan Jasmine.
“I’m glad to hear that. Sekarang, cakaplah apa yang encik nak,” Jasmine bersuara tegas, langsung tiada kompromi.
“Why not we order our lunch first,” Ben cuba berlagak professional. Sengaja dia menduga kesabaran Jasmine.
“No, I don’t feel like eating now. Straight to the point,” Jasmine menolak mentah-mentah pelawaaan Ben. Matanya merenung tajam wajah Ben.
“Well, if that’s your wish,” Ben berlagak pasif. Dia mengeluarkan kotak pink dari dalam kocek kotnya. Kemudian meletakkannya di atas meja, sebelum meluncurkan kotak itu tepat di depan Jasmine.
` “I want you to take this,” ujar Ben serius.
“Sorry, but I can’t. This is not mine,” Jasmine menjawab tegas.
“Please. Take this,”
“I only take what’s mine,”
“Doctor Jasmine, tolong ambil gelang ini,” nada suara Ben agak berubah dari yang sebelumnya.
“I can’t,” Jasmine masih berkeras dengan pendiriannya.
“Tolong lupakan ego awak sekejap. Untuk pengetahuan awak saya dah bosan melayan perangai kebudak-budakkan awak,” giliran Ben berterus terang dengan nada tegas.
Jasmine terkelu. Tak sangka Ben akan mengherdiknya begitu. Dia hanya mampu berdiam.
“ Kalau awak nak saya cari gelang awak yang hilang tu, saya minta maaf. Saya tak ada masa. Saya bagi gelang ni sebagai ganti pun dah kira okay tau. Kalau orang lain, jangan harap awak dapat macam ni,”Ben terus mengeluarkan apa yang terpendam dalam hatinya. Nasib baiklah tak ada orang yang duduk di sebelah-menyebelah meja mereka, kalau tidak alamatlah mereka menerima jelingan-jelingan liar dari sekeliling kerana suara Ben agak kuat.
Jasmine tidak mampu membalas apa-apa. Dia bagaikan ditampar di kedua-dua belah pipinya. Mukanya dirasakan panas. Sakit hatinya. Jasmine tidak dapat menahan perasaannya lagi, dia terus berdiri.
“Terima kasih kerana berterus terang. Saya minta diri,” Jasmine mencapai tas tangannya sebelum membawa diri.
“Awak mesti ambil gelang ni,” Ben seperti mengarahkan Jasmine yang masih berdiri di depan meja.
“Tak perlu. Saya hanya perlu tahu benda tu dah hilang,” Jasmine berjalan pantas meninggalkan meja itu.
Ben terdiam pula. Kata-kata Jasmine membuatnya berfikir seketika. Maksudnya?
***
Suara Puan Christina dan Debby tenggelam timbul dalam pendengaran Jasmine sebaik dia melangkah masuk ke dalam rumah. Suara itu datang dari arah ruang makan.
“Min dah balik. Marilah makan,” ujar Puan Christina sebaik menyedari kehadiran Jasmine di muka pintu.
Jasmine mengambil tempat duduk di sebelah ibunya. Masih senyap. Mukanya tawar dan lesu.
“Kak ni kenapa? Penat ek?” Debby pula menegur, melihat ketidaknormalan sikap Jasmine malam itu.
Jasmine hanya menggeleng kemudian menceduk lauk ke nasinya. Dia menyuapkan makanan ke mulutnya perlahan.
“Kak masih marah fasal hari tu ke? Debb minta maaf,” kata Debby kesal. Dia tidak selesa hati melihat kakaknya bersikap begitu pasif.
“Tak. Saya tak apa-apa,” Jasmine tersenyum paksa, setakat menyenangkan perasaan dua orang wanita di depannya. Sebenarnya dia masih terkesan dengan kata-kata Ben tengah hari tadi.
“Mungkin Min penat. Makanlah banyak-banyak,” Puan Christina cuba memahami anak sulungnya itu.
“Oh ya, mum. Dengar-dengarnya Datin Shirley Ceung ada seorang anak lelaki. Lawyer. Berapa agaknya umur dia ek?” Debby tiba-tiba menimbulkan topic yang pelik. Dia menjeling Jasmine nakal.
“Entahlah. Mana mummy tahu. Debb ni macam wartawan lah. Dari mana Debb dengar semua ni?” Puan Christina semacam curiga.
“Tak lah. Debb dengar dari pekerja-pekerja di spa,”Debby tersengih.
Jasmine terus diam sambil menikmati makan malamnya, tidak mengambil peduli perbualan Puan Christina dan Debby. Dia tenggelam dalam dunianya sendiri.
“Dorang cakap, namanya Mark Cheung. Handsome, tinggi, tegap lagi,” ujar Debby penuh berminat. Sengaja dia menekankan perkataan ‘handsome’ untuk memancing perhatian Jasmine.
“Jadi? Debby berkenan ya. Nanti mummy cakap dengan Datin Shirley,”gurau Puan Christina.
“Eh, apasal pula Debb. Untuk ‘orang tu’ lah,” Debby memuncungkan bibirnya kea rah Jasmine yang asyik makan sampai tak ingat dunia.
Puan Christina memberikan isyarat berhenti melalui riak wajahnya. Debby seperti menjolok sarang tebuan.
“Kenapa pula? Betullah kan,” Debby masih tidak faham signal yang diberikan mummynya, malah terus bercakap.
Jasmine mula menyedari sesuatu yang berbau muslihat dalam percakapan Debby.
“Ada apa ni?” dia bertanya sambil cuba mencari jawapan pada wajah mummynya dan Debby.
“Tak ada apa-apa,” Puan Christina tersengih-sengih, cuba menutup maksud percakapan Debby.
“Eh, adalah. Begini..”
“Debby ni. Tiba-tiba berkenan dengan anak kawan mummy,” Puan Christina cepat-cepat memintas percakapan Debby. Kalau dibiarkan, silap-silap ada bom meletus.
“Eh, mana ada. Mummy ni. Debb rasa kak..”
“Oh ya, Puan Rose kirim salam dengan Min. Lupa pula mummy sampaikan,” Puan Christina mematikan niat Debby lagi. Dia memandang tajam kea rah Debby yang buat-buat bodoh dengan mood buruk Jasmine.
“Ye ke.. Sampaikan salam saya juga kalau mummy jumpa dia lain kali,” Jasmine seperti endah tak endah saja, masih menikmati makanannya.
“Debb hampir terlupa nak bagi tahu kak. Masa majlis anniversary hotel tu, Abang Ben ada bertanya fasal kakak,” Debby tersenyum mengenang peristiwa dua malam yang lalu. Sebut fasal Puan Rose dia terus lupa akan niatnya tadi.
Jasmine tiba-tiba berhenti makan, kemudian merenung Debby.
“Please don’t ever mention that name in front me anymore. Saya tak suka,” Jasmine mendengus. Dia menghabiskan makanan yang tersisa di pinggannya sebelum meninggalkan meja makan dengan wajah garang. ‘Abang’? Jasmine macam bermasalah dengan gelaran Debby tadi.
Puan Christina dan Debby mati kata, bingung dengan Jasmine. Tak tahu apakah dosanya menyebut nama Ben.
“Kakak tu kenapa?” Debby bertanya kepada mummynya sebaik Jasmine hilang dari pandangan mata.
“Tak tahulah. Apa pula masalah budak tu sekarang,” berkerut Puan Christina memikirkan Jasmine.
“Kepala angin betul,” Debby mengomel sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut.
“Biarkan dia. Bila mood dia dah baik, kita tanya,” Puan Christina enggan memikirkan lagi soal anaknya itu.
***
Melodi lagu ‘Excuse me’ nyanyian penyanyi Sweden, Sophie Zelmani seolah-olah membawa inspirasi ke dalam ruangan yang tidak bernyawa. Natasha tenang menggerakkan jari-jemarinya melakar bentuk-bentuk pakaian. Jiwanya tenang mendengar alunan bersahaja lagu itu. Dia duduk bersantai pada sofa panjang, membiarkan dirinya dibuai angin sepoi-sepoi dari arah balkoni kondominiumnya.
“Working hard, Miss Preety,”Jeannete, pengurus peribadi Natasha menegurnya sambil mengeggam dua gelas mug berisi white coffee.
“Of course. I’m in my mood,” sahut Natasha terus melakar-lakar pada kertas putih.
Jeannete hanya tersenyum. Dia menghulurkan sebuah mug kepada Natasha.
“Kalau ya pun, minumla h dulu. For more inspiration,” ujarnya.
“Thanks,” Natasha meletakkan kertas dan pensilnya di meja kecil sebelum menerima mug tersebut. Aroma white coffee itu cukup menggodanya.
“You know, Jean. I have this dream. I want to have my own model agency,” Natasha menghirup white cofeenya.
“You will achieve it someday, if you keep doing your best,” Jeannette menyutik semangat pada Natasha.
“I will,” Natasha tersenyum manis, senang dengan kata-kata Jeannete tadi.
“May I ask you something?” tanya Jean. Ada sesuatu yang serius perlu ditanyakkan kepada Natasha. Sesuatu yang pasti menarik minatnya.
“Go ahead,” Natasha menghirup minuman.
“Mr. Ben and Dr. Jasmine ada apa-apa hubungan tak? I mean personal relationship beside patient and doctor,” Jeannette menimbulkan isu sensitive, sengaja membangkitkan rasa ingin tahu Natasha.
“I don’t think so. Why? You know anything?” Natasha curiga.
“Oh, it’s nothing actually. I saw them at the hotel today,”
“So?”
“They were talking about something serious. I’m sure bukan consultation. Nampak tegang,” Jeannette menerangkan lebih dalam. Dia mengingat kejadian tengah hari tadi di restoran Royal Recipe. Kebetulan, dia sedang menunggu Natasha yang sedang menjalankan seisi fotografi di kolam renang. Dia melihat Jasmine berjalan dengan wajah tegang meninggalkan restoran itu beberapa minit kemudian.
Natasha berdiam dan berfikir. Ada sesuatu di antara kedua orang itu yang tidak diketahuinya. Dia mesti tahu apakah itu.
“Could be, she’s your love rival,” kata Jeannette dalam nada bergurau.
“Impossible,” Natasha tersenyum sinis. Tapi mungkinkah? Dia mula menyimpan kecurigaan terhadap doctor itu.
***

Monday, February 7, 2011

Takut Kahwin 15

Alunan muzik instrumental lagu “Lady di” memenuhi segenap ruang ballroom Golden Royal Hotel pada malam yang ceria itu. Chandelier Kristal yang tergantung di siling tambah menyerikan suasana malam. Pentas yang dihiasi dengan warna merah dan keemasan menandakan kemeriahan majlis isimewa malam itu.
Para undangan kelihatan sudah mulai berdatangan, masing-masing berpakaian formal sesuai dengan Majlis Ulang tahun Golden Royal Hotel yang ke-30 tahun. Dari orang-orang kenamaan sehinggalah pekerja biasa, semua menerima jemputan menghadiri majlis gilang-gemilang malam itu.
Puan Christina, Tuan Albert, dan Ben sibuk melayan tetamu yang hadir. Tak cukup tangan mereka menyalam tetamu-tetamu yang hampir memenuhi meja-meja yang tersedia. Senyum tak pernah lekang dari muka,itulah nasib jadi orang penting.
Muzik berterusan dengan melodi yang sedikit ‘slow’ menerusi lagu instrumental “Souvenirs D’Efance”,memberi mood yang sedikit tenang kepada para hadirin. Suasana agak riuh rendah dengan jumlah manusia yang memenuhi dewan itu.
Debby dan Puan Christina terpinga-pinga sebaik memasuki dewan yang hampir penuh itu. Sepertinya tiada ruang lagi untuk mereka. Debby mengenakan dress beropol berwarna peach dan berlengan pendek sementara Puan Christina mengenakan dres panjang, potongan lurus berwarna biru gelap yang sesuai dengan usianya. Keduanya nampak anggun dengan penampilan masing-masing.
“Eh, Puan Christina. Selamat datang,” Puan Rose segera menyambut dua anak beranak itu setelah menyedari kehadiran mereka dengan senyuman hangat.
“Terima kasih. Cantik Puan malam ni,” Puan Christina memuji keanggunan wanita di depannya. Dia nampak sangat sesuai mengenakan gaun merah tua dan selendang malam itu.
“Terima kasih juga. Debby dan Puan Christina apa kurangnya. Manis sekali,” Puan Rose membalikkan semula pujian sambil tersenyum.
“Banyak tetamu kan malam ni?” sengaja Puan Christina bertanya demi melihat kemeriahan dalam dewan.
“Bolehlah. Kami jemput semua pekerja sekali. Tu yang nampak meriah ni. Eh, tak nampak Jasmine pun?” Puan Rose bertanya seraya memandang ke kiri kanan.
“Oh.. Jasmine kurang sihat malam ni, dia berehat di rumah,” cepat Puan Christina menjawab. Debby sekadar berdiam, tahu persis kebenaran di sebalik kenyataan mamanya.
Sebenarnya Jasmine sihat walafiat. Dia cuma mengelakkan diri daripada berjumpa dengan Ben. Sengaja dia mengada-adakan alas an untuk memboloskan diri dari menghadiri majlis itu.
“Begitu ke? Kesian dia. Tak apalah. Tunggu sebentar ye. Saya panggilkan waiter untuk tunjukkan meja,” Puan Rose memanggil seorang waiter.
“Tolong bawa Puan dan cik ni ke meja VIP,” Puan Rose mengarahkan seorang lelaki yang kemas berpakaian uniform. Lelaki itu mengangguk patuh kemudian menunjukkan gesture yang mempelawa Debby dan Puan Rose agar mengikutinya.
“ Jumpa nanti,” Puan Christina tersenyum sambil berlalu meninggalkan Puan Rose diiringi Debby.
Ben dapat memerhatikan kedua gerangan wanita itu menuju ke meja VIP. Lega hatinya mendapati hanya ada dua orang di sana, bolehlah dia menjalani majlis malam itu dengan penuh nikmat tanpa was-was. Dia tersenyum bahagia.
Terima kasihlah, puan doctor sebab tak datang,bisiknya dalam hati sambil terus melayani tetamu-tetamu kehormat yang baru tiba dengan penuh semangat. Tiba-tiba matanya terpandang seorang gadis yang kelihatan begitu bergaya dengan gaun merah garang yang agak mendedahkan bahagian dadanya. Sungguh tidak dapat dinafikan kejelitaan si gadis, sehingga semua mata memandang tubuhnya yang dihias indah. Rambut paras pinggangnya yang bergelombang menambahkan daya penariknya malam itu. Ben terpegun seketika, malah mulutnya hampir melopong memerhati keindahan tersebut. Deena tiba-tiba pula muncul dalam ruangan matanya, menyapa gadis itu dengan ciuman mesra di kedua belah pipi. Barulah Ben tersedar gadis yang memukaunya tadi adalah Natasha. Segera dia kembali ke dunia nyata. Ni lagi seorang, buat apa dia datang pula. Ben mengeluh lagi. Terus tubuhnya berasa tidak selesa.
“Hai Ben,” Natasha menegurnya dengan senyuman yang sangat termanis.
“Hai, silalah duduk,” Natasha menurut pelawaan Ben dengan lenggok tubuhnya yang pasti menarik perhatian lelaki-lelaki di sekelilingnya. Deena melempar senyuman terselit makna sewaktu ingin melewati Ben.
“Kenapa awak bawa dia datang sini,” Ben separuh berbisik kepada Deena sewaktu Deena melewatinya.
“Suka hati sayalah,” Deena menjawab sinis disertai senyuman yang memanaskan hati Ben kemudian berlalu menuju ke tempat Natasha.
Ben hanya mampu memerhatikan kedua-dua gadis itu, tiada apa yang mampu dilakukan untuk menghalang. Dia terus beredar ke meja lain lagi untuk bertemu dengan tetamu-tetamu yang lain.
Debby sudah menghabiskan separuh gelas vanilla coke yang dimintanya tadi. Dia kelihatan kebosanan. Puan Rose sedang rancak berbual dengan teman-teman seusianya di kerusi sebelah. Tapi dia sendirian, tiada teman berborak. Dia hanya mampu berkhayal untuk melayan hatinya. Pandangannya hinggap pada jelitawan yang duduk selang dua meja di depannya. Gadis yang pastinya menjadi pujaan hati ramai lelaki. Apakah perasaannya mempunyai penampilan luaran yang sempurna? Debby tertanya-tanya sambil menongkat dagu.
Suara pengacara majlis menghentikan lamunanya. Para hadirin pun mulai beransur-ansur senyap bagi memberi tumpuan kepada majlis yang akan bermula. Keluarga Fernandez suda mengambil tempat mereka, satu meja dengan Natasha.
Kesian Kak Jasmine tak ada jodoh dengan orang macam Ben. Memang sahlah si Ben tu akan kahwin dengan Natasha. Tiada harapanlah nak tinggal free di hotel lima bintang ni, Debby berkata-kata dalam hati sambil terus memerhatikan Natasha yang duduk di samping Ben. Bestnya jadi cantik ni, semua pun boleh dapat dengan senang. Petik jari je, semua jadi, sambung Debby.
Acara dimulakan dengan persembahan penyanyi wanita terkenal. Penyanyi tersebut menyanyikan dua buah lagu yang cukup meletup.Dari tepukan gemuruh yang mengakhiri persembahan nyanyian itu, para hadirin sangat teruja dengan persembahan pembukaan. Tuan Albert diberi ruang untuk menyampaikan ucapan sempena Majlis Ulang Tahun Hotel Golden Royal yang ke-30 tahun. Ben juga tidak ketinggalan memberi sepatah dua kata.
Natasha tersenyum bangga melihat Ben berucap di pentas. Lelaki itu berucap dengan penuh berkeyakinan dan berkaliber. Perawakkan tubuhnya yang tinggi dan tampan sudah pasti membuat wanita lain cemburu padanya, sekiranya Ben benar-benar menjadi miliknya. Pasti. Sedikit masa lagi, Natasha bersuara dalam hatinya.
“Tampan sungguh anak Puan Rose tu kan,” kata seorang teman rapat Puan Christina sementara mendengar Ben berucap.
“Betul tu. Sudah tampan, berketrampilan lagi. Untunglah gadis yang bersuamikan dia,” suara lain membalas.
Puan Christina sekadar mendiamkan diri. Tiada apa lagi yang perlu ditambahnya untuk menyatakan kelebihan yang ada pada Ben. Lagipun, tiada gunanya. Sudah punah harapannya bermenantukan jejaka pujaan wanita itu. Cukuplah Jasmine mendapat malu di mata Ben kerana keinginannya menjodohkan mereka.
Selesai seisi ucapan, makanan dihidangkan. Makanan Malaysia yang terdiri daripada gabungan makanan Melayu, Cina dan India menjadi menu utama malam itu. Dimulakan dengan sup cendawan sebagai pembuka selera, kemudian disusuli dengan menu utama dan diakhiri dengan pencuci mulut. Sementara itu persembahan-persembahan nyanyian dilanjutkan dengan penyanyi-penyanyi baru dan lama.
Ben mula rimas dengan kehadiran Natasha disampingnya. Gadis itu tidak habis-habis meminta perhatian. Sekejap meghulurkan makanan ini, kemudian itu. Macam-macam karenahnya yang menganggu konsentrasi Ben pada majlis itu. Puan Rose hanya mampu memperhatikan Ben berpura-pura melayan Natasha. Sebaik sahaja Natasha meminta diri ke tandas, Ben cepat-cepat angkat kaki ke luar dewan.
Dari jauh dia melihat seorang gadis berpakaian peach duduk seorang diri di kerusi berdekatan kolam renang. Macam dia mengenali gadis itu, kemudian dia menghayati raut wajah gadis itu dalam-dalam. Ben memberanikan diri menghampiri si gadis itu.
“Hello,” sapanya mesra.
“Hello.. Eh, Encik Ben,” Debby membalas dengan senyuman.
“Awak rupanya, Debby kan?” Ben menduga. Dia sengaja bertemu orang lain untuk mencari ketenangan daripada Natasha. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Debby.
“Ya, saya. Tak sangka Encik ingat lagi,”
“Mestilah saya ingat,”kata Ben cuba mengingat kejadian tiga bulan lalu, sewaktu party hari jadi Deena. Waktu itu, dia pertama kali menegur Debby kerana gelangnya. Oh ya gelang tu. Ben kembali teringat pertengkaran terakhirnya dengan Jasmine di klinik. ‘Pencuri’ terngiang-ngiang perkataan itu dalam telinganya.
“ Lama tak jumpa” sahut Debby ringkas mengegar lamunan Ben.
“Ya. Agak lama juga. Saya lagi selesa kalau awak tak panggil saya ‘encik’, formal sangat,”Ben membalas ramah. Dia rasa lebih selesa duduk di sana, berbanding bersama Natasha.
“ye ke? Tak kan nak panggil abang kot. Panggil encik je la,” Debby menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Serba salah nak menggelar Ben abang ataupun encik.
“Abang pun ok. Biasa Deena panggil begitu,” ujar Ben sambil tersenyum.
“ Okay la kalau macam tu. Oh ye, kenapa abang keluar. Abang kan orang penting di dalam?” Debby bertanya sedikit kehairanan.
“Oh. Emm.. Di dalam sesak sikit. Saya nak ambil angin,” Ben memberi alasan yang boleh diterima akal.
“Oh,” pendek balasan Debby.
Sepi.
“Kakak awak di mana?” Ben terlanjur bertanya kerana ingin memecahkan kesepian di antara mereka. Entah kenapa soalan itu juga yang keluar.
“Dia di rumah. Em.. Kurang sihat. Kenapa tanya?” Debby pula bertanya nakal. Agak hairan nama kakaknya meniti di bibir si abang kacak itu.
“OO. Tak ada apa-apa. Saja tanya,” Ben membalas pantas, takut Debby mula bertanya yang macam-macam.

“Oh, I see,” Debby tersenyum-senyum memikirkan sesuatu.
Teringatkan doctor itu, tiba-tiba Ben merasakan kesunyian. Kehadiran Jasmine selalu mengundang perasaan yang bercampur-baur. Kadang-kadang dia geram tetapi seringkali dia merasa sangat gembira kerana berjaya mengalahkan gadis itu. Dia bagaikan ketagih bertengkar dengan si doctor. Malam ni, dia merasa sedikit kekosongan. Menghairankan.
“Tak nak kirim salam?” ujar Debby mengembalikan fikiran Ben ke dunia nyata. Gadis bermata sepet itu tersenyum kucing dalam pandangan Ben.
“Hah?” soalan kurang bijak ditanyakan Ben dalam kebingungan. Dia tersentak seketika. Menyesal juga kerana tersalah tanya.
“Sini rupanya you,” suara lembut Natasha mengejutkan Ben yang masih berfikir-fikir.
Tolong! Jerit batin Ben. Baru saja dia nak melarikan diri dari si ‘dia’, sudah pun di depan mata. Debby pula terpegun melihat peragawati yang sedang berdiri di sebelah Ben. Sangat cantik, pujinya. Tak berkelip mata dia memerhati jelitawan itu. Tak sangka dia dapat bertentang mata dengan seorang yang sangat terkenal.
“This is Debby,Dr. Jasmine’s sister,” Ben terus memperkenalkan Debby kepada Natasha setelah mendapati mata Natasha memandangnya dengan curiga.
“Oh, hello. Natasha,” dia tersenyum semacam memberi amaran sambil menghulur salam perkenalan.
“Hello. My pleasure to meet you,” ujar Debby dalam keterujaan. Salam Natasha disambutnya mesra.
Natasha membalas dengan senyuman di bibirnya yang merah bak delima merekah. “Me too. By the way mana Dr. Jasmine?” sempat dia bertanya.
“Dia di rumah, kurang sihat,” Debby membalas masih memandang tepat pada wajah Natasha dengan kekaguman.
“Oh, I see. Ben, jom masuk dalam. Sekejap lagi acara penganugerahan akan bermula,” Natasha segera memaut lengan Ben, macam tercabar dengan kehadiran Debby di sana.
“Err.. Debby marilah masuk sama-sama,” Ben tersengih-sengih menahan malu dengan perlakuan Natasha.
“Tak apalah. Saya nak ambil angin lagi,” Debby segera menolak. Takut dianggap kacau daun.
“Kami masuk dulu, ye,” ujar Natasha lalu berjalan berpimpinan dengan Ben menuju ke dewan.
“Jumpa lagi,” Ben sempat melambai tangan kea rah Debby yang berseorangan di tepi kolam renang.
Debby membalas lambaian Ben sambil tersenyum simpul, keliru dengan respon Ben terhadap kehadiran Natasha tadi. Ada sesuatu yang tak kena, fikirnya. Teringat pertanyaan Ben tadi membuatnya tersengih sendirian. Ini pun pasti ada yang tak kena, Debby terus berandaian.