Thursday, February 17, 2011

Takut Kahwin 19

Jasmine berlari-lari memasuki rumah agam di depannya. Dia bergegas ke sana setelah menerima panggilan kecemasan daripada Puan Rose.
“Dokter Jasmine, mari saya tunjukkan jalannya,” seorang pembantu rumah berbahasa Indonesia menyapa Jasmine sebaik dia menjejakkan kakinya di dalam.
Bukan kali pertama dia mengunjungi rumah indah itu. Jasmine mengangguk akur. Mereka masing-masing mempercepat langkah semasa menaiki tangga. Mereka kemudian memasuki sebuah bilik yang agak besar. Katil kayu jati dengan ukiran klasik menarik perhatian Jasmine. Kelihatan Tuan Albert terbaring lemah di sana tapi sudah sedarkan diri.
“Jasmine, syukurlah Min dah datang,”Puan Rose menggengam jari-jemari Jasmine sebaik menyedari kehadirannya. Wajahnya berkerut dibayangi keresahan. Jasmine sempat menjeling kea rah Ben yang duduk disisi katil berhampiran papanya. Lelaki itu mengurut-urut lengan Tuan Albert. Deena pula duduk berdiam di atas katil, juga disisi papanya.
“Aunty tak payah risau. Saya periksa uncle dulu,” ujar Jasmine, beralih kepada begnya yang berisi stetoskop dan sphygmomanometer.
Jasmine memeriksa tekanan darah dan mendengar denyutan nadi.
“Tekanan darah uncle agak tinggi tapi masih normal. Baru-baru ni uncle banyak berfikir ke?” Jasmine bertanya. Dia tidak melihat simptom-simptom ketara yang menyebabkan lelaki separuh baya itu pengsan tadi.
“Tak juga. Mungkin uncle terlalu penat,” perlahan saja suaranya membalas Jasmine.
“Mungkin juga. Uncle mesti jaga kesihatan tau. Jangan terlalu banyak berfikir,” nasihat Jasmine lagi. Tuan Albert mengangguk lemah.
“Terima kasih Jasmine. Auntie minta maaf kerana terpaksa menyusahkan malam-malam ni,” Puan Rose tersenyum sedikit, wajahnya tidak sepahit tadi.
“Ini memang kerja sayalah auntie. Tak ada istilah menyusahkan,” Jasmine membalas sambil mengurus alatannya.
Dari ekor matanya, Jasmine dapat menangkap pergerakan Ben yang seperti serba salah. Kali terakhir mereka bertemu, seminggu yang lalu.
“Jasmine, uncle ada nak cakap sikit,” Tuan Albert bersuara semula. Suaranya yang perlahan dan lemah menyayat hati Jasmine, membuat dia segera duduk di sisi lelaki itu. Di sebelah, Ben hanya menjadi pendengar setia.
“Ya uncle,” Jasmine separuh berbisik. Macam ada sesuatu yang serius sahaja yang mahu disampaikan Tuan Albert. Wasiat ke? Ish.. Jangan fikir yang bukan-bukan. Jasmine menidakkan andaiannya.
Sementara itu, Puan Rose mengajak Deena meninggalkan bilik itu. Jantung Jasmine berdebar kencang. Dia agak cemas apabila menyedari dia tinggal bertiga dengan dua beranak itu. Ben cuba berdiri, tetapi Tuan Albert segera menggeggam pergelangan tangannya, menghentikan niat Ben.
“Uncle tengok Ben dan Jasmine ni macam tak pernah bertegur. Kamu berdua ada masalah ke?”
Soalan cepu emas.
“uncle nak tahu kenapa? Anak uncle tu ada masalah kejiwaan,” mahu saja Jasmine menjawab begitu tapi dia masih ada rasa hormat yang tinggi terhadap Tuan Albert. Akhirnya dia hanya memendam semuanya di dalam hati. Dia melarikan matanya dari memandang Tuan Albert dan juga Ben. Dia cuba mendengar kalau-kalau Ben mahu cuba menjawab soalan itu. Tapi tiada apa-apa yang kedengaran.
“Uncle tak tahu apa masalah kamu berdua yang sebenarnya tapi uncle harap kamu dapatlah berbaik-baik. Susah hati uncle tengok kamu selalu bermasam muka bila berjumpa,” Tuan Albert kedengaran serius meluahkan nasihatnya.
Jasmine hanya diam. Begitu juga Ben. Kedua-duanya enggan bertentang mata. Malu, ego, segan, geram bercampur-baur dalam perasaan masing-masing.
“Ben,dengar tak ni?” suara Tuan Albert tegas sedikit setelah menerima respon negative dari kedua-dua manusia di sebelah-menyebelahnya.
“Saya akan cu..ba, papa,” Ben membalas lambat-lambat tanpa ada kesungguhan dari nadanya.
Jasmine memandang Ben sekilas sebelum berdiri perlahan. Dia memberi senyuman manis dan ikhlas kepada Tuan Albert yang berwajah sayu.
“Fasal tu, uncle tak payah fikiran. Kami tak ada apa-apa masalah,” Jasmine menelan air liurnya. Janggal rasanya menggunakan kata ganti nama diri ‘kami’ untuk menyebut dirinya dan Ben.
“Baguslah kalau begitu,” Tuan Albert mengukir senyuman lemah yang penuh harapan.
“Kalau tak ada apa-apa lagi, saya balik dululah uncle,” ujar Jasmine lantas menyalami lelaki yang sedang berbaring itu.
“Baiklah, hati-hati bawa kereta,” pesannya. “Biar Ben hantar Jasmine sampai ke luar,” tambah Tuan Albert yang mengundang rasa serba-salah pada Ben yang sejak tadi berlagak pasif.
Jasmine terpaksa mengangguk akur, walaupun itu diluar kemahuannya. Kalau dia membantah lagi, mesti Tuan Albert membangkitkan lagi isunya hubungan dinginnya dengan si Ben.
“Balik dulu uncle,” Jasmine mula angkat kaki sambil menjingjing beg peralatannya meninggalkan bilik itu. Dia sengaja berjalan dulu di depan, meninggalkan Ben di belakang.
“Min dah nak balik?” Puan Rose lantas bertanya sebaik Jasmine keluar dari bilik Tuan Albert.
“Ya, aunty. Lagipun keadaan uncle dah semakin pulih.Kalau free nanti, bawalah uncle buat check-up di klinik,” balas Jasmine.
“Baiklah. Terima kasih Mine,”
“Sama-sama. Saya balik dululah auntie. Ingat pesan saya ye,” kata Jasmine lagi.
“Thanks,kak,” Deena bersuara dengan senyuman.Gadis muda yang berwajah polos itu mengundang senyuman di bibir Jasmine.
“No problem,” ujar Jasmine sambil menepuk lembut bahu Deena sebelum melayangkan pandangan kea rah Ben yang turut memandangnya. Dia kemudian berpura-pura melihat ke tempat lain.
“Ben, hantar Jasmine sampai ke luar,” Puan Rose tiba-tiba memberi arahan. Ben dan Jasmine tersentak.
Apasal kedua-dua orang tua ni memberi arahan yang sama. Tak mungkinlah aku boleh sesat dalam rumah ni walaupun besar, Jasmine mengeluh dalam hatinya.
“Tak perlulah auntie,” Jasmine menolak sambil menyalam wanita itu. Kalau tadi dengan Tuan Albert dia tidak menolak kerana mahu menjaga perasaan lelaki itu, tapi dia tidak perlu berpura-pura lagi di depan Puan Rose.
“Tak apalah, Min. Ben pun tak ada masalah,”Puan Rose mengerling terselit makna kearah Ben yang sudah berubah wajah.
“Kalau macam tu, saya jalan dulu. Jumpa lagi, autie, Deena,”Jasmine melangkah menuju tangga diekori Ben yang macam nak tak nak .
Tiada reaksi antara mereka berdua. Masing-masing melarikan pandangan dari bertembung dengan satu sama lain. Jasmine berjalan sedikit di depan sementara Ben menapak perlahan-lahan di belakang. Mahu saja saat itu Jasmine meminta Ben berhenti dan tidak perlu menghantarnya, namun mulutnya seperti terkunci.
Sepi. Masing-masing bermain dengan perasan dan andaian sendiri. Jasmine membuka pintu keretanya, kekok, sementara Ben memilih untuk menjadi pemerhati. Suara nyaring cengkerik bersahut-sahutan di sekeliling mereka, seperti mendorong mereka untuk bercakap.
Jasmine ingin sekali meluahkan isi hatinya saat itu.
“Saya..”
Mereka berdua berpandangan. Jasmine melarikan pandangannya kea rah lain.
“Awak nak cakap apa?” Tanya Ben. Nadanya rendah dan tenang, tiada tanda-tanda kesinisan seperti selalu.
“Emm.. Awak cakap dulu la,” Jasmine main tarik tali pula, mengelak menjelaskan perkara yang sebenarnya disebalik sedikit keegoan. Masih enggan menatap mata Ben.
“Tak ada apa. Sebenarnya.. I just want to say thanks,” sahut Ben teragak-agak diiringi suara macam orang berbisik sampaikan Jasmine pun terpaksa memasang telinga untuk menangkap patah-patah kata dari si jejaka di depannya.
“No problem. That’s my job,”Jasmine membalas.
“I really mean it la. Awak pula nak cakap apa tadi?” balas Ben berwajah ramah. Tidak disangka, dia memutarkan soalan kepada Jasmine.
“Oh.. Emm.. Saya cuma fikir macam ni,” Jasmine berhenti, mencari kekuatan menyambung kata-katanya.
“Fikir apa?” Ben segera bertanya cuba membaca riak wajah Jasmine. Kejanggalan yang wujud di antara mereka pelahan-lahan menjadi lutsinar, semakin tidak kelihatan walaupun masih ada.
“ Macam mana kalau kita tak payah macam ni lagi. Err.. Maksud saya tiada perang dingin. Demi papa awak,” Jasmine berterus-terang. Lantaklah! Getus hatinya bercampur gelisah.
Ben merenung tajam Jasmine, membuat Jasmine menelan air liurnya yang tersekat di kerongkong. Aduh! Selesai masalah atau buat masalah ni, dia menduga.
“Emm.. kalau awak rasa awak tak boleh, tak apalah. Saya cuma rasa tak baik kita terus macam ni sedangkan saya rawat papa awak,” Jasmine cuba menarik balik pelawaannya sebaik meneliti perubahan air muka Ben. Kecut perutnya terus menerima renungan tajam berbisa itu.
“Siapa kata saya tak boleh. Okay, kalau itu yang awak mahu, I’m fine with it. Anyway, saya dah bosan melayan perangai budak-budak awak,” Ben tersengih kecil memandang Jasmine yang terkebil-kebil mendengar ucapannya tadi. Bergurau ke atau menyindir, Jasmine berfikir.
“Baiklah, saya sajalah yang berperangai budak-budak,” Jasmine bernada sindiran, separuh bergurau.
“Yalah. Siapa juga yang mulakan,” Ben senyum selamba tapi bermakna, masih ada unsur-unsur sarcastic.
Jasmine terdiam. Semua yang diucapkan Ben ada kebenarannya. Mungkin dialah sebenarnya punca perselisihan yang berpanjangan antara mereka. Sifat egonya lah yang telah memulakan semua perang dingin dengan Ben.
“Kenapa diam? Dah menginsafi diri?” Ben bersuara semula selepas tidak menerima respon langsung dari gadis kecil di depannya.
Jasmine mendongak memandangnya. Hatinya berbelah bahagi diantara ego dan jujur.
“Mungkin apa yang awak cakap tu betul. I apologize. So, kita jadi kawan? Demi papa awak,” Jasmine tersenyum sambil menghulurkan salam kepada Ben.
“Friends,” salam disambut. Jasmine dan Ben saling berpandang. Jasmine ketawa kecil tetapi Ben hanya senyum nipis.
“Lain pula rasanya macam ni,” ujar Jasmine.
“Kenapa pula?”
“Saya tak biasa berbaik-baik dengan awak. Tak tahu nak cakap apa,” Jasmine ketawa lagi. Pelik rasanya. Seorang yang sudah dianggapnya musuh kini menjadi kawannya pula. Transformasi mendadak.
“Apa boleh buat. Awak juga yang mahu kan,” sahut Ben selamba. Macam tidak berperasaan.
“Tapi awak jangan ingat saya dah lupakan semua ‘kejahatan’ awak. Semua ini demi papa awak,” kata Jasmine lagi semacam memberi amaran.
“Awak macam tak ikhlas je nak berkawan,” balas Ben.
“Awak pun apa kurangnya,”
“Awak..” Ben mengalah untuk kali ini.
Jasmine tergelak kesukaan. Kena-mengenakan tak kan berakhir walaupun mereka sudah diisytiharkan sebagai kawan. Perasaan menang itulah yang sangat disukai Jasmine

“Saya balik dulu. Jaga papa awak baik-baik. Jumpa lagi ‘kawan baru’,” kata Jasmine sebelum memasuki kereta.
Ben tersenyum kecil memeperhatikan kereta kecil Jasmine berlalu. Macam tak percaya. Mereka yang menganggap diri mereka bagai planet Marikh dan planet Pluto kini menjadi sahabat. Munginkah persahabatan yang bermula dengan permusuhan ini akan berpanjangan?

Monday, February 14, 2011

Takut Kahwin 17 & 18

Deena berjalan mundar-mandir dalam pejabat Ben. Sekejap dia membelek-belek majalah, sekejap berjalan kea rah tingkap. Kemudian memanjangkan pula kepala melihat-lihat kerja Ben. Tak lama lepas tu dia mengeluarkan bunyi-bunyi menjengkelkan apabila mengambil buku dari rak. Ben mula kerimasan dengan tindakan-tindakan adiknya.
“Can you please be silent,” Ben akhirnya bersuara tegas.
“No, you know I can’t dear brother,” Deena buat main pula arahan abangnya.
Ben mengerling kea rah Deena. Biarkanlah saja budak tu, ujarnya pada diri sendiri. Lagi dilayan, lagi bertambah perangainya.
Ben meneruskan urusannya yang terganggu sekejap tadi gara-gara Deena. Tiba-tiba dia terkenang peristiwa dua tiga hari yang lalu. Dia kembali berfikir. Kenapa doctor tu bertindak begitu sekali. Penting sangatkah gelang itu buatnya?
“Dee, abang nak tanya sikit,” Ben bersuara semula.
“Tanya apa?” Deena memutarkan soalan pula. Dia sibuk membuka lembaran buku atlas yang diambilnya tadi.
“Dee marah tak kalau gelang Dee hilang?”
“Marah? Apa pula marah. Mestilah sedih,” jawab Deena memandang Ben curiga.
Ben menggaru kepalanya yang tak gatal. Dia sedih kah?
“Apalagi kalau gelang tu istimewa ataupun hadiah dari seseorang. Mestilah sedih,”tambah Deena lagi.
Ben berfikir. Aku yang salahkah? Dia bertanya pada dirinya sendiri.
“Kenapa abang tiba-tiba tanya? Nak bagi Dee gelang ke?” Deena tersenyum-senyum.
“Kalau Dee tak menyusahkan saya,” Ben meneruskan kerjanya. Dia mengelak dari menjawap soalan pertama Deena.
“Baiklah, Dee tak menyusahkan abang. Dee duduk diam-diam dan tolong abang,” Deena mula mengampu. Dia betul-betul berfikir Ben akan menghadiahkan gelang kepadanya.
“Bagus,”
Suasana sunyi semula. Hanya kedengaran bunyi-bunyi papan kekunci yang ditekan Ben. Deena mulai bosan. Mulutnya sudah tidak tertahan nak bercakap.

“Abang, kenapa jual mahal sangat dengan kak Natasha?” tanya Deena sambil berbaring di sofa.
Ben berhenti menaip. Tapi dia enggan menjawab, dia berpura-pura tidak mendengar Deena.
“Kak Natasha dahlah cantik, terkenal, baik pula tu. Ramai lelaki terpikat dengan dia tau. Tapi kenapa abang tak nak terima dia semula?” satu lagi pertanyaan menganggu konsentrasi Ben. Dia terpaksa berfikir sejenak. Bukankah dulu dia benar-benar cintakan gadis itu? Kemanakah agaknya hilang perasaan itu?
“Abang dengar tak saya cakap ni,” Deena mengegar lamunan Ben.
“Perasaan tak boleh dipaksa,” Ben menjawap pendek kemudian terus menaip.
“Tapi abangkan hampir berkahwin dengan kak Natasha dulu. Mustahil tiada perasaan sayang yang tinggal langsung,” Deena cuba mempertikaikan kenyataan Ben.
“Yang Deena sibuk sangat urusan orang ni kenapa? Dah jangan tanya lagi,” Ben cuba mengelakkan diri dari menjawap persoalan-persoalan Deena yang tidak berpenghujung.
“Sebab Deena risau dengan abang. Kalau abang tak kahwin, siapa yang jaga abang bila dah tua nanti,”
Ben terganggu lagi, tapi kali ini dia agak tersentuh. Dia langsung tak pernah memikirkan perkara itu selama ini. Dalam tiga tahun ini, dia menganggap perkahwinan itu hanya merupakan satu beban. Kata-kata Deena semacam meyedarkan sesuatu kepadanya.
“Abang sebenarnya nak perempuan yang macam mana? Natasha yang cantik abang tak mahu, Dr. Jasmine yang baik tu pun tak nak,jadi yang macam mana? Bidadari ke?” lancar saja Deena bercakap.
Ben langsung tak tahu nak cakap apa. Semua yang dikatakan Deena memang benar. Di antara dua wanita yang disebutkan tadi, tiada sesiapa pun yang dia berkenan. Entah kenapa.
“Atau abang ni..” Deena bersuara curiga. Dia berjalan menghampiri abangnya dengan wajah yang prejudis. Dia merenung Ben atas ke bawah.
“Dee ni kenapa?” Ben tidak selesa dengan pandangan Deena. Apalah yang di dalam fikiran budak ni, dia menduga.
“Abang ni Gay ke?” statmen yang mengejutkan Ben. Adakah dia kelihatan seperti seorang lelaki yang memilih kaum sejenis?
“Mengarut!” Ben cepat-cepat menafikan dengan dahi berkerut. Minta dijauhkan dari perbuatan sumbang begitu.
Deena ketawa besar. Lucu meyaksikan perubahan wajah Ben. Tahu pun takut dianggap gay. Ben memerhatikan adiknya dengan kejengkelan. Malu juga dikenakan adik.
“Jadi, buktikanlah yang abang tu lelaki sejati, bukan Gay,” Deena menyambung ketawanya.
“Tiada gelang untuk Dee,” kata Ben dengan wajah selamba sambil terus menaip.
“Eh, Deena main-main je la, bang. Janganlah marah,” Deena cepat-cepat memujuk Ben. Nampaknya dia dah terlebih cakap.
“No,” Ben menggeleng-gelengkan kepalanya.
***
Haruman aroma terapi kayu manis memenuhi bilik refleksologi di Natural Spa and Reflexology centre. Tiga orang wanita dalam lingkungan usia 50-an sedang menikmati urutan tapak kaki yang sungguh selesa.
Puan Christina sengaja bersantai-santai bersama kedua rakannya, Puan Rose dan Datin Shirley hari itu. Walaupun dia boleh menikmati urutan itu bila-billa masa sahaja, dia rasa lebih seronok apabila berteman.
“Selesanya berurut di sini. Lain kali saya nak urut satu badan pula,” kata Datin Shirley penuh kelegaan.
“Betul tu. Akan datang saya ajak anak dan suami saya sekali,” ujar Puan Rose lagi.
“Tak ada masalah. Datanglah bila-bila masa yang senang,”Puan Christina membalas mesra, puas hati kerana dapat memberi layanan terbaik kepada sahabat-sahabatnya.
“Oh ya, anak sulung Puan Christina masih single ke?” tanya Datin Shirley. Pertanyaan yang menarik minat Puan Rose juga.
“Saya tak pastilah pula, Datin. Rasa-rasanya dia belum berpacaran lagi,”jawab Puan Christina lalu ketawa kecil.
“Sebenarnya, saya nak cuba kenalkan anak puan dengan anak saya , Mark,” Puan Shirley berterus terang disertai ketawa penuh makna.
Puan Rose yang duduk di sebelahnya agak tersentak. Ini mesti kes nak menjodohkan anaknya dengan Jasmine , Puan Rose bijak mengagak. Dia cuba mendapatkan bacaan wajah Puan Christina. Wanita itu tersenyum manis, macam berkenan pula dengan cadangan Datin Shirley. Tak boleh dibiarkan, Puan Rose berkata pada dirinya sendiri. Aku yang dulu kenalkan Jasmine dengan Ben.
“Bagus juga tu, Datin. Anak saya tu memang patut berkenalan dengan ramai lelaki sekarang. Maklumlah umur dah 28 tahun,” sahut Puan Christina diiringi ketawa. Dia teringat percakapan Debby malam semalam. Apa salahnya mencuba. Siapa tahu, kali ini Jasmine berkenan, bisik hatinya penuh harapan.
“Sangat sesuailah dia dengan Mark,puan. Mark tahun ni dah masuk 30,” senyum Datin Shirley memanjang, menjengkelkan Puan Rose yang mendengar dengan setia perbualan dua wanita di sampingnya. Aku mesti buat sesuatu, Puan Rose bermonolog.
“Apa pekerjaan anak datin?” Puan Rose tiba-tiba bertanya, menyampuk.
“Dia seorang lawyer,” jawab Datin Shirley dengan bangganya.
“Mesti sibuk kan. Sesuaikah agaknya seorang doctor dengan lawyer?” Puan Rose menimbulkan pertikaian. Sengaja untuk mengagalkan rancangan wanita berdua itu.
“Eh, tak ada masalah lah Puan Rose. Asal ada persefahaman dan kasih sayang, pasti sesuai. Betul tak Puan Christina,” ujar Datin Shirley lalu tersenyum, seperti memanas-manaskan hati Puan Rose.
“Betul tu, yang penting kasih sayang,” tambah Puan Christina menyokong Datin Shirley.
Mereka berdua ni, Puan Rose cuba menahan diri daripada menunjukkan kegeramannya. Dia tersenyum plastic, berpura-pura setuju dengan perbualan mereka. Sedangkan dalam hatinya, mahu saja dia memberitahu Datin Shirley yang dia sudah lebih dahulu menjodohkan anaknya dengan Jasmine. Tetapi nampaknya, ibunya sendiri sudah memberi lampu hijau kepada cadangan Datin Shirley.
“Nanti saya bawakan gambar anak saya,” kata Datin Shirley penuh semangat.
“Baiklah, saya pun akan berikan gambar anak saya nanti,” balas Puan Christina teruja. Kali ini Jasmine mesti berkenan, bisik hatinya kesukaan. Urutan refleksologi seperti menggeletek-geletek tapak kakinya.
Puan Rose hanya mampu berdiam dan mendengar. Sekarang ni dia tidak mampu berbuat apa-apa, tapi dia akan berusaha untuk memenangi Jasmine. Dia tidak rela membiarkan Jasmine menjadi menantu orang lain. Jasmine mesti menjadi menantunya.
“Puan Rose, dengar cerita anak Puan ada hubungan istimewa dengan Natasha, model terkenal tu. Betul ke?” Datin Shirley menimbulkan pula topic yang tidak disenangi Puan Rose.
“Macam mana dengan Ben dan Natasha? ” Puan Christina bertanya lagi.
“Saya tak rasa mereka ada hubungan. Ben tak pernah cerita apa-apa pun pada kami. Lagipun, dia tak pernah jemput Natasha ke rumah,” Puan Rose lantas menidakkan dakwaan rakan-rakannya itu. Kalau pun betul mereka ada hubungan, saya tak akan benarkan, Puan Rose nekad.
“Mungkin dia nak bagi surprise,” Datin Shirley seolah-olah tidak putus asa.
“Itu saya tak tahu,” nada Puan Rose kedengaran sedikit tegang. Urutan di kakinya tidak dirasakannya lagi. Sesuatu membuak-buak di dalam dadanya.
“Lepas berurut ni, saya belanja minum the pegaga. Baik untuk kesihatan,” Puan Christina mengalih topic perbualan setelah melihat perubahan nada suara Puan Rose.
***
Bab 18
Ben memandang tepat ke depan. Dia memandu sederhana laju melalui lebuhraya yang agak lenggang malam itu. Entah apa angin yang bertiup malam itu, dia bersetuju keluar makan malam bersama Natasha. Selalunya, dia menolak.
“You ada tisu tak?” tanya Natasha sambil membuka laci kecil di bahagian depan.
“Saya rasa tak ada,” balas Ben sambil memandang sikit kea rah Natasha.
Natasha mengeluarkan sesuatu dari dalam laci. Sebuah kotak pink.
“Wah, cantiknya gelang ni,” Natasha memuji sesudah membuka kotak itu. Mutiara-mutiara putih kecil bergemerlapan di bawah cahaya lampu jalan.
Ben cepat-cepat berpaling. Alamak.
“Siapa punya ni? Cantikknya,” Natasha mengeluarkan gelang itu dari dalam kotak kemudian membelainya penuh penghargaan. Matanya bersinar-sinar.
“Err..” Ben berfikir-fikir jawaban yang paling sesuai. Tak mungkin dia nak menceritakan perkara sebenar,
“Itu.. Emm.. Sebenarnya saya nak bagi awak,” Ben membohong.
“Betul ke? That’s very kind of you. Thank you very much. I really like it,” Natasha bukan main sukanya lagi. Bukan kerana gelang itu semata-mata, juga kerana perhatian yang diterimanya dari Ben. Hatinya berbunga bahagia.
“Ya. Awak ambillah,” Ben hanya tersengih-sengih. Padahal, bukan itu hal yang sebenarnya.
“I akan simpan gelang ni baik-baik,” Natasha membelai gelang itu lagi. Hatinya betul-betul bahagia. Ben dilihatnya penuh kasih sayang.
‘Dah mula dah perasan’, bisik Ben dalam hatinya. Dia langsung tidak berniat nak bagi gelang tu pada Natasha. Kalau difikirkan, dia ada dua orang wanita yang boleh dia berikan gelang itu. Tapi oleh sebab Natasha menemui gelang tu, dia tiada pilihan lain.
“Where are we going now?” Ben sengaja bertanya, mengegar perasaan Natasha.
“Let’s go to the beach,” jawab Natasha riang.
“Alright,” Ben terus memandu menghala ke destinasi mereka. Tidak lama kemudian mereka tiba di kawasan pantai.
“Kita dah sampai,” kata Ben sebaik meletak kenderaan.
“Jom,” Natasha keluar dari kereta.
Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa kedatangan mereka. Bunyi ombak menghempas pantai sungguh menenangkan. Cahaya suram dari lampu-lampu jalan menerangi sekitar pantai. Natasha berjalan perlahan menuju ke sebuah kerusi taman. Ben hanya mengekori.
“Sangat tenang,” ucap Natasha sambil mendepakan tangannya, menikmati kenyamanan angin laut yang menyerap sampai ke dalam hatinya. Dia tersenyum.
Ben tersenyum lalu duduk di kerusi taman. Dia memerhatikan laut. Lampu-lampu dari kapal-kapal besar tenggelam-timbul di tengah laut.
“Ben,” panggil Natasha lembut sambil duduk di samping Ben.
“Ya,”
“I just wonder, bolehkah kita kembali seperti dulu?” Natasha memandang tepat ke wajah Ben, mencari jawaban dari pertanyaannya.
Ben diam. Dia berfikir. Kemudian membalas pandangan Natasha.
“I still need time to consider it. Saya harap awak faham,”
Natasha tertunduk mendengar jawaban Ben. Nampaknya kesilapannya meninggalkan Ben tiga tahun lalu masih belum dapat diterima sepenuhnya oleh lelaki itu. Semuanya sudah tidak sama lagi. Ben kini dan Ben dulu jelas berbeza.
“Macam nak hujan. Jom kita balik,” ajak Ben setelah merasa titik-titik air mengenai kulitnya.
Natasha berdiri kemudian berjalan mendahului Ben. Dia kecewa. Hampa. Semuanya harus bermula sekali lagi.
***
Bunyi poke mengejutkan Jasmine. Nombor satu berwarna merah muncul di sudut sebelah Window Facebook. Mesej dari Jane Kaur, sahabat karibnya. Jasmine tersenyum. Dia sering ber‘chatting’ dengan Jane melalui Facebook. Cepat-cepat dia klik pada tab tersebut.
Jane: U not ganna believe tis.
Jasmine: Y? wat’s the matter?
Jane: I’m in LOVE!
Jasmine ketawa sakan. Seakan tidak percaya Jane mengungkapkan perkataan itu.
Jasmine: r u kidding?
Jane: No. I’m really in love.
Jasmine berfikir seketika, lalu tersenyum.
Jasmine: Hahaha.. I macam tak percaya.
Jane: U got to believe this.
Jasmine: Siapa jejaka bertuah tu?
Tidak sabar rasanya Jasmine mengetahui cerita Jane. Selama ini, Jane tidak pernah begitu serius mengungkapkan perasaannya. Dia mungkin mudah tertarik pada lelaki, tetapi jatuh cinta bukanlah perkara yang senang untuk gadis itu.
Jane: Malunya.His name is Dev.
Jasmine: Hahaha. Malu apanya. We are friends. Nice name. Tak sabar nak jumpa orangnya.
Jane: His a nice guy too. Hehehe.
Jasmine: n must be handsome too. Hahaha. So, u must be in a relationship now.
Jane: hehehe. Pandai u teka.
Jasmine:I’m so happy for u!! Bila nak rasmikan? Can’t wait.
Jasmine tiba-tiba teruja. Dia sangat berbahagia mengetahui cerita Jane. Akhirnya temannya itu menemui seseorang yang teristimewa.
Jane: I’m not sure yet. He hasn’t proposed me yet.
Jasmine: u proposed him la. Hahaha.
Jane:Crazy.
Jasmine: Hahahaha. Tak sabar nak tengok u kawin.
Jane: The time will come. How’s your Mr. Wrong? Hehehe..
Air muka Jasmine berubah membaca perkataan Jane. Dia faham sangat siapa yang dimaksudkan oleh kawannya itu.
Jasmine: Nothing. Malas nak cerita fasal orang tu.
Jane: ‘orang tu’? Tak baik u gaduh2 dengan dia. He’s a good guy, u know.
‘Good guy’? Jasmine tersenyum sinis.
Jasmine: Whatever.
Jane: I’m serious. I tengok u padan dengan dia.
Jasmine: Ueekk..
Geli tekak Jasmine membaca perkataan-perkataan dari Jane.
Jane: Hahahah. U ni. Think about it. Siapa tahu dialah Mr. Right u.
Jasmine: I hope not.
Jane: Up to u la. Oopps. My sweetheart want to chat with me. Hehehe.
Jasmine: sweetheart?? Ok. Hope to see u soon. Gd n8. Send my regard to ‘your sweetheart’.
Jasmine tersenyum lagi, geli hati dengan Jane. Maklumlah orang bercinta. Kalau dulu bermati-matian geli dengan gelaran-gelaran manja. Sekarang, bila terkena, dia yang lebih. Jasmine menekan pada tab ‘log out’.
Dia membaringkan diri di katil, kemudian membiarkan fikirannya melayang-layang. Dia terbayang Jane berpakaian pengantin Punjabi bersama bakal suaminya. Mereka menari-nari macam dalam cerita-cerita Hindustan yang pernah ditontonnya. Jasmine terus menonton bayangan temannya yang sedang menari di dalam mindanya sambil ketawa-ketawa kecil.
Watak Jane tiba-tiba berubah menjadi dirinya. Jasmine menari-nari sambil berpakaian Sari merah garang. Dia sedang berada di tempat yang tinggi dan berangin. Angin yang kuat itu tiba-tiba menerbangkan selendangnya.
“Oh, tidak,” sempat dia berkata-kata dalam khayalannya sendiri. Dia berlari-lari dengan ayu cuba mendapatkan selendang itu semula.
Tiba-tiba lagi, selendang itu berhenti terbang. Rupa-rupanya, seseorang telah menyelamatkan selendangnya. Siapakah hero Hindustan itu?
“Kau?!”
Jasmine tersedar dari dunia khayalannya. Cepat-cepat dia bangkit dari berbaring. Dia menampar dahinya, menyesali diri.
“Banyak-banyak orang dalam dunia ini, kenapalah kau juga yang datang. Aku tak suruh pun kau datang. Aku nak Aamir Khan,” Jasmine mengeluh berat. Nampaknya Ben lah yang telah muncul sebagai hero dalam angan-angannya tadi. Hancur harapannya menari berduet dengan Aamir Khan.
“Jasmine.. Min..” suara Puan Christina mengejutkan Jasmine. Suara itu kedengaran cemas.
Cepat-cepat Jasmine berlari ke pintu.
“Ada apa mum?” Jasmine bertanya sejurus menemui mummynya di depan pintu.
“Tuan Albert pengsan. Puan Rose telefon tadi minta Min datang ke rumah sekarang juga,” jawab Puan Christina termenga-menga.
Jasmine segera bergegas menyiapkan peralatan-peralatan yang diperlukan. Dia mengambil kunci keretanya dan berlari anak meninggalkan bilik tidur.