Thursday, February 9, 2012

Akan Datang...

Ada satu hal di dunia ini yang tidak akan pernah berubah. Hal ini melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita. Apa yang dimaksudkan disini bukanlah hubungan di antara seorang bapa dengan seorang anak perempuan atau seorang abang kepada seorang adik atau seorang kakak kepada adik dan bukan juga tentang persahabatan biasa di antara seorang lelaki dan seorang wanita. Ini sesuatu yang lebih daripada semua itu. Lebih mendalam. Lebih peribadi.

Cinta.

Sepatah perkataan ini sudah biasa didengar, dilihat mahu pun dibaca. Apa tidaknya kisah dalam novel, cerita filem, dan senikata lagu-lagu semuanya mengangung-agungkannya bagaikan tiada hal lain yang lebih penting di seluruh jagat raya ini. Cinta dikatakan boleh mematahkan, menghiris, meremukkan, menghancurkan dan meleburkan hati seseorang. Benarkah cinta begitu hebatnya?

Inilah kisah hidupku. Seseorang yang belum pernah merasakan apa yang dipanggil “Cinta Antara Lelaki dan Wanita”. Seseorang yang masih tidak mengerti mengapa seluruh umat manusia mengagungkan perkataan ini. Seseorang yang tidak pernah bercinta dan seseorang yang menganggap cinta hanya merupakan sebuah mitos sepanjang zaman.

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

No comments: