Wednesday, April 18, 2012

Black&White 1

Aku boleh! Di dalam Malaysia ni tak ada yang tak boleh. Malaysia boleh!
Jiwa Nina bersorak cuba menenangkan darah gemuruh yang melandanya sejak awal pagi tadi . Hari ini dia akan menghadiri satu lagi temu duga. Masuk kali ini, sudah 13 kali dia menghadapi saat-saat begini tapi kali ini perasaan gemuruhnya dirasakan berganda-ganda.
Sebagai seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran, dia sememangnya berkelayakkan untuk bekerja di syarikat-syarikat besar seperti Syarikat Indah Bumi itu. Tetapi persaingan pekerjaan dalam bidang pentadbiran begitu mengecewakan Nina. Dia harus menonjolkan diri di antara calon-calon yang lain untuk mendapat salah satu kekosongan kerja yang ditawarkan. Berdasarkan pengalamannya sebelum ini (12 temu duga dalam tempoh 6 bulan!), dia ternyata hanyalah seorang graduan kelas pertengahan yang hanya akan diberikan peluang sekiranya ada calon berjaya yang menolak.
“Seterusnya, Cik Nina Hashim!” seorang wanita dalam lingkungan usia 40-an memanggil namanya. Wanita itu memakai blous putih dan skirt panjang hitam. Sejak memasuki bangunan Syarikat Indah Bumi Corporation awal pagi tadi, Nina melihat semua pekerja berpakaian hitam dan putih sahaja. Malah majoriti calon temu duga memakai pakaian formal berwarna serupa. Sesuatu yang agak pelik, fikirnya.
“Cik Nina Hashim!” laung wanita tadi dengan lebih keras. Nina tersentak lalu lantas berdiri dan berjalan pantas menuju ke pintu bilik temu duga.
“Saya, puan,” Nina menghadiahkan senyuman ikhlas kepada wanita yang sudah menunjukkan dua kerutan di antara keningnya.
Wanita itu memandang Nina dari atas ke bawah. Kemudian kembali memandang mukanya lalu menggeleng-gelengkan kepala macam orang putus harapan. Pintu bilik dibukakan.
Nina terkebil-kebil. Dia memandang pakaian yang dikenakannya. Skirt labuh berwarna merah jambu berbunga putih dan blous lengan panjang menjadi pilihan untuk temu duga kali ini. Sangkannya dengan berpakaian begini, dia akan menonjol daripada calon-calon yang lain. Ketika dia memasuki bilik temu duga itu, dia dapat rasakan yang dia sudah membuat pilihan yang salah.
Di dalam, kelihatan seorang lelaki berwajah serius sedang sibuk memperhatikan kertas-kertas di atas meja. Di sebelahnya, seorang wanita yang sangat jelita dalam pemandangan Nina juga sedang serius menelaah kertas-kertas di depannya. Mereka berdua mengenakan pakaian hitam dan putih dengan blazer hitam.
Takkan uniform kot? Fikir Nina sambil berkira-kira untuk duduk.
“Good morning miss, sir,” sapa Nina dengan senyuman paling manis yang dia termampu saat itu. Dia cuba menguasai debaran jantungnya yang kian menggila sejak melangkah masuk ke dalam bilik temu duga.
“Good morning, Miss Nina. Please have a sit,” wanita itu membalas dengan senyuman.
Nina masih senyum ketika dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berdepan dengan kedua penemu duga itu. Dia menghulurkan resume kepada si wanita apabila si jejaka tidak menunjukkan respon positif.
“Here is my resume, Miss Noryn,” Nina berbahasa sambil menggelar nama wanita itu yang diketahuinya melalui tanda nama. Sengaja dia berbahasa Inggeris untuk menunjukkan kebolehannya berkomunikasi dalam bahasa antarabangsa itu. Manalah tahu, dengan begitu dia dapat memenangi hati penemu duga hari ini.
“Thank you,” wanita itu tersenyum lebar seperti sangat berkenan dengan gelaran namanya.
Si jejaka yang berdiam dan memasang muka serius sejak tadi kelihatan tersentak ketika mengangkat kepalanya dan memandang Nina, bagaikan ada sesuatu yang menyentap jantungnya. Eh, cantik sangat agaknya aku hari ni. Nina mula tersipu-sipu,perasan ketika bertentang mata dengan lelaki yang kini memandangnya serius. Kacaknya dia ni, Nina sempat memuji dalam hati.
“Cik ni tak salah datang interview ke?”
Dahi Nina tiba-tiba berkerut. Adakah ini sejenis soalan untuk menguji kekuatan emosi? Atau soalan gurauan? Atau ada makna disebaliknya? (Untuk mengenalinya dengan lebih rapat)
“Nama saya Nina Hashim. Encik boleh tengok gambar dalam resume saya kalau encik tak percaya,” kata-kata itu terkeluar dari bibir Nina. Dia tidak peka dengan kehendak soalan. Rupanya soalan itu sengaja ditanyakan untuk menyindir.
Penemu duga wanita itu tersenyum geli hati tetapi cepat-cepat dikawalnya. Si jejaka itu meneruskan senyuman sinisnya. Dia kini menumpukan sepenuh perhatian kepada Nina. Jari jemari tangan kanan dan kiri bersilang di atas meja. Nina memerhatikan jari telunjukknya bergerak-gerak.
“Cik ada buat bacaan tentang syarikat kami sebelum datang interview ni?” lelaki berwajah pan-Asia itu bertanya serius. Nina sempat merenung rambut jejaka itu yang disikat kemas ke belakang tetapi nampak sangat bergaya. Matanya kemudian jatuh pada tanda nama di dada sebelah kiri.
“Sudah semestinya, Encik Adrian. Saya ada membaca tentang polisi dan serba sedikit sejarah syarikat ini. Berdasarkan pembacaan..”
“Bagaimana dengan etika berpakaian?”jejaka itu memotong penerangan Nina membuatkan gadis itu terkelu.
“Saya tak tahu pula kalau syarikat ni ada etika berpakaian yang tertentu..” Nina cuba mencari jalan untuk menyelamatkan diri dari situasi itu. Kantoi!
“Sudah semestinya, cik.. emm.. Nina. Syarikat kami ada kod berpakaian yang unik dan berbeza dengan syarikat lain. Untuk pengetahuan cik, kod pakaian syarikat kami ialah pakaian formal hitam dan putih sahaja. Hanya bahagian Penerbitan dan bahagian Pemasaran yang terkecuali dari kod pakaian ini. Sepatutnya, sebagai calon pekerja syarikat ini cik harus peka dengan semua ni. Lainlah kalau cik tak berminat langsung nak bekerja dengan kami,”
Nina menelan liurnya apabila mendengar kata-kata tajam dari jejaka bernama Adrian itu. Dia tidak mampu untuk berpura-pura senyum, kerana lelaki itu memang sengaja mahu menembakknya dengan persoalan pakaian. Kebetulan dia memakai pakaian yang jauh bertentangan dengan etika berpakaian yang dimaksudkan penemu duga itu. Nina merasakan mukanya sudah kemerahan menahan malu. Bagaimana dia boleh tertinggal membaca bahagian etika berpakaian syarikat itu.
“Saya minta maaf, Encik. Saya betul-betul tak tahu,” hanya itu yang mampu Nina balas. Dia tak terfikirkan dalih yang paling sesuai untuk menampan soalan lelaki itu.
“Cik Nina, boleh ceritakan pengalaman kerja anda sebelum ini?” wanita bernama Noryn itu bertanyakan soalan luar cerita bagi menghilangkan ketegangan yang melanda.
“Saya pernah bekerja sebagai kerani di sebuah kilang makanan ringan di Selangor selama dua bulan. Yang terbaru, saya pernah bekerja sebagai babysitter selama sebulan,” cerita Nina dengan terbuka. Lagipun dia sudah mencatatkan semuanya di dalam resume.
“Cik ni suka kanak-kanak ke?” tanya wanita itu, seperti tertarik untuk mengenali Nina dengan lebih dalam.
“Sangat suka, cik,” jawab Nina ringkas dengan senyuman yang mekar di bibir. Macam ada harapan lagi, fikirnya.
“Kalau macam tu, saya cadangkan cik Nina jadi pengasuh di tadika ataupun teruskan jadi babysitterlah. Lebih sesuai daripada bekerja di pejabat. Tambahan dengan pakaian warna pink ni. Mesti dapat memikat hati kanak-kanak kan,” penemu duga lelaki itu menyampuk dengan mengeluarkan kata-kata yang tersirat sindiran. Bibirnya mengukir senyuman sinis.
Dub!Nina sudah dapat menangkap maksud kata-kata itu. Kesabarannya sengaja diuji. Dia bukan lurus bendul. Nampaknya ini adalah temu duga kali ke-13 yang akan gagal. Nina tahu tiada gunanya dia mengampu si lelaki itu. Maruah dirinya lebih penting sekarang. Tak kan nak biarkan orang lain menjatuhkan air mukanya mentang-mentanglah dia ada kedudukan yang tinggi.
“Terima kasih, Encik Adrian atas cadangan bernas ini. Saya sangat menghargai keprihatinan encik ke atas saya. Oh ya, kod pakaian syarikat encik mengimbau semula nostalgia zaman sekolah rendah dulu. Saya percaya encik ada kenangan manis yang tak dapat dilupakan semasa sekolah dulukan sehingga menjadikan seragam sekolah sebagai inspirasi,” Nina melancarkan kata-kata balasan dengan air muka dan nada yang tetap tenang. Senyuman manis dilemparkan untuk menyakitkan hati lelaki. Dia sudah bangkit berdiri dan bersedia untuk berambus.
Noryn menahan ketawa. Dia menghulurkan semula resume Nina dengan wajah merah padam. Adrian tunjuk muka serius semula. Dia tak sangka gadis muda ini begitu berani mengeluarkan kata-kata yang mencabarnya kewibawaannya. Dia mendehem perlahan.
“Terima kasih cik Nina. We will call you,” kata Noryn dengan senyuman yang hampir menyamai ketawa.
“I don’t think so Miss. But thank you,” Nina mengangguk setelah menerima resumenya dan berlalu meninggalkan bilik itu dengan dada yang agak membuak.
“Aku suka budak tu. Berani. Provokatif. Dan satu lagi kau dengar tak tadi dia panggil aku apa? Miss Noryn,” Noryn meluahkan pendapatnya sebaik saja Nina menghilang di sebalik pintu.
“Kau memang tak profesional. Sebab dia panggil kau cik saja pun dah suka. Itu merupakan salah satu teknik mengampu. Tahu tak? Lagipun nak buat apa orang macam tu. Perangai kebudak-budakkan dan tak matang. Berani dia nak mengata etika berpakaian kita. Memang sengaja cari nahas,” Adrian merungut. Tak puas hati betul dia dengan budak tu.
“Bukan kau memang tak nak ambil dia kerja ke? ” Noryn masih lagi terkekek-kekek. Dia faham benar dengan perangai Adrian yang tak mahu kalah.
“Yang kau ni ketawa tak berhenti-henti kenapa?” Adrian menjeling kakak sepupunya dengan penuh rasa tidak puas hati.
Noryn menggeleng-geleng kepalanya. Selama ini belum pernah ada orang luar yang berani mati menyindir kod pakaian yang digubal Pengurus Besar Indah Bumi Corporation itu.

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

2 comments:

Anonymous said...

nice...

Anonymous said...

keep it up.....