Ada satu hal di
dunia yang sangat kumengerti. Kasih sayang terhadap haiwan.
Aku
seorang veterinar. Setiap hari aku bertemu dengan mereka. Ada yang berkaki dua,
ada yang berkaki empat. Ada yang besar, ada yang kecil. Macam manusia juga,
banyak ragamnya. Ada yang penurut dan mudah diurus, ada pula yang garang tak
bertempat. Semuanya kuhadapi dengan senyuman saja. Kan senang.
“Dr.
Kia!” satu jeritan yang mengejutakan menerjah gegendang telingaku.
Pintu
bilikku dikuak tanpa diketuk terlebih dahulu. Sejurus itu, kulihat Cika atau
nama sebenarnya Kartika binti Seman, pembantu klinikku tergesa-gesa memasuki
bilik. Aku mulai cemas. Entah-entah ada perkara yang buruk telah berlaku! Minta
dijauhkan!
“Kenapa
Cika?” aku merespon secara automatic.
Cika
kulihat sedang mengawal pernafasannya sebelum menjawab pertanyaanku. Matanya
terkebil-kebil sambil tangan kananya di atas dada yang sedang turun naik. Aku
membiarkannya bertenang dulu. Nanti kalau didesak, dia pula yang pengsan. Aku
sedia maklum, si Cika ni seorang yang over acting sikit. Perkara remeh boleh jadi
gempar.
“Pesakit..”
Cika masih termengah-mengah.
“Kenapa?”
aku makin ingin tahu.
“Sangat
handsome!” luah Cika pada akhirnya sambil senyum-senyum gatal.
Buang
tenaga aku saja, fikirku. Ingatkan ada yang serius tadi, rupanya Cika sekadar
memberitahuku tentang rupa paras seorang pesakit atau lebih tepat tuan kepada
‘pesakit’ kami. Ceh, tak berfaedah langsung!
“Lain
kali, kalau sekadar nak bawa berita picisan macam ni tak payahlah tunjuk muka
emergency macam ni,” bentakku terus terang. Memang aku sudah biasa dengan
pembantu ini. Kalau tak biasa tak kan dia berani buat drama depan aku pula.
Nasib baiklah aku ni seorang yang bertimbang rasa. Kalau tidak, ada juga yang pulang
menangis hari ni.
“Ini
bukan cerita picisan, Dr. Kia. Lelaki ni betul-betul kacak. Tak pernah aku
jumpa lelaki sekacak dia depan mata aku,” Cika berceritera. Aku menghembus
nafaskku dalam. Kacaklah sangat. Bukan boleh dibuat makanan atau pakaian pun.
“Apa
yang si “Kacak” kau tu buat disini? Modelling ke?” aku menyindir. Malas aku melayan
terus keterujaan si Cika tu. Makin dilayan, makin menjadi.
“Kucing
dia sakit. Katanya dah dua hari tak nak makan,”
Perbualan
ini baru kurasakan berfaedah. Tanpa banyak soal, aku mengangkat kaki menuju ke
bilik rawatan. Cika mengekori ku, bersedia untuk membantu.
Bilik
rawatan yang hanya terletak di sebelah bilik pejabatku kumasuki dengan langkah
berkeyakinan. Mataku mengimbas seluruh ruangan bilik. Di deretan kerusi plastic
di tepi dinding, seorang lelaki sedang memandangku. Seekor kucing siam terkulai
lemah dalam pangkuannya. Mataku cuba mencari bukti kebenaran kata-kata Cika
tadi.
Boleh
tahan. Keningnya tebal dan hitam. Itulah yang paling menonjol. Kulitnya kuning
langsat tapi taklah terlalu halus. Tubuhnya tinggi dan ada bentuk. Menurut pandangan
mata wanita, lelaki sebeginilah yang wajar menjadi pujaan dan ideal untuk
dijadikan pasangan. Mengapa? Kerana rupanya sahaja? Macam mana kalau dia
seorang penjenayah? Penjahat? Adakah dia masih lagi seorang calon suami yang
ideal? Ah, omong kosong!
“Encik
boleh bawa kucing encik tu di atas meja ni,” aku mengarahkan dengan lagak
konvensional. Aku dapat merasakan yang Cika sedang tersenyum-senyum mencuri
pandang wajah si jejaka itu.
Lelaki
itu berhati-hati membawa kucingnya dan meletakkan di atas meja rawatan. Aku
sudah lama menyarungkan sarung tangan getah pada tanganku. Perlahan-lahan aku
memeriksa si kucing malang ini. Bulunya haiwan ini berkilat dan bersih.
Telinga, kuku dan hidungnya juga sama. Langsung tiada tanda-tanda masalah kutu
atau jangkitan kulit.
“Encik
pernah berikan suntikkan vaksin pada dia?” aku bertanya sambil terus memeriksa
si kucing siam itu. Memang kulihat kucing itu begitu lemah. Untuk berdiri
sajapun, dia tidak mampu.
“Pernah.
Setahun lalu,” jawab si Tuan punya kucing pendek.
“Kucing
encik kena diberi suntikkan antibiotic ni. Paru-parunya kena infection,” aku
menjelaskan. Kali ini aku menentang matanya. Orang kata, wanita mudah jatuh
cinta jika kerap bertentangan dengan mata seorang lelaki. Jadi maksudnya, kalau
aku memandang mata lelaki ini lama-lama, aku boleh jatuh cinta. Tapi dalam
beberapa saat saja lelaki itu sudah melarikan anak matanya dari memandang aku.
Mungkin renungan mataku ini umpama renjatan elektrik yang bervoltan tinggi
sampai dia tak tahan berpandangan denganku.
“Doktor buatlah apa yang dirasakan patut.
Asalkan kucing saya sembuh,” katanya sambil membelai-belai bulu si kucing ini.
“Encik
jangan risau. Kucing encik akan sembuh. Cika, sediakan suntikkan,”
Cika
pantas mengerjakan arahan. Dia sudah biasa dengan tugas ini. Sudah cukup layak
untuk digelar juru rawat haiwan. Sementara itu, si lelaki terus membelai kucing
kesayangnnya dengan penuh kasih sayang.
“Tahan
ya Scot,” ujarnya lembut.
Pastilah
kucing ini bernama Scot. Macam nama
manusia. Aku hanya senyum.
“Ini
doctor,” Cika menghulurkan tray besi yang mengandungi peralatan suntikan. Aku
mrngambil picagari dan memasukkan cecair jernih ke dalamnya.
“Scot,
bertahan ya,” Lelaki itu memujuk si kucing. Aku tak tahulah kalau kucing tu
faham.
Perlahan-lahan
aku menyuntik ubat ke dalam salur darah Scot. Habis air jernih itu keluar dari
jarum picagari, aku menarik keluar. Harap-haraplah kucing ni sembuh.
Lelaki
itu segera mengusap-usap bahagian tubuh kucingnya yang disuntik tadi dengan penuh
kasih sayang. Aku terharu, rupanya masih ada orang yang begitu perhatian
terhadap haiwan peliharaan mereka. Kebanyakkan manusia pada hari ini tidak
peduli pun tentang haiwan yang disekitar mereka. Apa lagi haiwan liar yang
berada di hutan. Ada yang hampir pupus menjadi mangsa buruan manusia. Sungguh
kejam! Aku tiba-tiba merasa bangga menjadi sebahagian dari komuniti pencinta
haiwan. Tidak ramai manusia seperti kami, yang peduli dan kisah tentang haiwan.
Si
lelaki kacak yang dipuja Cika itu segera membawa kucingnya pulang sebaik
menerima rawatan. Aku jarang bertemu
denga lelaki yang benar-benar sayangkan haiwan seperti lelaki ini. Dalam
diam-diam begini aku sesungguhnya mengaggumi si dia ini. Tapi cukuplah sekadar
itu. Tidak usahlah pula diperpanjangkan cerita dengan mempersoalkan hal-hal di
dalam hati. Tak ada maknanya pun!
No comments:
Post a Comment