Tuesday, July 24, 2012

Cerita Hati

Cinta Monyet

Hari yang ditunggu-tunggu oleh kedua mempelai akhirnya telah tiba. Akulah antara orang yang mengikuti perkembangan majlis perkahwinan ini, dari perancangannya, persiapannya sampailah kepada pelaksanaannya pada hari ini. Aku berdoa semoga semuanya berjalan lancar.
            Awal pagi lagi aku sudah berada di rumah pengantin perempuan. Aku dilantik sebagai penyambut tetamu. Pada mulanya, Kayla ingin aku menjadi pengapitnya. Tetapi aku menolak keras. Macam-macam alasanku sampaikan Kayla akhirnya menyerah.
            Upacara keagamaan yang istimewa di sebelah pagi sudah selesai. Syukur semuanya berjalan lancar. Kulihat, wajah pasangan pengantin berseri-seri. Senyum macam tak pernah lekang dari bibir. Aku tumpang gembira untuk Kayla. Akhirnya setelah menyulam kasih sejak sekolah menengah, dia dan Jerry kini menjadi satu. Mereka memang sepadan.
Setelah selesai acara pemberkatan, semua jemputan dijemput untuk menikmati jamuan kahwin di rumah pengantin perempuan. Hari ini seluruh ahli keluarga sebelah pengantin perempuan  memakai pakaian berona ungu iaitu warna tema majlis perkahwinan ini. Tidak ketinggalan aku. Aku mengenakan dres potongan lurus panjang hingga ke buku lali dengan kasut tumit tinggi. Begini barulah nampak tinggi sikit.
Keluarga sebelah pengantin lelaki pula memakai pakaian berona maroon. Memang kontra dengan kami. Sehingga boleh kenal siapa keluarga pengantin perempuan dan siapa keluarga pengantin lelaki. Pandai juga Kayla dan Jerry ni, fikirku.
Memandangkan majlis resepsi akan bermula, para penyambut tetamu diarahkan untuk mengambil peranan. Kami akan bersalaman dengan semua tetamu yang hadir kemudian mempersilakan mereka menandatangani buku tetamu dan memberikan cenderahati yang berupa buku nota yang bermuka depankan muka pasangan pengantin dan sekantung gula-gula. Aku memaksa Kathy untuk menemaniku walaupun dia sungguh-sungguh menolak. Katanya dia tiada kaitan dengan pengantin, maklumlah dia sepupuku di sebelah papa. Sementara Kayla pula sepupu disebelah mama. Tapi aku yakinkan juga dia untuk menjadi penyambut tetamu. Akhirnya dia akur juga. Aku siap suruh dia pakai dres comel berwarna ungu untuk menyerlahkan lagi kecomelannya yang selama ini tersembunyi di sebalik fesyennya yang agak.. erm.. Luar biasa.

Sejak pukul 12 tengah hari tadi, tetamu sudah bertali arus memasuki kemah. Sudah hampir 300 orang tetamu yang menempati kerusi-kerusi yang tadinya kosong. Makanan sudah tersedia. Kek perkahwinan pula sedang disiapkan oleh Tamara di depan pelamin. Tinggal tunggu masa lagi sekarang. Pengantin datang, maka bermulalah majlis. Dan jangan tak tahu, majlis ini akan berlarutan sehingga jam 7 malam ini. Kemungkinan besar akan disambung oleh ahli keluarga untuk acara suka-suka.
“Selamat datang. Mari tandatangan dulu,” itulah dialog yang aku ulang berkali-kali setiap kali tetamu datang. Tidak bezanya dengan si Kathy. Dia mengeluh yang pipinya sudah kebas akibat senyum memanjang. 
“Kita patut tukar syif sekarang. Aku dah lapar,” bisik Kathy ketika tetamu sudah berlalu.
“Sabarlah. Nanti aku suruh sepupu aku yang lain ganti kita masa makan nanti,” balasku juga berbisik.
“Hai, Dr. Izkia,”
Aku lantas menoleh. Siapa pula yang menyebut nama penuhku ini. Begitu ramai kawan-kawan lama dari sekolah menengah yang datang, tak seorang pun menyebut nama penuhku. Aku mendongak untuk mendapatkan wajah si jejaka yang meyebut nama penuhku tadi.
Dia menghulurkan salam. Aku latas menyambut.
“Err.. Kamu. Jemputlah masuk,” pelawaku sambil tersengih-sengih. Rupanya kawan si Jerry yang menyebut nama penuhku tadi. Aik, dari mana pula dia tahu namaku? Aku malaslah nak ambil tahu. Dia tidak bersendirian. Dia datang bersama seorang wanita putih gebu yang memakai pakaian berwarna maroon. Sahlah, ahli keluarga Jerry. Dia pun ku lihat memakai kemeja berwarna serupa. Tambah kacak pula kulihat dia ini. Mereka nampak sangat secocok. Padan sekali.
“Selamat datang. Sila tandatangan di sini,” Kathy mengambil peranan.
Okay. Thanks,” balas gadis yang kukira dalam lingkungan usia 23 tahun itu kemudian menurunkan tandatangannya di dalam buku tetamu diikuti si jejaka. Sungguh sesuai kulihat mereka berdua. Pasangan ideal. Aku menghulurkan cenderahati kepada mereka.
“Kami masuk dulu. Jumpa nanti,” kata lelaki itu sambil memandangku dengan senyuman sebelum berlalu.
Aku hanya mengangguk disertai senyuman.
“Senyum sampai ke telinga nampak? Siapa tu?” Kathy bertanya sebaik sahaja pasangan itu hilang dalam lautan manusia.
“Aku tak tahu nama dia. Yang aku ingat dia pernah datang di klinik,” ceritaku pendek sambil membetulkan cenderahati yang bertempiaran di atas meja.
“Macam mana pula dia tahu nama kau tapi kau tak tahu nama dia? Tadi tu girlfriend diakah?” pertanyaan Kathy nampaknya semakin memanjang. Nasib baik tiada tetamu yang datang pada masa itu.
“Entah. Mana aku tahu,” balas ku endah tak endah. Girlfriend dia kah,mak cik diakah, adik diakah, atau sepupu diakah, bukan urusan aku.
Handsome juga. Tapi sayang sudah berpunya,” Kathy mengeluh, membuatku ketawa kecil. Takkan dah tertarik hati.
“Banyak lagi orang lainlah yang masih single and available,” balasku pendek.
Tidak lama kemudian, tiga orang sepupuku yang masih belasan tahun datang ke tempat kami. Nampaknya mereka sudah bersedia untuk tukar syif.
“Kak, kami gantilah kamu,” ujar Vanna.
Aku dan Kathy yang sememangnya menantikan saat ini, tanpa banyak bicara meletakkan tugas menyambut tetamu ke dalam tangan mereka. Kami terus masuk ke dalam kemah dan mencari mana-mana kerusi kosong. Nampaknya, tidak banyak lagi kerusi yang tinggal untuk tetamu.
“Dijemput semua hadirin berdiri untuk memberi penghormatan kepada pengantin baru kita,” suara Uncle Jack yang mengacarakan majlis tengah hari ini mengumumkan. Semua jemputan berdiri sambil bertepuk tangan. Tidak ketinggalan Kathy dan aku. Malah kamilah antara manusia yang nampak teruja. Kathy sampai bersorak apabila pengantin berjalan di atas karpet merah menghala ke pelamin. Jangan ingat kahwin kampung tak ada karpet merah. Di zaman moden ini, tak ada yang mustahil.
Setelah itu, acara pemotongan kek berlangsung. Seperti biasalah, lepas potong kek, suap-menyuap pun berlangsung. Mula-mula pengantin, kemudian ibu bapa pengantin. Aku lihat Kayla kelihatan semakin cantik hari ini. Agaknya seri mukanya yang membuatkan dia nampak sangat menonjol. Aku tersenyum.
Aku bolehlah dikira rapat dengan Kayla walaupun tidak rapat seperti dengan Tamara dan Kathy. Kalau setakat kisah cinta zaman remaja dulu, kami sering bertukar cerita. Atau mungkin lebih tepat dia bercerita dan aku mendengar. Aku manalah ada kisah cinta-cinta monyet zaman sekolah. Sebabnya? Manalah aku tahu. Mungkin sebab aku terlalu hodoh dulu. Hehehe..  Dan kisah percintaan Kayla dan Jerry sudah pasti kuketahui. Dulu kusangka, cerita ini akan berakhir bila kami dewasa. Maklumlah cinta monyet. Tapi nampaknya, aku silap besar. Buktinya, mereka kini sudah menjadi suami isteri. Jadi, kisah antara mereka bukanlah sekadar cinta monyet. 
“Jom pergi makan,” ajakkan Kathy membawa aku kembali kea lam nyata. Aku ni terlalu banyak berfikir sampaikan tak sedar acara suap-menyuap sudah berlalu. Sekarang pengantin pun sedang duduk di meja makan bersama ibu bapa masing-masing bersedia untuk menjamu selera. 
“Tak payah susah-susah nak berebut di sini. Kita makan di dalam,”
“Kau tak cakap awal-awal. Kalau tidak dari tadi lagi aku bawa kau masuk dalam,”ujar Kathy kesal. Rupanya dia beriya-iya nak tengok acara ini semua sebab nak tunggu masa makan. Kesian.
“Jomlah,”
Ketika kami sibuk menikmati hidangan terdengar pula suara seseorang yang dirindui menyapa. ”Makan tak ajak-ajak,”
Aku dan Kathy mendongak serentak. “Tammy!”
“Isy,janganlah menjerit,” marah Tamara lalu duduk bersama kami di atas sofa. Terlebih excited pula kami menyambut kehadiran si Tamara. Tak sedar pula sampai menjerit.  
“Lama tak jumpa. Dah semakin berisi aku tengok kau,” Kathy membuka cerita.
“Biasalah. Aku kan tukang buat kek. Kau tu dah semakin kurus kenapa pula?” balas Tamara sambil mencuit ayam masak merah dipingganku. Aku biarkan saja. 
“Yakah aku semakin kurus? Ni berita gembira ni,” Kathy mengada-ada pula.
“Kenapa kau cakap Tammy, perasanlah dia ni,” celahku sengaja mencuit hati si Kathy.
“Aku tak perasan, okey,” Kathy segera menafikan.
Aku dan Tamara mentertawakan dia. Memang seronok menyakat Kathy.
“Kau apa cerita, Kia? Tak dengar khabar pun?” si Tamara menyoalku.
“Tak ada yang menarik. Boring as ever,” sahutku sambil lewa. Aku lebih seronok melayan makanan dalam pinggan.
“Kau tu pemalas mencari sebenarnya,” si Kathy pula mencelah. Ah, memang aku malas. Tak kan aku nak jadi perigi mencari timba pula. Kalau ada, adalah juga. Kalau dah tak ada, apa nak dikata lagi.
“Atau terlampau memilih,”sambung Tamara dengan nada gurauan. Apa yang nak dipilih kalau tak ada pilihan pun? Agak-agaklah juga.
“Belum sampai masa lagi. Kau Kathy? Dah jumpa pengarang jantung?” aku mensasarkan pula soalan kepada Kathy. Mengenakan orang suka, biar kena batang hidung kau sendiri.
“Heheh. Tak payah tanya aku. Tanyalah dengan si tauke ni. Saham tinggi di pasaran,” Kathy memutar pula soalan kepada Tamara yang nampak kehairanan dengan gelaran yang diterimanya.
“Suka-suka kau panggil aku tauke. Malaslah nak cerita,” Tamara pasang muka merajuk. Tak puas hatilah tu dengan gelaran yang diberikan Kathy.
“Aku tahu apa yang boleh buka mulut kau. Fareed, ex-boyfriend semasa tingkatan empat dulu. Ingat lagi tak?”
Aku cuba mengingati nama itu. Fareed. Oh, dia! Lelaki putih bersih tetapi tak cukup tinggi itu. bekas teman lelaki Tamara masa zaman cinta monyet dulu.
“Kenapa dengan dia? Dia ada datangkah?” cepat Tamara merespon. Agaknya masih ada sedikit perasaan yang tersimpan untuk lelaki itu.
“Aku ada nampak dia tadi. Tapi jangan kecewa, dia datang dengan seorang perempuan dan dua orang anak kecil,” cerita Kathy lagi.
Kulihat wajah Tamara layu sedikit. Putus harapan lah tu. Aku menutup mulut sahaja sementara mereka berdua asyik bercerita tentang si Fareed itu. Begitulah yang dikatakan cinta monyet. Cinta zaman remaja yang tidak berkekalan. Setakat untuk mencari pengalaman bercinta yang tak pernah kualami. Aku tak tahu nak rasa bangga atau rasa rugi.
Bagiku cinta zaman remaja tidaklah semuanya cinta monyet sebab ada juga sesetengahnya yang akan berkekalan sehingga dewasa. Contohnya, pengantin kita hari ini. Tapi majoritinya adalah cinta monyet iaitu cinta mainan sahaja. Oleh sebab itu, para remaja tak payahlah terlalu mengutamakan soal cinta berbanding pelajaran. Kalau betul-betul ada jodoh, tak kan lari ke mana juga cinta itu.

No comments: