Thursday, August 16, 2012

Black & White 9

Pintu diketuk dua kali. Adrian menoleh kea rah pintu.
                “Masuk,” arahnya.
                Sejurus kemudian, wajah yang sangat dikenali malah sudah menjadi sebahagian dari hidupnya muncul disebalik daun pintu.
                “Kau, Mike. Ada apa?” Adrian kembali meneliti beberapa rekaan grafik bagi iklan projek perumahannya yang terbaru.
                “Tak ada apa. Saja datang nak kacau kau buat kerja,” Mike bergurau. Dia mengambil tempat duduk di sofa kulit yang tersusun kemas di bahagian depan bilik itu.
                “Kalau kau betul-betul dah bosan tak ada kerja, aku ada banyak kerja nak bagi kau,” Adrian bangkit dari kerusinya sambil membawa kertas-kertas yang bercetak rekaan grafik yang ditelitinya sejak tadi.
                “Ala, ini yang tak best ni,” Adrian yang tadi duduk bersandar kini menegakkan posisi duduknya apabila Adrian berjalan menghampiri.
                “Ah, tak kisahlah. Aku nak kau tolong aku pilih design untuk iklan projek perumahan kita yang terbaru,” Adrian menyusun enam kertas bercetak itu satu-satu di atas meja kopi.
                Mikhail menghembuskan nafasnya sambil mengurut dagu. Dia perhatikan saja lagak sepupunya yang seperti menyusun daun terup di atas meja.
                “Aku ni mana pakar dalam hal-hal begini. Nanti aku salah pilih, kau juga yang marah nanti,”
                “Come on. Pilih,” Adrian buat-buat tidak dengar apa yang dikatakan sepupunya tadi. Dia berkeras mahu dapatkan pendapat sepupu yang merangkap sahabat baiknya itu.
                “Nak pilih berapa ni?”
                “Pilih dua. Kau rasa mana yang nampak moden dan kotemporari?”
                Suasana jadi sepi seketika. Mikhail sibuk meneliti setiap rekaan di atas meja itu. Dari pandangan mata seorang yang tidak berjiwa seni sepertinya, semuanya macam sama sahaja. Bezanya cuma jenis font dan warna yang digunakan.
                “Kenapa kau tak serahkan saja pada bahagian pemasaran untuk buat semua ni?” sempat Mikhail bertanya.
                “Aku kena pastikan semuanya sempurna dan memenuhi citarasa aku,” sahut Adrian yang turut sama memerhatikan rekaan-rekaan itu.
                “Kalau dah macam tu, kau sajalah yang pilih,” Mikhail kembali ke posisi tegak.
                “Masalahnya sekarang aku tak tahu nak pilih yang mana. Semuanya pun bagus,”
                “Kalau macam tu ambillah satu yang kau paling suka. Itupun susah ke,” cadang Mikhail yang sudah bersandar pada sofa itu.
                Adrian menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Mikhail diperhatikan sejenak. Dia kemudian memperhatikan lagi rekaan-rekaan yang bersusun di atas meja.
                “Jom balik rumah, lunch. Dah dekat tengah hari ni,” Mikhail menyelak jam tangannya kemudian bingkas berdiri.
                “Buat apa balik rumah jauh-jauh nak lunch. Aku malaslah. Banyak kerja lagi nak buat ni,” Adrian kini sedang memegang dua helai kertas dan membandingkannya.
                “Itu sajalah alasan kau. Tapi tak apalah. Kau juga yang rugi. Di rumah sekarang dah ada pemanisnya, tahu tak?” beritahu Mikhail sambil tersenyum manis sambil matanya fikirannya menerawang membayangkan keadaan di rumah.
                “Pemanis apa bendanya?” Adrian tertarik dengan kenyataan sepupunya itu.
                “Tulah kau. Selalu jarang di rumah. Kau tahu tak kita ada pembantu rumah baru?” Mikhail menduga pengetahuan Adrian tentang hal ehwal rumah mereka.
                “Sejak bila pula kita ada pembantu rumah baru? Semalam?,”
                Tekaan Mikhail mengena. Abang sepupunya itu memang tak kisah pun tentang apa yang berlaku dalam rumah kecuali yang melibatkan kehidupan dan kerjayanya. Yang lain dia tidak ambil peduli. Kadang-kadang, hal yang melibatkan ahli keluarganya sendiri pun dia pandang sebelah mata saja.
                 “Kalau kau nak tahulah, pembantu rumah yang baru dah kerja dekat sebulan,” cerita Mikhail lagi. Membuat dahi Adrian berkerut. Tak mungkin, fikirnya. Baru-baru ni dia ada bercakap dengan Petra lagi fasal stoking. Masa tu dia tak lihat wajah pembantu rumah yang disangkanya Petra itu.Mungkin pembantu itu sengaja mengaku dirinya Petra. Tapi sekarang ini, semua itu tidak penting baginya. Hal remeh-temeh tentang pembantu rumah macam tu tak patut menganggu konsentrasinya terhadap kerja.
                “Ah, pedulilah. Jadi sekarang, pembantu tulah yang kau maksudkan pemanis tu, ya?” Adrian mengorek cerita.
                “Dahlah, aku jalan dulu,”
                Mikhail berlalu tanpa mengendahkan soalan dari Adrian. Adrian memerhatikan saja sepupunya itu berlalu dengan raut wajah tidak percaya. Dia tak sangka Mikhail boleh tertarik dengan seorang pembantu rumah. Hebat sangatkah perempuan tu? Apa yang manis sangat? Setandingkah dia dengan Kamelya?Pelbagai soalan menerpa minda warasnya.
***
Yvone meneliti di segenap ruang kelas. Matanya menangkap wajah gadis yang dicarinya sejak pagi tadi. Tanpa melengahkan masa, dia pantas mengatur langkah mendapatkan Lena yang sedang duduk bersendirian sambil menghadap laptop di bahagian paling belakang.
                “Hai, Lena. Lama tak dengar khabar,” Yvone lantas menyapa sambil mempamerkan gigi sebarisnya.
                Lena langsung tidak mengendahkan kehadiran sahabatnya itu, pandang sebelah mata pun tidak. Gadis itu menyibukkan diri menaip. Mukanya serius seperti selalu. Tiada isyarat mesra yang ditunjukkan.
                “Apa kau buat tu? Serius sangat nampak,” Yvone mengusik lagi untuk memancing reaksi sahabatnya itu.
                “Boleh tak kau jangan sibuk hal aku! Jangan kacau aku!”
                Pucat muka Yvone mendengar herdikkan Lena. Tak pernah selama mereka berkawan, gadis itu menempelaknya begitu. Beberapa orang pelajar sekelas  memandang mereka. Suasana kelas jadi sunyi seketika akibat teriakkan Lena. Yvone jadi malu diperhatikan begitu.
                “Apa salah aku, Lena? Kenapa kau tiba-tiba marahkan aku pula ni?” Yvone meminta penjelasan atas tindakan Lena yang mengejutkan itu.
                “Kau boleh buat bodoh lagi. Kau ingat aku tak tahukah kau yang report dekat kakak aku pasal kehidupan aku di kolej. Aku tak sangka kau boleh burukkan aku depan kakak aku sendiri,” balas Lena. Matanya berpinar-pinar memandang Yvone. Suaranya masih meninggi.
                Yvone menelan liurnya. Dia memang ada memberitahu kakak Lena tentang perubahan Lena di kolej. Tapi dia lansung tidak berniat memburuk-burukkan sahabatnya itu. Semua yang dia ceritakan adalah kenyataan, bukan ditokok tambah.
                “Aku cuma beritahu kak Nina hal yang sebenarnya, Lena. Aku buat begini sebab aku risaukan kau,” Yvone menjelaskan. Dadanya sebak. Dia tak sangka Lena boleh menuduhnya begitu.
                “Kau tak perlu susah-susah risaukan aku. Risaukan saja diri sendiri. Aku tahu jaga diri sendiri. Aku tahu apa aku buat,” balas Lena. Kali ini suaranya tidak segarang tadi. Tangannya pantas menyusun buku-buku yang menjadi rujukkannya tadi.
                “Lena, aku minta maaf kalau apa yang aku buat tu menyusahkan kau,”
                Lena berdiri, memasukkan laptop ke dalam beg sandangnya. Buku-buku rujukkan sudah di dalam genggamannya. Rayuan Yvone itu seperti tidak meninggalkan kesan kepada hatinya.
                “Mulai hari ini, kita bukan lagi kawan. Aku tak ada kawan mulut tempayan macam kau,”
                Laju Lena manyusun langkahnya meninggalkan Yvone yang masih terkejut atas kenyataannya tadi. Yvone tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Kawan-kawan sekelas memerhatikannya. Ada yang berbisik-bisik sesama mereka. Rasa sebak di dada menyesakkan nafasnya. Lena ini bukan lagi Lena yang dikenalinya dulu.     
***
Makan malam sudah siap dihidangkan tepat pada jam lapan malam. Seluruh keluarga Tan Sri Rahman kini berada di meja makan untuk menjamu makan malam bersama-sama.
                “Abang Ad, Rika dah tahu jawab soalan Algebra,” Erika memulakan perbualan dengan membangga-banggakan kemahiran barunya. Dia mahu berlagak sikit di depan abangnya itu.
                Adrian berhenti mengunyah makanan. Apahal pula adiknya bawa topic Algebra di meja makan ni. Adiknya dipandang sekilas. “Syukur alhamdulilah. Akhirnya dapat juga adikku ni menjawab soalan kacang begitu setelah sekian lama,” Adrian menyimpan perlian di sebalik kesyukurannya itu. Dia sempat ketawa kecil.
                “Isy, Ad ni. Adakah patut cakap macam tu,” Tan Sri Rahman mencelah, tidak senang dengan sikap Adrian. Bukan pula menyokong, melemahkan semangat adalah.
Erika mencebikkan bibirnya kemudian menyambung makannya. Nyonya Maria menggelengkan kepala dengan perilaku anak-anaknya itu.
                “Sejak bila pula Rika dah tahu jawab soalan tu. Selama ini abang ajar tak pandai-pandai pun,” Mikhail menimbulkan semula topic Algebra itu.
                “Abang tu yang tak pandai mengajar. Buktinya, Kak Nina baru ajar Rika beberapa hari ni tapi Rika dah tahu jawab,”
                Mikhail tersenyum apabila nama itu meniti di bibir sepupunya itu. Nampaknya memang benarlah kata-kata Erika fasal Nina sebelum ini. Pembantu rumah mereka ini bukan calang-calang orang. Wajah manis Nina kembali terlayar di minda.
                “Siapa Nina tu?” Tan Sri Rahman ingin tahu. Dia belum pernah mendengar nama itu sebelum ni. (Sebenarnya pernah, cuma  dia tak ambil peduli saja.)
                “Pembantu rumah kita yang menggantikan Petra. Dia jadi tutor Rika juga,” beritahu Nyonya Maria sambil mencendukkan lauk ke dalam pinggannya.
                Adrian menjadi pendengar setia. Dia malas mahu ambil peduli hal-hal begitu. Kenapalah kalau pembantu mereka sudah diganti? Kenapalah kalau dia jadi tutor Rika? Kenapalah kalau dia pandai mengajar? Kenapalah?! Laung hatinya tidak puas hati.
                “Aik, orang gaji pun pandai matematik ya?” Tan Sri Rahman seolah tidak percaya. Dia ketawa kecil. Selalunya pembantu rumah ni kerjanya mengemas, mencuci, menyapu dan yang sewaktu dengannya.  
                “Papa jangan pandang rendah pada kak Nina. Dia ada Degree tahu tak,” Erika mempertahankan kedudukan tutornya. Dia tak suka dengan nada yang digunakan papanya apabila berkata tentang Nina.
                “Betulkah, mama?” Tan Sri meminta kepastian dari isterinya. Macam tak boleh percaya pula dengan kata-kata Erika.
                Nyonya Maria mengangguk. “Ya,papa. Nina tu ada degree,”
                Jawaban itu membuat Tan Sri Rahman terdiam sebentar, berfikir.
                “Tak sangka orang yang ada degree sudi bekerja sebagai orang gaji,” Mikhail menambah. Dia hairan kenapa Nina memilih kerjaya sebagai pembantu rumah sedangkan dia layak untuk pekerjaan yang jauh lebih baik.
                “Tak kisahlah ada degree ke tidak. Yang penting sekarang ni dia tu cuma pembantu rumah,” Adrian yang sejak tadi berdiam tiba-tiba menyampuk. Kedengaran sinis saja kata-katanya.
                “Sekarang ni susah nak cari kerja yang sesuai dengan kelulusan. Jadi dia memilih untuk mencari pengalaman dengan bekerja sebagai pembantu rumah,” Nyonya Maria menjelaskan. Dia tidak senang mendengar pendapat Adrian yang merendah-rendahkan kemampuan orang.
                “Baguslah kalau ada siswazah yang berfikiran macam Nina ni. Tak memilih kerja. Kebanyakkan siswazah kita masih menganggur sebab terlalu memilih kerja. Cerewet sangat,” Tan Sri Rahman mula meluahkan pendapat bernasnya.
                Erika kini mendiamkan diri. Rasanya ini masanya orang dewasa berbahas tentang isu-isu semasa. Lebih baik baginya menjadi pendengar saja. Mana tahu ada hujah yang boleh diambil menjadi isi dalam karangan Bahasa Melayu nanti.
                “Betul tu, baba. Saya setuju sangat. Lebih baik bekerja sebagai pembantu rumah daripada buat perkara-perkara yang tidak berfaedah,” tambah Mikhail kemudian memandang Adrian yang mula tidak senang dengan isu yang dibincangkan.  
                “Sudah-sudahlah berhujah tu. Makan,” Nyonya Maria menghentikan perbincangan di antara suaminya dengan Mikhail. Kalau dibiarkan pasti akan meleret-leret lagi.
                Adrian tersenyum nipis, lega tajuk bosan yang dibincangkan tadi kini berakhir. Tetapi dalam fikirannya, dia benar-benar ingin tahu siapa Nina, si pembantu rumah yang menjadi perbualan mereka malam ini. Mikhail kelihatan begitu teruja bila saja nama gadis itu dibualkan. Apa istimewanya sangat orang gaji yang ada degree?               
***

No comments: