Tuesday, July 24, 2012

Cerita Hati

Cinta Monyet

Hari yang ditunggu-tunggu oleh kedua mempelai akhirnya telah tiba. Akulah antara orang yang mengikuti perkembangan majlis perkahwinan ini, dari perancangannya, persiapannya sampailah kepada pelaksanaannya pada hari ini. Aku berdoa semoga semuanya berjalan lancar.
            Awal pagi lagi aku sudah berada di rumah pengantin perempuan. Aku dilantik sebagai penyambut tetamu. Pada mulanya, Kayla ingin aku menjadi pengapitnya. Tetapi aku menolak keras. Macam-macam alasanku sampaikan Kayla akhirnya menyerah.
            Upacara keagamaan yang istimewa di sebelah pagi sudah selesai. Syukur semuanya berjalan lancar. Kulihat, wajah pasangan pengantin berseri-seri. Senyum macam tak pernah lekang dari bibir. Aku tumpang gembira untuk Kayla. Akhirnya setelah menyulam kasih sejak sekolah menengah, dia dan Jerry kini menjadi satu. Mereka memang sepadan.
Setelah selesai acara pemberkatan, semua jemputan dijemput untuk menikmati jamuan kahwin di rumah pengantin perempuan. Hari ini seluruh ahli keluarga sebelah pengantin perempuan  memakai pakaian berona ungu iaitu warna tema majlis perkahwinan ini. Tidak ketinggalan aku. Aku mengenakan dres potongan lurus panjang hingga ke buku lali dengan kasut tumit tinggi. Begini barulah nampak tinggi sikit.
Keluarga sebelah pengantin lelaki pula memakai pakaian berona maroon. Memang kontra dengan kami. Sehingga boleh kenal siapa keluarga pengantin perempuan dan siapa keluarga pengantin lelaki. Pandai juga Kayla dan Jerry ni, fikirku.
Memandangkan majlis resepsi akan bermula, para penyambut tetamu diarahkan untuk mengambil peranan. Kami akan bersalaman dengan semua tetamu yang hadir kemudian mempersilakan mereka menandatangani buku tetamu dan memberikan cenderahati yang berupa buku nota yang bermuka depankan muka pasangan pengantin dan sekantung gula-gula. Aku memaksa Kathy untuk menemaniku walaupun dia sungguh-sungguh menolak. Katanya dia tiada kaitan dengan pengantin, maklumlah dia sepupuku di sebelah papa. Sementara Kayla pula sepupu disebelah mama. Tapi aku yakinkan juga dia untuk menjadi penyambut tetamu. Akhirnya dia akur juga. Aku siap suruh dia pakai dres comel berwarna ungu untuk menyerlahkan lagi kecomelannya yang selama ini tersembunyi di sebalik fesyennya yang agak.. erm.. Luar biasa.

Sejak pukul 12 tengah hari tadi, tetamu sudah bertali arus memasuki kemah. Sudah hampir 300 orang tetamu yang menempati kerusi-kerusi yang tadinya kosong. Makanan sudah tersedia. Kek perkahwinan pula sedang disiapkan oleh Tamara di depan pelamin. Tinggal tunggu masa lagi sekarang. Pengantin datang, maka bermulalah majlis. Dan jangan tak tahu, majlis ini akan berlarutan sehingga jam 7 malam ini. Kemungkinan besar akan disambung oleh ahli keluarga untuk acara suka-suka.
“Selamat datang. Mari tandatangan dulu,” itulah dialog yang aku ulang berkali-kali setiap kali tetamu datang. Tidak bezanya dengan si Kathy. Dia mengeluh yang pipinya sudah kebas akibat senyum memanjang. 
“Kita patut tukar syif sekarang. Aku dah lapar,” bisik Kathy ketika tetamu sudah berlalu.
“Sabarlah. Nanti aku suruh sepupu aku yang lain ganti kita masa makan nanti,” balasku juga berbisik.
“Hai, Dr. Izkia,”
Aku lantas menoleh. Siapa pula yang menyebut nama penuhku ini. Begitu ramai kawan-kawan lama dari sekolah menengah yang datang, tak seorang pun menyebut nama penuhku. Aku mendongak untuk mendapatkan wajah si jejaka yang meyebut nama penuhku tadi.
Dia menghulurkan salam. Aku latas menyambut.
“Err.. Kamu. Jemputlah masuk,” pelawaku sambil tersengih-sengih. Rupanya kawan si Jerry yang menyebut nama penuhku tadi. Aik, dari mana pula dia tahu namaku? Aku malaslah nak ambil tahu. Dia tidak bersendirian. Dia datang bersama seorang wanita putih gebu yang memakai pakaian berwarna maroon. Sahlah, ahli keluarga Jerry. Dia pun ku lihat memakai kemeja berwarna serupa. Tambah kacak pula kulihat dia ini. Mereka nampak sangat secocok. Padan sekali.
“Selamat datang. Sila tandatangan di sini,” Kathy mengambil peranan.
Okay. Thanks,” balas gadis yang kukira dalam lingkungan usia 23 tahun itu kemudian menurunkan tandatangannya di dalam buku tetamu diikuti si jejaka. Sungguh sesuai kulihat mereka berdua. Pasangan ideal. Aku menghulurkan cenderahati kepada mereka.
“Kami masuk dulu. Jumpa nanti,” kata lelaki itu sambil memandangku dengan senyuman sebelum berlalu.
Aku hanya mengangguk disertai senyuman.
“Senyum sampai ke telinga nampak? Siapa tu?” Kathy bertanya sebaik sahaja pasangan itu hilang dalam lautan manusia.
“Aku tak tahu nama dia. Yang aku ingat dia pernah datang di klinik,” ceritaku pendek sambil membetulkan cenderahati yang bertempiaran di atas meja.
“Macam mana pula dia tahu nama kau tapi kau tak tahu nama dia? Tadi tu girlfriend diakah?” pertanyaan Kathy nampaknya semakin memanjang. Nasib baik tiada tetamu yang datang pada masa itu.
“Entah. Mana aku tahu,” balas ku endah tak endah. Girlfriend dia kah,mak cik diakah, adik diakah, atau sepupu diakah, bukan urusan aku.
Handsome juga. Tapi sayang sudah berpunya,” Kathy mengeluh, membuatku ketawa kecil. Takkan dah tertarik hati.
“Banyak lagi orang lainlah yang masih single and available,” balasku pendek.
Tidak lama kemudian, tiga orang sepupuku yang masih belasan tahun datang ke tempat kami. Nampaknya mereka sudah bersedia untuk tukar syif.
“Kak, kami gantilah kamu,” ujar Vanna.
Aku dan Kathy yang sememangnya menantikan saat ini, tanpa banyak bicara meletakkan tugas menyambut tetamu ke dalam tangan mereka. Kami terus masuk ke dalam kemah dan mencari mana-mana kerusi kosong. Nampaknya, tidak banyak lagi kerusi yang tinggal untuk tetamu.
“Dijemput semua hadirin berdiri untuk memberi penghormatan kepada pengantin baru kita,” suara Uncle Jack yang mengacarakan majlis tengah hari ini mengumumkan. Semua jemputan berdiri sambil bertepuk tangan. Tidak ketinggalan Kathy dan aku. Malah kamilah antara manusia yang nampak teruja. Kathy sampai bersorak apabila pengantin berjalan di atas karpet merah menghala ke pelamin. Jangan ingat kahwin kampung tak ada karpet merah. Di zaman moden ini, tak ada yang mustahil.
Setelah itu, acara pemotongan kek berlangsung. Seperti biasalah, lepas potong kek, suap-menyuap pun berlangsung. Mula-mula pengantin, kemudian ibu bapa pengantin. Aku lihat Kayla kelihatan semakin cantik hari ini. Agaknya seri mukanya yang membuatkan dia nampak sangat menonjol. Aku tersenyum.
Aku bolehlah dikira rapat dengan Kayla walaupun tidak rapat seperti dengan Tamara dan Kathy. Kalau setakat kisah cinta zaman remaja dulu, kami sering bertukar cerita. Atau mungkin lebih tepat dia bercerita dan aku mendengar. Aku manalah ada kisah cinta-cinta monyet zaman sekolah. Sebabnya? Manalah aku tahu. Mungkin sebab aku terlalu hodoh dulu. Hehehe..  Dan kisah percintaan Kayla dan Jerry sudah pasti kuketahui. Dulu kusangka, cerita ini akan berakhir bila kami dewasa. Maklumlah cinta monyet. Tapi nampaknya, aku silap besar. Buktinya, mereka kini sudah menjadi suami isteri. Jadi, kisah antara mereka bukanlah sekadar cinta monyet. 
“Jom pergi makan,” ajakkan Kathy membawa aku kembali kea lam nyata. Aku ni terlalu banyak berfikir sampaikan tak sedar acara suap-menyuap sudah berlalu. Sekarang pengantin pun sedang duduk di meja makan bersama ibu bapa masing-masing bersedia untuk menjamu selera. 
“Tak payah susah-susah nak berebut di sini. Kita makan di dalam,”
“Kau tak cakap awal-awal. Kalau tidak dari tadi lagi aku bawa kau masuk dalam,”ujar Kathy kesal. Rupanya dia beriya-iya nak tengok acara ini semua sebab nak tunggu masa makan. Kesian.
“Jomlah,”
Ketika kami sibuk menikmati hidangan terdengar pula suara seseorang yang dirindui menyapa. ”Makan tak ajak-ajak,”
Aku dan Kathy mendongak serentak. “Tammy!”
“Isy,janganlah menjerit,” marah Tamara lalu duduk bersama kami di atas sofa. Terlebih excited pula kami menyambut kehadiran si Tamara. Tak sedar pula sampai menjerit.  
“Lama tak jumpa. Dah semakin berisi aku tengok kau,” Kathy membuka cerita.
“Biasalah. Aku kan tukang buat kek. Kau tu dah semakin kurus kenapa pula?” balas Tamara sambil mencuit ayam masak merah dipingganku. Aku biarkan saja. 
“Yakah aku semakin kurus? Ni berita gembira ni,” Kathy mengada-ada pula.
“Kenapa kau cakap Tammy, perasanlah dia ni,” celahku sengaja mencuit hati si Kathy.
“Aku tak perasan, okey,” Kathy segera menafikan.
Aku dan Tamara mentertawakan dia. Memang seronok menyakat Kathy.
“Kau apa cerita, Kia? Tak dengar khabar pun?” si Tamara menyoalku.
“Tak ada yang menarik. Boring as ever,” sahutku sambil lewa. Aku lebih seronok melayan makanan dalam pinggan.
“Kau tu pemalas mencari sebenarnya,” si Kathy pula mencelah. Ah, memang aku malas. Tak kan aku nak jadi perigi mencari timba pula. Kalau ada, adalah juga. Kalau dah tak ada, apa nak dikata lagi.
“Atau terlampau memilih,”sambung Tamara dengan nada gurauan. Apa yang nak dipilih kalau tak ada pilihan pun? Agak-agaklah juga.
“Belum sampai masa lagi. Kau Kathy? Dah jumpa pengarang jantung?” aku mensasarkan pula soalan kepada Kathy. Mengenakan orang suka, biar kena batang hidung kau sendiri.
“Heheh. Tak payah tanya aku. Tanyalah dengan si tauke ni. Saham tinggi di pasaran,” Kathy memutar pula soalan kepada Tamara yang nampak kehairanan dengan gelaran yang diterimanya.
“Suka-suka kau panggil aku tauke. Malaslah nak cerita,” Tamara pasang muka merajuk. Tak puas hatilah tu dengan gelaran yang diberikan Kathy.
“Aku tahu apa yang boleh buka mulut kau. Fareed, ex-boyfriend semasa tingkatan empat dulu. Ingat lagi tak?”
Aku cuba mengingati nama itu. Fareed. Oh, dia! Lelaki putih bersih tetapi tak cukup tinggi itu. bekas teman lelaki Tamara masa zaman cinta monyet dulu.
“Kenapa dengan dia? Dia ada datangkah?” cepat Tamara merespon. Agaknya masih ada sedikit perasaan yang tersimpan untuk lelaki itu.
“Aku ada nampak dia tadi. Tapi jangan kecewa, dia datang dengan seorang perempuan dan dua orang anak kecil,” cerita Kathy lagi.
Kulihat wajah Tamara layu sedikit. Putus harapan lah tu. Aku menutup mulut sahaja sementara mereka berdua asyik bercerita tentang si Fareed itu. Begitulah yang dikatakan cinta monyet. Cinta zaman remaja yang tidak berkekalan. Setakat untuk mencari pengalaman bercinta yang tak pernah kualami. Aku tak tahu nak rasa bangga atau rasa rugi.
Bagiku cinta zaman remaja tidaklah semuanya cinta monyet sebab ada juga sesetengahnya yang akan berkekalan sehingga dewasa. Contohnya, pengantin kita hari ini. Tapi majoritinya adalah cinta monyet iaitu cinta mainan sahaja. Oleh sebab itu, para remaja tak payahlah terlalu mengutamakan soal cinta berbanding pelajaran. Kalau betul-betul ada jodoh, tak kan lari ke mana juga cinta itu.

Sunday, July 22, 2012

Black & White 8

Menjelang tengah hari, Nina sudah menyiapkan semua kerjanya. Semua kain sudah siap dicuci dan dijemur. Dia hanya akan menggosok pakaian pada waktu petang. Kerja terakhirnya tadi ialah membersihkan kawasan kolam renang. Dia tak perlu risau perihal tumbuhan-tumbuhan dan bunga-bungaan kerana tukang kebun iaitu Pak Dani yang akan menguruskannya.
                Nina duduk di kerusi taman yang disediakan berhampiran kolam renang, di bawah balkoni. Dia menarik nafas cuba melepaskan keletihannya akibat bekerja tanpa henti sejak jam 8 pagi tadi. Penyapu ditangannya digunakan untuk menongkat dagu.
                Dia terfikirkan cadangan Cik Erika tempoh hari berkenaan menjadi tutor peribadi gadis molek itu. Setujukah Nyonya Maria? Dia tertanya-tanya. Kalau cadangan itu diterima, gajinya pasti akan naik lagi. Cukuplah untuk menampung kehidupan keluarga sementara dia mencari-cari pekerjaan yang lain.
                Deruan enjin Mercedez Benz yang selalu dibawa oleh pemandu untuk menghantar dan menjemput Erika ke dan dari sekolah kedengaran memasuki garaj. Nina cepat-cepat bangun dan bersembunyi disebalik tiang besar sambil mengintai siapa yang akan keluar dari perut kereta mewah berwarna silver metallic itu.
                Tidak berapa lama kemudian, seorang gadis berpakaian seragam sekolah menengah keluar dari perut kereta sambil menjinjing buku-buku sekolah. Raut wajahnya kelihatan ceria dan berseri-seri. Gadis itu menyanyi-nyanyi kecil ketika memasuki rumah.
                Nina mengukir senyuman lebar. Dia yakin kerjayanya sebagai tutor akan bermula pada petang ini. Dia mengatur langkahnya pantas menuju ke ruang tamu untuk menemui Cik Erikanya.
                “Selamat tengah hari, Cik Rika. Awal balik hari ni,”sapa Nina mesra sambil penyapu masih lagi dalam tangannya. Gadis muda itu baru sahaja menanggalkan kasutnya di pintu masuk.
                “Ya. Berita gembira. Mulai hari ini kakak akan jadi tutor peribadi Rika,” Rika mengumumkan dengan penuh keterujaan. Mukannya kelihatan begitu gembira.
                “Betulkah ni?” Nina sengaja menduga lagi walaupun sebenarnya itulah berita yang paling diharapkannya sekarang. Dia mahu kelihatan teruja dan gembira sama seperti Erika.
                “Yup. Mama dah setuju semalam. Petang nanti mama akan jumpa kakak untuk bincang fasal ni. So, petang ni kita mula jam 3 hingga jam 5. Okay?” ujar gadis molek itu masih dalam mode ceria. Senyumannya masih mekar di bibir.
                “Okay, Cik Rika,” balas Nina dengan reaksi serupa.
                “Ooppss. Don’t call me that. Just call me Rika. Oh, ya. Beritahu Mak Nah siapkan lunch. Saya dah lapar ni,” Erika meraba perutnya.
                “Baik. Rika nak kakak tolong bawa beg ke atas?” Nina menawarkan.
                “Eh, it’s okay. I carry it myself,” Erika menolak kemudian berlalu ke tingkat atas.
                Nina memerhatikan gadis itu sehingga ke tingkat atas. Kemudian dia berlari anak menuju ke dapur dengan wajah gembira.
                “Mak Nah, mulai hari ni saya akan jadi guru tuisyen, Cik Rika,” Nina segera mengongsikan cerita gembira itu dengan rakan sekerjanya yang sedang menggaul sup.
                “Baguslah. Kamu tu kalau pun gembira simpanlah dulu penyapu tu. Karang ada yang terpukul dek batang penyapu tu,” Mak Nah mengingatkan apabila melihat Nina menghayun penyapu di tangannya ketika menghampirinya. Takut juga dia terkena penyapu tu nanti.
                “Eh, maaf. Exited sangat ni,” Nina tersengih kemudian menyimpan penyapu itu diluar pintu.                       “Jam berapa kamu mula nanti?” Mak Nah bertanya kemudian merasa sup ayam yang direnihnya.
                “Jam tiga. Dah siap masak ke? Rika kata dia dah lapar,”Nina menghampiri dapur untuk melihat sendiri sup yang dimasak Mak Nah.
                “Dah hampir siap ni. Boleh tak tolong sendukkan nasi?” pinta Mak Nah yang tak menang tangan nak uruskan semuanya sekali.
                “Okay, boss,”
                Nina senang hati mengerjakan arahan Mak Nah. Dia menghidangkan nasi yang telah siap disenduk di atas meja makan. Kemudian dia masuk lagi untuk mengambil pinggan dan kutleri. Mak Nah pula sibuk menghidangkan lauk-pauk di atas meja. Dia memang akan memasak setiap hari walaupun tidak pasti tuan rumah akan pulang makan atau tidak. Kalau tak ada yang pulang makan, dia, Nina dan pekerja lainlah yang untung.
                Dalam sibuk-sibuk mengurus meja, kedengaran lagi bunyi kereta memasuki perkarangan rumah. Nina yang sememangnya sensitif dengan bunyi kereta menoleh ke bahagian depan rumah. Mana tahu orang yang tak diingini muncul. Kalau dia tahu awal, bolehlah dia buat apa yang patut untuk menyelamatkan diri.
                “Itu mesti Tuan Mikhail,” beritahu Mak Nah sambil mencedukkan nasi ke dalam pinggan.
                Nina segera menyembunyikan diri di dalam dapur. Kalau boleh dia tak nak bersemuka dengan Tuan Mikhail itu. Manalah tahu bila Tuan Mikhail tahu siapa sebenarnya dia, Tuan Adrian pun akan tahu nanti. Mak Nah hanya menggeleng melihat keanehan sikap Nina itu.
                “Petra!”
                Nina menelan liurnya. Panggilan itu menandakan dia diperlukan. Dia gelisah. Dia serba salah sama ada tetap berada di dapur atau pergi berdepan dengan Tuan itu.
                “Nina. Pergi cepat. Tuan Mikhail panggil tu,” Mak Nah bersuara perlahan. Sangkanya Nina tak mendengar panggilan itu.
                Mahu tidak mahu, Nina memberanikan dirinya untuk berdepan lelaki itu. Dia berjalan pantas menuju ke ruang tamu sambil menyahut, “Ya, Tuan,”. Nina menunduk ketika menghampiri ruang tamu. Dia mencuri pandang lelaki itu yang sedang menanggalkan kasut kulitnya berhampiran pintu besar.
                “Ya, tuan,” Nina bersuara semula untuk menandakan kehadirannya di sana.
                “Rika dah balik ke?” tanya lelaki itu sambil menanggalkan stokingnya.
                “Ya, tuan,” balas Nina pendek.
                “Dia dah makan?”
                “Belum lagi,”Nina semakin gugup. Banyak pula pertanyaan orang ni, rintihnya sambil menunduk.
                “Kalau macam tu sediakan makan tengah hari. Kami akan makan bersama sekejap lagi,” beritahu Mikhail kemudian memandang pembantu rumah itu. Dia memandang perempuan itu dengan lebih teliti. Setahunya Petra berkulit sedikit gelap. Tapi perempuan yang sedang berdiri di depannya ini berkulit cerah. Satu-satunya persamaan di antara perempuan itu dan Petra hanyalah pada bentuk tubuh mereka yang kecil. Pembantu rumah itu bukan Petra!
                Nina hanya mengangguk.  Kemudian cepat-cepat berpaling untuk pergi dari hadapan Mikhail. Dia takut ketahuan yang dia sebenarnya bukanlah Petra.
                “Petra, awak pakai krim fair and lovely ke?” Mikhail sengaja menguji. Dia mahu tengok reaksi pembantu rumah baru yang mengaku namanya Petra itu terhadap soalannya.
                Langkah kaki Nina mati. Apakah jadah tuan ni tanya fasal krim muka segala ni? Dia serba salah hendak jawab apa. Tapi akhirnya dia mengiyakan saja, takut pertanyaan itu akan berganda. “Ya, tuan,”
                “Patutlah. Kamu buat pembedahan plastik ke?” tanya Mikhail lagi. Kali ini dia tersenyum geli hati menyaksikan reaksi kaku perempuan yang masih membelakanginya itu.
                Dengan soalan itu, Nina memejam mata untuk cuba menelan kenyataan yang pahit. Dia sedar yang Tuan Mikhail berhak mengetahui identiti dia sebenarnya. Dengan penuh penyesalan, Nina berpaling dan mendepani Mikhail sekali lagi. Kali ini, dia tiada pilihan lain kecuali berterus terang.
“Eh, Abang Mike,”
                Perhatian Mikhail beralih ke arah tangga. Kelihatan Erika sedang berlari-lari anak menuruni tangga dengan wajah penuh keceriaan. Dia ikut tersenyum. Kemudian matanya beralih semula kepada Nina yang masih menunduk.
                “Hai, Rika. Rika tahu tak yang Petra dah buat pembedahan plastic?” Mikhail sengaja mengenakan Nina yang sedang dilanda rasa malu.
                Rika tergelak, lucu dengan gelaran yang diberikan Mikhail kepada pembantu rumah mereka yang baru itu. Matanya memandang abang sepupunya dan pembantu rumah mereka bersilih ganti.
                “Abang, ini kak Ninalah. Bukan Petra. Petra dah hampir dua bulan berhenti kerja,” Rika menyambung tawanya.
                “Jadi selama ni Nina nilah yang menyamar jadi Petra, ya,” Mikhail memandang Nina dengan senyuman nakal.
                Nina memberanikan diri untuk membalas pandangan Mikhail. Dia mesti membuat penjelasan yang munasabah kenapa dia tidak memperkenalkan dirinya yang sebenar sejak dari mula lagi.  
                 “Maafkan saya, tuan. Saya cuma tak nak menyusahkan tuan untuk ingat nama saya sebab tuan dah biasa dengan Petra. Lagipun saya tak ada masalah kalau tuan panggil saya dengan gelaran tu,” Nina memberikan alasan yang dia rasakan logic dan boleh diterima akal.
                “Mana boleh macam tu. Awak sepatutnya kenalkan diri awak sejak hari pertama awak bekerja. Kalau ada apa-apa terjadi macam mana?” Mikhail tidak menerima alasan Nina. Pembantu rumah itu hanya mendengar dan menundukkan kepalanya semula.
                “Saya minta maaf, tuan. Memang salah saya,” Nina akhirnya mengakui kesalahannya.
                “Baiklah. Saya maafkan. Siapa nama awak tadi?”
                “Saya Nina binti Hashim, tuan,” Nina masih menunduk, rasa malu dan segan menguasai diri. Dia rasakan dirinya sungguh kerdil berdiri di depan jejaka bernama Mikhail itu. Tanpa dia sedari, lelaki itu memerhatikan raut wajahnya dengan teliti dengan senyuman nipis terukir dibibirnya.
                “Dah siap merenung ke bang? Jomlah kita makan. Rika dah lapar ni,” Erika mula merengek kerana belum ada tanda-tanda yang Mikhail akan bergerak dari situ.
                Bagai dikejutkan dari mimpi, Mikhail tersedar dari lamunanya sebentar tadi. Raut wajah manis pembantu rumah baru itu mencuri perhatiannya. Rengekkan Erika membuatnya malu seketika. Rupanya ketara sangat yang dia memerhatikan Nina dengan teliti. Lantas dia bangkit berdiri dan menghampiri Erika sebelum jalan bergandingan menuju ke meja makan.
                “Yalah. Jom makan,” sahut Mikhail. Dia sempat memerhatikan Nina mengekori mereka dengan ekor matanya.
                Dua bersaudara itu mulai menjamu selera dengan hidangan lazat yang disediakan Mak Nah. Nina sudah lama menghilang di dapur setelah menghidangkan minuman. Dia tahu dia tidak sepatutnya mengganggu ketenteraman mereka.
                “Dah lama ke Nina kerja di rumah kita?” tanya Mikhail kemudian meneguk sedikit air limau sejuk yang dituang Nina tadi.
                “Rasanya dah dekat satu bulan kot,” balas Erika pendek. Dia terlalu asyik menikmati kelazatan ayam goreng berempah.
                Fikiran Mikhail masih bertaut pada wajah Nina yang dirasakannya unik. Dia tidak pernah melihat wajah sebegitu. Dia tidaklah secantik Kamelya. Tapi gadis itu ada daya penariknya yang tersendiri. Pada raut mukanya, pada lenggok bahasanya, pada nada suaranya.
                “Abang terpikat ya dengan dia?” Erika mengusik setelah menafsir reaksi muka abang sepupunya yang sudah berhenti mengunyah itu.
                “Tak adalah. Cuma abang macam tak percaya gadis macam dia boleh kerja sebagai orang gaji,” luah Mikhail. Nina dalam pandangannya, mampu untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.
                “Abang jangan pandang rendah pada kak Nina. Dia jadi pembantu rumah kita sebab dia susah nak dapatkan kerja yang sesuai dengan kelulusan dia,” E      rika meneguk minuman.
                “Apa kelulusan dia?” rasa ingin tahu mula meguasai Mikhail.
                “Dia ada degree dalam Sains Pentadbiran. Bukan calang-calang,” Erika melengkapkan penerangannya.
                Mikhail buat muka tak percaya. Degree? Biar betul! Pembantu rumah ada degree? Merepeklah. Tiba-tiba dia ketawa sendiri memikirkan ketidak logikkan maklumat yang disampaikan oleh sepupunya tadi.
                “Eh, Rika bukan main-main. Betul. Kak Nina tu ada Degree,” Erika menegaskan. Orang cakap betul-betul dia ingat main-main pula, rungut Erika dalam hati.
                “Okey. Apa buktinya?” Mikhail masih mahu menyambung ketawanya.
                “Dia akan jadi tutor Rika mulai hari ini. Kak Nina hebat Maths tau,”
                “Hah?”
                “Terserahlah kalau nak percaya ke tidak. Rika dah cakap yang sebenar-benarnya,” putus Erika yang menumpukan semula pada makanannya yang tinggal sedikit dalam pinggan.
                Mikhail memandang adik sepupunya itu dengan rupa masih tidak percaya. Dia cuba mencari kebenaran di sebalik kata-kata Erika dan memikirkan kemungkinan daripada kata-kata itu. Orang gaji ada Degree?
***
Suasana pejabat sudah ditinggalkan sejak petang tadi. Namun, tiada bezannya pejabat mahupun rumah bagi Kamelya. Kedua-dua tempat ini kondusif untuk menyelesaikan kerjanya yang masih berlambak. Pelan-pelan rekaan projek perumahan bertebaran di atas meja di ruang tamu. Kamelya harus meneliti sekali lagi pelan-pelan itu sebelum meneruskan projek. Dia paling tidak suka membuat kerja dua kali. Kalau boleh dia tidak mahu ada kesilapan langsung dalam pelan itu.
                Detak tapak kaki yang menuruni tangga mencuri seketika perhatiannya. Kamilla, adiknya yang memakai dress seksi berwarna ungu gelap sedang menuruni tangga. Di belakangnya, seorang gadis berwajah sederhana sedang mengekori. Sekali imbas, penampilan gadis belasan tahun itu kelihatan begitu kontra dengan penampilan adiknya yang glamour itu. Gadis itu hanya mengenakan seluar jeans dan baju lengan panjang berwarna hitam. Rambut hitamnya yang lurus diikat ekor kuda dan cap menutupi sebahagian kepalanya.
                “Nak pergi mana malam-malam ni?” tegur Kamelya sambil memerhatikan gerak tubuh Kamilla yang berlenggok-lenggok secara tidak semulajadi.
                “Tempat biasa. Tak nak join?” balas Kamilla sambil menaikkan keningnya yang dilukis cantik.
                “Malam ni, aku tak join. I’m very busy. Lena pun ikut sekali?” tanyanya lagi. Perhatian kini beralih kepada gadis dibelakang Kamilla. Gadis itu membisu saja sejak tadi.
                “Aku hantar dia balik dulu. She just don’t know how to have fun,” ujar Kamilla sambil menjeling kea rah kawannya itu kemudian mengukir senyum mengejek.
                “You will learn itu eventually, Lena. Take your time,” Kamelya seakan memberi nasihat dengan senyuman nipis. Dia kembali menumpukan perhatian kepada pelan-pelan di atas meja.
                Lena membalas dengan senyuman. Dia tidak mahu membahas apa-apa. Dia begitu jelas dengan kedudukannya di sana.
                “She’ll only learn what fun is after completing her task. She needs to be mentally stable for my assignments. No hang over,” Kamilla menambah kemudian mengatur langkah menuju ke pintu depan dengan lenggangannya yang hampir menyamai tarian dangdut.
                “Jangan balik lewat sangat. Nanti mummy bising,” pesan Kamelya sebelum adik satu-satunya itu meninggalkan rumah.
                “Don’t speak like she really care,”
                “Jalan dulu, kak Kamelya,” Lena menunduk sedikit sebelum berlalu membuntuti Kamilla yang sudah berada di depan pintu.
                “See you tomorrow, Lena,” balas Kamelya acuh tak acuh. Wajah Lena langsung tidak dipandangnya.
                Dasar budak mata duitan! Kerana duit sanggup menjadi hamba kepada orang lain, bisik Kamelya disertai senyum sinis.