Thursday, September 20, 2012

Black & White 10

Pagi Isnin yang kelabu. Awan menutupi langit biru menciptakan cuaca mendung. Sudah beberapa hari cuaca sebegini berlarutan sehingga penyakit demam selsema mudah merebak. Adrian merupakan salah seorang mangsanya. Dia mula diserang batuk-batuk dan demam sejak hujung minggu lalu lagi. Mungkin terjangkit dengan setiausahanya di pejabat.
                Jam meja menunjukkan 8.00 pagi. Biasanya, waktu begini Adrian sudah berada di pejabat. Tapi berbeza untuk hari ini. Dia terpaksa berehat di rumah atas arahan ibunya. Lagipun dia sendiri rasakan dirinya tidak larat untuk bekerja pagi ini. Kepalanya terasa sangat berat sementara tekaknya gatal dan tidak selesa. Jadi, dia masih terlantar di atas katil dengan pijamanya sambil cuba membawa dirinya tidur semula.
                Sementara dia melayang-layang dalam fikirannya dengan mata tertutup, telinganya menangkap bunyi samar-samar dari tingkat bawah. Pada mulanya, dia buat tidak endah saja. Tetapi, apabila bunyi-bunyian itu kini berulang-ulang, dia kejengkelan. Dia cuba mendengar dengan teliti dari mana datangnya muzik itu. Adrian yakin itu pasti datang dari piano di tingkat bawah. Not-not yang dimainkan merupakan lagu kanak-kanak yang sangat mudah dimainkan. Dia pun tahu memainkannya. Kemudian lagu itu berulang lagi. Dan lagi. Akhirnya, Adrian tidak tahan. Dia mahukan ketenangan di awal pagi begini. Bukannya mendengar persembahan lagu kanak-kanak yang berulang-ulang sehingga membuat dia hilang sabar.

                Dia mengagahi tubuhnya untuk melangkah dari katil. Langkah diatur ke luar. Dari atas dia dapat menjenguk siapa pemain piano amatur yang menganggu rehatnya awal-awal pagi begitu. Rupanya, si pembantu rumah yang beruniform birulah yang tidak henti-hentinya memainkan lagu yang sama sejak tadi. Amboi, suka hati dia sahaja menekan-nekan piano mahal tu, fikir Adrian yang mulai baran.
                “Ehem,” Adrian berdehem kuat, bagi menghentikan muzik menjengkelkan itu.
                Lantas mainan muzik tadi berhenti. Kepala Nina mendongak ke tingkat atas secara automatic apabila mendengar deheman itu. Alamak! Si BlackNwhite! Nina pantas berdiri dan menunduk kea rah Adrian. Kejutan membunuh di awal pagi.
                “Hebat sangat kau main piano, ya. Sampai membuatkan aku tak tidur lena kerana ‘keasyikkan’ mainan lagu Chopstick kau tu,” sindiran berkias disampaikan dengan nada tegas.
                Nada suara itu mengingatkan Nina akan kejadian semasa temu duga yang lalu. Nada inilah yang lelaki ini gunakan untuk menyindirnya pada ketika itu dan nada ini jugalah yang dia gunakan sekarang untuk menyindirnya. Ulu hatinya dirasakan ngilu. Pisang nampaknya sudah berbuah dua kali akibat kesilapannya sendiri.
                “Kenapa berhenti bermain? Mainlah lagi sampai tengah hari. Sampai esok ke,” satu lagi sindiran dilancarkan. Nina tidak berani menyahut, apalagi memandang kea rah Adrian. Kini dia mempersalahkan dirinya sendiri. Kenapalah gatal sangat tangan ni nak menekan piano ni. Kan dah susah, dia meleter dalam hati.   
                Adrian yang sedang panas hati itu masih memandang tajam kearah perempuan yang sedang menunduk di bawah sana. Tahu takut, ujarnya dalam hati. Tapi buat bising tak takut pula. Inilah agaknya orang gaji yang Mike cakap tu. Tak ada kelebihannya pun aku tengok. Adrian mula merungut sendirian.
                “Kau nak berdiri sana sampai bila? Nak tunggu kena pecat baru nak mula kerja?” sergahan Adrian membuat Nina kecut perut. Pecat?! Ah, tidak! Nina lantas bergerak menuju ke dapur bagai lipas kudung. Dia tidak pernah rasa setakut ini berhadapan dengan orang. Perasaan ini lebih teruk daripada berhadapan dengan Prof. Madya Norhayati yang garang sewaktu belajar dulu.
                Adrian sebenarnya masih belum berpuas hati dengan perempuan itu. Dia masih belum puas melampiaskan rasa jengkel dan geramnya. Tapi memandangkan kesihatan dirinya tidak mengizinkan, dia terpaksa membiarkan budak itu hilang dari pandangannya begitu sahaja. Akhirnya, dia melangkah semula ke dalam biliknya dengan niat untuk menyambung tidur yang diganggu sebentar tadi.
                Sementara itu, di tingkat bawah, Nina sedang berperang dengan perasaannya. Jantungnya masih berdenyut kencang akibat takut berdepan dengan si BlackNwhite. Dia meneguk segelas penuh air untuk menghilangkan rasa gelabahnya itu. Apa bodohnya dia pagi itu, sampai-sampai dia begitu yakin pergi mengacau piano yang tidak diendahkannya selama ini. Kemudian dia terfikir kenapa lelaki itu tidak ke pejabat hari ini. Dia cutikah? Sakit atau saja-saja?
                Suara Mak Nah yang kedengaran samar-samar dari luar pintu dapur menarik perhatian Nina. Tidak lama kemudian kelibat wanita gempal itu muncul dengan kedua-dua tangannya mengangkat beg-beg plastic berisi barangan dapur. Pasti wanita itu baru pulang dari membeli belah di pasar raya. Sejurus kemudian wanita itu memberi salam yang kemudiannya disambut Nina dengan sopan.
                “Mak Nah tahukah yang Tuan Adrian cuti hari ini?” Nina terus bertanya sambil membantu mengangkat beg-beg plastic ke atas meja dapur. Sementara itu dia mahu tahu hal yang sebenarnya.
                “Tahu. Pagi tadi Nyonya Maria bagi tahu yang Tuan Adrian sakit selsema. Dia suruh Mak Nah sediakan air halia untuk Tuan Adrian,” jelas Mak Nah sambil mengesat peluh di dahi menggunakan selendang hijau yang menudungi kepalanya tadi.
                “Adoi, Mak Nah! Saya dah buat salah awal-awal pagi ni. Kalaulah saya tahu dia ada di rumah saya taklah pergi kacau piano tu,” Nina mula mengeluh dalam masa yang sama menceritakan kejadian yang baru berlaku tadi.
                “Apa? Kau buat apa dengan piano tu? Habis macam mana sekarang?” Mak Nah mula cemas.
                “Saya mainlah takkan makan pula. Apa lagi dia terdengarlah. Habis panas telinga saya dengar dia punya sindiran Mak Nah,”
                “Hah, tulah kamu. Pergi kacau lagi barang-barang orang. Kan dah kena. Dia cakap apa?” Mak Nah tersenyum-senyum pula bagai menambah kegelisahan di hati Nina.
                “Tak adalah juga. Dia tak pecat aku lagi. Agaknya dia marah kat aku,” cerita Nina masih memikirkan nasibnya.
                “Kau dah minta maaf ke ni?”
                “Alamak! Belum lah. Lupa. Asyik bergegar lutut tadi,” Nina menepuk dahinya penuh kekesalan.
                “Eh, budak ni. Tak apalah. Mak Nah ada idea. Kamu pergi minta maaf masa hantar makanan nanti,” cadang Mak Nah.
                “Saya ke yang kena hantar makanan? Ala, tak beranilah,”
                “Tak berani apanya? Tak ada alasan. Kamu kena pergi juga. Kamu kena layan dia sepanjang hari ini sebagai tanda minta maaf.”
                Nina memandang Mak Nah dengan dahi berkerut. Nampaknya dia tiada pilihan lain. Cadangan Mak Nah ini merupakan jalan terbaik untuk menyejukkan hati si Tuan Adrian.              
***
Jantung Nina berdebar-debar kencang ketika semakin menghampiri bilik Adrian. Menggeletar seluruh tubuhnya membayangkan apa yang bakal terjadi seketika lagi. Identity sebenarnya pasti akan terbongkar dan masa depan dia di rumah itu serta-merta menjadi gelap. Tiba-tiba dia teringat kata-katanya sewaktu temu duga sebulan lebih yang lalu. Dia tak sangka dia berani mati mengutuk si Adrian itu tentang etika pakaian. Tulah, lain kali main cakap lepas lagi. Kerana lidah badan binasa, Nina sempat menginsafi diri.
                Dengan tangan yang terketar-ketar dia memberanikan diri mengetuk pintu bilik itu. Sepi. Takkan belum bangun lagi kot, Nina berfikir lalu mengerling kea rah jam dinding di ruang tamu. Sudah jam 11.30 pagi. Sudah keterlaluan kalau bangun selewat ini. Pintu diketuk lagi.
                “Masuk!”
                Nina lantas menelan liurnya. Nada suara yang digunakan orang di dalam bilik itu tidak menandakan sesuatu yang positif akan berlaku. Tapi apa pun juga dia harus membuka pintu yang sudah diketuknya dua kali itu.
                Dengan mata memandang lantai dan langkah selambat kura-kura, Nina memasuki bilik si Tuan Adrian yang serba biru itu. Dia bagaikan berdepan dengan Maharaja China yang tidak boleh dipandang wajahnya.
                “Kau ada masa lapang?” pertanyaan Adrian yang bernada selamba itu membuatkan Nina mendongak. Lelaki itu tidak sekilas pun memandang ke arahnya. Matanya terarah pada halaman buku tebal di tangannya sambil duduk bersantai di sofa. Aik, apa hal tiba-tiba tanya soalan ala-ala mengorat ni? Kebingungan Nina membuatkan dia mengambil masa lama untuk menjawab soalan itu.
                “Tak ada, Tuan,”
                “Patutlah. Kalau kau ada masa lapang cuba-cubalah korek telinga tu. Untuk pengetahuan kau aku dah dua kali cakap masuk. Kali kedua baru kau dengar. Aku tak boleh jerit-jerit sekarang ni tekak aku sakit,”kini matanya terarah pada Nina yang memandangnya dengan mata terkebil-kebil.
                Ini sindiran atau bebelan? Bila pula dia suruh masuk dua kali. Aku dengar cuma sekali. Nina bingung lagi. Dia cuba mengingat lagi kalau-kalau dia ada terdengar sayup-sayup suara arahan lelaki itu sebelum dia menjerit tadi. Dia pasti yang dia tak dengar apa-apa. Mungkin dia suruh masuk dalam hati je kot, Nina mengandaikan.
                Adrian rasa seperti dia pernah bertemu dengan perempuan yang sedang berdiri itu. Tapi dia tidak dapat mengingat di mana dan siapakah dia. Wajah itu ditatapnya lebih lama. Dia tak dapat mengingat dengan lebih terperinci hanya samar-samar.
                “Maaf, tuan. Saya betul-betul tak dengar. Ini air halia. Nyonya Maria minta Mak Nah buatkan untuk tuan. Katanya untuk sembuhkan selsema,” Nina mengatur bicaranya dengan kemas tapi dengan wajah menunduk penuh hormat. Melihat perubahan wajah Adrian tadi membuatkan hatinya cemas. Jangan-jangan dia sudah tahu siapa dia sebenarnya.
                “Air halia? Letak saja di atas meja,” arah Adrian. Matanya tidak lagi meneliti wajah gadis bermuka bujur sirih itu. Tetapi dia sedang berfikir. Masih berusaha mengingat siapa gadis itu.
                Nina segera meletakkan gelas berisi air halia itu dan berniat untuk meninggalkan bilik itu dengan kadar segera. Namun niatnya terhenti kerana Adrian mula bertanya soalan yang menambahkan kegilaan debaran jantungnya.
                “Tunggu dulu. Siapa nama kau?”
                Nina serba salah untuk memberitahu hal sebenarnya. Takut Adrian akan mengingatinya dan temu duga lalu. “Emm… Na,” jawabnya sayup-sayup macam menelan semula apa yang disebutnya. Cuma ‘Na’ di bahagian akhir yang jelas kedengaran.
                “Nama sendiri pun tak tahu nak sebut ke? Cakap jelas sikit,” pinta Adrian tegas.
                Sekarang apa? “Panggil saya Nana tuan,” Nina mencipta nama yang dekat dengan namanya tapi masih berbeza.
                “Hmm.. Typical name. Tak payah hantar makanan ke bilik. Aku akan turun sendiri. Aku ada kaki. Lagi satu tukar cadar tilam lepas ni,” Adrian mengarahkan. Nina lega sedikit kerana lelaki itu tidak lagi merenungnya semacam mahupun berfikir dalam. Lelaki itu kembali kepada buku tebalnya yang terbiar sebentar tadi.
                “Baiklah, tuan,” Nina mengundur diri kemudian menutup pintu di belakangnya.
                Sebaik sahaja dia pasti yang dia berada cukup jauh dari bilik si Adrian itu dia mendengus kuat, meluahkan rasa hatinya. Menyampah, tak puas hati,geram. Hari ini dia lebih mengenali pengurus besar Indah Bumi Corporation itu. Selain sombong dan cerewet, dia juga bermulut laser. Cakap tak bertapis. Main lepas saja.
                “Kalau ada masa cuba-cubalah korek telinga tu,” Nina mengajuk kata-kata Adrian yang menyakitkan hatinya.
                Tapi dalam geram-geram begitu dia masih bersyukur kerana lelaki itu sudah tidak mengingatinya lagi. Nasib baiklah muka aku tak macam Maya Karin ke, Lisa Surihani ke, kalau tidak gerenti dah kena tangkap basah, Nina bermonolog sambil ketawa kecil.
                Namun ketawanya lantas terhenti ketika mendengar pintu bilik di tingkat atas ditutup. Arahan Adrian kembali mengetuk fikirannya. Dia mengatur langkahnya pantas menuju ke bilik dobi dan mencari-cari cadar untuk menggantikan cadar di bilik Adrian. Kalau dilambat-lambatkan lagi, ada juga yang kena menahan hati karang.
                Pantas Nina bergerak semula ke tingkat atas. Dia melihat lelaki itu kini sedang duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen. Dia melangkah cermat memasuki bilik lelaki itu tanpa banyak bunyi. Dia malas mahu berdepan dengan lelaki itu lagi. Setelah menyiapakan kerjanya, dia menghilangkan diri semula di tingkat bawah. Sengaja dia menyibukkan diri membuat pelbagai kerja rumah untuk melarikan diri dari menjadi mangsa si Adrian lagi.
                Menjelang jam 1.00 petang, barulah kelibat lelaki itu kelihatan di tingkat bawah. Nama Mak Nah kedengaran dilaung-laungkankan mengarahkan makanan disediakan. Waktu itu Nina duduk di tepi kolam renang setelah membersihkan kawasan sekitarnya. Dia sengaja berlama-lama di situ. Kesian Mak Nah, desisnya sambil tersenyum.
                Nasib yang baik tidak kekal selamanya. Beberapa lama kemudian, namanya pula dilaung-laungkan. Agak pelik juga Nina mendengar nama rekaannya dilaungkan.
                “Nana!”
                Tanpa berlengah-lengah, Nina mengatur langkah seribu ke tingkat atas untuk bersua muka dengan jejaka bernama Adrian itu.
                “Ya, tuan?” tanya Nina sopan ketika memasuki bilik si lelaki itu.
                “Ini apa?” jari telunjuk si lelaki menunjuk kearah tilam.
                “Katil, tuan,”
                “Bukan. Aku maksudkan cadar ni. Kau rasa sesuai tak untuk aku?” tanyanya lagi. Sukar menafsir niat sebenarnya soalan itu kalau hanya mendengar pada nada suaranya. Tapi Nina tidak lurus bendul, dia tahu makna di sebalik pertanyaan itu. Apa lagi kalau bukan sindiran.
                “Kalau tuan tak suka, saya tukar yang lain,” Nina bersuara kesal. Nampaknya dia perlu tahu yang lelaki ini cukup maskulin untuk tidur di atas tilam yang bercadar corak bunga-bunga warna hitam putih. Sangkanya asalkan warna hitam atau putih tak ada masalah.
                “ Tahu pun. Bagus. Sekarang tukar. Aku nak tidur,”
                Mahu tak mahu, Nina relakan kakinya turun naik semata-mata untuk menukar cadar si BlackNwhite itu. Dia tak faham apa yang tak kenanya dengan cadar bunga-bunga kerana baginya asalkan ada cadar sudah okay. Dasar cerewet! Dengusnya dalam hati.
                Baru sahaja Nina mahu melangkah ke tingkat bawah sebaik sahaja dia menukar cadar, namanya dipanggil lagi. Apa pula lagi ni, dia merungut sendirian.
                “Mood aku tak baik sekarang ni, jadi aku tak suka tengok warna-warna yang terang,”
                Nina memandang kain cadar yang baru ditukarnya tadi. Tak ada masalah. Warna biru terang bercorak abstrak. Dadanya dirasakan panas. Dengan susah payahnya dia mencari cadar ini tadi, sekarang nak tukar lagi. Memang nak kena mamat ni, fikirnya.
                “Saya akan tukar lagi, tuan,”
                Nina mengetap bibirnya ketika meninggalkan bilik itu. Dia turun semula ke bilik dobi dan mencari cadar hitam putih bercorak minima. Kalau boleh biarlah langsung tidak bercorak. Panas hatinya melayan karenah si Adrian. Dasar BlackNwhite,  bebelnya.
                “Aik, Mak Nah tengok dah tiga kali kau turun naik membawa cadar ni. Apa hal?” tegur Mak Nah yang hairan melihat Nina dari tadi sibuk menyelongkar bilik dobi.
                “Tuan kesayangan Mak Nah tulah. Cerewet sangat. Nak ini lah, tak nak itulah. Orang dah dua kali tukar cadar. Adakah patut dia nak tukar lagi. Bukan hal besar pun. Cadar je,” Nina meluahkan rasa yang terbuku sejak tadi. Dia sendiri tidak dapat menahan lagi sakit hatinya.
                “Shh.. Jangan cakap kuat sangat. Kamu juga yang susah nanti kalau dia dengar,”
                Mereka berdua memandang sekeliling. Tiada bayangan siapa-siapa yang kelihatan.
                “Saya tak tahan lah nak berdepan dia, Mak Nah. Apa kata Mak Nah yang pergi layan dia?” Nina buat muka seposen, memohon simpati dari Mak Nah.
                “Jangan macam tu. Kamu sabar je. Dia memang macam tu. Mak Nah tahu benar perangainya tu. Kamu buat je apa yang dia suruh. Dah, cepat pergi tukar cadar tu,” Mak Nah tidak menyebelahi sesiapa. Dan memilih untuk menjadi pengantara.
                Nina menarik nafas kemudian meneruskan kerjanya. Ketika dia membuka pintu bilik Tuan Adrian itu, dia melihat lelaki itu sudah terlelap di sofa panjang. Lega hatinya. sekurang-kurangnya tak payahlah dia mendengar bebelan lelaki itu semasa membuat kerja.
                Dengan pantas dan senyap, Nina menukar cadar untuk kesekian kalinya. Kali ini dia sudah bersedia dengan alasan yang bernas kalau sekiranya lelaki cerewet itu masih tidak berpuas hati dengan cadar yang ditukar. Siap saja kerjanya, bilik itu ditinggalkan penuh kelegaan.
                “Hai, Kak Nina,” suara ceria Erika yang baru pulang sekolah menyapa Nina.
                Nina menoleh ke arah tangga. Tugasnya yang seterusnya menanti. Si abang sudah siap dilayan. Kini giliran si adik pula. Dia tersenyum hambar.
***
Nina memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga. Sepanjang petang itu, tidak langsung kedengaran si BlackNwhite melaung-laung namanya seperti pagi tadi. Nampaknya selsema yang dihidapinya membuatkan dia pengsan sepanjang petang. Dan itu merupakan perkara yang menggembirakan untuk Nina. Pertama, sebab dia tak perlu berdepan dengan si BlackNwhite. Kedua, sebab penipuannya tentang nama sebenarnya masih berguna untuk esok dan kemungkinan untuk hari-hari seterusnya.
                Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Mak Nah dan Erika, Nina berjalan kaki kira-kira 500 meter menuju ke perhentian bas seperti biasa. Ketika itu awan kelihatan sudah sangat berat dan tinggal menunggu waktu untuk mencurah isinya ke bumi. Tapi dia tidak perlu risau kerana dia sudah menyediakan payung.
                Ketika dia menghampiri selekoh terakhir sebelum tiba ke destinasi sementaranya, sebuah kereta Ferrari merah yang dikenali lalu. Si pemandu memandangnya dan kereta itu berhenti. Nina dilanda rasa cemas. Jangan-jangan, si tuan punya kereta itu ada urusan dengannya. Dia  berdiri lurus sambil memerhatikan Mikhail setelah cermin kereta diturunkan. Namun hatinya sedikit terhibur apabila melihat senyuman dilemparkan oleh si berwajah tampan itu.
                “Dah nak balik?”
                “Ya, tuan,” jawab Nina sambil membalas senyuman Mikhail. Mesra pula si tuan yang satu ini, fikir Nina.
                “Hujan dah nak turun ni. Mari saya hantarkan,”
                Nina seakan tidak mempercayai telinganya. Biar betul si jejaka berkereta mewah itu mempelawanya begitu. Nina terkaku, tidak tahu mahu berkata apa kerana dia sungguh-sungguh tidak percaya itu sedang terjadi.
                “Nina?” tegur Mikhail yang hairan dengan tindak balas Nina. Wajah wanita muda itu ditatapnya untuk mencari jawapan.
                “Eh, tak apalah tuan. Rumah saya dekat saja dari sini. Lagipun bas banyak petang-petang begini. Tapi, terima kasihlah sebab sudi mempelawa,” Nina menjelaskan alasannya. Dia terpaksa menolak pelawaan itu kerana dia tahu statusnya. Dia hanya pembantu rumah, takkan balik dihantar oleh tuan rumah. Dengan kereta mewah pula tu.
                “Betul ke ni?” Mikhail meminta kepastian.
                “Ya, tuan. Terima kasih banyak ya,” Nina berbahasa kemudian memberikan senyuman manis sebagai tanda penghargaannya.
                “Okaylah. Hati-hati ya,”
                Nina mengangguk. Cermin kereta ditutup kembali dan kereta memecut menyelusur jalan. Nina menarik nafas sedalam-dalamnya. Rupanya orang kaya tidaklah seteruk mana. Memang benar ada juga orang kaya yang baik macam tuan Mikhail. Baik hati dan tidak memandang rendah orang seperti dirinya. Dia tersenyum membawa langkahnya menyeberangi jalan raya yang semakin sibuk. Hari ini dia belajar banyak perkara. Yang paling penting, belajar untuk bersabar!