Sunday, July 28, 2013

Penawar Hati

source: www.santabanta.com

Aku mengenalnya sejak dua tahun yang lalu sewaktu parti menyambut pelajar baru. Dia biasa-biasa sahaja. Rupanya tidak sekacak Tom Cruise atau setampan Aaron Aziz. Cuma dia tinggi dan mempunyai bentuk badan yang gagah walaupun bukanlah segagah Malek Nor. Dia mempunyai keupayaan untuk membuat wanita mendekat padanya, walaupun auranya tidak sehebat Datuk Shah Rukh Khan. Namanya..

“An, kali ini giliran kita pula mengendalikan parti sambut pelajar baru,” Amy, sahabat karibku mengingatkanku. Bibirku tanpa diminta mengukir senyuman nipis. 

                “Tak sedarkan kita sudah hampir tamat pengajian. Dulu senior yang uruskan parti untuk kita, sekarang kita kena buat untuk budak-budak baru pula,” balasku sambil memandang jauh ke luar jendela bilik asrama. Bangunan asrama pelajar lelaki teguh berdiri di sebelah sana.

                “Masa berlalu, An. Kita sekarang sudah jadi senior,” respon Amy sambil menekan-nekan pada papan kekunci computer ribanya. Kupandang kearahnya sekilas. Mataku tanpa sengaja terpandang foto berbingkai di atas meja tulisnya. Foto Amy dan kekasihnya, Boy.

                 Aku tersenyum lagi namun kali ini aku mengangguk, mengiyakan kata-kata Amy. Kami kini sudah berusia 22 tahun. Tahun depan, kami akan meninggalkan gelaran pelajar dan memasuki alam pekerjaan yang menjanjikan cabaran yang berbeza.

                Buku rujukkan sudah diselak hingga ke halaman 256. Mataku memandang kosong patah-patah perkataan yang bertulis dalam Bahasa Inggeris itu. Ayat-ayat yang bertaip kemas dalam font 12 itu bertukar menjadi kertas putih yang kosong dan tidak bererti.

                “Esok kita ada meeting tau. Kau jangan lupa sediakan agenda,” Amy bersuara lagi, kali ini mengingatkan tentang mesyuarat berkaitan parti itu esok. Segera eye contact berlaku antara kami. Kemudian, dia berpaling dan kembali memandang skrin komputer ribanya. Tiba-tiba aku menyalahkan diriku kerana terlalu berbaik hati untuk menerima jawatan setiausaha dalam Persatuan Rakan Kampus untuk semester ini. Padan dengan muka aku.

                “Aku hampir lupa. Terima kasih kerana tolong ingatkan,” balasku dalam nada acuh tak acuh.

                Kenapalah hal sepenting ini tidak aku fikirkan? Kenapa aku membiarkan otakku memikirkan hal picisan tentang budak yang dua tahun lebih muda daripadaku itu? Adakah aku sudah hilang kematanganku? Kenapa?
   
                Malam melabuhkan tirainya dengan kemewahan gemerlapan bintang dan sinaran cahaya bulan. Suasana ini membuatkan aku termenung semula ditepi jendela menatap alam yang disimbah keindahan cahaya semulajadi. Sejak beberapa hari ini, aku rasa tidak keruan. Aku terlalu ingin berkomunikasi dengannya. Aku mahu melihat wajah budak itu. Aku ingin tahu, apakah hanya aku yang merasakan perasaan ini ataupun sebaliknya. Tapi bagaimanakah aku mahu mendapatkan jawapannya kalau aku berada di sini tanpa melakukan apa-apa.

                Aku memandang telefon bimbitku. Haruskah aku menghubunginya? Namun atas alasan apa? sekarang sudah menunjukkan jam 10 malam. Kalau hendak bertanyakan tentang mesyuarat, aku boleh sahaja menunggu hari esok. Tapi kenapa hatiku benar-benar gatal untuk mengetahui hal ehwal budak ini? Kenapa? Aku gelisah.

                “Hai. Esok kita ada kelas jam 8 pagi tau,”

                Pesanan ringkas yang saja direka dihantar kepada orang yang tidak tahu-menahu pun tentangnya. Kelas? Jam 8? Entah, aku sendiri pun tidah tahu tentang itu. Ini memang gila! Ah lantaklah! Yang penting, aku menghantar sesuatu kepadanya.

                Getaran telefon bimbit membuat hatiku melompat. Dengan gelojoh, aku membuka pesanan yang baru kuterima. Nama budak itu tertera pada skrin. Ini sudah cukup membuatku tersenyum sehingga esok.

                “Salah send??”

                Bukan salah tapi buat-buat salah. Hati dan bibirku tersenyum serentak. Rasa terubat perasaan penuh pertanyaan tadi. Aku cuba memikirkan jawaban yang sesuai supaya tidak menunjukkan sangat keterujaanku di sebalik pembohonganku.

                “Oops. Maaf. Saya tersalah hantar. Anyway, Good night,”

                Pesanan selamat dihantar. Aku masih lagi tersenyum. Tindakan luar kematangan tadi umpama penawar yang mujarab. Perasaan tertanya-tanya yang seperti penyakit ini segera tamat dan aku tidak lagi segelisah sebelum menghantar pesanan ringkas berbaur pembohongan tadi. 

source: www.zedge.net

***
                Pagi ini, aku melihat budak itu di kafeteria. Dia nampak ceria dan riang bersama teman-temannya. Hatiku bertambah ringan dan senang. Hanya dengan melihat gerangannya, hariku turut bermula ceria, seceria wajah budak itu.

                Dalam kelas, ada rasa yang melonjak-lonjak ingin keluar dari hatiku seperti tidak sabar rasanya menanti tengah hari menjelma. Berkali-kali aku menyelak masa sehingga Amy pun perasan kelainan sikapku pagi ini. Aku tahu, sudah tiba masanya aku mengambil penawar perasaan ini. Ianya seperti mengambil ubat dalam waktu yang ditetapkan untuk mengawal penyakit. Penawar ini perlu diambil dalam masa yang ditentukan, dan tidak boleh melebihi dos yang telah ditetapkan. Kalau tidak, padah menanti.

                Waktu yang dinanti akhirnya tiba. Masa penantian itu sungguh suatu penyeksaan. Satu-persatu ahli jawatankuasa tiba dan memenuhi bilik mesyuarat. Tidak lama kemudian wajah yang dinanti juga muncul masih dengan wajah yang ceria. Aku tak dapat menahan diri dari tersenyum. Apakah yang dipakai oleh budak ini sehingga boleh membuat aku tersenyum hanya dengan memandang senyuman pada bibirnya. Sungguh senyuman itu suatu yang mudah berjangkit.

                Mesyuarat berjalan lancar. Tambahan lagi dengan kehadiran budak itu. Entah kenapa, aku susah untuk melarikan pandanganku daripadanya. Sementara ahli jawatankuasa membentangkan hasil kerja mereka, fikiranku melayang jauh. Tengah hari ini, penyakit tertanya-tanya yang belum dapat didiagnosis itu tidak menggangguku. Selagi aku memandang budak itu, semua seperti berada di dalam kawalan dan normal. Kenapakah aku punya perasaan begini?

                Aku teringatkan cerita lawak si budak itu yang membuatku ketawa berdekah-dekah seperti lupa dunia. Dia tahu berseloroh dan begitu mudah membuatku ketawa. Pastilah keadaan seperti ini lebih selesa dan menyenangkan berbanding berkerjasama dengan seorang yang terlalu serius dan berwajah ketat. Dia senang dibawa berbincang dan seronok diajak berkerjasama.

                “Bagaimana dengan kenderaan, Dani?” Zek, pengerusi mesyuarat  mengajukan pertanyaan kepada Dani, si budak yang menjadi punca kenapa penyakit aku ini.

                Ku mengalihkan pandangku pada wajah Zed yang sudah ketat. Oleh sebab wajahnya selalu ketat dan begitu susah untuk senyum, aku dan Amy menggelarnya Mr. Uptight dalam diam-diam. Aku sebagai setiausahanya dalam organisasi persatuan ini sudah terlalu jelas dengan sikapnya. Dia memang komited terhadap kerjanya, tetapi dia terlalu serius.
                
                Dani..Dani..Dani..
                Kenapa kau buat aku rasa begini?          
                
                Mesyuarat akhirnya selesai, dalam jangka masa yang kurasa terlalu singkat. Zek menyuruh aku menyelesaikan beberapa perkara dan aku tiada pilihan selain menurut kehendaknya. Dalam sibuk menyusun kertas-kertas bercetak di dalam fail, aku melilaukan pandangan mataku menangkap gerangan budak yang membuatku sering tertanya-tanya itu. Segera aku terpandangkan orang itu sedang berdiri di muka pintu sambil melambaikan tangannya kearahku.

                “Bye An,”
source: favim.com

                Aku membalas dengan lambaian serupa. Dua patah perkataan itu cukup membuat senyumanku melebar hingga ke telinga. Sebabnya? Aku sendiri tidak pasti. Apa yang aku tahu, setiap kali perasaan tertanya-tanya dan gelisah itu datang, aku perlu melihatnya atau sekurang-kurangnya mendengar tentangnya. Bercakap tentangnya pun sudah cukup untuk menghilangkan sementara perasaan ini. Adakah ini suatu penyakit? Aku tidak tahu.
                
                Bilakah penyakit ini akan sembuh? Sampai bila aku memerlukan penawar untuk menghilangkan sementara perasaan yang sungguh luar biasa ini. Biarlah masa yang menjawab persoalan ini, kerana buat masa ini aku masih memerlukan penawar ini untuk mengekalkan kewarasanku.  
                
***
    
Monday, July 22, 2013

Anyong!

It's been a while since I last updated this blog. So, for today I just wanna greet anyone who visits this blog of mine. Anyong-ha-seyo! =) (I'm a K-Drama fans!)

I'll be free until Sept. So, I've plenty of time to write! Wait for my next entry =)

P/s: Recently, I've watched A gentleman's Dignity. Hmm.. It's about Ahjussi (man in their 40s) love story! But still I enjoyed it, especially Gim Do Jin Ahjussi's story. Heheh.. Please do watch it if you are a K-Drama Fans like me ^_^

The four Ahjussi-s

OMO! It's Gim Do Jin Ahjussi =) So cool!
(source: serial-korea.mihanblog.com)

The lead characters. Four sweet couples.
(source: romanlardakiprenses.blogspot.com)

Friday, May 31, 2013

Happy Tadau Kaamatan! Cheers :D

Source: bayausbh.blogspot.com

30 and 31 May each year marked as public holiday for Sabah. During these two days, we, the Kadazan Dusun together with our fellow relatives ethnics of Murut, Lundayeh and Rungus celebrate the harvest festivals or Kaamatan. And so, those who working far from home return to their kampung to celebrate with their families. So sad, I am not home now.

This year is the first time I celebrate Kaamatan outside Sabah. Of course, the situation is very much different here. There is no celebration here. No Aramai Tii..  Hahah.. No Unduk Ngadau.. No family reunion.. huhu.. It's okay I guess as I already had a chance to spent plenty of time together during our vacation to Bandung earlier this week. But, for sure,  I never get enough time with them. I wish I was home.

Anyhow, celebration is a celebration. No need to shed a tears while others are having good time, right. So, to friends, families and fellow Sabahan who celebrate Kaamatan, I wish you had a wonderful time. Please do mind your safety, especially on the road. With that, I wish you all Kotobian Tadau Tagayo do Kaamatan! Cheers! ^__^

Saturday, May 4, 2013

Happy Voting Day for tomorrow!!

So finally tomorrow is the day of the 13th General Election of Malaysia after almost weeks of campaign.. Green flags, blue flags, white flags are everywhere.. Basically, everyone can feel the GE fever, including me.. Flash mob everywhere, manifestos everywhere, sweet promises everywhere.. But as for me, I personally favor for a new start for this country.. It's my personal thought and I'm not forcing anybody to agree with me. Anyway, I cannot vote yet- I'm not underage! It's just because I didn't register yet.. and, I prefer  to be an observer before I could be a wise voter in the next 5 years.. So, come on Malaysians! Do your responsibilities to our nation! And Remember to Vote WISELY! There's no better time but INI KALI LAH!! 

If there is anybody who still wondering who they should vote, hopefully this quote may help you to choose WISELY.. 

Happy Voting =)

Wednesday, May 1, 2013

Oh, Mr. Tourist 3

Episode 3

Erin masih merungut sewaktu dia melangkah ke dalam rumah sewanya petang itu. Bayangan wajah si Sinis yang menyombongkan diri di depannya tadi membuat hatinya menjadi panas. Rasa geram menguasai perasaannya ketika itu.
                “I have money,” dia mengajuk kata-kata lelaki itu tadi dengan mengherot-herotkan bibirnya menunjukkan rasa menyampah yang tidak mampu ditunjukkan di depan lelaki itu.
                Beg sandangnya kini dibiarkan di atas lantai, sementara tubuhnya dibawa untuk berbaring di atas sofa berwarna kelabu cerah. Erin cuba memadam fikiran yang menyakitkan hati tadi. Kalau boleh, dia tidak mahu kejadian itu merosakkan moodnya sepanjang hari ini.
                “Kenapa muka macam stress saja ni?” Nadia yang muncul dari dapur menegur teman serumahnya yang sedang berbaring dan memandang siling seperti orang yang sedang nazak.
                “Memang aku stress! Lelaki tu memang tiada guna!” bentak Erin. Nampaknya, dia gagal untuk membiarkan rasa marah dan tidak puas hatinya dari berlalu pergi. Malah tambah dia cuba melupakannya, tambah pedas perasaannya di dalam dada. Cepat atau lambat, dia perlu juga meluahkan segalanya. Kemunculan Nadia merupakan peluang terbaik untuk mengeluarkan seluruh yang tertulis dalam hati.
                “Siapa pula yang tiada guna ni? Kalau cakap boyfriend kau, setahu aku kau tiada boyfriend,” Nadia ketawa sambil membuka televisyen. Sengaja lagi Nadia menduga kemarahan Erin ketika itu.
                “Wei, apa kena mengena pula? Ini fasal lelaki yang dalam gambar tu lah. Kalau kau mau tahulah kan, dia tu tak mampu bayar lunch dia pun,”
                “Siapa?” Nadia bertanya penuh minat. Telenovela Filipina di TV3 diabaikannya sahaja. Cerita Erin petang ini nampaknya lebih menarik berbanding cerita telenovela penuh onak dan duri yang menjadi kegemarannya itu.
                “Lelaki dalam gambar tulah! Yang kau sibuk cakap idaman kau,” Erin menjawab dengan suara yang meninggi. Dia tidak dapat menahan rasa menyampahnya dengan lelaki itu.
                “Kau ni marah lelaki itu atau aku sekarang ni?,” Nadia yang tahu benar dengan perangai Erin yang senang baran itu sengaja lagi menduga kawannya itu. Suara Erin yang bergema di seluruh rumah itu boleh buat orang lain yang mendengarnya kecut perut. 
                “Dialah! Aku juga yang kena bayar!”
                “Kalau iya pun, tidak payahlah beremosi bah. Berapa juta juga harga lunch dia?” Nadia yang tidak suka dengan suasana tegang sengaja menambah unsur hiperbola dalam pertanyaannya. Untuk kesekian kalinya, dia mahu menduga Erin lagi. Kali ini, dia pasang muka serius.
                “30 ringgit 80 sen. Itupun tidak mampu bayar,”dengus Erin.
                “Kedekut juga kau ni. Ingatkan berapa puluh jutalah yang kau bayar sampai kau mau marah-marah teruk begini. Tapi hairan juga, kenapa dia tidak dapat bayar? Jangan-jangan dia tu pendatang tanpa izin,” Nadia mula membuat andaian nakalnya. Kata-katanya tadi sekali lagi menduga kemarahan Erin.
                “Masalah sekarang bukan fasal 30 ringgit tu. Kau tau, dia tidak pun ucap terima kasih. Dia cakap pula yang dia sebenarnya ada duit, siap tunjuk kad Visa dan dollar Amerika. Pleaselah, macamlah aku hairan,” Erin menceritakan dengan lebih lanjut.
                “Mungkin dia tunjuk begitu sebab dia mahu cakap yang dia tidak sempat pergi ATM ambil duit atau dia tidak cukup exchange ringgit,” seperti biasa Nadia akan cuba memutarkan keadaan kea rah yang positif.
                “Kalau iya pun, cakaplah terima kasih atau terus terang saja. Aku boleh terima lagi,” emosi Erin kini tidak setegang tadi lagi. Nampaknya komen Nadia tadi telah berjaya mengubah sedikit persepsinya terhadap lelaki itu.
                “Biasalah lelaki. Mungkin dia malu. Cuba bayangkan kalau kau lelaki dan perempuan yang tolong bayarkan makanan kau, mesti kau rasa tidak selesa kan,” Nadia cuba membawa Erin memahami keadaan lelaki itu. Dialog telenovela Filipina dalam bahasa Tagalog menjadi muzik latar perbualan mereka yang kini nampak serius. Erin tergoda untuk membayangkan dirinya sebagai seorang lelaki.  
                “Ah, aku tidak peduli. Lelakikah, perempuankah, kita mesti berterima kasih dengan orang yang tolong kita. Jadi memang layak pun aku marah-marah,” Erin yang gagal memahami apa yang Nadia cuba sampaikan masih berkeras dengan kemarahannya.
                “Sudahlah kau. Gara-gara melayan marah kau, aku ketinggalan 20 minit cerita ni,” Nadia yang sudah malas melayan karenah Erin kini memalingkan mukanya ke kaca televisyen yang kini menayangkan iklan Kit Kat.
                “Daripada marah-marah, lagi bagus kau makan Kit Kat. Gerenti semua masalah kau selesai,” Nadia berseloroh kemudian mengunyah keropok amplang dengan bersenang hati.
                Erin mengerutkan hidungnya menandakan protes. Namun, sebenarnya dia teringin juga makan Kit Kat selepas menonton iklan tadi.  

source: rojakpunya.blogspot.com

                ***
Hujan mencurah-curah ke bumi ketika jam menunjukkan jam 12.15 malam. Tiada suara kenderaan yang lalu lalang di jalan raya berhampiran kedengaran seperti selalu, hanyalah bunyi titisan hujan di atas bumbung yang memenuhi deria pendengaran. Penghuni rumah teres bernombor 39 itu sudah lama dibuai mimpi indah.
                Erin sudah tenggelam dalam fasa REM ketika I-Phone 4nya berdering kuat. Mula-mula dia menyangka, deringan itu merupakan sebahagian dari mimpinya. Tapi deringan itu berterusan tanpa hentinya membuatkan dia semakin pasti yang bunyi deringan itu adalah reality. Kerana kedinginan malam yang begitu menyelesakan di bawah hamparan comforter, Erin berpura-pura tidak mendengar deringan telefon bimbitnya yang sudah lima kali berbunyi. Semakin dia cuba untuk tidur kembali, semakin kuat pula deringan itu bernyanyi di telinganya. Tidak tahan dengan deringan yang sudah mencapai tahap menjengkelkan, Erin mencapai telefon bimbitnya dengan kasar. Matanya terkabur-kabur ketika membaca paparan di skrin. Sebaris nombor tidak dikenali terpampang. Erin berniat mahu membiarkan sahaja, tetapi nampaknya si pemanggil begitu persisten untuk mendail nombornya. Mahu tidak mahu, dalam separa sedar dan kegelapan malam yang dingin, Erin menyambut panggilan misteri yang menjengkelan itu.
                “May I speak to Miss Erin Josef?” suara lelaki menyapa Erin sebelum dia sempat berkata apa-apa. Lantas Erin teringatkan pelancong yang bakal menjadi kliennya.
                “Yes, speaking. Can I help you?” Erin cuba membuat suaranya sesegar mungkin. Dia tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapat seorang lagi klien walaupun malam sudah terlalu larut untuk berbincang tentang kerja.
                “I need a tour guide here in Ranau by tomorrow. Am I calling the right person?” lelaki itu bertanya kembali. Suaranya begitu maskulin dan pelat Inggeris Amerikanya sangat jelas.
                “Yes, sir. I’m a tour guide based in Ranau. So, where do you want to see me tomorrow sir, and what time is it?” Erin tiba-tiba lupa pada comforternya di malam yang sejuk bila berdepan dengan bakal klien.
                Si pemanggil memberikan rincian seperti yang diminta Erin.
                “How about the package, sir? Do you prefer standard or first class?” Erin merancang untuk berbincang lanjut namun lelaki itu nampaknya tidak berminat untuk tawar-menawar soal perkhidmatan. Dia hanya berkata;
                “I am willing to pay you more. Just make sure that you can make it tomorrow,”  
                Dengan itu, dia mengakhiri perbualan telefon tanpa mengucapkan selamat malam atau ‘bye-bye’ seperti kebiasaannya orang putih. Erin sedikit pelik dengan lelaki yang bakal menjadi kliennya esok. Namun, itu tidak menghalang niatnya untuk menyambung tidurnya dengan rasa gembira.
***
source:www.panoramio.com

Pagi masih sangat dini ketika Erin keluar rumah untuk menemui pelancong yang memanggilnya malam semalam. Jalan raya masih lembab dan udara sangat segar dan dingin di daerah tanah tinggi itu. Senyuman manis diukirkan pada wajah sebaik bangun awal pagi tadi.
                “Kenapa bangun awal betul hari ni?,” tanya Nadia selepas melihat kelibat Erin keluar dari bilik mandi ketika dia baru selesai bersolat subuh. 
                “Ada bisnes masuk,” Erin menyeringai.
                Hari ni, Erin memakai kemeja putih lengan panjang dan jeans gelap berserta kamera dan beg sandang kulitnya. Dia melengkapkan penampilannya dengan sneaker hitam putih. Mukanya yang cerah dan bersih hanya disapu krim pelindung UV dan dan bibirnya dioles sedikit balm agar tidak nampak terlalu pucat. Selesai, bersarapan dengan Nesvita 3 in 1, Erin keluar rumah dengan ceria sambil rambut ekor kudanya dibuat angin pagi yang bertiup dari Kinabalu.
                Dia memandu Produa Kelisanya menuju ke Terminal Bas Ranau, di mana dia sudah berjanji untuk menemui bakal kliennya jam 8.00 pagi ini. Lagu “Summer Sunshine” nyanyian Kumpulan The Corrs membuat moodnya bertambah ceria hari ini, ditambah lagi dengan keadaan lalu lintas yang lancar. Hari Erin nampaknya bermula indah. Jam pun baru menunjukkan 7.25 pagi ketika dia tinggal satu kilometer dari tempat  yang dijanjikan.

source:www.freeweb.com

                Lima minit kemudian, Erin memakirkan keretanya di kawasan berhampiran Terminal Bas. Suasana di sana masih lenggang memandangkan hari masih sangat awal. Para pemandu bas baru sahaja tiba di sana untuk memulakan hari ini. Beberapa orang pemandu berkemeja biru sedang berbual-bual sambil menghirup rokok. Asap berkepul-kepul terbang dari mulut dan hidung mereka. Erin memilih untuk memerhati dari jauh sahaja. Dia tidak mahu membahayakan dirinya dengan terdedah kepada asap rokok. Lebih-lebih lagi di awal pagi yang penting ini.  
                Erin memerhatikan lagi keadaan sekeliling, mencari kelibat orang putih yang berkemungkinan merupakan pemanggil semalam. Dari kejauhan dia melihat sepasang suami isteri Caucasia yang tinggi lampai. Kedua-dua mereka tinggi jauh melebihi Erin yang hanya setinggi 5 kaki 1 inci itu. Erin memerhatikan pasangan itu dengan lebih tertumpu. Pasangan yang hanya memakai seluar separas lutut dan t-shirt nipis itu sedang berbual-bual antara satu sama lain. Beg galas yang sinonim dengan pengembara disangkut kemas pada bahu mereka.
                Erin yang dari tadi berdiri di sebelah keretanya, kini berjalan lebih dekat ke kawasan terminal. Dia mahu bersedia, kalau-kalau pasangan yang dilihatnya tadi merupakan bakal kliennya hari ini. Sewaktu berjalan semakin hampir di kawasan terminal, Erin semakin pasti dengan andaiannya apabila pasangan itu berjalan ke arahnya. Erin siap sedia dengan senyuman manisnya.
                “Hello. Do you know how can we go to Kota Kinabalu?”
                Andaian salah. Rupanya pasangan itu datang kepadanya hanya untuk bertanyakan pengangkutan untuk ke Ibukota negeri Sabah. Namun, Erin tetap memberikan senyuman ikhlas berserta panduan kepada pasangan tersebut yang nampaknya kulit mereka sudah kemerah-merahan akibat panahan cahaya matahari Khatulistiwa.
                “You’re welcome,” Erin membalas ketika pasangan itu mengucapkan terima kasih kepadanya atas pertolongan kecilnya itu. Erin sangat berbesar hati menerima ucapan penghargaan itu. Tiba-tiba dia teringat semula kejadian semalam. Ada juga rupanya manusia bertamadun yang masih tidak tahu mengucapkan dua patah perkataan yang cukup mudah itu.
                “Miss Erin?”
                Tiba-tiba, suatu suara menyapa gegendang telinga Erin dari arah yang dibelakanginya. Kali ini, Erin pasti orang yang menyebut namanya sekarang itulah yang menelefonnya semalam. Dengan senyuman yang kekal manis, Erin menoleh mendapatkan gerangan bakal kliennya itu.
                Erin tidak menunggu lama untuk menoleh kearah yang bertentangan setelah mengenal pasti pemilik suara tadi. Dia sangat pasti orang itu bukanlah kliennya hari ini. Dia berpura-pura tidak mengenal orang yang memanggil namanya tadi, kemudian berpura-pura melegar-legarkan matanya ke seluruh arah sambil berjalan maju ke depan, menjauhi lelaki yang masih berdiri di belakangnya.
                ‘Kenapa mesti jumpa dia lagi hari ini!’ bentak hati Erin ketika dia melangkah semakin jauh dari lelaki itu.
                “8.00 am. Terminal Bas,”
                Erin berhenti melangkah. Lelaki itu baru menyebutkan masa dan tempat dia berjanji dengan orang yang menelefonnya semalam. Mungkinkah..
                “So, kaulah yang telefon semalam?” Erin sudah mengerti kini. Senyuman bukan manis terlukis di bibir. Salahnya juga kerana bulat-bulat sahaja bersetuju dengan permintaan si pemanggil. Semalam, langsung dia tidak menyangka lelaki itu yang menjadi pemanggil yang menggangu tidurnya. Lelaki itu juga yang menyebabkan dia bangun awal pagi hari ini. Ah, kecewanya! Kecewa, kerana bukan klien yang memerlukan khidmatnya yang muncul pagi ini, tetapi wajah yang menyebalkan itu.
                “Yes. That was me,”
                “Why? You want me to pay for your breakfast,” kali ini Erin tidak segan-segan untuk meluahkan kata-kata sinis yang boleh mencabar lelaki yang kini dia hadapi muka dengan muka.
                “I want to offer you money. Be my tour guide. Kau jadi tour guide aku betul-betul,” kata-kata berbentuk arahan yang sepertinya tidak boleh ditolak disampaikan lelaki yang bermata coklat itu. Agak pelik rasanya bagi Erin mendengar lelaki itu berbahasa tempatan kerana wajahnya begitu asing.
                “Macam mana kalau saya tidak mahu?” Erin mencabar. Mata lelaki itu ditentangnya dengan berani walaupun ada getaran perasaan ketika memandang mata cantik itu.
                “Kau mesti mahu sebab aku akan masukkan hutang semalam dalam bayaran kau,” lelaki itu lancar sahaja menuturkan hujahnya. Loghatnya langsung tidak kedengaran pelik tetapi persis loghat tempatan sehingga Erin kagum dalam diam.
                “Susah-susah saja. Tidak apa, bayar saja hutang semalam sekarang. Habis cerita,” Erin sempat lagi menyebut tagline popular yang suatu ketika dahulu pernah digunakan Felix AF2. Wajahnya tetap tenang memandang lelaki tinggi itu.
                “No. I want you to be my tour guide because yesterday I told them you were,” lelaki itu nampaknya tidak mengenal apa itu toleransi. Sudah pasti them yang dia maksudkan adalah tauke restoran, makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang menjadi pemerhati lakonan mantapnya.
                “It’s okay,sir. Itu tidak penting lagi. Itu kan lakonan saja,” Erin masih tidak puas-puas mahu memprovok lelaki yang berhutang RM 30.80 denganya itu.
                “If you disagree, I tidak akan bayar hutang semalam. It’s too small to be given away. Not even 20 dollars. Such a shame,” Erin nampaknya memandang rendah terhadap kemampuan lelaki ini untuk memprovokasi kerana ternyata lelaki itu lebih handal dalam hal-hal sarkastik sebegitu. Hujungnya, Erin sendiri mengigit bibir bawahnya untuk membawa dirinya bertenang.  
                “Kalau macam tu. Tak payah bayar. Anggap saja saya belanja. Lagi senang kan,”  Erin membalas dengan gelagat yang kekal tenang walaupun dalam hati sudah bertimbun-timbun rungutannya terhadap si lelaki itu.
                “Are you sure? Your face don’t show that you really mean that,” lagi satu provokasi.
                Erin tidak mahu terus berpura-pura mesra lagi.
                “Suka hatilah, aki. Now, would you excuse me? I have another engagement to attend. Have a nice day,”
                Tanpa menunggu respond lelaki itu, Erin berani mati menyeberang jalan raya yang kini semakin dibanjiri kenderaan, membiarkan lelaki itu tanpa pilihan selain melihatnya menghilang di celah-celah kenderaan yang lalu lalang.

*Aki =  Datuk
                     ***

p/s: Selamat Hari Pekerja kepada yg bergelar pekerja =)

source:www.bombybo.blogspot.com

Friday, April 26, 2013

Oh, Mr Tourist

Episode 2

Langit mendung menandakan hujan akan turun bila-bila masa sahaja lagi. Erin kini sedang menghadap computer ribanya untuk mengedit gambar-gambar kliennya yang diambil sepanjang hari ini. Aroma air teh yang memenuhi deria hidunya dibiarkan sahaja dengan wapnya yang meruap perlahan di tepi meja.
                Selesai menghantar kedua orang kliennya ke rumah tumpangan mereka dikawasan berhampiran, dia pulang ke rumah untuk merehatkan diri. Malam nanti nampaknya tiada banyak yang boleh dilakukan kerana cuaca begitu tidak mengizinkan.
source: www.seniorcarectrs.com

                “Wah, cantik juga gambar yang ini,” Nadia yang menghampiri Erin dengan senyap-senyap, tiba-tiba sahaja bersuara. Erin terperanjat bukan kepalang. Lantas tangannya mengurut-urut dada yang bagai ditimpa benda berat tadi. Jantungnya berdebar laju.
                “Kau ni! Kenapa tiba-tiba muncul? Kalau aku ada sakit jantung, boleh mati aku tau,” Erin mengatur pernafasannya kembali kepada keadaan normal.
                “Sorry. Tidak sengaja,” Nadia tersengih memandang Erin. Siap dengan muka sepuluh sennya. Erin yang tadinya mahu marah kini tidak jadi melihat wajah naïf Nadia yang putih besih itu.
                “Nasib baik comel,” komen Erin pendek kemudian menyambung kerja mengedit gambarnya yang terganggu tadi.
                Nadia ketawa perasan. Dipuji begitu hatinya mengembang bagai hendak melayang di dalam ruangan ruang tamu rumah sewa mereka yang tidak seberapa itu. “Aku tahu,” balasnya dalam kekekan ketawa yang semakin menjengkelkan Erin.
                “Puji sikit sudah perasan,” bebel Erin sambil memeriksa gambar-gambar lain yang menarik untuk diedit dan dicetak untuk kliennnya. Tiba-tiba, gambar seorang lelaki pan-Asia yang kacak dan tinggi lampai muncul di skrin komputer. Erin terpaku seketika, mengagumi wajah yang nampak sungguh bersahaja di dalam gambar yang diambillnya secara curi-curi itu.
                “Wah! Siapa ini? Handsomenya!”  Nadia yang baru menyedari kewujudan gambar itu segera merapatkan mukanya pada skrin computer. Seperti Erin, dia turut terkagum-kagum melihat wajah kacak itu. Kemudian senyum lebar terukir pada bibirnya.
                “Di mana kau nampak lelaki ni? Kau ada minta nombor telefon dia?” Nadia yang kini teruja mula mengutarakan pertanyaan-pertanyaan yang menunjukkan rasa minatnya pada jejaka yang wajahnya masih terpampang pada skrin computer. Hormon serotonin yang dirembeskan membuatkan dia semakin teruja.
                “Aku jumpa di Memorial Park tadi,” balas Erin ringkas. Lelaki itulah yang membuatnya dia rasa malu dengan tindakannya sendiri. Tapi, kenapa dia sibuk sangat mahu berbuat baik dengan lelaki itu tadi sedangkan dia sendiri tidak tahu keadaan yang sebenarnya. Arghh! Erin menjerit dalam hatinya.
                “Kau ada bercakap dengan dia? Tanya dia tinggal hotel manakah?” Nadia menyambung pertanyaannya. Ternyata dia belum berpuas hati dengan jawaban Erin tadi. Dia mahu tahu lebih.
                “Ada. Tiada pula aku tanya di mana dia tinggal. Aku sudah terlampau malu masa tu,” Erin mula membuka cerita. Pengalaman petang tadi dikenang kembali.
                “Dia cakap apa? Kenapa kau malu pula? Takkan kau jatuh cinta dengan dia,” Nadia semakin rancak bertanya, mengalahkan wartawan.  Dia ketawa gedik selepas ayat terakhirnya.
                “Isy, mana ada. Dia tu terlampau perasan!” Erin meluahkan rasa tidak puas hatinya yang masih bersisa. Apa tidak, niat baiknya dibalas dengan pandangan sinis dan kenyataan menyindir lelaki itu. Rasanya, tidak ingin lagi dia berjumpa dengan lelaki itu setelah apa yang berlaku. Bukan sahaja malu, Erin juga jelek dengan perangai lelaki itu.
                “Memang patut pun dia perasan. Sudahlah handsome, tinggi. Memang idaman akulah,” Nadia bercakap dalam nada separuh bermimpi. Erin mengerutkan dahi memerhatikan kawan serumahnya itu. Memang benar apa yang Nadia katakan. Lelaki kacak memang impian semua wanita. Siapa yang tak suka lihat keindahan ciptaan Tuhan? Tapi apa gunanya wajah kacak kalau perangai buruk. Menyakitkan hati sahaja.
                “Iyalah. Tapi hormatlah orang lain. Janganlah suka-suka saja menyindir. Lainlah kalau orang tu sudah lama kenal,” luah Erin dalam nada merungut. Membayangkan senyuman sinis si lelaki itu terhadapnya membuatkan Erin panas hati.
                “Apa dia buat dengan kau? Cuba cerita,” Nadia dipenuhi rasa ingin tahu sebaik mendengar rungutan sahabatnya itu. Dia ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi.
                Sebenarnya, Erin sudah malas mahu mengulang tayang kisah di Memorial Park tadi. Tapi, memandangkan Nadia sudah bertanya dan dia sangat yakin kalau dia matikan perbualan mereka disitu, tidurnya malam ini bakal terganggu dengan rengekan Nadia meminta keterangan lanjut, Erin menarik nafas panjang kemudian memulakan kisahnya. Semuanya diceritakan dari A sampailah Z dengan penuh perincian termasuk latar tempat dan latar masyarakatnya sekali. Hilaian tawa Nadia mengiringi akhir ceritanya sedangkan wajah Erin kekal serius.
                “Siapa suruh kau main langgar saja panggil dia. Kalau aku pun, aku bingung juga. Tapi tak adalah sampai menyindir orang macam tu,” ketawa Nadia kian surut. Erin berasa lega sedikit mendengar komentar Nadia. Sekurang-kurangnya, kawannya itu tahu betapa tidak sopannya berperangai macam lelaki itu.
                “Aku mana terfikir yang peta tu bukan dia punya. Aku cuma ternampak dia masa tu,” Erin beralasan.
                “Memanglah mata kau tu nampak dia saja. Dia kan handsome. Memang sahlah mata kau tu sudah tidak nampak orang lain lagi,” Nadia menyambung ketawanya. Seronok nampaknya kawannya itu mentertawakan dia. Tapi kalau difikirkan, memang benar juga apa yang dikatakan Nadia. Siapa suruh dia gatal sangat memerhatikan lelaki itu? Dia termalu sendiri.
                Erin memasamkan mukanya. Salah aku juga, bisiknya kepada diri sendiri. Tapi, kalau tidak kerana peta itu, dia tidak akan menegur lelaki itu. Sekurang-kurangnya, dia sudah bercakap dengan si lelaki yang berada dalam koleksi gambarnya kini. Tidaklah dia hanya menjadi pemerhati dari kejauhan.
                “Sudahlah. Jangan fikir banyak sangat. Belum tentu kau akan berjumpa dengan dia lagi. Lagipun, manalah lelaki macam tu pandang perempuan macam kita ni. Dia tidak akan ingat muka kau punyalah,” Nadia cuba berfikiran positif. Sikap itulah yang membuat Erin sangat suka berkawan dengan Nadia. Sikap itu selalu mengubah keadaan menjadi lebih positif, seperti sekarang ini.
                Erin kembali tersenyum dan mengerjakan semula tugasannya yang terbantut tadi.
***    
Source: www.pakadua.com

Dua hari kemudian, Erin berjalan-jalan di pekan Ranau setelah menghantar kliennya ke terminal bas untuk kembali ke Kota Kinabalu sebelum berlepas pulang ke Taiwan pada keesokkan harinya. Erin melambai selamat tinggal kepada pasangan yang tidak pernah lekang dengan senyuman di bibir. Ternyata pasangan itu begitu berpuas hati dengan perkhidmatan Erin, lebih-lebih lagi gambar sentuhan luar biasanya.
                “We like all the photos. Thank you very much. We will come again,” itulah kata-kata terakhir pasangan itu sebelum menaiki bas mini. Erin berterima kasih dan menghadiahkan senyuman paling manis yang mampu dia berikan kepada mereka.
                Pasangan itu menyelitkan sedikit tip buat Erin ketika menghulurkan bayaran perkhidmatan Erin yang boleh dikira sangat berpatutan itu. Erin menerimanya dengan sangat berbesar hati. Merupakan satu kegembiraan baginya apabila kliennya berpuas hati dengan hasil kerja dan perkhidmatannya. Perbezaan perkhidmatan yang Erin tawarkan berbanding agensi pelancongan yang lain ialah, dia lebih tertumpu kepada kumpulan pelancong kurang dari 10 orang dan hanya tertumpu di daerah Ranau. Selain itu, dia juga tidak menyediakan kenderaan, sebaliknya menggunakan kenderaan awam dengan tujuan mahu kliennya merasakan sendiri keadaan di tempat itu. Erin juga membiarkan kliennya memilih tempat penginapan mereka sendiri dan membiarkan mereka menentukan masa perjalanan mereka. Urusan makan dan minum juga adalah pilihan klien. Dia hanya menyesyorkan tempat dan menerangkan mengenai jenis-jenis makanan yang ada.  Apa yang paling menarik, dia menawarkan perkhidmatan jurukamera professional kepada setiap kliennya. Oleh itu, bayaran untuk pakej perkhidmatan yang dia tawarkan adalah sangat berpatutan.
                Erin tersenyum sendiri ketika teringatkan tip yang baru diterimanya tadi. Nampaknya, bulan ini rezekinya agak bagus. Sementara dia senyum-senyum sendiri sambil berjalan dari satu kedai ke kedai yang lain, dia terlihat sekumpulan lelaki dan wanita dalam lingkungan usia 40 hingga 60 tahun berdiri di luar sebuah restoran. Mereka seperti sedang sibuk menyaksikan sesuatu yang luar biasa. Ada apa? Mungkin perlawanan gusti. Hari masih terlalu siang untuk perlawanan bola sepak siaran langsung, Erin berfikir-fikir. Kerana dilanda rasa ingin tahu yang kuat, Erin menuju ke tempat kejadian untuk mencari jawaban untuk pertanyaan yang berlegar-legar di dalam kepala.
                Erin memanjangkan lehernya, mencari apa yang menarik sangat di dalam restoran makanan laut itu. Di dalam dia lihat ada seorang lelaki Cina yang agaknya berumur separuh abad sedang bertegang leher dengan seorang pelancong. Lelaki Cina itu bercakap-cakap dalam bahasa Cina campur Melayu sementara pelancong itu cuba menerangkan sesuatu dalam bahasa Inggeris. Erin memerhatikan wajah pelancong itu dengan teliti. Eh, itu lelaki kelmarin! Dia teringat kembali kepada lelaki di Memorial Park yang membuatnya termalu sendiri dua hari lalu. Tapi apa yang dia buat di dalam? Erin bertanya dalam hati.
                “Err.. Aunty, ada apa ni?” Erin memberanikan dirinya bertanya kepada seorang wanita gempal yang nampaknya sangat menumpukan perhatian kepada kejadian yang sedang berlaku di depan mata mereka.
                “Itu lelaki orang putih tidak dapat bayar makanan dia. Itu tauke pun marah-marahlah,” cerita wanita itu sambil matanya masih tekun memerhatikan pertelagahan di dalam.
                Erin macam tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya. Lelaki itu tidak mampu bayar makanannya? Mustahil! Takkanlah dia kehabisan duit? Erin terus memerhatikan babak perang mulut antara lelaki pan-Asia itu dengan tauke restoran. Hatinya disentuh rasa kasihan melihat si pelancong itu. Apa boleh buat. Sudah nasib kau, Erin bermonolog. Kalau ditolong nanti, dikata pula aku cuba menggoda pula. Biarkan sajalah. Pasti ada penyelesaiannya nanti, Erin putuskan lalu berpaling dan berniat meneruskan perjalanannya.
                “I know that woman,” suatu suara yang hampir berupa jeritan bergema dari dalam restoran.
                Langkah kaki Erin mati. Siapa ‘that woman’ tu? Akukah? Isy, adakah mungkin? Erin meneruskan langkah kakinya dengan penuh berhati-hati, berlagak seperti dia tidak mendengar apa-apa.
                “You! Stop. I know you,” suara itu semakin kuat.
                Erin teragak-agak untuk berpaling, namun langkahnya sudah mati. Kelompok pemerhati tadi kini mengalihkan perhatian mereka kepadanya. Erin menelan liurnya. Apa pula sekarang?
                “Dia panggil kaulah,” wanita gempal tadi menegur Erin yang masih berpaling dari memandang si lelaki yang menjerit dari dalam.
                “Bu..kan. Bukan sa..ya,” Erin mahu melangkah terus, berpura-pura tidak terlibat dengan masalah itu. Mahu sahaja dia mengatur kakinya berlari meninggalkan restoran itu.
                “Miss Erin Josef. She’s my tour guide,”
                Erin menutup matanya rapat. Bila masa pula dia menjadi pemandu pelancong kepada si Sinis itu? Kali terakhir mereka berjumpa, lelaki itu sendiri mengatakan yang dia tidak memerlukan perkhidmatan pemandu pelancong. Kenapa sekarang lain pula yang lelaki itu cakap? Sengaja mahu menyusahkan aku? Bisik Erin dalam hati.
                “No.. no.. You’re got the wrong person, sir. I really don’t know you,” Erin kini berpaling dan bertentang mata dengan lelaki yang jauh lebih tinggi daripadanya itu. Entah dari mana keberaniannya menentang si Sinis itu.
                “Tunggu dulu. Betulkah apa yang ini orang cakap?” tauke restoran kini masuk campur.
                “Tidak, tauke. Saya mana kenal ini orang. Dia salah orang,” Erin segera menafikan dakwaan lelaki itu.
                “I know her. This is her card,” si pelancong tinggi lampai itu menunjukkan sekeping kad kepada tauke tadi. Erin mengetap bibirnya. Semakin jelas di matanya yang dia tidak boleh mengelakkan diri dari masalah itu lagi.
                “Nama you Erin?” tauke Cina itu merenung Erin disebalik kaca matanya setelah menelaah kad tersebut.
                “Ya, saya Erin. Tapi..” Erin tidak tahu macam mana lagi dia hendak beralasan. Kad di tangan lelaki itu yang merupakan pemberiannya sendiri dua hari lalu kini menjeratnya. Lelaki itu beriya-iya mengaku mengenalinya, malah mengaku Erin pemandu pelancongnya pula sedangkan mereka hanya pernah bertemu sekali. Itupun dalam keadaan yang tidak menyenangkan. Erin jadi buntu.
                “Come on, Erin.. How could you do this to me..” lelaki itu mula buat lagak minta simpati. Kata-katanya kedegaran macamlah dia dengan Erin kenal rapat antara satu sama lain. Erin geram mendengaranya. Sepatutnya aku yang cakap begitu! How could you! Erin menjerit di dalam hatinya.
                “Tapi tauke..” Erin masih cuba menegakkan kebenaran tapi dia tidak tahu harus berkata apa. Takkan dia mahu ceritakan bagaimana dia bertemu dengan lelaki ini dulu dan bagaimana kad bisnesnya boleh ada dalam simpanan si lelaki.  
                “Tolong sajalah dia. Kesian,” seorang lelaki tua yang menjadi pemerhati drama tadi mencelah.
                “Iya. Kasi bayar saja, bah.Bukan mahal pun. Mungkin dia tidak cukup duit saja,” seorang lagi pemerhati menambah.
                Erin jadi serba salah. Dia bukanlah orang jahat yang tidak berperikemanusiaan. Dia tahu dia patut menghulurkan pertolongan kepada yang memerlukan. Itu tanggungjawab moralnya sebagai seorang ahli masyarakat. Tapi, bukan dalam keadaan begini. Kini dia menyalahakn diri sendiri kerana menyibukkan diri datang ke tempat itu tadi. Erin menarik nafas sambil memejam mata, cuba melupakan semua yang cuba menganggu ketenteraman jiwanya.
                “Berapa tauke?” akhirnya dia akur. Dia tahu inilah tujuan lelaki itu beriya-iya mengaku kenal dengannya.
***
Erin melangkah tenang keluar dari restoran makanan laut yang kini tidak lagi sesensasi tadi. Kelompok pemerhati bebas sudah bersurai lima minit yang lalu. Duit dalam dompetnya sudah berkurang RM 30.80. Apa yang tinggal untuk dia lakukan di sini? Tiada apa-apa kecuali air muka yang hampir terjejas dek lakonan si pelancong itu.
                Terbang RM 30 aku gara-gara lelaki ini. Berani pesan makanan mahal tapi tak sedar kocek tak cukup ringgit. Kan sekarang sudah menyusahkan aku! Erin melangkah dengan pantas meninggalkan lokasi kejadian dengan mengomel sendiri.
                Pelancong itu masih mengekori Erin dengan rapat. Lelaki itu belum mengucapkan apa-apa sejak Erin membantunya melangsaikan bayaran makanan tengah harinya tadi. Ucapan terima kasih pun tiada. Itulah yang tambah menyebalkan hati Erin. Bukankah berterima kasih apabila menerima pertolongan dari orang lain itu apa yang orang putih kata sebagai ‘courtesy’? Lelaki yang Erin yakin berdarah campuran orang putih sepatutnya lagi jelas dengan hal tersebut. Tapi kenyataannya sangatlah mengecewakan. Memang benar, wajah kacak bukan segala-galanya. Baik simpan sahaja muka begitu di dalam almari kalau perangainya begitu.
                “How can a meal cost too much,” lelaki itu mengatakan sesuatu yang berbentuk omelan. Erin hampir tidak mempercayai apa yang baru didengarnya. Mengomel bukannya berterima kasih. Panas hati Erin mendengarnya. Lelaki ini benar-benar egois. Sudahlah berpura-pura kenal dengannya tadi, kemudian langsung tidak mengucapkan terima kasih dan kini mengomel pula. Sangat bagus!
                “Tiada duit cakap sajahlah,” ujar Erin kegeraman dalam nada separuh berbisik. Langkah kakinya pula semakin pantas meninggalkan lelaki tadi yang masih mengejarnya di belakang. Erin sendiri tidak pasti, kenapa lelaki sinis, perasan lagi egois itu masih mahu mengejarnya. Sepatutnya selepas menjelaskan bayaran tadi, lelaki itu pergi kerana sudah mencapai tujuannya.
                “What did you say?” lelaki itu kembali merapati Erin. Kata-kata Erin tadi seperti angin lalu sahaja pada pendengarannya.
                “Kau faham BM kan? Kau hutang aku RM 30.80. Kalau tiada niat mahu bayar, jangan ikut aku lagi. Aku halalkan saja,” kata Erin tegas sambil menentang mata lelaki itu yang kini kaku memandangnya. Kemudian dia terus berjalan dengan pantas.
                “I will surely pay you back. I have money,” lelaki itu berjalan lebih pantas dan mendahului Erin. Kemudian dia menghalang Erin dari terus maju. Dia mengeluarkan dompet kulitnya dari dalam kocek seluar jeans birunya lalu mengeluarkan dua keeping kad Visa dan menunjukkan beberapa keping wang 50 dollar Amerika. Erin melarikan pandangannya dengan perasaan yang memualkan. Dia mengukir senyum sinis, sempat lagi lelaki ini berlagak, fikirnya.
                 “Is that what you do instead of thanking others for helping you?” ujar Erin yang semakin hilang sabar untuk berdepan dengan si lelaki. Wajah lelaki itu ditentangnya tepat di mata. Hilang sudah rasa segan dan kagumnya pada lelaki ini seperti sewaktu pertama kali dia melihat wajah yang dia anggap sebuah keindahan ciptaan Tuhan itu. Kecewa. Sungguh!
                Lelaki itu yang sudah menyimpan dompetnya semula di dalam kocek hanya mampu terdiam. Ada rasa tercabar yang terlukis pada wajahnya. “I will pay you back,” itu sahaja yang dia ucapkan.
                “Well, it’s up to you. I hope you understand that this is not a ‘tool’ or a ‘trick’ to talk to you,” Erin mengukir senyum manis yang menyimpan makna yang dalam. Hanya orang bijak yang dapat mentafsirnya.
                “And one more thing, I assume you still have my card as you mention my name quite well. I will be waiting for your call, sir. Jumpa lagi,” Erin berjalan meninggalkan lelaki itu dengan langkahnya yang tegap. Senyuman puas hati terlukis jelas pada wajahnya.
                Dia ingat dia saja yang boleh main sindir-sindir. Aku pun boleh juga lebih-lebih lagi bila berdepan orang macam dia tu. Betullah kata orang ada lori, ada bas. Ini kali aku yang balas. Hahaha! Senyuaman Erin kian melebar.
                Lelaki itu kini tidak berupaya mengejar Erin lagi. Egonya yang tinggi jelas-jelas dicabar gadis pemandu pelancong tadi. Senyumannya, jelingan matanya malah gerak tubuh badannya sungguh sengaja mencabarnya sebagai lelaki. Dia tersenyum sinis. Ketika itu, dia sudah tahu apa yang harus dia lakukan nanti.
***

Saturday, April 13, 2013

Oh, Mr. Tourist!

Kundasang War Memorial Park
Ehsan www.sabahtourism.com

Cahaya bersinar terang menembusi awan-awan kelabu di langit Kundasang, Ranau. Gunung Kinabalu berdiri bangga dalam kemegahannya menjadi latar belakang yang cukup magnificent bagi para pelancong yang ingin mengabadikan kenangan di tanah tinggi yang dingin itu. Dengan keindahan semula jadinya, kehadiran pelancong bukanlah sesuatu yang luar biasa di sini.
                “Make yourself closer to each other,” Erin mengarahkan pasangan suami isteri dari Taiwan yang merupakan kliennya sambil sebelah tangan memegang kamera DSLR Nikonnya dan sebelah lagi menunjukkan aksi selaras dengan arahannya itu. Pasangan suami isteri itu lantas memberi kerjasama dan memudahkan lagi kerja jurukamera yang merangkap pemandu pelancong mereka.
                Klik. Klik.
                Erin memeriksa  semula gambar yang baru ditangkapnya tadi.
                “Nice one, guys!” laung Erin setelah berpuas hati melihat hasil usaha mereka siang ini. Pasangan itu tersenyum gembira, turut berpuas hati dengan perhidmatan pemandu pelancong mereka.
                “Now, let’s go inside the memorial park. We’ll snap more beautiful photos there,” Erin kini mengajak kliennya itu ke dalam Kundasang War Memorial Park dalam nada ceria. Senyuman manis ditunjukkan kepada pasangan suami isteri yang telah memintanya untuk menjadi pemandu pelancong peribadi mereka hari ini. Dia perlu memberi perkhidmatan yang terbaik!
                Selesai membayar tiket kemasukan, mereka memasuki tempat yang dibina menggabungkan  konsep dari tiga negara iaitu Malaysia, Australia dan British. Taman peringatan itu dibina bagi memperingati banduan perang Australia dan British yang terkorban semasa dipaksa melalui perjalanan maut dari Sandakan ke Ranau di bawah pemerintahan Jepun. Erin menceritakan serba sedikit kisah disebalik Taman itu kepada kliennya. Pasangan dari Taiwan itu hanya mengangguk-angguk.

Ehsan beutifulkk.wordpress.com

Ehsan www.borneotourstravel.com

                “We have Australia Garden, English Garden and Borneo Garden here. So, I’ll make sure I catch as many beautiful photos as possible for you guys,” ujar Erin dengan penuh bersemangat membuatkan pasangan itu ketawa kecil. Segera, Erin memainkan peranannya sebagai jurukamera dan mengambil gambar mereka. Selesai mengambil gambar permulaan, pasangan itu beralih ke pondok yang memaparkan maklumat-maklumat lanjut berkenaan taman peringatan itu.
                “We’ll stay here for moment,” ujar si isteri kepada Erin. Suaminya sudah sibuk membaca maklumat-maklumat yang ditampal pada diding.
                “Alright. I’ll be around here, looking for nice spots for your photos,” Erin senyum.
                Erin membiarkan pasangan itu meluangkan masa peribadi mereka mendalami sejarah tanah airnya. Untuk kesekian kalinya, dia kembali lagi ke Taman Peringatan ini bersama pelancong yang menjadi kliennya. Taman itu sudah sebati dengannya. Dia sudah hafal dengan selok belok taman indah itu. Namun, dia tidak pernah berasa bosan. Ketenangan menghinggapi perasaannya setiap kali berada di sini.
                Menjadi pemandu pelancong dan jurukamera yang bergerak sediri memang bukanlah sesuatu yang mudah.  Pendapatannya turun naik dan bermusim. Kadang-kadang banyak, kadang-kadang sedikit, dan kadang-kadang tiada. Sungguhpun cabarannya besar, Erin cinta dengan kerjayanya sekarang. Dia bebas melakukan apa sahaja tanpa perlu memenuhi permintaan dan arahan majikan. Dialah pekerja, dialah majikan. Tambahan lagi, dia sudah mengabdikan dirinya dalam bidang fotografi. Jadi baginya, kerjaya inilah yang terbaik untukknya.
                Sementara Erin menanti kliennya, dia mencari-cari sudut yang sesuai untuk dijadikan latar belakang sebentar nanti. Namun, kehadiran pelancong yang lalu-lalang membuatkan perhatiannya sedikit terganggu. Ada orang putih, ada orang Asia, ada juga orang tempatan. Erin leka sebentar memerhatikan gelagat orang-orang yang menjadi pelawat di sana. Dalam sibuk-sibuk dia memerhatikan itu, seorang lelaki yang kalau dikata orang putih, tidak juga seratus peratus, tetapi tidak juga boleh dianggap orang Asia sejati lalu berhampirannya.  Erin berandaian lelaki itu keturunan pan-Asia, kerana figura mukanya jelas menunjukkan demikian. Dan harus dia akui, lelaki itu memang kacak! Tanpa berfikir panjang, Erin menghalakan kameranya ke arah lelaki itu dan mengambil gambarnya dalam diam-diam. Bukan selalu dia melihat keindahan alam sebegitu. Jadi, moment itu perlulah diabadikan.
                Klik!
Ehsan dari www.gadisbunga.com

                Mata Erin masih lagi memerhatikan lelaki yang kini berjalan ke laluan keluar ketika sehelai kertas melayang jatuh ke lantai. Erin mengandaikan yang lelaki itu akan berpaling lalu mengutip kertas itu, tetapi lelaki itu seperti tidak menyedari apa yang sedang berlaku. Sebagai seorang yang prihatin, Erin segera berlari dan mengutip kertas berlipat-lipat itu. Itu peta negeri Sabah. Erin pasti, itu kepunyaan lelaki tadi. Tanpa banyak fikir, Erin berlari mengejar lelaki tadi yang kini sudah ke laluan keluar.
                “Sir.. Excuse me,” suara Erin lantang kedengaran ketika cuba mendapatkan perhatian lelaki tadi. Malangnya, lelaki itu seperti tidak mendengar apa-apa lalu terus berjalan dengan pantas menuju ke pintu keluar.
                “Sir.. Sir.. You dropped something..” Erin bertegas mahu mengembalikan peta itu kepada pemiliknya.
Tetapi lelaki itu masih juga belum sedar dengan keadaan riuh yang dicetuskan Erin semata-mata kerana sekeping peta tadi. Erin mempercepatkan lariannya. Nafasnya semakin pendek.
Guy in black shirt, please wait!”laung Erin dengan yakinnya, membuatkan semua pelancong lain yang berada di kawasan berhampiran berhenti berjalan dan menoleh ke arahnya yang sedang tercunggap-cunggap berlari.
Akhirnya lelaki tadi berhenti. Erin menghembus nafas lega dan kini berhenti berlari dan mula berjalan pada kelajuan biasa kea rah lelaki itu yang kini menunjukkan reaksi muka kehairanan.
Are you calling me?” soalnya sambil  menunjukkan jari telunjuknya kearak diri sendiri. keningnya berkerut.
Yes.. I think you dropped this just now,” jawab Erin sambil termengah-mengah akibat bermarathon tadi. Kertas berlipat empat dihulurkan.
Lelaki itu menerima kertas tadi kemudian memandang wajah Erin. Kertas dibuka.
A map?”tanya lelaki itu kemudian tersenyum mereng. Eh? Sudah tahu peta, tanya lagi? Dan kenapa senyuman sinis begitu yang diberikan? Erin pula jadi bingung melihat reaksi lelaki tadi.
This place is like my hometown. I don’t need a map,” ujar lelaki itu dalam nada yang kedengaran sedikit angkuh.  Erin mula merasakan sesuatu yang tidak kena. Adakah dia sudah bersusah payah untuk melakukan kesilapan? Adakah kenyataan itu membuktikan yang dia sudah tersalah orang? Alamak! Keluhnya.
So, it’s not yours?” Erin bertanya untuk mendapatkan kepastian.
Obviously not. I think you got the wrong person,
Malu. Itulah perkataan perama yang menjelma dalam otak Erin. Kenapa dia boleh begitu yakin yang peta yang kini dihulurkan kembali kepadanya adalah kepunyaan lelaki yang sedang berdiri di depannya? Dia tertunduk. Mungkin itulah akibatnya kerana terlalu memikirkan fasal lelaki itu tadi. Kini, dia menyalahkan diri sambil perlahan-lahan menerima peta berlipat dari lelaki itu.
I…I’m sorry sir. I really thought it is yours,” itu sajalah yang mampu diucapkan Erin. Dia sudah termalu sendiri. Macam mana nak cover malu ni? Kemudian, Erin mendapat idea.
It’s okay,” lelaki itu kini bersedia untuk pergi.
Wait a minute sir,”
Langkah lelaki itu mati. Dia berpaling. Wajahnya menunjukkan tanda tanya.
Here is my business card. If you need a photographer or tourist guide just call me,” senyuman manis dihadiahkan. Sekurang-kurangnya, dia adalah juga sebab lain untuk menegur lelaki tadi, setelah tersilap orang. Erin pun tak perlulah menanggung malu sangat.
Lelaki itu lambat-lambat menerima kad yang dihulurkan Erin. Dia memandang wajah Erin lalu membaca ayat-ayat yang tertulis di atas kad. Senyuman mereng sekali lagi dihadiahkan sehingga Erin mengesyaki yang lelaki itu mempunyai kelainan upaya. Memang dia hanya tahu senyum mereng sahajakah? Fikir Erin.
So, is this just an excuse?” ujar lelaki itu masih dalam mode senyum mereng. Kad tadi digerak-gerakkan dihujung jarinya.
“Hah?” Erin kurang mengerti.
I mean the map. It’s just an excuse, right? To talk to me,”
Erin mengerutkan keningnya. Apa maksud lelaki ini? Aku sengaja menggunakan peta tadi sebagai alasan untuk mendekati dia? Apa? Excuse? Tool? Isy, sangatlah perasan. 
It’s..”
Nevermind. I don’t think I’ll need your service, miss. Tempat ini rumah kedua saya,”
Erin terlopong. Pertama, sebab belum sempat dia habis bercakap, lelaki itu sudah memotong. Kedua, lelaki itu sebenarnya tahu berbahasa Melayu. Sekali lagi, dia merasakan dipermalukan. Kali ini dia pasti bukan sebab dirinya sendiri, tetapi disebabkan lelaki tadi. Kenapalah dia berjumpa dengan lelaki angkuh ini hari ini? Hatinya menyesal kerana terlebih dahulu menyibukkan diri mahu membantu konon. Sekarang, dia yang termalu sendiri.
Malang betul! Bentak Erin.
Tiba-tiba dia teringat kliennya yang ditinggalkan di dalam. Cepat-cepat dia berlari semula ke dalam untuk mendapatkan mereka. Dia jadi kelam kabut begini gara-gara lelaki perasan tadi. Buang masa! Haiya!

Ehsan www.borneotourstravel.com 

*** To be continued.. 

P/s: New ideas suddenly flowing in.. The setting of the story is actually one of my favorite place in Ranau. So, I decided to make it alive in this new story.. Enjoy! =) 

Wednesday, April 10, 2013

Dekat Denganku - Cerpen

Bulan berganti bulan dan hari berganti hari. Akhirnya hari yang kunanti tiba juga. Mungkin penantianku ini lebih bersifat peribadi kerana kupasti masyarakat pelajar yang lain masih keberatan mengucapkan selamat tinggal kepada cuti semester. Namun apa yang nyata, cuti sudah berakhir dan aku sudah bersedia sepenuhnya untuk semester baru yang juga merupakan semester yang terakhir buatku sebelum menggengam skrol ijazah sarjana muda!
            Hari pertama kuliah, mendukacitakan. Mood belajar masih belum dapat dirasai. Para pelajar sibuk dengan urusan jadual waktu kuliah dan kursus yang perlu diambil untuk mencukupkan jam kredit. Aku pun tidak banyak bezanya, masih terumbang-ambing dalam ketidakpastian. Mujurlah aku tidak sendirian berhadapan situasi ‘pemanasan’ semester ini. Eka, sahabat sekelasku sejak semester satu lagi menjadi temanku ke hulu dan ke hilir. Masuk semester ini, sudah tiga tahun aku mengenal gadis manis ini.  Dialah teman dan dialah saudara. Syukurlah. Kehadirannya membuatkan aku rasa lebih baik dan tidak sendirian.
            Menjelang tengah hari, aku dan Eka menuju ke cafeteria untuk makan tengah hari. Memandangkan sekarang adalah waktu puncak, sangat susah untuk mencari meja yang kosong. Aku dan Eka terpaksa menyusup di tengah-tengah lautan manusia untuk mencari sedikit ruang untuk kami menjamu selera nanti. Usaha kami tidak sia-sia. Kami menemui dua tempat kosong di suatu sudut berhampiran. Tanpa membuang masa, aku segera merebut meja itu. Bak kata orang bijak pandai, peluang hanya datang sekali. Sekali ada peluang, jangan dilepaskan.
            Kerana kepantasanku itu, aku dan Eka berjaya mendapatkan tempat itu. Segera kami mendapatkan makanan untuk mengisi perut kami yang sudah lama bergendang. Dalam keasyikan aku menikmati nasi dengan ikan masak kicap, aku merasakan sesuatu. Sesuatu yang sangat kuat. Sesuatu yang hanya dapat dirasakan oleh deria keenamku. Apakah itu? Aku sendiri pun tidak pasti. Sambil mengunyah makananku dengan berhati-hati, kepala kuangkat dan kuarahkan ke sebelah kananku. Anak mataku membesar, membolehkan aku melihat dengan lebih jelas. Jantungku tiba-tiba berdenyut laju. Dada menjadi sesak, dan oksigen seolah-olah tidak sampai ke otak untuk beberapa ketika. Jangan salah sangka. Aku bukan ternampak hantu!
            “Ayam goreng ni tak cukup masaklah,” rungutan Eka membuatku kembali sedar. Aku pantas berpaling ke arah Eka yang duduk di sebelah kiriku. Riak mukanya menunjukkan rasa jengkelnya terhadap isi sepotong paha ayam berharga dua ringgit yang sudah dimakan separuh. Daging ayam yang berwarna kemerahan jelas kelihatan tetapi bahagian luarnya nampak ranggup dengan warna keemasan. Sedikit pun aku tidak tertarik dengan itu semua, fikiranku sungguh masih lekat pada sesuatu.
            Kenapa aku rasa bagai ingin pengsan? Bukankah penantianku sepanjang cuti lalu sudah terhenti? Aku sepatutnya berasa gembira kerana dapat menatap wajah orang itu. Lebih-lebih lagi bertentangan mata. Mungkin pandangan matanya seperti halilintar yang menyambar hatiku sehingga membuatkan kepalaku pusing.
            Pandanganku lari semula ke kedudukan tiga meja selang meja kami makan. Aku jadi cemas. Ke mana perginya orang itu? Bukankah tadi dia duduk di sana sambil memandang ke arahku dengan senyuman? Aku mencarinya dengan mata dan hatiku tanpa sepatah kata pun yang keluar dari bibirku.
***
Sudah seminggu kuliah bermula. Suasana belajar sudah mula kurasakan di dalam kampus. Pelajar-pelajar mula sibuk keluar masuk dewan kuliah. Perpustakaan tidak lagi umpama pulau kosong tidak berpenghuni. Masing-masing sudah mula memanfaatkan sejuta kebaikan dan ilmu yang terkandung di dalam ruangan bersuhu 16 darjah Celsius ini. Aku tidak terkecuali. Malah akulah antara yang paling kerap mengunjungi perpustakaan ini sehingga pustakawan di kauter sudah mengenalku.
            Buku setebal 500 lebih muka surat ku selak dengan penuh berhati-hati. Kalau terkoyak nanti, aku terpaksa menggunakan wang pinjaman untuk membayarnya. Sudahlah aku selalu kesempitan wang menjelang akhir semester, takkan aku mahu buang duit lagi kerana kesilapan sendiri. Maka, aku perlu sentiasa teliti dan berhati-hati.
            “Lara, betulkah jawapan aku ni?” pertanyaan Eka membuatkan aku berhenti menyelak muka surat buku tadi dan menumpukan perhatian kepada sahabat baikku itu.
            Tatkala kepalaku berpaling ke arahnya, sekali lagi deria keenamku membuatku merasakan sesuatu dan lantas mengarahkan mataku pada sesuatu itu. Dub dab dub dab. Jantungku berdenyut lebih pantas dari selalu. Pandangan mata itu hinggap tepat pada mataku, membuatku terkaku seketika. Kemudian, dia mengukir sedikit senyuman yang tambah membuat jantungku tidak keruan. Nafas seolah-olah tersekat di dalam paru-paruku. Benarkah itu senyuman atau hanya permainan imaginasiku?
            “Lara?”
            Suara Eka akhirnya membawa kau kembali lagi kealam realiti.  Orang itu tidak lagi memandang ke arahku. Dia sibuk dengan buku yang terbuka di depannya. Kadar denyutan nadiku sudah semakin berkurangan dan aku tidak lagi rasa sesak nafas.
            Sejak hari itu, setiap kali ada waktu aku pasti akan datang mengunjungi perpustakaan. Tidak kiralah waktu kelas batal, waktu rehat ataupun cuti hujung minggu sekalipun, akulah pengunjung perpustakaan yang setia. Sehinggakan aku sudah menghafal kedudukan buku-buku untuk kursus yang kuambil. Eka sering menemaniku. Kerana dialah, aku tidak merasa terlalu bersendirian. Jika aku bernasib baik aku akan terserempak dengan orang itu. Jangan tak tahu kerana orang itulah aku menjadi pengunjung tegar di perpustakaan ini. Kerana dialah aku kini digelar ulat buku. Dan kerana dialah, aku bersemangat untuk belajar pada semester akhir ini.
            Namanya Kaz. Dia pelajar kejuruteraan awam dan sedang belajar di tahun keempat. Aku menyedari kehadirannya sejak setahun yang lalu ketika aku menunggu bas untuk masuk ke kampus. Dia seorang yang tinggi lampai. Wajahnya manis dan menarik. Hidungnya mancung dan rambutnya sentiasa disikat kemas. Dia sering memakai kemeja lengan panjang berpetak. Sepanjang pemerhatianku, dia selalu bersendiri. Hanya beberapa kali aku melihatnya bersama kawan-kawannya. Entah kenapa, aku sungguh tertarik untuk mengenalnya dengan lebih dalam. Tetapi hasrat itu, sehingga ke hari ini hanyalah tersimpan kemas di dalam hati. Aku hanya mampu meminatinya dari jauh dalam diam-diam. Kalau nak dikata stalker, aku belum layak digelar begitu kerana aku bertemu dengannya pun selalunya secara kebetulan sahaja. Memandangkan aku tahu siapa diri aku yang sebenarnya, maka aku pun tidak berani bertindak drastic dengan memulakan seisi berkenalan dengannya. Aku sedar siapa diri aku. Aku kan cuma gadis biasa-biasa sahaja. Mahukah dia berkawan dengan aku? Selama ini pun tak ada mana-mana lelaki pun yang cuba mendekati aku. Kenapa? Aku terlalu hodohkah? Entahlah pula. Bak kata peribahasa Inggeris “Beuty is in the eye of the beholder”.  

Dalam masa setahun ini, perlahan-lahan aku mula merasa sesuatu di dalam diriku. Perasaan itu semakin lama, semakin kuat. Namun, hanya hatikulah yang tahu semuanya. Bibirku tidak sekuat perasaan ini untuk mengucapkannya. Tiada keberanian dan keyakinan untuk dikongsi dengan orang lain.
Sejak hari pertama aku menyedari kehadirannya, aku sering sahaja ternanti-nantikan pertemuan yang seterusnya. Sehinggalah hari ini. Dia membuatku ternanti-nantikan hari esok. Dia membuat aku tersenyum sendiri. Setelah setahun berlalu, aku semakin tertanya-tanya apakah hanya aku sendiri yang merasakan begini? Sudah banyak kali kami bertentang mata dan terserempak secara kebetulan. Tidakkah dia menyedari kehadiranku? Tidakkah dia pun merasakan tarikan yang kuat? Kalau tidak, kenapa dia tersenyum ke arahku dan membuat pipiku menjadi panas? Dan apa sebabnya dia juga sering memandang ke arahku semasa di perpustakaan?
Pertanyaan-pertanyaan itu hanyalah sang hati yang tahu. Jawapannya? Aku berharap agar aku pun tahu. Tetapi sehingga saat ini, itu masih lagi merupakan sebuah rahsia. Sampai bilakah aku harus bermain teka-teki, sedangkan masaku disini sudah hampir habis. Dua minggu lagi peperiksaan akhir akan bermula. Dengan tamatnya peperiksaan nanti maka tamatlah pengajianku di sini. Dalam dua minggu ini, aku harus memberanikan diri untuk menegurnya dan berkenalan dengannya. Aku harus, kalau tidak, aku terpaksa melupakan sahaja perasaan ini.
***
Dua minggu sudah berlalu. Hari Ahad berganjak ke hari Isnin. Isnin ke Selasa, Rabu, Khamis dan seterusnya. Minggu peperiksaan pun berlalu dan peperiksaan terakhir kini menentukkan perjuangan terakhirku.
            “Kita bebas Lara!” jerit Eka sebaik kami keluar dari dewan peperiksaan. Hatiku lapang, selapang-lapangnya. Usahaku selama ini tidak sia-sia. Walaupun keputusannya belum lagi diumumkan untuk melengkapkan kegembiraanku, namun aku berasa sungguh positif dengan jawapan yang kuberikan. Sekarang, aku hanya perlu menanti keputusannya dengan tenang.
            Soalan peperiksaanku sudah mempunyai jawapannya. Namun persoalan hatiku masih lagi belum terjawab. Nampaknya, aku harus berputus asa sahaja untuk mendapatkan jawapannya. Selama hampir sebulan ini aku tidak pernah lagi terserempak dengan Kaz di perpustakaan atau dimana-mana. Mungkin saatnya untuk memandang masa depan dan berhenti berharap.
            Aku membawa kakiku melangkah dengan senyuman meninggalkan dewan peperiksaan. Pada ketika itu, perasaan ini secara tiba-tiba merasakan kehadiran sesuatu. Aku mengangkat kepalaku dan nafasku tersekat di dalam dada. Dia berdiri di depanku, tepat di depaku. Mata ke mata. Jantungku mula berdetak kencang sekali lagi. Ya, ini bukan khayalan. Dia memang Kaz!
Dengan bibir yang terketar-ketar aku memberanikan diri untuk mengukir senyum ke arahnya. Dan tambah menyesakkan dadaku, dia membalas senyumanku itu dengan raut wajah yang sukar digambarkan. Aku semakin pasti bahawa bukan hanya aku yang merasakan debaran ini selama ini. Dia berjalan menuju ke arahku. Denyutan jantung semakin menggila. Aku hampir pengsan. Apa yang harus kulakukan?
Dengan pipi yang kurasakan panas membara, aku menggumpulkan kekuatanku untuk menegurnya. Bibirku menyebut..
“Hai,”
Ada suara lain yang menyebutkan perkataan itu sebelum bibirku sempat menyebutnya. Dan Kaz sudah pun membalasnya. Aku berpaling ke sebelah kananku. Eka?
Kaz kini benar-benar berada di depan mataku. Dan dia tersenyum. Tapi senyumannya bukan untuk aku. Senyuman itu untuk Eka. Pandangan matanya tadi bukanlah terarah padaku melainkan pada Eka yang berada di belakangku. Kulihat senyuman mekar dibibir mereka berdua. Mata ke mata dan hati ke hati.
Aku mengundur ke belakang. Pandanganku berpinar-pinar. Jadi selama ini, aku telah menyimpan perasaan di tempat yang salah. Sangkaanku selama ini ternyata meleset. Pandangan mata  dan senyuman manis Kaz rupanya bukanlah untukku. Melainkan untuk dia yang dekat denganku, yang selalu ada di mana pun aku berada.  Yang selalu duduk di sebelahku. Yang menjadi teman susah senangku.
Hatiku hancur sama sekali. Namun, bibirku masih mampu tersenyum dalam kepahitan dan penyangkalan diri.
Tanpa kusedari, air mata menitis sewaktu aku berlalu meninggalkan mereka berdua saling meluahkan rasa. Senyumannya selama ini hanyalah untuk dia yang dekat denganku dan senyumanku mati.  

p/s: To the one who I admire in secrecy.. =)