Friday, April 26, 2013

Oh, Mr Tourist

Episode 2

Langit mendung menandakan hujan akan turun bila-bila masa sahaja lagi. Erin kini sedang menghadap computer ribanya untuk mengedit gambar-gambar kliennya yang diambil sepanjang hari ini. Aroma air teh yang memenuhi deria hidunya dibiarkan sahaja dengan wapnya yang meruap perlahan di tepi meja.
                Selesai menghantar kedua orang kliennya ke rumah tumpangan mereka dikawasan berhampiran, dia pulang ke rumah untuk merehatkan diri. Malam nanti nampaknya tiada banyak yang boleh dilakukan kerana cuaca begitu tidak mengizinkan.
source: www.seniorcarectrs.com

                “Wah, cantik juga gambar yang ini,” Nadia yang menghampiri Erin dengan senyap-senyap, tiba-tiba sahaja bersuara. Erin terperanjat bukan kepalang. Lantas tangannya mengurut-urut dada yang bagai ditimpa benda berat tadi. Jantungnya berdebar laju.
                “Kau ni! Kenapa tiba-tiba muncul? Kalau aku ada sakit jantung, boleh mati aku tau,” Erin mengatur pernafasannya kembali kepada keadaan normal.
                “Sorry. Tidak sengaja,” Nadia tersengih memandang Erin. Siap dengan muka sepuluh sennya. Erin yang tadinya mahu marah kini tidak jadi melihat wajah naïf Nadia yang putih besih itu.
                “Nasib baik comel,” komen Erin pendek kemudian menyambung kerja mengedit gambarnya yang terganggu tadi.
                Nadia ketawa perasan. Dipuji begitu hatinya mengembang bagai hendak melayang di dalam ruangan ruang tamu rumah sewa mereka yang tidak seberapa itu. “Aku tahu,” balasnya dalam kekekan ketawa yang semakin menjengkelkan Erin.
                “Puji sikit sudah perasan,” bebel Erin sambil memeriksa gambar-gambar lain yang menarik untuk diedit dan dicetak untuk kliennnya. Tiba-tiba, gambar seorang lelaki pan-Asia yang kacak dan tinggi lampai muncul di skrin komputer. Erin terpaku seketika, mengagumi wajah yang nampak sungguh bersahaja di dalam gambar yang diambillnya secara curi-curi itu.
                “Wah! Siapa ini? Handsomenya!”  Nadia yang baru menyedari kewujudan gambar itu segera merapatkan mukanya pada skrin computer. Seperti Erin, dia turut terkagum-kagum melihat wajah kacak itu. Kemudian senyum lebar terukir pada bibirnya.
                “Di mana kau nampak lelaki ni? Kau ada minta nombor telefon dia?” Nadia yang kini teruja mula mengutarakan pertanyaan-pertanyaan yang menunjukkan rasa minatnya pada jejaka yang wajahnya masih terpampang pada skrin computer. Hormon serotonin yang dirembeskan membuatkan dia semakin teruja.
                “Aku jumpa di Memorial Park tadi,” balas Erin ringkas. Lelaki itulah yang membuatnya dia rasa malu dengan tindakannya sendiri. Tapi, kenapa dia sibuk sangat mahu berbuat baik dengan lelaki itu tadi sedangkan dia sendiri tidak tahu keadaan yang sebenarnya. Arghh! Erin menjerit dalam hatinya.
                “Kau ada bercakap dengan dia? Tanya dia tinggal hotel manakah?” Nadia menyambung pertanyaannya. Ternyata dia belum berpuas hati dengan jawaban Erin tadi. Dia mahu tahu lebih.
                “Ada. Tiada pula aku tanya di mana dia tinggal. Aku sudah terlampau malu masa tu,” Erin mula membuka cerita. Pengalaman petang tadi dikenang kembali.
                “Dia cakap apa? Kenapa kau malu pula? Takkan kau jatuh cinta dengan dia,” Nadia semakin rancak bertanya, mengalahkan wartawan.  Dia ketawa gedik selepas ayat terakhirnya.
                “Isy, mana ada. Dia tu terlampau perasan!” Erin meluahkan rasa tidak puas hatinya yang masih bersisa. Apa tidak, niat baiknya dibalas dengan pandangan sinis dan kenyataan menyindir lelaki itu. Rasanya, tidak ingin lagi dia berjumpa dengan lelaki itu setelah apa yang berlaku. Bukan sahaja malu, Erin juga jelek dengan perangai lelaki itu.
                “Memang patut pun dia perasan. Sudahlah handsome, tinggi. Memang idaman akulah,” Nadia bercakap dalam nada separuh bermimpi. Erin mengerutkan dahi memerhatikan kawan serumahnya itu. Memang benar apa yang Nadia katakan. Lelaki kacak memang impian semua wanita. Siapa yang tak suka lihat keindahan ciptaan Tuhan? Tapi apa gunanya wajah kacak kalau perangai buruk. Menyakitkan hati sahaja.
                “Iyalah. Tapi hormatlah orang lain. Janganlah suka-suka saja menyindir. Lainlah kalau orang tu sudah lama kenal,” luah Erin dalam nada merungut. Membayangkan senyuman sinis si lelaki itu terhadapnya membuatkan Erin panas hati.
                “Apa dia buat dengan kau? Cuba cerita,” Nadia dipenuhi rasa ingin tahu sebaik mendengar rungutan sahabatnya itu. Dia ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi.
                Sebenarnya, Erin sudah malas mahu mengulang tayang kisah di Memorial Park tadi. Tapi, memandangkan Nadia sudah bertanya dan dia sangat yakin kalau dia matikan perbualan mereka disitu, tidurnya malam ini bakal terganggu dengan rengekan Nadia meminta keterangan lanjut, Erin menarik nafas panjang kemudian memulakan kisahnya. Semuanya diceritakan dari A sampailah Z dengan penuh perincian termasuk latar tempat dan latar masyarakatnya sekali. Hilaian tawa Nadia mengiringi akhir ceritanya sedangkan wajah Erin kekal serius.
                “Siapa suruh kau main langgar saja panggil dia. Kalau aku pun, aku bingung juga. Tapi tak adalah sampai menyindir orang macam tu,” ketawa Nadia kian surut. Erin berasa lega sedikit mendengar komentar Nadia. Sekurang-kurangnya, kawannya itu tahu betapa tidak sopannya berperangai macam lelaki itu.
                “Aku mana terfikir yang peta tu bukan dia punya. Aku cuma ternampak dia masa tu,” Erin beralasan.
                “Memanglah mata kau tu nampak dia saja. Dia kan handsome. Memang sahlah mata kau tu sudah tidak nampak orang lain lagi,” Nadia menyambung ketawanya. Seronok nampaknya kawannya itu mentertawakan dia. Tapi kalau difikirkan, memang benar juga apa yang dikatakan Nadia. Siapa suruh dia gatal sangat memerhatikan lelaki itu? Dia termalu sendiri.
                Erin memasamkan mukanya. Salah aku juga, bisiknya kepada diri sendiri. Tapi, kalau tidak kerana peta itu, dia tidak akan menegur lelaki itu. Sekurang-kurangnya, dia sudah bercakap dengan si lelaki yang berada dalam koleksi gambarnya kini. Tidaklah dia hanya menjadi pemerhati dari kejauhan.
                “Sudahlah. Jangan fikir banyak sangat. Belum tentu kau akan berjumpa dengan dia lagi. Lagipun, manalah lelaki macam tu pandang perempuan macam kita ni. Dia tidak akan ingat muka kau punyalah,” Nadia cuba berfikiran positif. Sikap itulah yang membuat Erin sangat suka berkawan dengan Nadia. Sikap itu selalu mengubah keadaan menjadi lebih positif, seperti sekarang ini.
                Erin kembali tersenyum dan mengerjakan semula tugasannya yang terbantut tadi.
***    
Source: www.pakadua.com

Dua hari kemudian, Erin berjalan-jalan di pekan Ranau setelah menghantar kliennya ke terminal bas untuk kembali ke Kota Kinabalu sebelum berlepas pulang ke Taiwan pada keesokkan harinya. Erin melambai selamat tinggal kepada pasangan yang tidak pernah lekang dengan senyuman di bibir. Ternyata pasangan itu begitu berpuas hati dengan perkhidmatan Erin, lebih-lebih lagi gambar sentuhan luar biasanya.
                “We like all the photos. Thank you very much. We will come again,” itulah kata-kata terakhir pasangan itu sebelum menaiki bas mini. Erin berterima kasih dan menghadiahkan senyuman paling manis yang mampu dia berikan kepada mereka.
                Pasangan itu menyelitkan sedikit tip buat Erin ketika menghulurkan bayaran perkhidmatan Erin yang boleh dikira sangat berpatutan itu. Erin menerimanya dengan sangat berbesar hati. Merupakan satu kegembiraan baginya apabila kliennya berpuas hati dengan hasil kerja dan perkhidmatannya. Perbezaan perkhidmatan yang Erin tawarkan berbanding agensi pelancongan yang lain ialah, dia lebih tertumpu kepada kumpulan pelancong kurang dari 10 orang dan hanya tertumpu di daerah Ranau. Selain itu, dia juga tidak menyediakan kenderaan, sebaliknya menggunakan kenderaan awam dengan tujuan mahu kliennya merasakan sendiri keadaan di tempat itu. Erin juga membiarkan kliennya memilih tempat penginapan mereka sendiri dan membiarkan mereka menentukan masa perjalanan mereka. Urusan makan dan minum juga adalah pilihan klien. Dia hanya menyesyorkan tempat dan menerangkan mengenai jenis-jenis makanan yang ada.  Apa yang paling menarik, dia menawarkan perkhidmatan jurukamera professional kepada setiap kliennya. Oleh itu, bayaran untuk pakej perkhidmatan yang dia tawarkan adalah sangat berpatutan.
                Erin tersenyum sendiri ketika teringatkan tip yang baru diterimanya tadi. Nampaknya, bulan ini rezekinya agak bagus. Sementara dia senyum-senyum sendiri sambil berjalan dari satu kedai ke kedai yang lain, dia terlihat sekumpulan lelaki dan wanita dalam lingkungan usia 40 hingga 60 tahun berdiri di luar sebuah restoran. Mereka seperti sedang sibuk menyaksikan sesuatu yang luar biasa. Ada apa? Mungkin perlawanan gusti. Hari masih terlalu siang untuk perlawanan bola sepak siaran langsung, Erin berfikir-fikir. Kerana dilanda rasa ingin tahu yang kuat, Erin menuju ke tempat kejadian untuk mencari jawaban untuk pertanyaan yang berlegar-legar di dalam kepala.
                Erin memanjangkan lehernya, mencari apa yang menarik sangat di dalam restoran makanan laut itu. Di dalam dia lihat ada seorang lelaki Cina yang agaknya berumur separuh abad sedang bertegang leher dengan seorang pelancong. Lelaki Cina itu bercakap-cakap dalam bahasa Cina campur Melayu sementara pelancong itu cuba menerangkan sesuatu dalam bahasa Inggeris. Erin memerhatikan wajah pelancong itu dengan teliti. Eh, itu lelaki kelmarin! Dia teringat kembali kepada lelaki di Memorial Park yang membuatnya termalu sendiri dua hari lalu. Tapi apa yang dia buat di dalam? Erin bertanya dalam hati.
                “Err.. Aunty, ada apa ni?” Erin memberanikan dirinya bertanya kepada seorang wanita gempal yang nampaknya sangat menumpukan perhatian kepada kejadian yang sedang berlaku di depan mata mereka.
                “Itu lelaki orang putih tidak dapat bayar makanan dia. Itu tauke pun marah-marahlah,” cerita wanita itu sambil matanya masih tekun memerhatikan pertelagahan di dalam.
                Erin macam tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya. Lelaki itu tidak mampu bayar makanannya? Mustahil! Takkanlah dia kehabisan duit? Erin terus memerhatikan babak perang mulut antara lelaki pan-Asia itu dengan tauke restoran. Hatinya disentuh rasa kasihan melihat si pelancong itu. Apa boleh buat. Sudah nasib kau, Erin bermonolog. Kalau ditolong nanti, dikata pula aku cuba menggoda pula. Biarkan sajalah. Pasti ada penyelesaiannya nanti, Erin putuskan lalu berpaling dan berniat meneruskan perjalanannya.
                “I know that woman,” suatu suara yang hampir berupa jeritan bergema dari dalam restoran.
                Langkah kaki Erin mati. Siapa ‘that woman’ tu? Akukah? Isy, adakah mungkin? Erin meneruskan langkah kakinya dengan penuh berhati-hati, berlagak seperti dia tidak mendengar apa-apa.
                “You! Stop. I know you,” suara itu semakin kuat.
                Erin teragak-agak untuk berpaling, namun langkahnya sudah mati. Kelompok pemerhati tadi kini mengalihkan perhatian mereka kepadanya. Erin menelan liurnya. Apa pula sekarang?
                “Dia panggil kaulah,” wanita gempal tadi menegur Erin yang masih berpaling dari memandang si lelaki yang menjerit dari dalam.
                “Bu..kan. Bukan sa..ya,” Erin mahu melangkah terus, berpura-pura tidak terlibat dengan masalah itu. Mahu sahaja dia mengatur kakinya berlari meninggalkan restoran itu.
                “Miss Erin Josef. She’s my tour guide,”
                Erin menutup matanya rapat. Bila masa pula dia menjadi pemandu pelancong kepada si Sinis itu? Kali terakhir mereka berjumpa, lelaki itu sendiri mengatakan yang dia tidak memerlukan perkhidmatan pemandu pelancong. Kenapa sekarang lain pula yang lelaki itu cakap? Sengaja mahu menyusahkan aku? Bisik Erin dalam hati.
                “No.. no.. You’re got the wrong person, sir. I really don’t know you,” Erin kini berpaling dan bertentang mata dengan lelaki yang jauh lebih tinggi daripadanya itu. Entah dari mana keberaniannya menentang si Sinis itu.
                “Tunggu dulu. Betulkah apa yang ini orang cakap?” tauke restoran kini masuk campur.
                “Tidak, tauke. Saya mana kenal ini orang. Dia salah orang,” Erin segera menafikan dakwaan lelaki itu.
                “I know her. This is her card,” si pelancong tinggi lampai itu menunjukkan sekeping kad kepada tauke tadi. Erin mengetap bibirnya. Semakin jelas di matanya yang dia tidak boleh mengelakkan diri dari masalah itu lagi.
                “Nama you Erin?” tauke Cina itu merenung Erin disebalik kaca matanya setelah menelaah kad tersebut.
                “Ya, saya Erin. Tapi..” Erin tidak tahu macam mana lagi dia hendak beralasan. Kad di tangan lelaki itu yang merupakan pemberiannya sendiri dua hari lalu kini menjeratnya. Lelaki itu beriya-iya mengaku mengenalinya, malah mengaku Erin pemandu pelancongnya pula sedangkan mereka hanya pernah bertemu sekali. Itupun dalam keadaan yang tidak menyenangkan. Erin jadi buntu.
                “Come on, Erin.. How could you do this to me..” lelaki itu mula buat lagak minta simpati. Kata-katanya kedegaran macamlah dia dengan Erin kenal rapat antara satu sama lain. Erin geram mendengaranya. Sepatutnya aku yang cakap begitu! How could you! Erin menjerit di dalam hatinya.
                “Tapi tauke..” Erin masih cuba menegakkan kebenaran tapi dia tidak tahu harus berkata apa. Takkan dia mahu ceritakan bagaimana dia bertemu dengan lelaki ini dulu dan bagaimana kad bisnesnya boleh ada dalam simpanan si lelaki.  
                “Tolong sajalah dia. Kesian,” seorang lelaki tua yang menjadi pemerhati drama tadi mencelah.
                “Iya. Kasi bayar saja, bah.Bukan mahal pun. Mungkin dia tidak cukup duit saja,” seorang lagi pemerhati menambah.
                Erin jadi serba salah. Dia bukanlah orang jahat yang tidak berperikemanusiaan. Dia tahu dia patut menghulurkan pertolongan kepada yang memerlukan. Itu tanggungjawab moralnya sebagai seorang ahli masyarakat. Tapi, bukan dalam keadaan begini. Kini dia menyalahakn diri sendiri kerana menyibukkan diri datang ke tempat itu tadi. Erin menarik nafas sambil memejam mata, cuba melupakan semua yang cuba menganggu ketenteraman jiwanya.
                “Berapa tauke?” akhirnya dia akur. Dia tahu inilah tujuan lelaki itu beriya-iya mengaku kenal dengannya.
***
Erin melangkah tenang keluar dari restoran makanan laut yang kini tidak lagi sesensasi tadi. Kelompok pemerhati bebas sudah bersurai lima minit yang lalu. Duit dalam dompetnya sudah berkurang RM 30.80. Apa yang tinggal untuk dia lakukan di sini? Tiada apa-apa kecuali air muka yang hampir terjejas dek lakonan si pelancong itu.
                Terbang RM 30 aku gara-gara lelaki ini. Berani pesan makanan mahal tapi tak sedar kocek tak cukup ringgit. Kan sekarang sudah menyusahkan aku! Erin melangkah dengan pantas meninggalkan lokasi kejadian dengan mengomel sendiri.
                Pelancong itu masih mengekori Erin dengan rapat. Lelaki itu belum mengucapkan apa-apa sejak Erin membantunya melangsaikan bayaran makanan tengah harinya tadi. Ucapan terima kasih pun tiada. Itulah yang tambah menyebalkan hati Erin. Bukankah berterima kasih apabila menerima pertolongan dari orang lain itu apa yang orang putih kata sebagai ‘courtesy’? Lelaki yang Erin yakin berdarah campuran orang putih sepatutnya lagi jelas dengan hal tersebut. Tapi kenyataannya sangatlah mengecewakan. Memang benar, wajah kacak bukan segala-galanya. Baik simpan sahaja muka begitu di dalam almari kalau perangainya begitu.
                “How can a meal cost too much,” lelaki itu mengatakan sesuatu yang berbentuk omelan. Erin hampir tidak mempercayai apa yang baru didengarnya. Mengomel bukannya berterima kasih. Panas hati Erin mendengarnya. Lelaki ini benar-benar egois. Sudahlah berpura-pura kenal dengannya tadi, kemudian langsung tidak mengucapkan terima kasih dan kini mengomel pula. Sangat bagus!
                “Tiada duit cakap sajahlah,” ujar Erin kegeraman dalam nada separuh berbisik. Langkah kakinya pula semakin pantas meninggalkan lelaki tadi yang masih mengejarnya di belakang. Erin sendiri tidak pasti, kenapa lelaki sinis, perasan lagi egois itu masih mahu mengejarnya. Sepatutnya selepas menjelaskan bayaran tadi, lelaki itu pergi kerana sudah mencapai tujuannya.
                “What did you say?” lelaki itu kembali merapati Erin. Kata-kata Erin tadi seperti angin lalu sahaja pada pendengarannya.
                “Kau faham BM kan? Kau hutang aku RM 30.80. Kalau tiada niat mahu bayar, jangan ikut aku lagi. Aku halalkan saja,” kata Erin tegas sambil menentang mata lelaki itu yang kini kaku memandangnya. Kemudian dia terus berjalan dengan pantas.
                “I will surely pay you back. I have money,” lelaki itu berjalan lebih pantas dan mendahului Erin. Kemudian dia menghalang Erin dari terus maju. Dia mengeluarkan dompet kulitnya dari dalam kocek seluar jeans birunya lalu mengeluarkan dua keeping kad Visa dan menunjukkan beberapa keping wang 50 dollar Amerika. Erin melarikan pandangannya dengan perasaan yang memualkan. Dia mengukir senyum sinis, sempat lagi lelaki ini berlagak, fikirnya.
                 “Is that what you do instead of thanking others for helping you?” ujar Erin yang semakin hilang sabar untuk berdepan dengan si lelaki. Wajah lelaki itu ditentangnya tepat di mata. Hilang sudah rasa segan dan kagumnya pada lelaki ini seperti sewaktu pertama kali dia melihat wajah yang dia anggap sebuah keindahan ciptaan Tuhan itu. Kecewa. Sungguh!
                Lelaki itu yang sudah menyimpan dompetnya semula di dalam kocek hanya mampu terdiam. Ada rasa tercabar yang terlukis pada wajahnya. “I will pay you back,” itu sahaja yang dia ucapkan.
                “Well, it’s up to you. I hope you understand that this is not a ‘tool’ or a ‘trick’ to talk to you,” Erin mengukir senyum manis yang menyimpan makna yang dalam. Hanya orang bijak yang dapat mentafsirnya.
                “And one more thing, I assume you still have my card as you mention my name quite well. I will be waiting for your call, sir. Jumpa lagi,” Erin berjalan meninggalkan lelaki itu dengan langkahnya yang tegap. Senyuman puas hati terlukis jelas pada wajahnya.
                Dia ingat dia saja yang boleh main sindir-sindir. Aku pun boleh juga lebih-lebih lagi bila berdepan orang macam dia tu. Betullah kata orang ada lori, ada bas. Ini kali aku yang balas. Hahaha! Senyuaman Erin kian melebar.
                Lelaki itu kini tidak berupaya mengejar Erin lagi. Egonya yang tinggi jelas-jelas dicabar gadis pemandu pelancong tadi. Senyumannya, jelingan matanya malah gerak tubuh badannya sungguh sengaja mencabarnya sebagai lelaki. Dia tersenyum sinis. Ketika itu, dia sudah tahu apa yang harus dia lakukan nanti.
***

1 comment: