Sunday, May 17, 2009

Takut Kahwin 3

Ben melabuhkan punggungnya perlahan-lahan, cuba meminimumkan kesakitan yang menyerang di bahagian penting itu. Memikirkan saja kejadian yang baru berlaku tadi sudah cukup mengaibkan baginya. Bayangkan seorang wanita sudah melihat bahagian yang tersembunyi itu. Tapak tangan yang dilekupkan ke muka sekarang tidak cukup untuk menutup rasa malunya terhadap Jasmine. Ternyata gadis itu sungguh pintar memanfaatkan keadaan.
Suntikan yang diberi Jasmine mula menunjukkan tindak balas positif. Gatal-gatal yang menyerang seluruh tubuhnya tampaknya semakin beransur hilang. Mata Ben tidak lagi bengkak macam diserang tebuan. Dia kini merasa lebih selesa.
Ben mencapai surat khabar di atas meja. Lalu menyelak satu-persatu muka suratnya. Artikel kecil dalam bahagian hiburan menarik perhatiannya. ‘Natasha kembali ke tanah air’. Natasha? 
Kenangan lama menghantuinya semula. Natasha? Gadis yang pernah dicintainya 3 tahun lalu. Hampir saja dia melupakan cerita lama yang sedih antara mereka. 
Perkenalan mereka bermula sejak di universiti lagi kemudian hubungan mereka bertambah matang sehingga masing-masing mencapai kerjaya impian. Namun peristiwa 3 tahun lalu mengubah segalanya. Masih segar di ingatan Ben malam dia melamar Natasha. Segalanya kelihatan sempurna tetapi hati Natasha tidak sempurna mencintai Ben. Lamaran Ben ditolak dan alasannya dia masih punya komitmen dalam kerjaya sebagai peragawati. Sejak itu, hati Ben tawar terhadapnya. Cintanya disia-siakan. Hubungan yang telah terjalin sekian lama akhirnya berkecai.
“Semoga you dapat apa yang you mahu,” kata Ben sendirian sambil menatap gambar Natasha yang terpampang di surat khabar. Gambar seorang peragawati antarabangsa yang sudah semestinya menawan.
Bagi Ben semuanya sudah berakhir dan dia tidak ingin lagi mengingat kisah lama itu. Dia sudah berkahwin dengan pekerjaannya dan dia tidak pernah terfikir lagi untuk mendirikan rumahtangga. Takut? Mungkin.
Kerjanya sudah cukup untuk memenuhi setiap masa hidupnya. Malah, baginya kerja itu lebih setia padanya berbanding manusia yang dicintai. 
Ben menutup surat khabar itu dan membiarkannya di atas meja sebagaimana dia telah menutup mindanya terhadap angan-angan cintanya dahulu. Lupakan saja, desisi hatinya.

***
Jasmine tersenyum puas. Teringat saja air muka Ben hari itu di klinik, sudah cukup membanggakan dirinya. Padan muka kau, bisik hatinya.
Percutian kali ini dirasakannya sungguh sempurna. Tiada duka cuma suka. Jasmine, Debby dan Puan Christina menyeret bagasi masing-masing. Sudah lama rasanya mereka tidak keluar bercuti bersama. Melarikan diri daripada kesesakan kota dan kesibukan hidup di sana.
Dua jam perjalanan menaiki teksi terasa sungguh berbaloi. Pemandangan di kawasan tanah tinggi itu sungguh menenangkan. Ketiga-tiga beranak itu menuju ke chalet yang telah disewa. Tidak sabar untuk menikmati percutian mereka.
Setelah selesai mengemaskan barang-barangnya, Jasmine tidak membuang masa lagi untuk melihat-lihat keindahan kawasan ‘Highland Resort’ itu. Ditinggalkannya Debby dan mummynya yang masih sibuk bersolek di dalam.
Sedang dia menikmati keindahan alam semulajadi, matanya terlihat sesuatu. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, dia menggosok-gosokkan matanya berulang kali. Dia lagi? Lihat mukanya tu. Macam ketam kena panggang. Sempat lagi Jasmine ketawa mengejek. Baik aku bla ke tempat lain, fikir Jasmine lantas berhenti ketawa. 
Ben berjogging sendirian melalui laluan-laluan kecil di sekitar kawasan resort bertaraf 5 bintang itu. Kalau bukan kerana papanya yang memaksa dia bercuti rehat, pasti dia tidak akan ke situ. Dan kalau bukan kerana ketam yang di makannya tempoh hari, pasti dia sedang berada di hotel sekarang ini.Kepalanya berlegar ke kiri dan kanan melihat keindahan ciptaan Tuhan. Tidak disedarinya langkahnya sedang diperhatikan seseorang di sebalik pokok yang serupa rimbuanan buluh. 
“ Kau lagi,” kata Jasmine dengan geram setelah Ben sudah jauh dari penglihatannya. Nasib baik tiada sesiapa yang mendengarnya disana.
“ apalah yang dia buat disini, Asyik-asyik muka dia aja” tambahnya lagi. 
Kemudian terlintas di fikiran Jasmine, mummy dan Debby. Mereka tak boleh tahu kalau si Ben ada di sana. Kalau tidak aniayalah aku, fikirnya. 

***
Malam di kawasan pergunungan itu sungguh indah. Bintang-bintang bergemerlapan menghiasi langit yang bebas dari pencemaran. Kedengaran unggas-unggas bersiul riang di dalam rimba. 
Jasmine sendirian menikmati kedinginan malam. Debby dan Puan Christina sudah balik ke chalet selepas makan malam. Barangkali mereka kelelahan kerana perjalanan panjang yang mereka lalui hari itu
Dilihatnya jus oren yang dipesannya tadi. 
“Heaven Orange Juice ya. Mari aku lihat apa yang heavennya,” bisik Jasmine sendirian kemudian ditelannya minuman berwarna jingga pekat itu. 
Jasmine mengerutkan keningnya. 
“lain macam je rasanya ni,” rungutnya. Jus oren yang dia gemari selalunya berasa manis dan sedikit masam. Tapi jus oren versi resort ni berbeza sikit. Macam ada yang power. Rasanya menimbulkan ingin tahu. Jasmine meneguk lagi. Rasa apa ni? Dia tertanya-tanya.
Tidak lama kemudian, kepalanya mulai berpusing. Badannya macam tak stabil. 
“eh, apasal aku ni. Dah mamai ke?” Jasmine bertanya sendirian sambil menampar-nampar mukanya.
Ada yang tak kena pasal minuman tu. Jangan-jangan-jangan ditambah alcohol tak, Jasmine tergamam apabila perkara itu terlintas dalam fikirannya. Tidak! Mana mungkin seorang doctor mengambil alcohol. Minuman itu erus diabaikannya. Kalau aku tahu.
Dengan pantas, dia berdiri, memaksa dirinya meninggalkan tempat itu. Jalannya hampir terhuyung-hayang. Jangan tidur dulu Jasmine, dia memaksa dirinya. Matanya terasa berat berkilo-kilo. Apalagi langkah kakinya.
Akhirnya, dapat juga dia menarik nafas lega setelah selamat sampai ke chaletnya yang dikongsi dengan Debby dan Mummy. Pandangan matanya berpinar-pinar. Apa yang dia lihat hanyalah nombor chalet itu. 702. 702 atau 207? Sempat lagi gadis itu berfikir. Ah, sama saja lah. Dalam keadaan separa sedar, Jasmine masuk ke dalam chalet yang pintunya tidak berkunci itu. Sebaik dia merasa adanya katil, dia langsung menghempaskan dirinya, lalu terlelap tanpa mimpi. 
***
Cahaya matahari menyilaukan mata Jasmine yang terkatub macam digam. Setelah menggosok matanya, barulah pandangan jelas sedikit. Alamak, dah siang rupanya, keluhnya sekadar di dalam hati. Agaknuya mummy dan Debby dah bangun ke? Dia bermonolog lagi.
Baru saja Jasmine memalingkan rupanya ke sebelah kanan, jantungnya dirasakan hampir bergolek ke lantai. Bukan mummy ataupun adiknya yang terbaring di situ. Tetapi seorang lelaki. Dan lelaki itu sangat dia kenal. Ben Carl Fernandez. Suara nyaringnya hampir pecah di mulut apabila angka 702 dan 207 masuk ke dalam otaknya. Tangannya segera menekup mulut.
Bodoh! Macam mana aku boleh salah masuk bilik ni, Jasmine menepuk dahinya. Sepantas kilat dia bergolek ke bawah katil. Nasib tidak bergedebuk macam nangka masak. Maklumlah, tubuh genit. Ini bukan heaven, ini hell! Jasmine tenyata mempersalahkan nama jus oren yang dipesannya semalam. Kalau saja aku tahu. Seribu kali lagi aku pesan, rungutnya lagi.
Perlahan-lahan, seperti kura-kura, Jasmine mengangkat kepalanya. Terhendap-hendapkan lelaki yang sedang tidur mati di atas katil. Dia terpaku, macam sedang menonton sesuatu dengan kusyuknya. Cutenya, Jasmine tersenyum melihat wajah Ben yang diulit mimpi. Mungkin dia lebih muda 2 tahun dari aku, Jasmine mulai mengarut.  
Tetiba, dia tersedar dari lamunannya. Aku mesti pergi dari sini sebelum dia bangun, bergema kata-kata itu di dalam mindanya. Macam kura-kura lagi, dia merangkak berhati-hati menuju pintu tanpa satu suara pun kedengaran. Sempat lagi Jasmine menoleh, mencuri pandang wajah lelaki itu. Kalaulah muka kau mulia seperti ni setiap masa, Jasmine menghembuskan nafasnya seperti kuda. Pintu segera dikuak dan dia bersedia untuk memboloskan diri.
“Deena, awak ke tu?” suara Ben memecah kesunyian yang sengaja diadakan Jasmine.
Dia sangka adiknya yang sedang membatu di depan pintu itu. 
Sekarang jantung Jasmine bukan sekadar berdegup kencang, tetapi sudah sampai tahap bergolek ke lantai. Lebih cepat daripada sambaran kilat, dia menghilangkan diri dicelah-celah pintu itu. Laju macam angin pun ada juga.
“Budak ni. Tak cakap selamat pagi pun,” Ben merungut. “Sudahlah semalam datang tiba-tiba terus belasah katil aku,”tambahnya. 
Sah. Dia sangka perempuan yang tidur di sebelahnya semalam, adiknya Deena. Tapi yang sebenarnya..
Ben membangunkan dirinya, lalu mencapai hanphone di sisi katil. Budak Deena ni. Mesti minta dia hantar makanan kat bilik aku sekarang juga, Ben berbisik.
“Hello,” kedengaran suara yang baru bangun di hujung talian.
“ Deen, bawa makanan di bilik aku sekarang,”
“Eh, apa ni bro,” sahut Deena kebingungan.
“Apa pula apa ni-apa ni. Semalam bukan main lagi kau belasah selimut aku,” Ben mula berang. Buat-buat tak faham pula budak ni, katanya dalam hati.
“Mimpi ke apa ni. Bila masa aku pergi sana. Aku sedang tidur kat rumah lah bang,”
“Hei, Awak jangan main-mainlah. Kalau bukan kau siapa lagi,” Ben mula hilang sabar mendengar penjelasan adiknya.
“Eh, iyalah. Kalau tak percaya tanya mama. Aku nak sambung tidur ni,” adiknya mematikan perbualan.
Ben terdiam. Jadi siapa yang tidur dengan aku semalam? Yang aku nampak di pintu tadi siapa? Ben mula naik bingung.
Dia berlari ke muka pintu. Sudah terlambat. Bayang pun dah tak nampak. Ben terjenguk-jenguk di muka pintu. Kemudian dia terlihat sesuatu yang berkilau di atas lantai, tepat di depan pintu chaletnya. Apa bendanya ni, macam rantai je, dia penasaran. 
Ben mengutip benda berkilau itu. Gelang. Gelang tangan. Dia mengagak, pasti milik perempuan entah apa-apa tu.

No comments: