Sunday, July 15, 2012

Black & White 7

Lena duduk sendirian sambil memerhatikan Kamilla ligat menggoyangkan tubuhnya dalam pelukkan seorang lelaki tegap yang berkulit gelap. Asap rokok yang memenuhi bilik karaoke itu begitu menyesakkan paru-parunya. Dia cuba menahan diri daripada terbatuk kerana takut menganggu Kamilla. 
                “Lena..Lena..” suara Kamilla samar-samar kedengaran di tengah kebingitan muzik rancak yang memenuhi bilik itu.
                “Come on. Dancing..” Kamilla mengajaknya sambil ketawa-ketawa seperti sedang gila meroyan. Kawannya itu sudah mabuk. Mabuk dengan alcohol, mabuk dengan kegembiraan duniawi.
                Lena hanya menggeleng tanpa berkata apa-apa. Kawan-kawan yang lain sudah tenggelam dengan urusan masing-masing. Sepasang kekasih sudah tidak kelihatan disuatu sudut dalam kegelapan ruangan itu. Apa yang mereka lakukan, Lena tidak mahu ambil pusing. Di sebelahnya pula sepasang lelaki dan wanita yang sebayanya dan baru sahaja berkenalan sebentar tadi sudah berpelukkan seperti suami isteri. Lena tidak mahu memikirkan apa yang bakal berlaku menjelang malam ini berakhir kepada mereka berdua.
                Tiba-tiba, Lena teringat kepada pergaduhannya dengan kakaknya tempoh hari. Dia sedar, dia sudah berperilaku sangat kurag ajar terhadapnya. Apa yang dikatakan Nina, semuanya benar. Tapi, dia ada sebab tersendiri kenapa dia memilih untuk bergaul dengan orang-orang seperti Kamilla. Hanya dia yang tahu dan hanya orang-orang kaya seperti Kamilla dan Vanessa yang dapat memenuhinya.
                Hilaian tawa Kamilla membawa perhatian Lena ke dunia nyata semula. Dia melihat teman lelaki Kamilla, yang kalau dilihat secara fizikalnya tidaklah kacak sangat, sedang memapah Kamilla duduk di sofa. Lena memerhatikan saja.
                “Lena, you must learn how to have fun. Like me,” Kamilla terus berketawa. Mendengar hilaiannya lama-lama boleh membuat Lena meremang bulu roma.
                Lena hanya tersenyum nipis sambil terus memerhatikan keadaan sekelilingnya yang begitu menyesakkan. Pertama kali dia mengikuti Kamilla ke tempat begini dia begitu terkejut dengan cara hidup mereka. Dia bukan tak tahu isu-isu semasa yang mengaitkan para remaja, cuma besar bezanya melihat dengan mata sendiri dengan menonton melalui televisyen. Tapi setelah beberapa kali berhadapan dengan situasi begini, Lena sudah semakin lali. Dia sudah biasa.
                Kamilla melentokkan kepalanya pada bahu teman lelakinya yang kelihatan masih waras itu. Dia mengangkat kakinya untuk diletakkan di atas sofa. Kamilla kelihatan mahu berbaring di atas sofa itu dengan kepalanya pada bahu si lelaki tegap. Lena membantu mengangkat kaki Kamilla dan membetulkan kain skirt mini kawannya itu yang hampir terselak. Baru dia sedar, begitu mudahnya  maruah seorang gadis itu ternoda. Dan dia berharap agar dia dapat mempertahankan maruahnya walaupun terpaksa bergaul dengan orang-orang yang tidak memikirkan agama seperti Kamilla itu.
                Demi kehidupannya, demi masa depannya, demi dirinya sendiri dan demi abahnya, Lena tahu dia harus bertahan dengan semuanya ini kerana pada akhirnya dia pasti akan menjadi lebih baik daripada kakaknya. Dan yang paling penting menjadi seperti yang arwah abahnya harapkan.
***
 Angin malam berlalu menerpa wajah Mikhail yang sedang bersantai sambil menghirup teh lemon hangat kegemarannya di balkoni. Penat behadapan dengan nombor seharian di pejabat dibalas dengan rehat yang panjang di sebelah malam. Dia tidak berminat untuk melakukan aktiviti luar malam ini. Dia mahu merehatkan tubuh dan minda sepenuhnya.
                Teh lemon yang dibuat malam ini tidak sesedap teh yang diminumnya tengah hari beberapa hari yang lalu. Mug besar itu diletakkan semula di atas meja berhampiran kerusi yang sedang didudukinya.
                Fikirannya tiba-tiba hinggap pada bayangan wajah Kamelya, wanita yang dipujanya sejak sekian lama. Memikirkannya saja membuat Mikhail tersenyum sendiri. Pertemuan mereka beberapa hari yang lalu tidaklah begitu mengasyikkan kerana Adrian, pesaingnya juga ada bersama. Walaupun sudah bertahun-tahun berlalu, Adrian masih tetap berkeras mahu bersaing dengannya untuk merebut hati Kamelya sehingga ada suatu ketika Mikhail hampir berputus asa untuk memenangi wanita itu dan mula bermain cinta dengan wanita-wanita lain. Namun, dia sedar tiada wanita yang mampu menandingi Kamelya dalam hatinya. Dia hanya membuang masa sekiranya terus-terusan melayan wanita-wanita itu. Adrian pula seperti memperhambakan hati dan jiwanya kepada Kamelya sejak di usia remaja. Dia tidak pernah menjalin hubungan dengan siapa-siapa wanita tidak kiralah wanita sehebat mana yang cuba menghampirinya. Dia kelihatan begitu imun terhadap semua wanita kecuali Kamelya.
                Mikhail tidak tahu apakah kesudahan kisah diantara mereka bertiga ini sedangkan dia begitu rapat dengan Adrian dan Kamelya. Dia dan Adrian sudah seperti adik-beradik kandung. Tak mungkin mereka sanggup menyakiti satu sama lain. Kalau Kamelya memilihnya, dia pasti Adrian akan terluka dan kecewa. Sekiranya Kamelya memilih Adrian, dia pula yang akan makan hati. Jadi bagaimana? Apa jalan penyelesaian yang terbaik? Salah seorang dari antara dia dan Adrian perlu bertolak ansur dan mengundur diri. Namun masalahnya sekarang ialah Kamelya sendiri. Wanita itu tidak pernah meluahkan isi hatinya. Dia melayan Mikhail dan Adrian sama sahaja. Kadang-kadang dia akan lebihkan Adrian. Kadang-kadang pula dia lebihkan Mikhail.  Wanita itu membuatkan Mikhail keliru. Sebenarnya, siapa di hati Kamelya. Seandainya wanita itu sudah membuat pilihan, Mikhail redha. Tapi, memandangkan wanita itu tiada menyuarakan apa-apa buat masa ini, Mikhail akan terus berusaha untuk memenangi hatinya.
                “Mike, fikir apa tu?” Tan Sri Rahman yang sejak tadi memperhatikan anak saudaranya itu melamun menegur lembut.
                “Eh, baba. Tak ada apa-apalah. Cuma teringat cerita dulu-dulu,” Mikhail beralasan. Baru dia sedar, khayalan terlalu panjang tadi. Wajah bapa saudaranya yang digelar 'baba' itu dipandang sekilas.Lelaki ini sudah dianggap seperti bapanya sendiri.
                “Ingat fasal Lya ke?” ternyata bapa saudaranya begitu arif menafsir apa yang bermain dalam fikirannya ketika itu. Mikhail hanya mampu tersenyum untuk mengiyakan tekaan orang tua itu.
                Tan Sri Rahman ketawa kecil. Dia jelas benar dengan perangai Mikhail, yang sudah dia anggap sebagai anaknya sendiri itu. Dia tahu semua cerita tentang Mikhail, Adrian dan Kamelya.
                “Mike dan Ad masih lagi berebutkan Lya macam masa budak-budak dulu?” soal Tan Sri Rahman lagi kemudian menyambung tawanya.
                “Entahlah, baba,” Mikhail enggan berterus terang. Senyumannya tawar.
                “Lya memang gadis yang cantik, bijak dan menarik. Baba pasti ramai lelaki yang dah jatuh cinta dengannya termasuklah Mike dan Ad. Tapi kamu kena ingat yang hati Lya cuma satu. Dia cuma boleh mencintai satu lelaki saja,” Tan Sri Rahman mula bersikap serius. Dia kini duduk di sebelah kerusi Mikhail.
                “Saya tahu, baba. Tapi selagi dia belum berpunya, saya akan tetap mencuba kerana saya betul-betul sayangkan dia,” Mikhail berterus terang. Wajahnya tetap tenang.
                “Kalau begitu kamu kena berhadapan persaingan sengit bukan saja dari Ad tapi juga lelaki-lelaki lain yang mempunyai matlamat seperti kamu. Baba rasa kamu dah faham apa yang baba cuba cakap ni,” Tan Sri Rahman menduga kematangan Mikhail untuk berfikir.
                “Benar, baba. Risikonya, saya akan kecewa dan kehilangan dia. Tapi saya sanggup terima, ” sahut Mikhail nekad.
                Tan Sri Rahman menilik wajah Mikhail yang masih kelihatan tenang itu. Dia dapat rasakan lelaki muda ini sudah menyerahkan sepenuh hatinya kepada Kamelya. Dia juga tahu lelaki ini tidak main-main. Mikhail sudah cukup matang untuk mengambil keputusan. Tapi kadang-kadang, orang muda mudah dikaburi oleh permintaan hati dan perasaan. Itu sebablah wujudnya kata-kata cinta itu buta.
                “Cinta itu tidak semestinya memiliki. Kamu tahu kan. Jadi tak salah untuk membuka hati untuk orang lain. Di dunia ni masih ramai lagi wanita yang cantik dan bijak macam Lya. Yang serupa pun ada. Apa yang penting kamu sanggup membuka sedikit mata dan hati kamu,” nasihat Tan Sri Rahman.
                Mikhail memandang wajah bapa saudaranya yang sudah dibayangi garis-garis halus sehaluan dengan usianya yang menjangkau 60 tahun. Dia tahu, lelaki tua itu hanya mahukan yang terbaik untuknya dan Adrian. Semua yang dikatakan lelaki itu benar belaka. Terpulanglah kepada dia untuk menafsirkannya.
                “Tak mudah untuk mencari bidadari seperti Kamelya. Dia satu dalam sejuta,” balas Mikhail dengan terbuka.
                “Kalau macam tu, kamu carilah bidadari kedua dalam dua juta wanita,” lelaki tua itu berselorah. Mikhail tidak dapat menahan ketawanya. Mereka berdua ketawa bersama.
                “Apa yang lucu sangat tu,” suara seorang lelaki mencelah.
                Tan Sri Rahman dan Mikhail perlahan-lahan berhenti ketawa. Mereka memandang wajah serius Adrian yang hairan melihat perilaku mereka berdua.
                “Papa suruh Mike cari pengganti Lya. Dia kata wanita macam Lya hanya wujud satu dalam sejuta. Jadi papa suruh dia mencari seorang wanita yang seperti Lya di antara dua juta wanita. Kamu pula kena cari di antara tiga juta wanita,” Tan Sri Rahman menyambung tawanya yang disertai Mikhail.
Adrian masih memasang wajah serius sambil memerhatikan dua orang lelaki yang paling rapat dengannya itu berketawa. Baginya tiada yang lucu pun. 
“Buat apa nak susah-susah cari kalau sudah ada di depan mata,” katanya kemudian berlalu meninggalkan papanya dan Mikhail.
Dua orang lelaki yang ditinggalkan itu saling berpandangan sambil ketawa mereka mati di situ.
*** 

No comments: